14.9.09

Balada Ramadhan (9) - Perihal Cikgu - dulu sampai sekarang.

24 Ramadhan 1430

Kelmarin aku terbaca satu berita yang mengisahkan seorang pelajar yang ditampar lapan kali di muka oleh gurunya. Terus dia buat laporan polis. Aku tak ulas apa-apa pun. Selalunya aku akan bising-bising berdiskusi dengan Fandi bila wujudnya berita-berita tak relevan macam tu.

Berita tu membawa aku teringat kembali kenangan semasa aku masih lagi di bangku sekolah. Mrs. Yap ialah guru berbangsa Cina pertama dalam hidup aku.Dia guru aku sejak aku darjah satu sampai darjah 3. Kalau kawan sekolah rendah aku baca nukilan ni, mereka akan pasti ingat perkara yang sama tentang Mrs. Yap - Memang garang macam singa. Aku tak pasti samada semua pelajar pernah kena penangan guru Bahasa Inggeris tu tapi yang pasti, aku dah rasa berdas-das pun.

Kadang-kadang, AKU RASA, salah aku tidak lah besar mana. Setakat tak siap kerja sekolah - 2-3 debik aku dapat kat belakang badan aku. Debik weh. Bukan tampar. Kalau aku tak fill in the blank dalam satu atau dua blank bagi soalan-soalan kerja rumah, pipi aku yang ketika itu agak gebu akan dicubit sekuat-kuat sampai lebam. Diulangi, SAMPAI LEBAM. Banyak lagi la. Kena hempuk buku teks, bagi aku itu seringan-ringan penangan. Kadang-kadang aku rasa Mrs. Yap ni macam ada sejenis penyakit yang mendatangkan sindrom tidak sukakan budak-budak. Agaknya lah.

Dan selain dari suntikan BCG, zaman aku sekolah dulu pun, aku ada BCS. Atau nama panjangnya, Bekas Cubitan Shila - cikgu Matematik aku semasa darjah 5 - 6. Bila ada nama, bermakna cubitan Cikgu Shila, bukan cubitan yang calang-calang. Cubit sampai terkopek kulit. Sampai berdarah, you. Sebab tu boleh dikatakan semua budak kelas aku semasa sekolah dulu scorer Matematik. Sebab takut dek BCS tu lah.

Aku tak pernah mengadu dengan Mak Abah aku pun.

Kalau ada kesan lebam, Mak Abah akan tanya, bila aku jawab, feedback yang aku dapat;

"padan muka"

Berlain sangatlah dengan fenomena yang kita selalu dengar zaman sekarang ni. Aku tak payah tinjau kisah orang lain sangat. Sebab baru-baru ni akak aku bukak cerita yang dia baru sahaja menghubungi seorang guru Matematik anaknya. Akak aku marah-marah sebab guru itu menghempuk buku latihan matematik ke kepala anak dia. Kakak aku cakap;

"Perbuatan tu memalukan Aisyah di depan semua kawan-kawan. Aisyah tak siap kerja sekolah sebab Aisyah demam. Consider lah sikit,"

Aku jawab, "Takpe, sekurang-kurangnya lepas ni, sakit macam mana pun Aisyah akan siapkan kerja dia sebab dia dah serik dimalukan depan kawan-kawan. Benda-benda macam ni, boleh buat orang lebih bertangungjawab,"

"Tak, cikgu tu memang ada masalah rumah tangga. Tekanan jiwa,"

Dalam hati aku, "Sukahati kau lah,"

Lama-lama aku fikir, perkara ni bukan lagi sesuatu yang boleh dipelikkan lagi. Sebab, akak aku berumur 44 tahun. Aku kira, cikgu zaman dia dulu lagi merapu dia punya garang. (berdasarkan cerita-cerita pengalaman orang juga lah). Dan mak aku pun pernah cakap, tak ada seorang pun anak dia pernah mengadu dipukul cikgu dan mereka (mak abah aku) tidak pernah peduli pun kalau cikgu memukul untuk tujuan mengajar.

Tapi kenapa kakak aku lain pulak pesen (fesyen) nya?

