11.10.09

Kisah servis penghantaran yang tak pernah menggembirakan aku lansung

Aku rasa negara kita masih lembab dalam banyak aspek. Dan kalau aku nak huraikan satu demi satu pengalaman aku berhadapan dengan aspek-aspek yang lembab tu, sampai tahun depan pun cerita blog aku takkan habis.

Kalau bab delivery, memang out. Aku selalu bergaduh/bertekak dengan orang yang melibatkan penghantaran barang ke rumah aku. Pointnya, bila kau dah berjanji, kau jangan buat orang tertunggu-tunggu. Alangkan janji jiwang kosong pun, kalau kau mungkir, orang boleh sakit hati. Pulakkan janji pakai duit.

Tesco Delivery
Pertama sekali yang paling hot bila aku deal delivery dengan Tesco. Biasa la mula-mula kawen dulu duit tak banyak lagi. So aku beli peti ais pun kat Tesco yang harga seribu lebih je. Nak beli yang sampai 3-4 riban tu tidak lah terfikir lagi disebabkan aku pun tak banyak duit dan di rumah pun tinggal berdua je.

Sakitnya hati bila Tesco Delivery berjanji nak datang hari Jumaat. Aku dan suami siap mintak cuti sebab nak tunggu peti ais sampai memandangkan delivery diorang hari Jumaat dan Khamis je (kalau tak silap). Bila jam 12 tengahari tak sampai lagi, aku call orang Tesco. Perempuan yang menjawab cakap;

"Tunggu sebentar ye cik, barang cik sedang nak di proses, nanti kami hubungi cik semula,"

OK lah. Jam 4 petang tak sampai lagi, aku dah rasa pissed off gila babi. Kata nak hubungi semula tapi tak hubung-hubung pun. Suami aku tak habis-habis suruh aku bersabar. Jangan ikutkan sangat baran. Bukan lah nak ikut baran. Tapi aku bayar cash woi. Kalau aku bayar ansur mungkin aku senyapkan saja. Kalau dapat barang baru bayar pun aku boleh leklusapkokluwaklu. Dah lah beriya-iya mintak cuti sebab tunggu peti ais sampai.

Jam 6 petang aku call;

"Puan, saya mintak maaf saya tak boleh hantar peti ais puan hari ni.."
"Apsal?"
"ada masalah dengan lori delivery,"
"Tu masalah kau ke masalah aku?"

"Saya faham puan tapi.."

"Kau tau tak aku tunggu kat rumah hari ni siap mintak cuti sebab tunggu korang sampai?"
"Saya mintak maaf puan,"
"Bila nak hantar?"
"Khamis depan boleh puan?"
"Aku nak esok jugak,"
"Esok tak boleh puan sebab delivery man cuti,"

"Tu masalah kau ke masalah aku?"
"Erm..kalau hari Isnin boleh puan?"

"Isnin aku kerja,"
"Pukul berapa puan balik kerja?"

"10 malam paling awal,"
aku tipu.
"Puan tak boleh tinggalkan kunci kat jiran sebelah so kami boleh tinggalkan kat jiran je,"


Aku hela nafas panjang. Aku memang cepat naik darah bila deal dengan orang yang kedengaran atau kelihatan bodoh. Bukan tak pandai. Tapi bodoh. Tapi aku masih boleh cakap baik-baik lagi demi untuk menjaga ketenteraman negara.

"Macam ni lah, aku nak peti ais korang sampai rumah aku besok jugak. Aku nak balik kampung esok tau. Tapi korang punya pasal, aku tunggu jugak. Weekday aku tak free. Sebab tu aku siap ambil cuti hari ni. Boleh?"

"Boleh puan,"
"OK,"

"Kami mintak maaf puan,"

"OK,"
panggilan ditamatkan.

"Nasib baik Fandi kahwin dengan Noe. Kalau tak, tahun depan pun belum tentu peti ais kita sampai,"

"Memang pun," Fandi.

Dan nasib baik esoknya peti ais aku sampai. Itu pun jam 3 petang. Dah la delivery men dia kaki busuk. Bau cagu. Nak muntah aku! Berkali-kali fandi cuba tipu aku dengan memberitahu bahawa bau cagu itu datang dari peti ais untuk mengelakkan delivery men tu kena bambu dengan aku. Kalau tidak siapa nak tolong dia angkat peti ais, kan?


Courts Mammoth Delivery
Sofa yang aku beli di Cavenzi tak sesuai dengan persekitaran rumah aku. Jadi aku terfikir nak beli sofa baru. L-shape sofa yang agak besar dengan tawaran harga ahli RM500 di Courts Mammoth. Jadi seperti biasa, aku bayar cash.

