7.9.09

Balada Ramadhan (7) - Seronok tapi letih

17 Ramadhan 1430

Salah satu projek yang fun bagi aku selama aku dalam dunia seni grafik ni ialah Projek Buat Kalendar. Sebab aku rasa kalendar adalah satu medium di mana aku boleh berinteraksi dengan semua pengguna melalui teknik dan bakat yang aku ada. Melalui kreativiti dan idea mutlak aku. 2 tahun dalam bidang advertising memang betul-betul memberi manfaat.

Jadi aku rasa, bagi yang sedang belajar dalam bidang yang serupa dengan aku, lepas grad, cuba la sedaya upaya terjun ke dunia pengiklanan dulu. Rasa la pengalaman bergelumang hidup dengan bos yang saiko. Balik 2-3-4 pagi. Deadline yang bertindih dan sebagainya. Rasalah pengalaman kena marah dan menangis tekanan kerja yang time tu kamu rasa kamu akan jadi gila pada keesokkan harinya. Rasailah sekejap, jauh dari kawan-kawan dan kawan-kawan akan cakap;

"Noe dah sombong skang nak jumpa pun susah. Nak jumpa kena buat appoitment mengalahkan YB,"

Kawan aku time tu, adalah kawan opis aku je. Tengahari muka diorang, petang muka diorang, malam, dinner muka diorang jugak, weekend muka diorang. Sampai dah tak ada muka lain dah aku nak tengok. Nasib baik diorang semua mempunyai perangai yang menyeronokkan. Kalau saiko jugak, aku pun tak tau lah.

Letih la tapi seronok. Lebih seronok bila aku jalan-jalan, nampak portfolio sendiri terpampang atau terjual. Grafik artis bukan sahaja cipta benda cantik, tapi menyelesaikan masalah jugak. Tapi cukup la 2 taun beb. Aku dah berumahtangga, aku tak rasa advertising bidang yang sesuai untuk orang yang macam aku. Maksud aku, dari segi komitmen dengan pasangan, aku memang akan kasi yang terbaik. Aku bukan jenis akan berkahwin dengan karier. Bagi aku, start je aku kawen, berakhir lah zaman bawak kerja balik rumah - KECUALI - kerja yang aku buat kat rumah tu mendatangkan side income yang memberansangkan. Bukan MLM lah woi. Maksud aku freelance lah.

Jadi lepas kawen aku dah kat tempat dimana aku tak perlu lagi balik 2-3-4 pagi macam dulu. Bos tak berapa nak saiko. Kerja kurang tekanan sangat. Tapi ada jugak tekanan yang datang dari office-mate yang tak berapa nak elok sangat perangai. Stended la, banyak orang banyak ragam.

Jarang aku share dengan pembaca apa yang aku sedang usahakan. Tapi layan je lah ya. Macam biasa, klik foto untuk paparan yang lebih besar.

Kalendar KWSP 2010.
Konsep = KWSP, Seiring Warisan
Teknik = Digital Watercolor in Photoshop
Status = Belum finalize lagi.

Sarawak
Percutian ke Sarawak memang berguna.

Terengganu
Kita minung dulu! heheh

Pahang
Ikan patin tu Rhona yang bagi idea.

Dari dulu minat dengan watercolor sampai hari-hari dok menebeng kat Pasar Seni dengan Ahmad Ghani dengan harapan dia boleh ajar aku macam-macam pasal teknik ni. Tapi sekarang alang-alang dah into digital, maka digital watercolor pun jadilah. haha.

Harap bila dah siap kalendar ni, dapat la lebih dalam 4-5 ketul ke. Boleh aku bagi kat sesiapa kot? Kalendar CIMA taun lepas orang dok mintak-mintak aku tak dapat nak kasi. Sebab aku pun dapat seketul ja. Huuu!

OK lah sekian Oblada Obladi Ramadhan kali ini.

Selamat Berpuasa.

p/s: For best view, try usha kat Rabun Rabak



37 comments :

saya.L-A-N-N said...

smart gila digital watercolor! terbaek...

kebarangkalian said...

Oblada Obladi Ramadhan tu apa?

QuTaQ said...

noe, pakcik ghani sekarang masih ada? aku dah jauh dari CM..

Dean said...

Noe,teknik tu mmg digital watercolor ke or apply filter watercolor?

Ladynoe™ said...

Dean

memang digital watercolor.
kalau guna filter effect, bertuah la nak dapat hasil camni.

Ladynoe™ said...

QutaQ = entah lah. aku kenal dia time aku umur 15 taun. dah 10 tahun kot tak jumpa. CM pun dah berubah sgt sekarang ni.

Anonymous said...

Wow, so you are the one who did CIMA 2009 calendar. I have one on my table. I thought it as a highly creative work.

Memang kena lah dengan konsep dia "What shapes you?".

Tahun depan dpt CIMA lagi?

Rudy

Iron Butterfly said...

Noe,

u spell Sarawak tu Serawak ker?

(in case u tak perasan. eh ker i yg salah tengok?)