Aku pun tak boleh nak cakap lebih-lebih. Memang tak boleh sebab satu hari aku juga akan jadi seorang ibu. Buat masa sekarang ni, aku rasa, kalau aku ada anak, aku nak treat dia macam mana mak abah aku treat aku. Tapi hakikatnya kita tak boleh cakap besar. Mana lah tahu kalau satu hari nanti aku ni jenis yang beriya-iya sangat dengan anak sampai orang jentik sikit aku nak melenting. Dan mana lah tahu kalau aku ni jenis mak yang gila manjakan anak macam dalam iklan KFC baru-baru ni. (yg anak dah pecahkan berbelas-belas telur ayam tapi mak dia rilek je.)

Wallahu'alam. Aku taknak jadi macam tu.

Apa pun, kerjaya guru/pendidik aku anggap satu kerjaya yang mulia. Walau secikai mana kita pandang kredibiliti seseorang itu sebagai pengajar, tapi manusia ni tak ada yang sempurna. Aku ni jadi designer pun kadang-kadang hangin rasa nak letupkan kepala orang je. Pulakkan cikgu yang mengadap RATUSAN anak murid dengan RIBUAN ragam.

Aku harap, kerjaya seorang guru/pendidik, adalah kerjaya pilihan. Maksud aku, memang kamu nak jadi pendidik. Bukan sebab tak dapat masuk mana-mana Universiti, atau tak dapat kerja mana-mana then desperately jadi cikgu.

Sekian sahaja balada Ramadhan kali ini.

Selamat berpuasa dan membuat persiapan raya.





31 comments :

y@ni3 said...

Entri kau ni buat aku berfikir sejenak. Dari dulu aku nak jadi academician. Entri kau betul2 buat aku muhasabah diri aku. Hopefully, aku boleh. Hehe.

Thanks.

Ladynoe™ said...

kalau kamu betul-betul berkeinginan, insyaAllah boleh.

Aishah Rahim said...

masa amik report card kat sekolah rendah dulu, bapak aisha siap cakap kat cikgu;

"cikgu, kalau anak saya salah, cikgu pukul lah... rotan lah cikgu..."

peh, gila tension masa tu... =p

zakzak said...

dulu penah kena bantai dengan pembaris kayu panjang semeter dengan cikgu. habis patah pembaris tuh.

since that time, i've always behave in his class haha.

guru bukan kerjaya untuk orang fius terbakar.

*pil.tahan.sakit* said...

aku dah rasa macam mana jadi cikgu. pening kepala juga nak layan beratus kepala. teringat dulu zaman sekolah..agaknya mcm ni lah cikgu2 aku dulu ngajar aku. karma's back. hehe

Khaleeqa; said...
This comment has been removed by the author.
Khaleeqa; said...

Sepanjang sy bersekolah dari tadika hingga lah sekarang tingkatan 5, ayah saya selalu pesan kat cikgu-cikgu saya,

"Kalau anak saya jahat, nakal dan buat kes dkt sekolah, cikgu terajang je die. Saya izinkan."

In fact, itulah dialog ayah saya setiap kali dia berjumpe dgn ckgu masa hari kad laporan pelajar.

Cikgu2 dlu marah kerana kasih. Kerana nak murid itu berjaya, nak anak murid betulkan kesilapan.

Tetapi disebabkan di sekolah skrg diisi oleh cikgu2 yg tak ada bakat jd ckgu atau tak berkeinginan jd ckgu tp terpaksa jd ckgu sbb tak berkelayakan tinggi utk menjawat kerja yg lbh tinggi, maka ckgu2 ni bila marah, biasanya lbh kpd melepaskan rasa geram.

Dan mereka menggunakan kata2 yg kesat yg melibatkan mak bapak, yg menyentuh ttg perkara sensitif agama, dan menjadikan politik sbg contoh, semua ni sgt sgtlah tak membina semangat lngsung.

Saya lbh prefer dibelasah drpd diludah dgn kata2 begitu.

Jd hakikatnya, pd pendapat sy, cikgu sekarang dgn ckgu dlu lain saaangat.

iYda Juhar said...

jadi cikgu? tu la aku teringin gak kekadang nak jadi cikgu ni. tapi tu la hajat tak sampai la. tapi ngah usaha gak ni. heheh. amin.

tapi betol la kan. zaman skang cikgu sesenang je kena ugut ngan anak murid. dunia dah terbalik kan.hermm.

tapi aku pon mcm nak tergerlak tgk iklan kfc yang anak dia bawa telor,semua pecah sampai tak tinggal satu pon. hahahahha. kalu aku dulu dah lame kena cubitan keramat.

ape pon selamat menjadi IBU !!

