3.9.09

Balada Ramadhan (5) - Gurau

13 Ramadhan 1430

Di suatu petang, perbualan dengan seorang yang aku tak kenal lansung di YM.

BUZZ!

Encik X : Hai cik, sibuk lagi ke?
Noe : Ada kerja. Tapi tak sibuk sangat. Kenapa? Semalam nak tanya apa?
Encik X : Nak mintak tolong sikit ni..boleh ke?
Noe : Tolong apa?
Encik X : Tolong ajar..itupun kalau awak tak kedekut ilmu..heheheh

Noe : perlu ke cakap camtu? "itupun kalau tak kedekut ilmu" perlu ke cakap sebelum mintak tolong? Dah tentu kalau aku nak tolong pun jap lagi sebab taknak orang cakap aku kedekut ilmu. Kan dah tak ikhlas namanya.
Encik X: ala...itu pun nak jadi isu..saya saje nak gurau tengah hari ne..

Noe : bukan isu, tak manis la kalau awak cakap macam tu. Ok aku memang tak kedekut ilmu. Ha cepat la nak tanya apa?
Encik X : hehehe..sorry sorry...tak tau pulak awak ni tak boleh bergurau. Ok camni...saya dah siap website ni..macam mana nak import dalam dreamweaver bla bla..bla....bla...bla....
-----------------------------------------------------

Aku suka bergurau. Suka sangat. Boleh dikatakan hari hari idup aku nak bergurau je. Aku hidup di sekeliling orang yang suka buat lawak, dan aku memang bangsa yang suka dan mudah tergelak. Sampaikan nak cari kawan dan pasangan pun, aku akan cari yang boleh buat aku tergelak-gelak. Tapi kadang-kadang kita tak sedar yang gurauan kita tu tak munasabah. Dan kalau boleh, elakkan bergurau dengan orang yang baru pertama kali kita jumpa. Dan kalau boleh jugak, gurauan tak perlu sinis. Gurauan sepatutnya menaikkan mood, bukan jatuhkan mood. Dan kalau boleh lagi, kalau tak pandai bergurau, jangan bergurau lansung.

Tapi semua manusia buat silap. Tauladan ni untuk semua termasuk aku sekali lah. Hehehe.

Sekian Balada Ramadhan kali ini. Entah apa yang baladanya kali ni aku pun tak tau.

Selamat berpuasa, geng.



10 comments :

saya.L-A-N-N said...

Selalu jumpa orang orang cenggini. pathetic.

tapi saya akan buat tak tahu dengannya, n buat muka ketat dgn orang tuh. haha.

derqdnl said...

SETUJU!

cujen said...

kalau org gurau aku cenggini pun aku naik ilang mood.....

yayien said...

hahaha aku macam tau je siapa yang ko maksudkan tu... lalala~ buzz me bebeh..

Myra said...

sgt fhm ayat2 pembuka yg induce ketidakikhlasan! tak sukaaa

K.I.T.A said...

Mayb,dia nie kedekut ilmu kot tu yang dia sampai terfikir nak cakap macam tu.

p.s:noe,salam ramadhan

Arjuna Qaseh said...

donno wat is the best to say..
but i agree with u..
100%
ya,tauladan tuk ku jua..haha..

apis said...

dia panggey ko CIK pada 13 Ramadhan 1430 dan kau menjawab YE..

hahahaha

Ladynoe™ said...

to APIS

ada satu part dia cakap dia takut PAKWE aku marah kalau dia tanya banyak sangat.

Aku cakap aku dah kawen.

Takkan aku nak paste the whole conversation. letih a geng.

Nani Allen said...

noe, ini baru 1 org yang sedar diri noe. aku ni berhadapan dengan org yang agak educated lah juga. buat medic. tapi dia tak ada sense of bercakap dengan manusia. gaya dia cakap, tak kira la 1st time jumpa ke, apa ke, memang gaya kurang ajar. dia nak tunjuk cool. tapi orang rasa dia kurang ajar. aku sakit hati betul. selalu yang kena aku. kena pula dia tak suka aku. macam sial kan?