1.9.09

Balada Ramadhan (4) - Baju Melayu Untuk Net II

11 Ramadhan 1430


Kalau dah sayang sangat, memang susah nak lupa. Ini Baju Melayu Untuk Net. Tak dapat pakai time hidup, pakai dalam PetSociety pun jadilah.

Satu hakikat yang kita tak boleh nak lari; Kita semua akan merasa kehilangan orang yang paling kita sayang. Sekali kamu dah rasa, kamu akan tau langit tu rupa-rupanya terlalu tinggi untuk digapai. Sekali kamu dah rasa, kamu akan senyap-senyap mengaku yang sebenarnya kamu ni hanya manusia yang maha lemah.

Sesekali kita mungkin akan terlupa. Tapi ingat lah, MATI tu kawan yang paling rapat dalam hidup kita. Terpulang kau lah nak jadikan si Mati itu kawan baik ke atau kawan tak baik.

=)

Sekian Balada Ramadhan kali ini.

Selamat berpuasa. Selamat jadi yang baik-baik sahaja dalam segala hal.


9 comments :

biolatanpadawai said...

babe, typo,

langit tu rupanya terlalu tinggi untuk digapai

*rupa-rupanya.

:*

.amnesiac. said...

sedih btol saye ngn mentaliti tipikal melayu nih.klaka pn ade.x habes2 dengan iri hati.sia2 je la puase.adoiyai..tapi komen ni xde kene mngena ngn entri balada ramadhan kamu ni.hanya meluahkan rase kepelikan dlm shoutbox di sebelah ni.hahah

satu lagi.dalam banyak2 malaikat, malaikat yang xkan jauh dari kite ialah malaikat Izrail.cool~

Ladynoe™ said...

-to Biolatanpadawai

terima kasih
=)

-to amnesiac

tak boleh nak salahkan dia jugak. Mungkin tu cara dia menghiburkan hati.

.amnesiac. said...

mungkin juga.

Arjuna Qaseh said...

Mati adalah teman yang paling baik..
setia menanti tak pernah sesekali berniat untuk curang..
erkkk..
balada..
selamat hari-hari

pjoe said...

sayang kau kat net kan..
:)

UnWantedStoryteller said...

noe
pertama kali mau komen ni
nervous

aku suka tulisan kau
jujur
kadangkala manusia lebih suka melihat
membaca benda yang sedap dan biasa dibaca
aku itu
tulisan kau membuat aku ketawa dan berfikir
mungkin orang yang melihat tak sama mendengar
tapi aku menyokong tulisan kau

link kau juga
terima kasih
=)

Ladynoe™ said...

pjoe

sayang sangat. tak boleh nak lupa. kalau boleh pun, aku taknak lupa.

unwanted storyteller

sama-sama. aku pun nervous baca komen kau jugak ni.

teheheh~

n u r i d r i n said...

kak noe,

susah rasa nak hadam yang ini,

"Satu hakikat yang kita tak boleh nak lari; Kita semua akan merasa kehilangan orang yang paling kita sayang. Sekali kamu dah rasa, kamu akan tau langit tu rupa-rupanya terlalu tinggi untuk digapai. Sekali kamu dah rasa, kamu akan senyap-senyap mengaku yang sebenarnya kamu ni hanya manusia yang maha lemah"

tapi inilah ayat yang paling tepat menggambarkan rasa hilang.
rasa lembik. sebab tak kuat.