Budak Pemalas said...

semua dah rasa masa zaman sekolah dulu. Cubit pipi, perot, pembaris kayu panjang, rotan, pemadam papan hitam. sebutlah apa pun, semua dah rasa. balik rumah, jangan harap dapat belas ihsan mak ayah. simpan sorang je lebam. buku kena campak luar kelas pun selalu sgt. malu tu memanglah malu tapi semua tu mengajar kita. budak2 sekarang manja sangat. tu jek.

oni said...

dulu kalau kena kantoi fly kat asrama, dia punya takut bila sekolah contact parents kita satu macam rasa nak bunuh diri pun ada dia punya pergi. sekarang rileks aje dia sendiri contact bapak dia suruh datang defend dia. kalau banyak duit sikit terus hire peguam. terbaik lah!

Medi said...

dulu cikgu lain niat mengajar dia.
skarang cikgu lain niat mengajar dia.

mak bapak dulu lain cara mengajar dia..
mak bapak sekarang lain cara mengajar dia..

budak2 sekolah dulu lain kurang ajar dia.
budak2 sekolah sekarang melampau lain kurang ajar dia.

salah siapa? masing2 salah diri sendiri la..

janggout said...

mmg situasi dulu ngn skrg jauh beza.
dn aku pun pelik jgk kdg2 bila ko ckp psl akak ko tu.
msti dia pn pnh rasa jgk pelempang sedas dua masa sekolah dulu (no offense). tp still dia overprotected kt ank dia. hairan.

mbe aku dulu kena pukul dpn klas smpi terkencing dlm seluar.
xde pn nk repot kt mak bpk dia.
zaman ank2 muda dh berubah

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

haha..

cikgu yap - seingat kite, tak pena kene debik ngan cikgu yap

BCS - tapi yang ni memang confirm kene skali arrhh... giler sakit! mata berair je masa kelas tu.. mampu nangis dalam ati je... ahaks! but at least, kite skor maths kan? *wink* nak dekat seminggu gakla lebam cikgu tu nye cubitan

thanks for the entry dear! u remind me of the good old days!

Weed and Bandages said...

Aku cikgu!

Hahahha.. Kalau nak cerita pendapat ms weed, memang panjang lebar lah.

Apapun approach sekarang dan dulu tak sama.

Cikgu yang retired tapi masih bekerja pun tension melayan budak-budak sekarang. Zaman berbeza.


Dan hempuk2 dan pukul itu rasanya boleh dielak. Yes, memalukan budak itu. Deep down self esteem budak tu mungkin terganggu. Dari psychologynya lain.

Dulu takada hs,astro,internet. Sekarang ada. Pendedahan lain.

Dulu biasanya (kebanyakkan) hanya bapa saja bekerja, mak tak kerja. Ada masa nak tengok.

Yes, sekarang cikgu pun ramai yang niatnya bukan nak mengajar, tapi nak dapat banyak benefit.

Sekolah ms weed kalau cikgu tu cakap stupid kat budak, memang kena cikgu tu. Kalau budak rude, memang kena juga budak tu. Tapi untuk handle budak atau herdik atau memalukan depan kawan2nya, amatlah tidak sesuai. Sama ada budak itu akan simpan dendam, dia malu atau sebagainya. Benda2 ni makan dalam.

Huermm..Comman Sense and respect each other tu penting. Apapun approach kena lain.

Cikgu sekarang banyak cabaran. Kalau cikgu jenis kerja sebab nak dapat banyak benefit, memang dia tak terasa cabarannya.

Dulu, orang respect cikgu. Once jadi cikgu sampai ke tua orang panggil cikgu.

Sekarang, disebabkan 'komuniti yang suka jadi cikgu sebab tak ada kerja lain dan juga sebab gaji tinggi dan juga boleh lenggang2 masuk kelas atau tak masuk kelas lain dan juga raba raba dan juga mengorat budak perempuan dan juga macam-macam' MAKA budak2 yang ada cita-cita, pastinya tidak akan menyebut nak jadi cikgu satu hari nanti.

:)


Ms Weed sampai sekarang tak boleh faham sesetengah cikgu yang budak buat salah asyik nak sepak saja. Kata belajar psychology.