"Bila boleh sampai ni?
"2-3 hari dah boleh sampai kak. Jangan risau. Sebab ni ready stock"

Gembiranya. Sofa baru nak sampai dalam 2-3 hari. Encik suami pun tersenyum suka lah. Kononnya aku beli sofa tu untuk dia baring sorang-sorang sambil layan HBO. Eceh.

Kali ni aku tak mintak cuti pun. Sebab aku nak jimat cuti lah. Ye lah nak raya lah katakan kan. Tapi 2-3 hari tunggu, sofanya pun tak ada. Aku terus tunggu untuk 4-5 hari. Sampai lah hari ke-6, aku call;

"Eh belum hantar kak ya? Nanti saya cek. Nanti saya call akak balik,"
tapi dia tak call pun.

Hari ke-7 aku call;

"Kak delivery man tu demam,"

Ya Allah, kenapa lah aku susah aku nak jumpa delivery service yang bertauliah dalam Malaysia ni? Aku malas nak cerita pasal macam mana aku bertekak dengan orang courts mammoth jugak. Sebab panjang sangat. Cuma lepas tu mamat yang berurusan dengan aku punya pembelian dah taknak cakap dengan aku lagi. Aku direct deal dengan bos dia je lepas tu.

Dan nasib baik delivery men yang hantar sofa aku tak berbau cagu.

McDonalds Delivery
Ini hari ni punya cerita lah. Suami aku seminggu outstation. Balik pun sehari je sebab kena shoot wedding. So tak sempat nak bekalkan makanan apa-apa. Kereta pun dia guna. Jadi aku order Big Breakfast jam 10.37 pagi. Celik je mata terus kebulur.

Sementara menunggu tu sempat jugak lah aku menyapu rumah, basuh baju, sidai baju, makan biskut cicah teh. Tulis blog. Pap pap dah jam 12 tengahari. Haih...apa lah ertinya sarapan untuk aku di kala waktu sebegitu.

Tepat 12.10 tengahari seorang lelaki melayu kurus beri salam dan tercegat depan pintu rumah aku. Alahai..nasib baik aku dah kenyang makan biskut. Kalau aku kebulur lagi time tu tak tau lah nasib dia hari ni macam mana.


Itu pun Bigbreakfast aku dah sejuk dan keras kematu dah. Aku cekik je lah. Microwave hadiah perkahwinan dulu ada. Tapi macam malas plak. Tempoh aku makan lagi sekejap dari tempoh aku nak panaskan.

Lepas ni aku nak try dengan Dominos Pizza pulak. Kata The Pizza Delivery Expert siap masuk Malaysia Book Of Records.

I'll see.




25 comments :

darkprincerox said...

the delay in delivery really piss people off , just when you are fed up of waiting and trying to deal with other stuffs , they will arrive :S

for dominos pizza << every delay will give u a free pizza on the next order lol

so far, the pizza hut delivery is good ennough for me , 30minutes sampai :D

Hazriqpedia said...

IKEA punya insyaAllah tepat waktu.

Suka Bebel said...

aku dah kena dengan kots memots tu sampai seminggu lebih delay.punya la aku tak kemana mana time weekend tunggu barang dia punya pasal tapi tak kunjung tiba.bila aku serang dia punya service manager baru terhegeh hegeh mintak ampun.tobat dah tak beli kat situ.itu beli cash punya cerita, kalau hutang ngan dia mcmana?huhu...

eh, lupa bagi salam.bukan aku rajin kalau kes kena tipu dengan delivery services ni.hehe salam singgah ye?

khaiza said...

kesian ye noe..tapi mmg geram sgt kan..kita punya lah tunggu tapi x sampai2..baca pengalaman noe pun dah rasa nak marah je..hehehe

dila raden said...

cakap pasal dominos, sebab dia kata kalau lewat dia kasi pizza free.

aku selalu berdoa agar dia hantar lambat. seminit pun jadilah.

biolatanpadawai said...

Tempoh aku makan lagi sekejap dari tempoh aku nak panaskan.

masuk pertandingan makan paling laju la babe. ko dari dulu makan gelojoh macam ular sawa.

Tyqe said...

servis terbaik bila beli kat kedai apek. :)

mohd J said...

ya kedai apek. Tak banyak customer, cepat hantar. Lepas ni beli barang kt kedai biase2 je dah.

Nk tggu cerita dominos plak.

