15.10.09

BLOG RESPONSE : Bercakap tentang Poster Filem Malaysia

Ini adalah artikel yang respon kepada artikel dari Blog Cursing Malay.

Copycat dengan influenced by ni lain. Aku sebagai salah seorang grafik designer pun tahu juga lah nak nilai hasil tiru atau hanya digunakan untuk reference. Tapi kalau kau tengok poster yang ditiru tu, betul-betul punya tiru lah. Aku tengok pun menyampah. Kalau aku jumpa poster Malaysia yang meniru sebulat-bulat pun aku menyampah. Bukan poster je. Semua benda lah.

Sebenarnya orang bukan kisah sangat pun pasal poster filem ke apa ke. Cuma orang marah sebab

"dulang kata paku serpih".

Indonesia punya industri (ke persada?) seni memang 10 tahun lebih maju dari malaysia. Kita tak boleh nak nafikan lansung. Dari segi visual, filem sampai la muzik. Walaupun sinetron mereka tahap sampah, tapi kita pejamkan mata jugak disebabkan filem-filem mereka dianggap bagus dari pelbagai aspek.

Tapi maju-maju pun ada kelemahan jugak. Kita nampak yang cantik-cantik je kot. sebab masa aku ke sana dulu ada jugak poster diorang yang tak berapa nak cantik kot. Poster yang dicontohkan tu pun out sangat lah. Razak Mohiden (macam tu eh nama dia?) buat filem asal boleh je.

Tapi kalau nak fikir-fikir kan balik lah, berdasarkan situasi yang aku pernah jumpa, kalau kamu nak tahu, kebanyakkan syarikat yang menghasilkan filem kat Malaysia ni, tak sanggup nak bayar banyak untuk promosi poster.

Aku ada kawan yang terlibat dengan pembikinan poster Merongmahawangsa yang bakal keluar di pawagam Malaysia nanti. Kau orang tengok la gempak ke tak gempak poster tu. Tapi bayar ciput je. Maksud aku ciput tak sesuai dengan usaha yang kawan aku lakukan untuk hasilkan poster tu. Kawan aku tu pun agak hampa jugak lah dengan hakikat sebenar tentang inisiatif pembuat filem ni dalam nak mempromosikan produk mereka. Tapi oleh kerana kawan aku tu seorang designer yang ada kredibiliti dan kualiti tersendiri, dia terima jugak job tu walau bayarannya sikit. Mungkin taknak terus menerus memalukan standard seni visual di Malaysia. Mudah-mudahan, selepas ni karyanya semakin luas dipergunakan oleh industri filem negara kita lah. Nanti kalau dah keluar poster tu, kamu nilaikan sendiri la poster dia influence dari karya siapa. Bukan Copycat. Tapi Influenced by.

Even aku dan suami pun ada design satu poster untuk filem yang kononnya bakal keluar tahun depan. Cerita dia bodoh je kot. Pelakon pun tak glamour. Bayar murah. Tapi selagi aku tahu nak jaga kualiti design aku, aku gagahkan juga. Tapi itu lah job freelance terakhir yang aku buat. Selepas tu semua freelance yang melibatkan seni grafik aku tolak.

Sebab macam yang aku cakap. Setiap designer ada kualiti dan kredibiliti yang tersendiri. Orang boleh nilai dari luaran sahaja. Nama pun seni visual. Tapi bila aku jumpa sorang mamat ni yang nak bayar aku RM150 untuk satu layout packaging, aku rasa macam maruah aku di pijak-pijak. Bila aku persoalkan balik "kenapa murah sangat?" dia cakap "itu memang harga standard,"

Ha'ah. Macam lah aku budak baru grad.

Bila kawan aku cakap dia pernah ambil job design logo diupah RM30 pun aku sedih jugak. Kamu (pembaca) tahu berapa royalti yang dibayar kepada designer logo MAS? RM1.2 juta setahun beb. Kalau dah memang ada martabat seni diangkat sebegitu, kenapa kita yang murah-murahkannya?

Nasihat aku, bagi yang nak setup kampeni baru, sediakan duit banyak sikit untuk tujuan pembinaan identiti.

Seketul Logo prepare RM2000 sekurang-kurangnya untuk freelancer. Logo tu kau guna sampai syarikat kau mati. Kalau syarikat kau maju tahap income juta-juta, kau tak malu ke logo kampeni kau RM30 je?