Atau cikgu sekarang rasa tercabar student lagi banyak latest info?

Atau cikgu sekarang kurang buat research untuk lebih bersedia hadapi budak2 sekarang?

Atau cikgu suka tunjuk kuasa, aku cikgu kau budak nak sedas tamparan aku? (hehehe)


Kerja cikgu boleh depress kalau tak kuat.

Nak naknya melayan budak dari single parents, budak2 miserable, parents dua dua kerja balik malam..

I dont know, banyak lagi approach lain selain tunjuk kuasa veto terhadap students. :)


Tapi as a manusia, ada feelings juga. Se rude macam mana pun budak, dalam hati mesti rasa nak lempang. Tapi time ni sesi kontrol diri.

Kalau aku hangin sangat aku akan cakap,

"I will not tolerate this and i dont want to waste my time to argue about this, this is not fair to and class, and see me after this"

atau, geram sangat. Bawa dia ke office.

Masuk kelas, tukar mood, ajar balik.

:) Bukan senang jadi cikgu. Sebab tu aku marah kalau cakap jadi cikgu boleh rilek. :)

NIMI said...

perghh ganas gila cikgu k.noe dulu..
no wonder larrr dapat jadi designer skang ni..

ha a tah2 k.noe lagilah manjakan anak..
anak k.noe sure cun cam k.noe

♥miszluna™ said...

ape2 pun..
student dulu lebih berjaya dari student sekrang sebab student sekarang manja..


cikgu cubit..
report mak bapak...
mak bapak melienting naik singa..
padahal anak dia wat salah atau pun tak siap kerja..


cikgu zaman sekrang kena ada insuran sebab student zaman sekarang sangat la bahaya...

♥ Aimi Rashid said...

Kak,

Saya kan student form 4 tau. Bila saya baca entry kak ni, memang la terdetik yg tugas cikgu tu mulia, bagus didik anak2 murid , etc.... Tapi kan, kalau cikgu-cikgu tu nak tegur student pon, guna la bahasa yang standard cikgu-cikgu kat Malaysia ni patut pakai.

Ini tak, guru akaun kelas saya marah student dia "kamu ini tak berguna. tak dak akal. bastard. stupid. pelacur. perempuan murahan" haa cuma xterkeluar ja lagi perkataan F*ck tu.

Cikgu Sejarah saya plak bila dia naik angin tak tentu pasal atau atas sebab-sebab remeh like minum air masak yg bawa dari rumah waktu dia mengajar, ada buku teks subjek lain atas meja waktu dia mengajar haa mula la kena bantai. Perkataan yg dia semburkan tu memang pedih ya amat. Kata nak didik anak bangsa la apa laa tapi bila mendidik tak gunakan etika yg betul. watda???


Saya dgn kawan lain pun tak kisah la kena marah, cubit, ketuk ketampi atas sebab yg mmg obvious km buat. Mcm xsiap homework bla bla. Memang salah km. Kalau nak tegur yang pasal sahsiah tu pun kami OKE lagi, tapi kalau tegur guna bahasa kasar , student pun jadi mcm "????????". Huhhh

Ms Pame™ said...

Bakal cikgu comel!bwahahaha.

Ladynoe™ said...

MS WEED = itu cikgu zaman sekarang. Cikgu zaman dulu tu macam mana pulak. Maksud noe, yang garang2, yang naik tangan, tapi murid tak melawan. tak mengadu?

AIME RASHID = cikgu sekolah menengah aku pun macam tu. tangan tak naik. tapi mulut jahat. tapi tu cerita lain.

Weed and Bandages said...

Ok noe, (syok woo bicang2 lagu nih..hehehe)

cikgu zaman dulu ada kuasa. Sebab parents tak support. Ada parents lepas kan saja. Zaman tak ada banyak informasi. Zaman tak ada internet. Students tak banayk explore. Student at least boleh fikir tentang respect, feelings. Zaman tak boleh bersuara. Zaman tak ada youtube. Bukan macam sekarang, darjah 6 pun boleh google siapa itu Che Guvera! Haha

Sekarang dah berubah. Zaman, cikgu mencarut ikut suka hati. Maki hamun, zaman students boleh question "nak suruh respect tapi marah keluar semua benda tu" (macam students form 4 kat atas tu). Rasanya itu tak adil.