Biela Jailani said...

memang la servis penghantaran kt malaysia ni teruk sikit

tapi hari tu mak i order katil la.mak i cakap hatar petang pukul 6.apek tu pun ok jelah


baru je 10 min sampai rumah tgh sedap duduk rehat2.
aleh2 ade orang ketuk nak hantar katil
so,tak get ready apa2 lah kan.
mahu tak kelam kabut capai tudung la apa lah

tak ke naik angin.bila suh hantar cepat.dia hantar lusa tulat.
haih . pelik

maryam k. said...

apa masalah dgn delivery man demam ehhh?

mmg annoying gila.

durian! said...

"Memang pun," Fandi.

style lah apen!

Natasha said...

salam noe...

Domino's setakat ni saya regular customer... dia punya service mmg baik punya! hehehe...

Anonymous said...

eh, lansung ke langsung?

Starry Eyed said...

dominos lambat skrg tak kasi free pizza.. dia kasi kupon regular pizza..that was back in 2008 la tapi.. skrg x sure..

Anonymous said...

cavenzi ke court memot? kamu salah taip tu..

tp court memot mmg mcm tutt...
geram betul, ikut time dorg lak bile anta...tu last la beli kt situ...

Z-LA said...

pernah juga experience dgn dominos. dulu zla prnh call utk kansel order, 1 hr after, dominos call utk delivery. wrong info btwn dominos and branch dominos. lepas tu, zla ckp lah taknak, n diorg cakap nak bagi free n masa tu dh keluar makan dkt NZ w.maju. still jugak diorg ckp ok n straight hantar ke NZ w.maju. haha. mmg best dominos.

Ladynoe™ said...

anonymous = cavenzi.

Cik Qemm said...

huh sian akak.belum pernah lg delivery service dpt yg begitu.

KayNisa said...

beli kat kedai apek memang tiptop, kalau kite pegi kedai dia malam pun, delivery man dia still kena hantar.. pastu next time you pegi kedai dia beli barang lagi, you akan dapat diskaun..

HiDEr said...

yaa.. aku pun ada masalah yang sama juga! tapi one thing kalau ko nak beli perabot cari kedai2 perabot yang biasa2. Memang janji ditepati. 2 kali aku beli kedai perabot yang gudang biasa tu, kualiti ok, cheaper dann menepati masa ;)

cujen said...

setakat ni dominos mmg terbaek... cepat je... kurang dari setengah jam...

chykeenzachary said...

i'm curious..da try ke dominos?update tau...best sgt entry ni

noryn said...

Sy da terkena ngn tesco..2/8/2013 sy g bli peti ais n org tesco janji peti ais akn smpai pd 6/8/2013 sbb peti ais tu kena order dlu..sy pun ok lg la..sempat nk beraya ngn peti ais baru..ari yg dijanjikan sy tel tesco kata stok xde lg..klw ada esok dia akn hntar..esoknya 7/8/2013 sy tel tesco lg..tp jwapan dorg tetap sama..stok xde lg..n arini 11/8/2013 peti ais masih x smpai lg ke rumah..dorg tau x sy nk pakai peti ais tu sgt2..n klw brg x blh smpai dlm 4 ari yg pegi janji 4 ari brg tu smpai watpe..bangang btol..skg ni tesco wat bodoh je xde tel bgtau mintak maaf ke apa..service mcm apa..mmg x la nk bli brg ngn tesco lg..org byr cash bkn bulan2..bli kt apek lg x skt ht!

Ariel Ctshah said...

Noryn beli peti ais kat tesco mane?dan berape jarak rumah noryn dengan tesco tu?

Redzuan Atyra said...

Siapa kata courts tidak amik tindakan. saya pernah kena masuk di mahkamah jalan duta pada 13/11/2014 di dakwa di bawah kes kehutangan sivil. walaupun hutang saya dalam rm 3k je. tetap kena bayar dlm extra 7k sbb tanggung kos guam and mahkamah mcm palat. saya ingat kan benda ni boleh di elakkan. but see ? courts mammoth ni dia amik tindakan cuma xsemua customer dia amik tindakan. and sbelum saya masuk mahkamah pun kena freeze akaun kot. sbb kita hutang dgn pihak syarikat bukan bank. mmg sial punya courts mammoth. kalau korang tak percaya korang tunggu jela. confirm 1 day korang kena. nak lawan mahkamah diarang ada bukti kita sign agreement. apa saya nak ckp is kita dah terperangkap dengan diarang ni. nak taknak terpaksa la bayar hutang ni. ini kisah benar guys.