8.10.09

Luahan melow seorang perempuan tentang sesuatu (siri 2)

Kadang-kadang aku selalu rasa yang kebanyakan manusia ni hanya berotak bila di atas katil, malam-malam, dalam 7 minit (atau lebih) sebelum terlelap. Masa tu lah, aku, akan terfikir apa yang aku dah buat siang tadinya. Masa tu lah aku akan ingat dosa-dosa lampau. Terbayang muka mak, muka abah.

Aku tenung muka suami aku yang dah lama terlelap, aku jadi sayu. Aku rasa aku tak sempurna untuk dia. Aku terkenang kan macam-macam. Salah silap dengan kawan. Dan kadang-kadang aku tipu dengan diri sendiri yang aku akan jadi manusia yang lebih baik pada keesokan harinya.

Hakikatnya esok, lepas bangun tidur, aku tinggalkan otak atas katil. Aku lupa semua apa yang aku fikir malam tadi. Misi aku, celik mata, kerja, siapkan design mana yang tak siap lagi, deadline, sambil membuat kesilapan dan dosa yang sama berulang kali.

Aku kira manusia ni memang terkenal dengan sifat bertangguh. Dulu semasa zaman huhahuha aku abaikan terus solat aku. Bila sekarang aku dah mula solat balik, aku tangguhkan kewajiban aku untuk menutup aurat pulak. Hidup terlalu demanding. Harap tuhan panjangkan umur aku sampai satu hari nanti aku ringan hati nak pakai tudung. Padahal aku tahu umur manusia tak selalu tua untuk tunggu sampai ajal.

Aku selalu doa agar semakin banyak umur aku, semakin aku jadi manusia yang baik. Aku dah terlalu tua dengan segala gejala. Aku start hidup sejak umur aku 13 tahun. Dan aku bazirkan 10 tahun hidup aku dengan berseronok dengan aktiviti duniawi. Dan sekarang baru terkial-kial nak betulkan semua.

Betullah bila orang samakan perkahwinan tu macam membina masjid. Kau bina, kau hidup di dalamnya.

Haih...

Apa lah nasib aku bila dah mati nanti?

Korang..pernah terfikir apa macam yang aku fikir?
Selalu tinggalkan otak atas katil lepas bangun tidur pagi-pagi?


18 comments :

sHa said...

sy pon mcm tu jugak.
azam macam2 dalam kepala.
esok lusa dah lupa.
buat balik jahat yg lama

betul ke melayu mudah lupa?

Siti Nornadiah said...

selalu sangat..:(

Ladynoe™ said...

sha,
ianya berlaku kepada semua manusia tak mengira bangsa.

aishah_conteng_je said...

alamak..ni bukan mid life crisis kan.

wahh...alhamdulillah untuk segala niat baik..jalan untuk perempuan yang dah bernikah masuk syurga adalah lebih mudah kan kak..?

sekarang kena biarkan tertidur depan tv..so tak sempat nak berangan dah

NahWaL said...

aku pon selalu macam tu noe. toksah before tidur. bila2 rasa berazam nak berubah, tapi kadang2 kita leka.

istiqamah dan banyak berdoa lepas solat. Solat mesti sempurna. bila solat sempurna insyaAllah lain2 sempurna.

aku pon ngah cuba membentuk diri balik macam dulu. solat harus sempurna. kalau tak hati tak tenang. semua tak betul.

kan?nak kawen kena sabar. iman mesti tebal.

haih.

terompahkayu said...

salam sis. kita manusia tak siapapun akan sempurna. kalau orang tu rasa dia sentiasa benar. dia ego. kita semua serupa sis. jgnla sedih2 sangat. lepas mati, tu urusan tuhan.

hatim a.r said...

kita x jahat tapi kita boleh jadi lebih baik.ala-ala ayat dlm crite nur kasih huahua.papepun gua akan doakn yg baik2 untuk kau

durian! said...

sebagai seorang suami, ehem, touching jugak aku dengar. istiqamah noe, istiqamah tu penting!

teddy said...

