17.9.09

Balada Ramadhan (10) - Malang Tak Berbau

27 Ramadhan 1430

Dari dulu sebenarnya, menjelang je Aidilfitri, aku akan persoalkan satu perkara;

"Kenapa kerajaan tak mengharamkan penjualan motosikal untuk membendung gejala rempit dan statistik kemalangan jalan raya? Atau sekurang-kurangnya haramkan penjualan motor yang lazimnya digunakan oleh anak muda untuk merempit."

Kenapa kerajaan mengharamkan penjualan Mercun dan bunga api? Itu kan salah satu elemen yang menggembirakan hari raya untuk orang tua bangka yang dah tak dapat duit raya macam aku? Malang kan tak berbau? Bukan semua orang putus tangan sebab bunga api pun. Macam merempit jugak. Macam kemalangan jalan raya jugak. Penjualan mercun tak menguntungkan ekonomi negara ya? Sebab tu la boleh haramkan?

Sesiapa boleh bagi aku sebab untuk aku pujuk hati aku yang lara ni tak?

Harap-harap ada la abang aku bawak bunga api seludup lagi tahun ini.

Sekian balada ramadhan kali ini.

Selamat berpuasa dan membuat persiapan raya.




14 comments :

MK said...

Sebab saya akan terkejut setiap kali dengar bunyi mercun yang budak-budak ni main. Rasa nak menyumpah je x_x

Kita main konda-kondi je la.

Ladynoe™ said...

MK = ala konda kondi tak colourful.

Nani Allen said...

dekat uitm berlambak2 budak bawak mercun seludup. ntah celah mana diorang dapat ntah. melampau lampau baling kat bilik orang. aku tak suka! ah jangan main mercun. malang berbau doh. kalau tangah rentung, bau busuk kot?

Ladynoe™ said...

tu bukan main mercun nak sambut raya. tu main mercun nak membunuh. sama gak cam rempit aaaa...buat kacau. kalau naik moto lek lek dengan cermat, insyaAllah takdak apa..

kalau men bunga api elok2 pun insyAllah takdak apa la kot.

hohoho.

NIMI said...

suka main mercun bola..
alah yang kena putus jari tu semua sebab batak tak pernah main mercun..
hehehehhe!
orang elok2 buat sumbu panjang gi pendekkan..hero lahh katakan..

tapi tahun ni tak main pon mercun..
bz sangat tak sempat nak cari mercun seludup ni..lagipon da takda geng..
k.noe meh jadi geng aini..
=))

Schalfyzcha said...

Come to think of it, dulu memang tak sama dengan sekarang.

Dulu, (sehingga tahun 1998) masih banyak lagi tanah lapang untuk bermain mercun. As far as I'm concern, kalau main meriam buluh, mercun pancut, etch... memang kena tunggu balik kg sebab kat situ jarak dari sati rumah ke satu rumah agak jauh. So kebarangkalian mercun terkena rumah orang berlaku amat rendah.

Plus, dulu kita main dengan penuh disiplin, involve orang dewasa.So they actually guide us, terutama time main mercun buluh. Now? Susah... sebab generasi dewasa sekarang tak ramai yang tahu main mercun buluh.


Hmm.. lagi.. budak-budak sekarang macam banyak idea pelik-pelik yang kadang-kadang membahayakan. Nak kenakan budak, baling mercun. Nak seronok tengok orang menjerit, baling mercun kat surau.. etch... kenakalan yang tidak dapat dibendung nih kadang2 mengganggu juga..

so yeah.. mungkin ada baiknya diharamkan, at least dapat mengawal. :)

alkapon said...

sbb rmi lg rakyat msia yg xmampu beli keta. lagipun bile bwk moto kurg la masalah kesesakan jlnraya. tp timbullah masalah lain - rempit. maybe klu diharamkan bermotosikal org akan merempit guna keta plak tp dgn istilah lain. klu naik unta skalipun bila dah jdk popular culture mst ade gejala yg xbaik ala2 rempit.

ceh berceramah lak. aku nak blk kg ni noe. slamat hari raya. sori klu2 ade buat slh terusyar benda yg xbaik ke ehk.. slamat jdk mama. bai!!!

Weed and Bandages said...

dulu kecik2 syok saja ikut dengan basikal time raya cina sebab singa boleh bakaq mercun pom pom pom..

la ni haprak..haha

IMCurtain said...

Selamat Hari Raya Aidifitri dan Selamat Bercuti dari IMCurtain.com . Berhati-hati di jalan raya.

p/s: Kami ingin menjemput anda semua menyertai komuniti blogger kami di Komuniti Blogger

Ladynoe™ said...

Scha = ok, relevan.

Ajid = tapi kalau aku nak main jugak boleh tak jid? aku kan sopan santun punya orang.

Ms weed = memang.

langsir = pulak dah.

jas imran said...

memang tak meriah raya tanpa mercun..

tapi...

dua hari lepas anak jiran aku main mercun dpn rumah smpi bergegar pankreas aku.. rasa nak jerit suh main jauh2.. sikit lagi aku nak telefon polis suh dtg tangkap budak2 tu... tapi aku taknak keruhkan hubungan kejiranan yang mesra alam so aku tahan dalam hati...

semalam dah senyap.. either mercun dah abes atau diorang save untuk raya...

aku suka main mercun masa kecik2 dlu walaupun kadang2 aku takut nak main... yang ringan2 mcm bunga api tu seronok la...

tapi masa aku tengok budak2 tu main bunga api tepi kereta aku.. rasa macam nak karate tangan diorang...

sabar2.. bulan puasa...

Ladynoe™ said...

betul tu jas imran. tak meriah bila raya tak ada mercun. nasib baik lah kat kampung aku, awal puasa lagi budak2 dah sibuk main meriam.

aku rasa pokok pangkalnya kita kot. jangan main mercun. main bunga api je. jangan conoh-conoh kat orang/kucing, jangan baling2 kat kereta orang. kan?

al razy said...

mau mercun ka?
saya ada jual

mercun telur/ketupat/bola 100 biji = RM20.00
Thunder clap sekotak =RM 35
Thunder King sekotak = RM15
Mercun bateri (mcm new year) = RM90

senyap-senyap taw, jangan bagitau orang

;P

UnWantedStorryteller said...

salam aidilfitri
aku main mercun pop pop je
hehehe