20.8.09

P U A S A : Updated


  • jangan tak puasa
  • jangan berbuka minum arak
  • jangan pergi disko
  • jangan hisap rokok/ganja di siang hari.
  • jangan mencuri
  • jangan lupa zakat/sedekah
  • jangan pura-pura sakit
  • jangan tinggal solat
  • jangan kutuk ciptaan Allah sebelum tengok cermin lama-lama dan sedar fizikal dan rupa diri sendiri yang tak sesempurna mana.
UPDATED : Salam hari Jumaat. Hari ini aku faham maksud SueAnnaJoe dulu yang pernah cakap dengan aku bahawa blog dia sebelum ini ramai pembaca/pendatang tak berkualiti. Pertama sekali, sempena esok puasa, aku NAK MINTAK MAAF lah bila ada dikalangan sensetiviti pendatang blog ni terganggu sebab nampak iklan arak kat blog aku.

Bukan sekali dua aku explain dekat shoutbox. Dan kawan-kawan aku pun dah ada yang tegur. Dan ada juga pembaca aku yang dah jadi separa kawan menegur. Aku bukan tak alert, aku alert lah woi. Bila aku cek balik akaun nuffnang akaun aku, memang aku DAH UN-TICK pada ruang iklan yang melibatkan alkohol. Jadi aku dah pun ajukan notis kepada pihak nuffnang untuk menukar kempen alkohol ni. Tapi dia tak tukar-tukar lagi lah pulak. kejap iklan Baby Johnson, kejap tukar balik.

Kau (kepada anonymous di shoutbox) tak payah lah risau. Dekat penyata nuffnang, aku boleh pilih duit mana yang aku nak makan. Jadi aku takkan makan duit iklan alkohol ni. Terima kasih lah di atas kebimbangan kau dengan sumber kewangan hidup aku. Harap sumber kewangan hidup kau sebersih yang aku bayangkan. Jangan join MLM ok?

Dan bab-bab mengutuk tu, memang aku ada kutuk sikap orang itu ini itu ini. Aku kutuk MLM, aku kutuk manusia bongkak, aku kutuk manusia mentaliti bawah kaki, aku kutuk manusia sombong, manusia penipu, manusia putar belit sebab aku yakin benda tu datang dari diri orang tu sendiri. Dan aku juga harap aku tak jadi seperti orang yang aku kutuk tu. Walau ada lah orang tu cakap yang kita sekadar paksa diri untuk tak jadi macam orang yang kita kutuk tu, bagi aku wattahek? Aku rasa kalau paksa diri untuk tak jadi mahluk belagak, sombong bukan satu kesalahan pun. Lainlah kalau kau memang maksum gila yang nak terus hidup dalam penuh kesombongan. Kan?

Stended lah weh macam kau tak pernah kutuk orang. Tapi AKU TAK PERNAH KUTUK FIZIKAL orang rasanya. Aku tak kutuk orang HITAM sebab arwah abah aku pun gelap orang nya. nak kutuk orang GEMOK, macam aku tak sedar diri. Even aku malas nak kutuk orang JERAWAT ke, KURUS kedengking ke, BIBIR JUIH ke, HIDUNG BESAR ke, PEREMPUAN BERMISAI ke..GIGI BERLAPIS ke sebab benda tu semua Tuhan aku cipta. Gurau-gurau tu berlaku antara aku dan kawan-kawan aku je kalau ada pun. Itu pun di kalangan kawan yang betul-betul boleh terima. Yang aku tau sensetif, aku tak pernah cakap pun.

Cuma aku memang kutuk orang yang kutuk ciptaan tuhan ni. Aku panggil orang tu BODOH, bangang, takde otak, belagak- dan aku tak listkan dalam senarai "jangan" aku di atas pun.

Aku percaya aku ada ramai pembaca yang boleh pikir setiap apa yang aku nak sampai kan. Terima kasih lah. Dan kepada pembaca mentaliti bawah kaki....erm..tak kisah lah kalau korang ada pun. Sekurang kurangnya ada idea aku nak menulis lagi.

Hahaha!

OK geng. Selamat Berpuasa!

25 comments :

Ilmapung said...

