20.10.09

Kadang kadang untuk pandangan pertama, kita menetapkan kriteria yang tak relevan untuk calon pasangan hidup kita.

Macam aku, syarat untuk menambat hati aku pada pandangan pertama ialah lelaki itu mesti lebih tinggi dari aku. Berjanggut. Hidung mancung. Bukan jatuh di kalangan mat rempit atau pun sejenis dengan Farid Kamil pun aku tak mahu. Bukan lelaki yang jalan kengkang macam rempit, bukan lelaki yang jalan bahu macam robokop, cakap memekik-mekik tapi bawak tas tangan awek pun aku tak suka. Banyak lagi lah. Kalau nak sebut satu-satu nanti orang cakap aku bajet perfect pulak.

Tambat maksud aku ialah tambat untuk jangka masa yang lama. Tambat sampai aku tak mampu nak benci pun.

Bila aku tanyakan suami aku soalan yang sama, dia cakap syarat untuk tambat hati dia ialah perempuan tinggi jugak, tak hitam, tak gelak mengilai, tak bersuara nyaring. Tak pakai barang Emily the Strange, tak berbau badan, tak ada tahi lalat besar di muka, tak rempit jugak, tak pakai sweater motor terutama yang belang-belang tu. Pun banyak lagi yang kalau aku huraikan macam merentap sensetiviti wanita-wanita lain.

Aku pernah jumpa seorang kawan yang tak suka perempuan gigi berlapis. Ada yang siap tengok bahagian pergelangan kaki. Kalau pergelangan kaki dia genting atau kecik sangat daripada betis, dia rijek. Paling kelakar aku pernah dengar, dia suka perempuan yang hari-hari berbau shampoo. Dia tak suka perempuan busuk. Tapi perempuan tu pakai minyak wangi pun dia tak suka. Dia suka bau shampoo je.

Petang kelmarin, selepas waktu pejabat melepak sambil makan pisang goreng, Anas cakap muka aku dan As jadi terlalu buruk semasa makan. Makan tak cover. Dia fikir kami jenis perempuan yang depan lelaki cover semua.

Ada lagi ya perempuan yang depan boyfriend/suami cover semua?

Cover makan, cover jalan, cover kentut. Cover sendawa.

Anas cakap lagi, kalau dia lah, kalau pertama kali jumpa perempuan, cantik macam mana pun, tapi makan buruk, pinggan bersepah, makan berterabur pun dia boleh rijek. Walau muka dia comel macam Katie Holmes.

Aku cakap, "kau baru tengok muka kami makan, kau belum tengok muka kami berak,"

Macam-macam. Padahal kriteria tu semua tak dapat menyelamatkan masalah di dalam rumah tangga pun kan.

Tapi bila aku dah berkahwin ni, perlahan-lahan aku nampak bahawa kesanggupan seseorang untuk menerima baik buruk kita tapi tetap menyayangi kita tu adalah lebih penting daripada kriteria luaran yang aku sebutkan di atas sana. Maksud aku, aku bukannya seorang yang perfect dari segi attitude pun. Kadang kadang aku kagum dengan suami aku sendiri yang boleh tahan dengan perangai aku yang banyak cacat dan celanya ni.

Dan aku pun pelik kenapa aku boleh terima dan sayang suami aku walau banyak kali dia buat perkara-perkara yang menjengkelkan aku. Walau dah 4 tahun kenal dan menghadap benda yang sama, bercinta, bergaduh siap nak putus, siap nak lari dan beralih angin tapi, dude, gila susah aku nak buang sayang yang ada walau ada jantan-jantan yang pernah datang dalam hidup aku.

Bagi yang tahu kisah cinta aku dan suami aku sebelum kami berkahwin, siap ada ambil contoh untuk diaplikasikan dalam kisah cinta diorang. Padahal lelaki tu cukup menjengkelkan dan tidak ada satu kriteria pun yang setanding suami aku.

Yuck!

Korang jangan salah sangka, puji-pujian ni adalah kerana aku nak suruh suami aku beli TV baru hujung bulan ni. Agak-agak cukup comel tak ayat-ayat aku dalam nukilan kali ni?


22 comments :

Mr. J @ pengerindu.com said...

romantiknye korang , siap ada gaduh2 , nak lari2 haha. lurah Pasangan. kalau tak gaduh tu hah ada ikan disebalik akuarium..

Cik Keju said...

alahai kiutnya entry amik ati ni noe. heheh. kalau taktik ni tak menjadi, sila cuba plan B. gudluck! ;)

H A N I said...

normal la noe, asam garam kehidupan..hahaha..mau kipas suami rupernyer.. =)

Qas Firdaus said...

noe,

kalau ciri2. aku nak rambut lurus + mesti cerah sebab aku itam. haha alhamdulillah. tunang aku rambut lurus dan cerah.

part bergadoh time bercinta sampai time nak kawen. bagi aku benda tu lah yang membuatkan kite memahami dia n dia paham kita untuk kegunaan hari esok waktu jadi laki bini.

p/s: moga sukes cubaan kau untuk dpt tv baru. mesti la kena kipas ribut2 sket. hahahahahah

biolatanpadawai said...

ni paling busuk ni LCD Sony 42 inchi ni.

NIMI said...

cukup brutal larhh nukilan k.noe untuk dapat TV baru..

cujen said...

haha..konpom u dapat tc LCD 52'... ^_^

Intan Noorazlina said...

terbaik ar essay nak suh husband beli tv baru... hhuhuu... konfem dia beli.. bukan satu, tapi mgkn 2,3,4 biji terus... boleh guna idea ni...

Jobino said...

sometimes apa yang kita mahukan tidak semestinya dapat kerana itu akan mengajar kita dgn erti menerima seadanya dan redha.

Anonymous said...

hehe..
"selalunye.. ape yg kite paling nak, itulah yang kite takkan dapat.."

- ariyon(kartunis kartini)

=)

Natasha said...

best entry ni! hehehe... ur husband mesti belikan tv tu!

Dayu said...

walau dia menjengkelkan
dia gak yang kita puja kan...
pelik tp tu lah perasaan manusia

AuRorA DiAnA said...

buat mase ni aku belum jumpa lagi lelaki yg menjengkelkan aku tapi leh wat aku sayang sgt2 kat laki tu....biase nye kalau dah jengkel tu xde sayang2 lagi kot....

kiranya hebat jugak lah suami kamu yek.....hehehhehe

izza the PINKERTON said...

i love this post!!! :D

Ladynoe™ said...

AURORA DIANA

adik manis..perangai menjengkelkan tu selalunya nampak selepas 2-3 tahun kenal la kici..bila sudah sayang..jengkel sikit-sikit tu boleh terima kalu..

lagi satu, kenangan manis banyak juga. setakat salah-salah normal (kecuali curang) semua boleh settle belakang la dey.

Fandi Tamyes said...

patut la beriya-iya suh cik suami baca entri baru ni ehh..

rupanya ada muslihat..hihihi..

okay..yayang terharu!

hujung tahun proceed beli LCD TV.

fandi tamyes

Ladynoe™ said...

="}

ala nak ujung bulan.

flip said...

ayat tuh boleh tukar tv + set dvd player skali mungkin =)

KayNisa said...

benci tapi sayang..hihi

alfina said...

semoga dapat tv yg canggih2

=)

hajaribrohim said...

hehe comel :)

botak said...

hhahahhahahahhahahahha