=D

Tyqe said...

masa baring sebelum tidur tu la rasa gelisah semacam.

sampai kadang2 tak boleh lelap. rasa bersalah punya pasal.

salam blog.

eazy said...

tenkiu sbb post mende ni =)

Ideologi Hidayah said...

salam..

hi sis noe, yup.. mmg selalu jugak rasa macam tue.. lagi2.. bab2 yg tangguh kerja tue.. saya suka tangguh kerja.. tp bila dah deadline, time tu baru nak terpikir.. "kenapalah aku x buat kerja ni awal2.. kalau buat awal2 kan senang.." x pun.. "Kalau aku tau nak jadi ssh macam ni.. awal2 dlu aku dah siapkan.." tp.. apa yg jadi.. next time.. repeat jugak kesalahan yg sama..

& sy terfikir.. nnti dah nak mati.. aku akan terpikir benda yg sama ke..?? "kalau lah aku tau byknyer dosa aku time hidup.. dlu2 lagi aku dah taubat.." & saya tau.. time tu saya tahu.. tu lah kesalahan terakhir kita.. sbb lepas tu.. kita dah x der peluang pun nak buat kesalahan.. huhu..

Hantu Ulam said...

sy rs bkn awk je mcm tu..sy n ramai lg org akan duk berfikir pasal peristiwa silam,ape yg br terjadi bile start nk tdo..

sy pun slalu terpk dosa silam sy, n mcm mane bile sy mati nnt..huhu..

sy takut..tp masih lg malas nk buat solat sunat, taubat n hajat..

yang wajib pun masih tunggang langgang...huhu...punya kesedaran tapi malas masih menguasai diri..

sy selalu berharap sy akan lakukan penghijarahan x lama lagi.insyaAllah..

awk juga kan ;)

staepler said...

Jikalau kamu bertaubat
Tetapi selalu tergoda
Dan kau lemah, tidak kuat
Taubat lagi wahai pendosa

Taubat diterima Tuhan..
Kembali lagi kembali
Sampai taubatmu bertahan
Taubatlah berkali-kali!


http://www.youtube.com/watch?v=lul1JIviUy0

pisey itu aku said...

first time jejak blog ni.
aku dah hafal.

'blog perempuanjomblo tu yang dekat header ada tulis bila bangun pagi jangan tinggal orak atas katil'

=)

pisey itu aku said...

agh!
*otak.

maaf.
isk.

TweetyPeak said...

salam dik Noe. .. selalu baca blog dik Noe.. sampai teringat header tu.. n remind diri sendiri n orang juga..

bab yang time nak tidur tu sangat betul.. teringat pasal apa yg kita salah ckp n teringat pada org yg dah past away. especially mcm arwah mak atau yg close..

good one.. anyway. akak minta izin link u blog..

pelangindah said...

Iblis berkata : “ Wahai Muhammad, aku TAK BISA MENYESATKAN orang sedikitpun, aku hanya bisa MEMBISIK dan MENGGODA,”
Jika aku BISA MENYESATKAN, tak akan TERSISA SEORANG PUN.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun dimuka bumi ini.

Sy jg dulu ibdt sgtlah biasa...namun yg membuatkan sy berigt ialah
1) sy tidak suka kalah...lbh2 lg kalah dgn makhluk plg bodoh iaitu iblis & syaitan....cth,ble kita bgun pagi,syaitan tgh bisik pd kita supaya tidur...sbnrnya kita mampu lwn dgn mengigt azab2 di alm barzakh nt...sngguh,kita x lngsung dpt tidur lena di alm barzakh nt sebagaimana kita lena meninggalkan solat subuh..
2)Bykkn mengingati kiamat...tnda kcil & tnda bsr..
3)Doa "Ya Allah,jdkan dunia ini biasa2 shj bg ku...jgnla jdknnya t'lalu indah hngga aku lupa akn akhiratMu & mengejar dunia.
4) Usaha sec berterusan wlupun perkara baik yg kecil...itulah dpnggl istiqamah..

Igtlah,syaitan cuma mampu BERBISIK...jht/tidak seorg manusia itu adlh krn kehendak dirinya...jd kita mampu berusaha..