Iron Butterfly said...

eh Cis. dah nak habis taun baru tau Calendar CIMA lawa. kalau i tau i mintak. i student CIMA. hehe.

Ladynoe™ said...

to anonymous RUDY

=)
tahun depan kalau CIMA nak suruh saya buat pulak, i will be happy doing it. Tapi saya dah tak kerja kat agensi yang pegang akaun CIMA lagi.

to IRON BUTTERFLY

Serawak ejaannya Sarawak. Kalendar tu belum di finalize kan lagi pun. copy pun takdak lagi.

Weed and Bandages said...

Good job.

Should rewards yourself.

(beli barang baby pun kira rewards jugak kan?)

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

nice touch dear!

ko dah ada isi ke??

Dean said...

owh..i see..thanks..memang cun!

Ladynoe™ said...

to MS WEED = barang baby untuk sape lak ni??

to AQILAH = isi? aku memang banyak isi. hehehhe.

Hanis Zalikha said...

bulan ramadhan best sebab awak rajin update kita suka. kalendar yang sangat ikhlas designya dan cantik.

Anonymous said...

Apakah nama agensi Ladynoe sekarang?

Tumpang lalu: Iron Butterfly,

CIMA calendar tu dia bagi pada employers' group dan business associate. Ironinya saya ahli ACCA.


Rudy

Ladynoe™ said...

to RUDY

i ain't working with any agency now. Sekarang dah jadi inhouse designer lah.

kenapa, ya?

Anonymous said...

Kalau ada job boleh recommend.

Rudy

Ladynoe™ said...

Wud be my pleasure

=)

cujen said...

bestnye jadi org kretif ni. saya minat gak mende2 camni tapi takde bakat.. lagipun mmg tak sanggup dengan tekanan kerja mcm tu...so,minat tu simpen je hati..

cantik la

cujen said...

alamak...komen aku td tak abis lagi sebenarnya..tapi, dah ter submit..haha..takpelah...aku pun dah lupe nak ckp pe...yang penting ko nye artwork tu cantikkk

Anonymous said...

sama-sama.ladynoe nie mesti nk org puji nie tunjuk kat sini.rhona tue yg blog yourdrugbuddy tue ke yg nak kawin dgn duda.

Ladynoe™ said...

to anonymous

sebab aku rasa aku tau kau siapa, sebab tu aku nak balas.

aku tanya kau satu benda lah.

APA SALAHNYA KAWEN DENGAN DUDA?

yang kau nak perli2 rhona ni apsal? ingat la, dunia ni berputar. kau sibuk sangat orang kawen dengan duda. kau ada hati ke ngan duda tu? satu hari nanti kalau suami kau tinggalkan kau, lepas tu kawen dengan orang laen baru padan muka kau. Banyak lagi benda yang kau nak fikir. kau dengki sangat dengan rhona ni apsal? laki kau tak best ke?

ayie said...

alamak noe...sentuhan masih berbisa lg la...lukisan cantik mcm dulu gak....

ketiak said...

betul tue tak salah kawen dgn duda,jodoh ajal maut semua kat tgn tuhan.tapinye kenape ko plak yg emo sgt nie noe? agaknya memang mentaliti org2 belah ulu macam ni hik3.woooo biar betul rhona nak kawen

Ladynoe™ said...

AKu kesian tgok Anonymous 8.54 ngan Ketiak ni. Nak cakap orang mentaliti ulu padahal diri sendiri hidup dalam kekangan rasa cemburu dan hasad dengki yang membuta tuli. Mentaliti orang mana lah tu..yeeeeee???

baru kena delete facebook dah menggelabah tak tentu arah.

kesian.

tsk tsk tsk.

Anonymous said...

aku nak jwb r wakil anon.aik budak belah3 ulu macam ko pun reti main facebook ke.sejak bile plak aku jd kwn ko yg ko delete aku.facebook pun gua tarak.ko ni mesti bajet ko best dan glamer.kesian...siap publish cv dlm internet tsk3 kesian lagi.

Ladynoe™ said...

fuh, tuju kat orang lain, anon lain yang jawab. tsk tsk tsk.

kesiannya..tsk tsk.

siap anta wakil. ayat lebih kurang sama lak tu. orang letak cv tu 3 taun yang lepas masa nak cari kerja lah ngeng. bukan macam kau takde kerja asyik nak kacau hidup orang je.

kesian..
kesiannya..

Anonymous said...

Berlambaklah designers letak cv online. That's the modern age way dude. Orang ulu je yang tak reti benda macam tu.

Rajin sungguh si anon 09:27 ni. Siap tau hang buh cv online. Itulah dia, orang yang takda life, sibuk tengok life orang lain.

Serious shit, dari dulu lagi si ketiak, si anon anti duda ni, dari dulu lagi, tak habis-habis. My God, tolonglah weh. Mesti bosan gila hidup korang.

- Concerned Friend

iYda Juhar said...

tu la kan.. kije kije..

bile aku bace entri ko ni Noe,banyak la plak yang terbuku nak dikeluarkan, tapi tak kan aku nak post kat sini habes la penuh blog ko. heheheheh..

dari dulu sampai skang memacam kije. haihhh.

ape pon gud for u...