Kesimpulannya, Poster filem bodoh tu terhasil sebab industri filem negara kita sendiri yang berkira nak keluar duit untuk nak bayar designer yang berkualiti. Dan designer yang ada kat Malaysia ni kebanykkannya kuat main harga. Macam aku jugalah. Jual mahal. Jadi terpaksa lah mereka carik designer yang desperado. Maksud aku, semata-mata nak dapat job poster filem, sanggup di bayar murah. Tapi poster macam sampah.

Jarang lah nak dapat job murah tapi poster cantik. Jarang lah. Bukan tak ada lansung. Aku cakap jarang.


Poster filem kat Malaysia ni bukan semua buruk pun. Salah seorang designer poster filem yang aku kira bagus dalam Malaysia ni ialah Isma Yusof. Aku kira ramai tak tau kot dia ni designer selain daripada berlakon. Ramai tak tau sebab Si Razak Mohiden punya publisiti tu kadang-kadang melantong-lantong dengan jalan yang tak sepatutnya. Dan aku tak periksa pula lah berapa bayaran untuk Isma Yusof untuk setiap poster yang dia hasilkan memandangkan dia dah banyak kali menang anugerah Poster terbaik.


Hakikatnya begitulah. Producer filem kedekut. Untung nak berjuta. Promotion nak bayar ciput.

Aku selesema hari ni, kalau aku sihat mungkin banyak lagi aku nak sambung. OK lah. Sampai kat sini je ulasan aku hari ni.


PS: Untuk menyelami perasaan orang yang pernah di copycat ni, sila rujuk di sini.



21 comments :

DandelinoiD said...

ulasan dr cursing malay...kiranya ramai mempunyai pendapat yang sama...

kadang-kadang sebab poster filem dapat menarik kita untuk ke panggung...

darkprince said...

malaysian will slowly realize they are very under paid and will demand more :) , hope it wont take too long

Ladynoe™ said...

tat is true darkprince. they tend to desire something that they don't want to pay for it.

sigh.

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

tak beshnya denga fakta sebenar tu.. poster tu kan imej filem, kasi impak untuk influence penonton ke panggung, kenapa bayarannya tak se'gah' karya seninya?? so bad..!

PakciQue said...

Seni itu subjektif. Tapi, bukan semua orang buta seni. Walaupun takde latarbelakang seni, seseorang tetap mampu menilai sesebuah seni.

Mantot said...

haha,terima kasih Kakak(?) Ladynoe.

Posting aku tu main point dia bukan pasal poster tu.Tapi pasal "isu poster" tu yg dijadikan bahan2 serangan terhadap Indonesia.Sampai cam gitu sekali orang Malaysia ni carik bahan semata-mata nak dapat point attack Indonesia.

Dan semua yg komen kat OhBulan tu pun terikut la sama bukan setakat ganyang pasal poster,tapi masuk bab nasionaliti.Relevan ke tu,itu aje yg aku persoalkan sebenarnya.

Aku paham macam mana perasaan kena curik karya,tapi itu bukan point sebenar aku membangkitkan isu tu.Point sebenar aku adalah "Kenapa orang Malaysia pulak yang melenting apabila hasil karya (poster filem Hollywood) diciplak?" Seolah-olah majoriti orang kita tertunggu2 point yang boleh digunakan,apa-apa point pun asal menjadi satu benda negatif untuk Indonesia,diorang akan bangkitkan.

Dan berbalik kepada topik Cik Puan,pasal poster.

Memang ada banyak poster filem yang lawa.Sepi,Lang Buana dsn ada la beberapa kerat lagi.Tapi..tapi...argh,ko paham lah.Aku pun selalu tulis pasal pengkarya-karya seni dalam blog aku.Semua orang yang betul2 nak serius dalam benda akan mengalami nasib yang sama.

Kau belajar filem bagai nak rak.Kau simpan harapan nak buat filem yang membina masyarakat.Kau siapkan filem kau kemudian kau try jual dekat produser...

