2.10.09

Lompat Tikam

Sekadar gambar hiasan. Ehsan dari 1001resepi.com

Aku terdedah dengan budaya saing sejak aku sekolah rendah lagi. Dan pada pendapat aku lah, budaya saing yang aku pernah alami pada masa itu adalah yang paling sihat. Masing-masing ada rasa cemburu bila kawan lain dapat score A dalam sesuatu matapelajaran, tapi tak pernah pula berniat nak mendengki dan menjatuhkan sesama sendiri. Masing-masing semua bermurah hati, kongsi ilmu dan saling bantu membantu.

Fasa kedua, pula adalah di peringkat sekolah menengah. Budaya saing terus berjalan di kalangan kawan-kawan sekelas dan sebilik. Pun bagi aku, budaya saing yang aku alami pada fasa itu adalah yang paling cantik. Paling manis. Tak ada tekanan dari rakan sebaya. Time main, main, time belajar, sama-sama tunjuk ajar. Seorang fail, yang lain semua bantu.

Masuk fasa ketiga di Politeknik, aku rasa budaya saing tak seindah yang pernah aku alami. Aku tak pasti samaada budaya saing itu berbeza mengikut Negeri, atau mengikut persekitaran, mentaliti atau usia. Bila aku ceritakan dengan adik beradik, diorang cakap, budaya saing di peringkat pengajian tinggi memang macam tu. Semakin dewasa seorang manusia, semakin bodoh kita menilai mana yang baik mana yang buruk. Budak kecik ni dia naif sikit. Kalau ustazah cakap kedekut ilmu tu berdosa, terus tak buat. Budak besar peduli hape. Asal dapat 4-Flat. Kot.

Macam-macam sampai aku tak tahan. Siap ada tipu kelas dibatalkan. Siap tak share tips yang lecturer kasi semata-mata kau sorang je nak dapat markah tertinggi. Siap konon-konon terlupa ada perubahan format dan inform kat aku lagi 2 jam nak submit assigment. Macam-macam lah. Memang sakit hati. Sampai aku rasa aku taknak buat baik dengan sesiapa lagi pun. Sampai aku jadi prejudis.

Bila aku becinta dengan senior, siap ada suara sial cakap "Noe buat assigment senior tolong"

Apa lancau, macam tu?

Lantik aku jadi ketua group, bila aku tegas, bila aku sound sebab kau malas, kau kutuk caci aku. Bila markah group dapat yang tertinggi, pernah cakap 'Thank you' dengan aku? Yang kau tau, masam muka, sorok assigment, lepas tu bila aku sorok assigment aku, aku jugak kena kutuk balik.

Nak maaf boleh. Nak lupa memang susah. Sampai aku malas nak ingat sebab sakit hati teramat sangat. Start dari pengalaman yang betul-betul mengajar tu, aku rasa budaya saing ni akan membentuk satu individu yang kejam. Tak berhati perut, dan mementingkan diri sendiri. Individu tu termasuk aku. Sebab bila berlaku benda-benda yang menyakitkan hati ni, aku pun rasa aku nak sakitkan hati orang jugak. Paling tidak pun, aku doakan kau rasa apa yang aku rasa satu hari nanti.

Fasa seterusnya adalah bila aku terjun ke dalam bidang pekerjaan. Budaya saing di sini (di tempat kerja aku sekarang) gila busuk sampai aku tak sanggup nak hidu. Di fasa yang kali ini, aku tak jadi watak yang bersaing pun. Cuma di sini aku menjadi kuli yang minoritinya memerhati bagaimana golongan atasan bersaing sesama sendiri. Teruknya budaya saing di alam pekerjaan (di tempat aku bekerja sekarang) sampai tahap kau nampak terang-terangan satu watak jahat yang pergi pejabat bawak pisau tajam dimana bila-bila masa sahaja dia akan tikam kau tak kira dari depan atau belakang.

Terang-terangan kau akan nampak satu watak antagonis yang mengadu-ngadu dengan bos tentang kesilapan rakan sepejabat atau sejawat yang lain dengan harapan rakan yang malang itu disingkir terus dari organisasi kemudian dia pula (watak antagonis tadi) akan naik pangkat dan menikmati kedudukan dan gaji yang selesa.

Serius, melihat fenomena sebegitu, buat aku rasa, budaya saing dalam pejabat lansung tak penting dalam hidup aku buat masa ni. Daripada aku jadi bahan kutukan rakan sekeliling, daripada SEMUA orang cakap aku busuk hati, topeng atau talam dua muka, aku rasa lebih baik aku kekal macam ni je.

Rezeki datang dari Allah. Bukan dari Bos.

Kalau aku nak berjaya sangat pun, lebih baik aku bersaing dengan kelemahan diri sendiri. Tingkatkan mana yang patut. Pandaikan mana yang bodoh. Lajukan mana yang lembab. Bukan jadi manusia yang taksub nak naik pangkat dan gaji dengan menjatuhkan rakan sejawat yang lain.

p/s: kedekut ilmu kubur sempit.

13 comments :

y@ni3 said...

Betul. Sokong. Sangat.

Aini Hasanah said...

Well said!

cujen said...

masa sy kat politeknik dulu, budaya saing sangat lah sihat melebih2... siap pakat ngan budak2 kelas kalo takmo ade kelas...sume buat hati kering takmo dtg kelas...

bila kerja ni baru rasa sket persaingan busuk... masing2 nak jadi the best dengan cara mengutuk rakan sekerja lain...

anyway sis..good luck in ur career

Bewilder said...

orang busuk hati, macam tu la.

fynn jamal said...

tipu kelas kensel?

yugattubi shittingmi.

busuk hati tahap tak logik.
serius laH!!!!

Arjuna Qaseh said...

haila!
setuju bangat deh..
lagi parah,
dorang dekan,
aku pointer jatuh tahap cipan..
belom 3.0 lak tuh..
tapi asgment sume aku y berjaga malam siapkan..

syafira said...

minta dijauhkan manusia2 berniat jahat terhadap diri kita, saudara kita, mahupon rakan2 kita .. amin..


p;s/ tikam menikam sesama sndiri n rasuah seolah mjadi lumrah, hilang sifat malu n maruah diri, semata kerna dunia

durian! said...

memang kena la penilaian kau. memang macam tu hierarki dia. bagus research kau noe!

Fandi Tamyes said...

wah, kau memang ada bakat jadi pensyarah la durian.

beAr!!!!! said...

mase kat politek dulu xde plk kes yg mcm ni...tp lg teruk...bodek lecturer thp gila2 babi...lps 2 dpt mark yg best...student lain bengang je...npk sgt...tu persaingan jgk ke???

cLoud9 said...

mmg cmtu la manusia ni xsenang tgok kengkawan senang..
kat mna-mna pon sma, kena pandai pilih kawan, kalo silap, abes trok kena wlupun kita bukan org terkenal, jez maybe dia skali je kena marah dgn bos, tp kita dipuji bos.skali je dipuji.

org yg cmtu sgt kasihan..mak sy kata, kurang kasih sayang..

mintak kita dijauhkan..amin.

nur-al-AIN said...

kuih lompat tikam best gk kn.. hii

Anonymous said...

1st time bc blog ni.Aku ske phrase "Tingkatkan mana yang patut. Pandaikan mana yang bodoh. Lajukan mana yang lembab."keep it up ya