Sue Anna Joe said...

Haha, saja test komen guna anonymous. Padanlah orang suka guna anon. sebab boleh suka hati nak terjah tanpa merisau identiti terbongkar. Hehehe.

Seriously, it's Ramadhan. Cukup-cukuplah, umur pon dah makin meningkat. Please lah resolve your own issues elsewhere.

Anonymous said...

to anonymous dan ketiak (i tahu you orang yang sama) : orang semua dah tahulah kau siapa. buang masa je sembunyikan identiti you. haha.

-siti nurhaliza-

Ladynoe™ said...

tu la kan kak siti nurhaliza kan. kesian..DIA ni kan?

kesian..
(mcm cerita Pramlee madu tiga)

Kesiaaannn....

Anonymous said...

diknoe ko mmg tak berubah dr zaman irc sampai lah ke zaman blog.asyik nk betul jek.fuh tak sangka pulak akan jd camni.identiti apa sebenarnya?teringin jugak nk tau.

disebabkan blog habis semua kutuk mengutuk, br aku paham bila bergelumang dlm dunia blog nie.ada yg jadikan blog ni sungguh2 hidup dia,sebaliknya ada yg ambil ringan shj.begitu jugak dgn saluran social networking yg lain.bg pendpt aku,walaupun ada setengah pkara yg betul atau tidak betul ttg sesuatu yg melibatkan diri kite yg dilemparkan dlm dunia virtual nie,jgn lah kite ambil serius.ada tue smpai berpanjangan mengata itu ini sedangkan di dunia realiti nk pandang pun tak berani.tetapi bukan semua org begitu yek,ada yg bijak membezakan dunia nyata dgn dunia fantasi nie.terpulang kpd diri masing2 utk buat keputusan.sbg cth kes anonymous nie hahaha.secara kesimpulannya,ada positif ada negatif benda nie.buang yg keruh ambil yg jernih.fuh karangan.sekian shj balada ramadan kite pd kali nie.


-roma irama-

Anonymous said...

to anonymous 12:33 :

kau pasti kau bukan tengah cakap pasal diri sendiri?

-ifa raziah-

biolatanpadawai said...

to anonymous,
sarang lebah jgn dijolok. It's not about ambik serius or not. Peribahasa dah ada. aplikasikan sahaja.

to Ladynoe,
A great deal of intelligence can be invested in ignorance.

so after this, noe, please ignore. remain your old style. even you know who the fuck are they.

Ladynoe™ said...

=)
setahu aku lah. di zaman irc, aku tak banyak berbual ngan orang pun. pergi gathering pun 2-3 kali. jangan bercakap macam kau dah kenal aku sangat, beb.

pasal identiti tu, kalau kau rasa kau tahu, dan kau tahu aku tahu, kau tak payah nak mintak nak tahu kat komen blog aku ok?

aku tak peduli sangat pasal anonymous pun sebelum ni. selama ni aku senyap. siapa ambil serius tentang siapa, sekarang ni? Aku atau kau yang berusaha ulang masuk ke blog aku untuk tengok respon aku?

Konklusinya, ialah, kalau sekadar nak buat onar dan memberi pendapat yang tak ada kena mengena dengan nukilan aku, blog aku bukan medium yang tepat. kau boleh buzz ym aku, kau boleh sms aku atau apa-apa sahaja lah. itu pun kalau kau betul-betul ada isu dengan aku lah.

Kalau sekadar nak menegakkan rasa cemburu dan hasad dengki kau dengan orang lain sampai nak tarik semua orang untuk benci satu orang, memang aku tak layan. Kau sakit hati sangat dengan rhona padahal sepanjang aku kenal dia, dia tak pernah kutuk siapa2 kalau tak dipetik apa2, kau rasa secara relevannya, layak tak aku panggil kau gila?

kau jangan cakap aku tak berani berdepan dengan kau selepas kau jadi anonymous. kau macam bercakap dengan cermin. kalau aku ni pengecut sangat, aku tak guna nama aku sendiri lah, bodoh.

dan lagi satu, kawan irc yang baik dengan aku, ijam dan patah je. Selain dari tu jangan berangan nak claim macam kau dah pernah kenal aku sangat. sedangkan kalau terserempak kat mana2 pun, aku tak pernah ingat pun kau siapa.

memalukan. OK?

last aku berIRC masa aku 17 tahun. 7 tahun yang lepas. fakta yang memalukan yang kau harus telan ialah kau sibuk nak cek life aku selepas irc setelah 7 tahun aku tak pernah contact ngan budak2 irc lepas tu claim "perangai kau tak berubah". kau follow hidup aku ye selama ni, sedangkan aku tak pernah HINGIN nak keep in touch dengan kau?

haha!



to BIOLATANPADAWAI

this will be the last.
sabar pun ada had jugak.
benda ni serba sedikit menjatuhkan air muka aku jugak. pergi layan minah mangkuk ni buat apa. haih.


end.