Ikutkan cikgu dulu2 pun tak adil gak. Main bantai ikut suka hati. Ms weed pun pernah kena cubit lempang semua. Best sangat ker seorang cikgu behave macam tu? Nak berdisplin ada caranya. Boleh rujuk panduan agama what kalau dia Islam. (Aku pun masih belajar.)


Untuk membezakan approach dulu dan sekarang rasanya tak adil sangat. Kena tengok situasi.

Kena tengok niat cikgu tu sebab apa dia jadi cikgu.
Kena tengok budak yang rude tu. Apa background dia, macam mana dia membesar, family dia.
Kena tengok budak rude tu bercampur macam mana.
(Banyak kerja wehh..hahaha)
Kena banyak bersabar, faham dan buat research.
Kalau tak buat homework, mmg salah, tapi banyak cara boleh bagi punishment
selain cubit, main mana mak bapak, hentak kepala dengan buku, baling buku etc.

Ada cikgu terasa kalau student baling buku kat cikgu,
tapi tang cikgu baling buku kat student takan student tak terasa?

Berbalik kepada common sense, niat jadi cikgu, enviroment sekolah, bandar, kampung berbeza.

:)

Dan sekali lagi, amatlah susah kalau nak dibandingkan zaman dulu dan sekarang.

Approach nya berbeza.

Tengok cerita Triupmh yang 'Chandler Friend' tu berlakon.

Satu lagi cerita ..alamak tak ingat la.. atau School of Life si Ryan Reynolds tu berlakon.

Kesimpulannya, jadi cikgu kena sabar. Kalau student rude, hantar ke displin department.

Kalau anda cikgu yang prihatin, cari masa bersembang, talk 1 to 1. Cari solution.

Principal Ms Weed bangsa Cina, dia pernah ajar di sekolah 98% melayu, seorang budak melayu ada masalah, nak lari dari rumah (bayangkan berapa tahun yang dulu), dia sembang, nasihat..

Sekarang pelajar dia dah keja kat kementerian dan baru habis PHD. Dah beranak pinak dah.. My principal terjumpa dia kat kementerian, siap salam cium tangan ok. My Principal soft spoken.

Sekali lagi, ada banyak approach.

Tata! (byk kan membebel!) hahha.

kareem said...

err..nak nyampuk buleh? ni aku nyer 20sen..
bagi aku zaman berubah
manusia berevolusi/berrevolusi
semua benda merubah
dari luaran smpi dalaman
mungkin dlm hal ni pendekatan psikology dah berubah
dulu pendekatannya cikgu mesti garang supaya murid takut dan buat kerja
zaman sekarang aku rasa dah tak praktikal sgt
pemikiran anak2 dah lain, x cam kita dulu..diorg dah advance dlm bnyk benda..
sekarang aku rase konsep rapport ngan chegu lagi sesuai, dari menakut-nakutkan diorg ngan rotan..
heh..tu jer aku nyer 20sen

CONNIE said...

mak sy pantang tgk iklan KFC tu.hahaha. die mmg sgt tak suke la.. :)

Ayyman Rahim said...

Entah, rasanya mak bapak zaman sekarang risau dengan cikgu zaman sekarang, sebab zaman sekarang cikgu takda feeling macam cikgu dulu yang sayangkan pelajar dan nak mendidik macam anak betul-betul.

Cikgu sekrang datang sebab nak duit dan tak sabar tunggu loceng nak balik. Kalau diorang pukul pun bukan sebab nak kita jadi pandai, tapi risau pengetua tanya kenapa gred turun.


Entah la.

ayie said...

cikgu dulu-dulu 'mendidik'...
cikgu sekarang 'mengajar'..
berbeza tu ...

saya.L-A-N-N said...

Masa form1 aku kantoi maths. leh kata test atau pun exam. bawah 40. Cikgu Fuziyah Binti Lumi selalu ketuk (hujung jari) aku. sampai aku tak leh nak menulis langsung. aku tak pernah repot. memang salah aku. malas nak study maths. tapi lama lama, aku tahu. beliau berbuat demikian, beliau mahu anak muridnya skor maths. masuk form3, beliau ajar aku maths lagi. tapi kali ni senario nya berbeza. aku skor maths 4 every test dan exams sebab aku tanak kena ketuk hujung jari lg.
baru baru ni aku jumpa beliau, aku bernasib baik dia masih ingat aku lagi. aku salam cium tangan beliau. aku kata.