Result dia biasanya :

1. Produser kata filem kau tak balik untung sebab tak memenuhi permintaan masyarakat

2. Filem kau kena banned sebab banyak topik kontroversi (Jemapoh,Fantasia,Lelaki Komunis Terakhir)

3. Kau pun try la masuk mana2 indie nye line nak try market filem kau.

Last2,sama ada kau give up dan ikut aje la permintaan selera produser yang pentingkan keuntungan ataupun kau give up dan merajuk tak nak berkarya lagi.

Kemduian,kau tengok aje lah dari jauh Ahmad Idham dengan Pierre Andre keluarkan filem2 mangkuk ayun diorang tiap2 tahun,sebab filem macam tu yang orang kita nak.

Sama la macam apa kau tulis.Tapi benda ni libatkan filem.Buat apa nak serius buat filem kalau takde orang nak tengok.Baik buat filem bodoh,slapstik,gitu-gitu.

Untung pun besar.
Poster pun takyah la lawa-lawa.Yang penting keluar duit sikit,masuk balik banyak.Tengok poster pun dah tau cerita tu camne.

Tapi laku jugak.Juta-juta untung!
Tak ke pelik industri seni Malaysia ni?

Ladynoe™ said...

MANTOT

ha ye lah memang aku tau main point kau bukan pasal poster semata-mata. Cuma bila timbul isu poster ni, aku tergerak hati jugalah nak usulkan isu poster filem kat malaysia ni.

kadang2 kalau difikir balik, insdustri seni malaysia ni pentingkan ke arah nak buat duit. Jarang kita nak didik masyarakat dengan idea yang lebih bernas walau ada yang haluannya ke kiri.

kan?

bikin seni semata2 nak kaya.
bukan nak berkarya.

Mantot said...

Hehehe,sori lah kalo aku terkasar.

Ladynoe™ said...

MANTOT

lerk..sopan santun jugak kau ni rupa-rupanya. wakakak!

Sue Anna Joe said...

Dah nak jadi laki orang, kena belajar jadik apologetic sket. Nanti bini merajuk. Huhuhu.

Mantot said...

HAHHAHAHAHAH!
Aku brutal woo!

MHH said...

bila sebenarnya malaysia nak berubah ya?

tumpang lalu.
:)

NURUL said...

w/p saya kerja saya bukan 100% dlm bidang grafic tp saya penah mengalaminya sbb dulu time student saya amik course grafik dan continue bidang printing.

jadi saya pernah mengalaminya bila saya buat freelance designer grafikc termasuk printing proses dulu. saya hanya dibayar lebih kurang rm250 tak silap saya utk job salah-satu butik pengantin. sedih time tu.

bersengkang mata membuat pelbagai produk paper beg, brosour segala hanya di byar ciput.

selepas itu pemilik butik mahu membeli the hole design copyrigt tetapi saya tidak membenarkan. cuma dgn syarat dia boleh membayar harga berbaloi dgn hasil saya. pemilik buti tersebut tidak setuju.

paling sakit sati awal tahun nie saya memdapat tahu hasil kerja saya telah diciplak. pemilik butik itu mengupah org lain menciplak hasil saya. geram!!!!!! ada jga manusia macam nie yeah.

Ladynoe™ said...

NURUL

nampaknya kita (designer) kena berkeras dalam segala hal. Daftarkan copyright.

Sekarang pun kita ada creative commons. Let's see what they can do with our problem.

hajaribrohim said...

:) hehe. betul2.

fynn jamal said...

been in that life.
dicakap depan muka:

kat malaysia ni buat apa lebih2.
kita buat asal cukup je.
ni malaysialah. buat apa membazir.

ow. kay.

NIMI said...

tu larhh kenapalah designer kat malaysia ni tak dihargai macam designer kat luar tu??

kalau semua designer pakat tak nak maruah dipijak pijak sure boleh demand kan??pergi mana pun mmg harga da standard..ingat senang apa nak perah otak kasi keluar idea..keluarkan tahi pon susah inikan idea..

=))

Anonymous said...

Aku dah tengok poster Merongmahawangsa, gempak!!
Tapi oleh kerana filem tu diterbitkan oleh KRU, maka fikir 3 kali dulu nak tengok.

LadyTuscany said...

setuju tentang isma yusoff!!

Anonymous said...

cursingmalay? eh, bukan ke dia tu tukang bancuh simen kat putrajaya?

BELAJAR BAHASA said...

Poster film Malaysia bagus dan menyentuh hati penonton, salam blogger dari saya di Indonesia