Jangan jadikan berpuasa sebagai alasan untuk malas dan lambat buat kerja (aku kadang2 begini juga) :P

Ayyman Rahim said...

Jangan tidur je! :p

Ayyman Rahim said...

Jangan tidur je! :p

Marina Ina said...

jangan ponteng terawikh kak. aku pon selalu ponteng. azam aku tahun ni dah pegi terawih sekurang2 nya 15 mlm. hehe.

slmt bpuase kak noe.

ayie said...

jangan lupa niat puasa......
ingat tu.....
puasa kerana Allah s.w.t..
bukan kerana nak diet ker...aper ker..dll...
k...
selamat berpuasa...

ateeka amer said...

puasa. ke kelas. panas panas. dugaan.

NURUL said...

selamat berpuasa ladynoe. minat sungguh membaca entry kamu seronok mcm baca novel karya ahahdiah akashah je.

ignore je org ckp apa. tulis apa yg ladynoe nak. kita bebas berkata2. caiyok2.

AKHU said...

bagus2 tau diri sendiri byak dosa..
cpt2 mtk mahap byk2!

ketiak said...

ko tak pernah kutuk fizikal rupa org ke? mcm tak caye jer. hik3
bila mase plak ko kenai aku? tetibe jer bley jadik backstabber.. ni mesti ko rasa diri sendiri best kan hihi kena renung diri sendiri utk ckp ituini sbb dlm alam maya ni tak spt alam realiti :))

Ladynoe™ said...

ketiak = percayalah. aku tak cakap aku kenal kau sebagai kawan pun. Tapi aku tahu lah kau siapa. Come on...bulan2 puasa ni, pergi la mintak maaf kat kawan-kawan kau yang pernah berkawan dengan kau dulu..

ketiak said...

nape nak mintak maaf plak. dan aku tak ckp plak ko kenal aku sbg kwn hik3. kalo ko tau, sape aku?

Ladynoe™ said...

ketiak = tu dia soalan menggelabah dari seorang bacul. Kalau aku nak sebarkan kat orang lain siapa kau, dah lama aku buat dah. Semua orang tau lah kau siapa. Lain kali nak menyamar, study dulu cara cara penyamaran berkesan. OK, penipu?

cujen said...

member aku suka kutuk2 fizikal orang. selamba je dia kutuk hidung aku mcm singa.. sib baik hati aku kebal. ye aku tau hidung aku mcm singa tapi tak yah kutuk2 kan... kecik ati aku... ehee

Ladynoe™ said...

to CUEJEN = stended la. orang penah kutuk bontot aku cam bun penyek lagi. Aku buat bodoh je lah..walau sebenarnya rasa down. wahahahah! kelaka.

ketiak said...

best gak lyn pompuan ni hihi. takbaik ckp aku bacul.baru blk semayang jumaat ni tau hik3.aku menyamar jadi ape nak tau gak.glamer plak aku

Ladynoe™ said...

to Ketiak = baru balik semayang jumaat ke, baru lepas berurut?

Hanafedora said...

selamat berpuasa ladynoe.. :)

FIRZA said...

encik ketiak....kenape ko panggil diri ko ketiak?...ko busuk cam ketiak ke?

aku cume jelik dan pelik......

tidak mahu terlibat dgn pergaduhan kamu dan penulis....tertanye2 shj nama pena kamu......

ketiak said...

berurut konek ke hik3

Anonymous said...

to ketiak, get lost. kacau orang lain please. get a life.


nadiah whoah

c0nteng said...

dah la name ketiak. pervert pulak tu. benci ai.

Weed and Bandages said...

senyum baca kat chatbox.. hahaha.. sabaq sabaq.. ntah apa apa lah.. orang kadang-kadang suka sangat jadi hakim.

fynn jamal said...

tak tau pasal, teringat abang teksi.
hahahahaha.

noe, psp 3000 bole dapat 700++. white / pink / purple edition, tambah 100. kat low yatt. dia upgradekan jadi bole main game download, instead of satu game 300 hengget tu.

jom jom jom. beli la.
percayalah. de bomb.

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

love this entry! n happy fasting to u too dear!

cik ika said...

ladynoe! jahatnya org bernama ketiak tu! da la busuk! ekekeke...ladynoe nanti saya kawin jadi photographer saya ok? :D