"TERIMA KASIH CIKGU KERANA MENDIDIK SY."

dia balas

"CIKGU BUAT CAMTU SEBAB CIKGU SAYANG ANAK MURID CIKGU. ALHAMDULILLAH, KAMU JADI ORANG."

KayNisa said...

cubit sampai berdarah, cikgu conteng muka dengan permanent marker (habis ruam kat muka sebab kulit sensitif), siram air kat dalam baju (sejuk sangat sebab cikgu tambah ais), semua tu buat aku jadi manusia yang berjaya. mak ayah tak marah sebab mereka tahu cikgu hukum kerana salah aku sendiri..its memory beb...

Ladynoe™ said...

to CONNIE = sama lah. aku pun tak suka. rasa nak tukar je scene masa mak dia balik tu. haha.

XsiLon said...

education system agak fucked up la. sbb secularized kot. bila wat benda x relate Tuhan, maka akan jd melampau. Sorg cikgu yg ikhlas mendidik, dia tau had mana nk pukul, cubit. Dia tau kalau lebiy2 tu da kira dosa. Budak plak, bile paham agama, dia tau nk letak mana taraf cikgu tu yg dia kna hormat. Dia nakal2 pn x jadik jahat. Gaduh2 pn x sampai mati. Usik2 pompuan x sampai rogol.

That's why nowadays skola2 yg excel mostly skola agama. Maahad Muhammadi Kelantan da brp kali da. Kalau yg skola biasa pn, misti yg ada terap program agama. Cm x silap aku skola alam shah kot dia btau rahsia derang salu seblom spm pas wat solat hajat derang akan salam2 peluk2 nangis2 sesama anak murid ngan cikgu mintak maap.

Lea Dzahir said...

salam noe,

saya suka membaca entri ni.. saya pun cikgu jga. tp sekolah rendah jer. mmg saya akui guru sekarang dan guru dahulu byk bezanya. tp murid sekarang dan dahulu pun jauh bezanya.

tak dinafikan bab cikgu2 x menjaga kata2 bila menasihati atau memarahi pelajarnya tu, sangatlah x diterima akal. sebab mungkin dia lupa, dia adalah guru yg sepatutnya mendidik anak bangsa. (eh, skema je saya rasa). tp, kadang tu mungkin pelajar pun jenis yang tak makan saman pun ada juga. cakaplah sampai berbuih2 mulut cuma x kena sawan jer, tp x dengar2 jga. kadang2 tu cara lembut mmg berkesan, tp ada juga pelajar yg perlu ditegur dgn cara kasar. pendekatan pada pelajar ni berbeza2 mengikut latar belakang jga.

bak kata weed, mmg kena selidik satu per satu latar belakang pelajar. kalau boleh satu sekolah tu kita (guru) kena tau setiap perihal pelajar. siapa kata kerja guru tu senang?

siapa yang nak jadi cikgu tu, pastikan kuat mentalnya. :)

Starry Eyed said...

IMHO, kalau sesiapa pun dimarah in public esp depan peers, rakan sebaya, sekurang2nya sikit mesti confident level, self esteem akan terjejas..

Depends kot ape kesalahan anak murid tu.. kalau boleh elakkan dari marah depan kawan2, baik elakkan..

Same goes for adults too, kalau kene tegur/marah depan colleagues mesti akan rase sikit uncomfortable..tapi kalau bukan depan2, tak kesah pun terima sume teguran tuh. :)

pelangindah said...

oo...sy adlh seorg guru..hakikatnya guru2,guru disiplin,pengetua sekarang hdup dlm kedaan "xselesa/takut" krn ibubapa & pljr skang kerap mengadu jk didenda/dipukul....
Realitinya ank murid skang,baik miskin(di luar bndar) mahupun kaya (di bndar) amatlah kurang ajar...klu perkataan mencarut babi/sial(jerit kt ckgu) tu dh biasa.Walhal slh mereka krn xsalin nota lgsung.
Klu guru x cubit,mereka akn wat kacau dlm kelas...klu cubit?ada bekas n tnjuk mak bapa...jd pembelajaran akn terganggu...namun,yg biasa sy terima ayt "ckgu,hukum/pukulla ank sy klu dia wat slh" ialah dr mak bapak di luar bndr(yg ssh)..