18.10.09

Sebab, Every Child is an Artist

Sekadar gambar hiasan.

AMARAN: jangan baca nukilan ini sambil makan.


Dulu, sewaktu umur aku sekecil 3 tahun, sewaktu aku dan sekeluarga masih tinggal di berek kopral, di dalam 'bilik kecil' itu lah aku curahkan sumber inspirasi. Inspirasi melukis, melakar apa sahaja yang terlintas di dalam kepala.

Kadang-kadang aku lukis gambar rumah. Dan kat laman rumah tu lah aku lukis semua gambar ahli keluarga aku. Gamba mak, gamba abah, along, angah, bang azam, bang bob. Kadang-kadang aku lukis pakai jari. Kadang-kadang pakai lidi penyapu.

Kadang-kadang aku ilhamkan panorama taman yang indah. Ada kolam, ada ikan. Dekat berek polis macam-macam ada. Aku hanya perlu ingat, bayangkan dan lukis. Walau peralatan melukis tak banyak dan ruang bilik yang sempit, hanya dinding menjadi platform, tapi seingat aku lah, untuk saiz budak 3 tahun macam aku dah kira cukup luas dah 'bilik kecil' tu.

Lama jugak lah aku mengembangkan bakat secara rahsia di dalam 'bilik kecil' tu. Kalau boleh aku taknak sesiapa pun tahu. Aku taknak Along tahu walau dia orang yang paling setia untuk menjenguk aktiviti harian aku terutama aktiviti di dalam bilik kegemaran aku tu. Kadang-kadang dia yang sibuk bila aku tak keluar-keluar dari dalam bilik tu.

Macam-macam lah alasan dia supaya aku keluar dari dalam bilik tu. Nak suap nasik lah. Abah balik bawak kfc lah. Suruh hisap susu lah. Mak panggil lah. Macam-macam alasan dia.

Tapi langit tak sentiasa cerah. Di hari yang malang itu aku sedang melukis gambar kereta baru Opel Kadett abah..

"Woi Deknoe! kau buat apa tu!!?" jerkah along di muka pintu bilik.

Aku terkulat-kulat. Cemas. Tak tau nak cakap apa. Nak padam balik lukisan kat dinding tu macam dah tak sempat.

Along terus menjerit, "ABAHHHHHHHHHHH DEKNOE MAIN TAIKKKKKKKKKKKKKKKKKK!"

Tak sampai seminit abah, angah, bang zam, bang bob datang berkerumun di pintu bilik kecil yang sebenarnya ialah jamban tu. Tak sampai berapa saat pulak mak aku sampai dengan hanger terhunus di tangan.

Herm, memang teruk lah aku kena haritu.

Semenjak tu, tiap kali sampai waktu nak buang air besar, mesti Along akan tunggu depan pintu. Sampai lah umur aku tahu cebok sendiri.

-------------------------------------------------------------

(aku tengah senyum ni)

Hari ini bila aku tengok Quote Pablo Picaso - Every Child is an Artist. Aku mesti teringat kenangan yang satu itu lah.

Kenangan manis tapi busuk tu.

=)



22 comments :

Chris Thoo said...

hey hi...dropping by...
i see you're kinda work out with blue on innit. Just don't let her get into you because it's what she does to most people. =)

Ladynoe™ said...

Well thank you for the advice Chris.
=)

emma said...

hahaha..klaka la k.noe
tapi ms kecik biasa la tuh pgotor
sy pon penah main taik gak..tapi suci skit r..taik hdg..keh3

AuRorA DiAnA said...

taik?taik.....ha taik!!!!


eiiiiyuuu tgh minum milo ni...
ade taik pulak....hehheeh

tak paham la...cmne leh de taik kat jamban tu....bapak tak flush jamban ke....hahahahhaah....lawak3

Ladynoe™ said...

AURORA DIANA

naif nye kamu ni.

AuRorA DiAnA said...

hahahah...sbb mse sy kecik2...mase umur 3 thun mak tolong flush kan jamban, siap tggu lg....

Amer. said...

Cayalah. Hehe.

Noorlaila Mohamed Nor said...

hai k.noe,
boleh agak bilik kecil tu jamban
tapi tak sangka la alat tulis tu taikk!
huaa~
bakat seni memang dari kecik ni

H A N I said...

hahaha..nk tgelak!! sabar jer la.. =) noe2..

NahWaL said...

haha. noe. ko ni selekeh. haha. tapi comel. ko ingat lagi apa kau buat. aku tak hengat apa pon masa kecik. haha

abang aku lagi tak senonoh. berak belakang pintu. haha

Ladynoe™ said...

NAHWAL

kebanyakkan yang meninggalkan kesan, aku ingat.

nak nak kalau akak dan abang2 aku asyik cerita sampai ke tua.
=)

xordy said...

"Kadang-kadang aku lukis pakai jari."

erk.

RJ said...

hahahaha
memang artistik.
kire da mcm masterpiece

hajaribrohim said...

hahahah!! beselah tu. kecik2 pun aku main taik. aku siap penah jatuh dalam lubang jamban. kaki aku terperosok masuk ke dalam.yg aku nampak, taik2 aku yang timbul betul2 sebelah muka aku. abis aku kena marah ngan mak aku. baju aku de koyakkan sambil abang aku sembur air pair (sambil tutup hidung ngan gelak2 kecil).

heheheh!ko penah temasuk dlm lubang jamban mcm aku? LOL

Prinzessin said...

kamu sangat comel la kak noe!

LoCal's VoCal said...

Errmmm...(tu je yg aku dpt komen)

Ladynoe™ said...

HAJARIBROHIM

aku tak pernah jatuh dalam lubang jamban la ja. kau pernah eh. sebab tu kau lagi terel melukis dari aku kot. aura taik tu terkena lebih sket.

bekam said...

yayayaya....aku pun sebegini...

ee said...

ceh ku pikirkan apa,rupa-rupanya jamban
hahaha:)) gila hebat k.noe
cayalah bleh dikira masterpiece:D

Jobino said...

hahahah..budak kecil memang artis especially lukisan mural orang lidi ketika hendak membesar di dinding rumah

Pencopet said...

hoh! memang artistik dari kecik budok ini. ni anak aku nanti aku kena pantau nih.. takut takut dia copet idea ni..hohoho

Dalin said...

ahahahahahhaaa... kelakar la baca.. lembab sikit nak paham pasal, "bilik kecil tu" ingat bilik stor.. yang lukis 'jari atau lidi' tu, igt using imagination using finger dengan lidi.. muahahahahah.. sangat lawakk.. huhu.. so noty and aktif dulu kecik ye?

btw, selamat menjadi ibu yang baik..