7.10.09

Ragu-ragu


Aku ada 12 orang anak buah/anak saudara.

Hakikatnya aku tak suka budak. Selalunya orang suka budak yang comel je. Budak yang tak comel dia tak berapa sangat. Dulu aku ingat aku macam tu. Tapi tak jugak sebab aku kalau budak comel tapi menganggu pun aku nak tampar jugak. Dan anak buah aku yang paling nakal sampai sekarang takut dengan aku sebab aku pernah terajang dia sebab dia intai aku mandi. Aku malas nak layan soalan 'ingin tahu' diorang. Macam;

"Kenapa kita kena basuh tangan?"

"Kenapa ashu semakin gemok?"

"Kenapa pakai seluar warna merah?"


"Kenapa pelangi tu tak bergaris?"


Selalunya aku senyap atau aku jawab "Entah" je.

Aku tak suka tengok orang beriya-iya panik kalau budak jatuh sikit. Sebab masa kecik-kecik aku jatuh longkang yang dalam dia satu meter lebih. Aku senyap dan panjat balik je. Bila nampak anak buah aku jatuh dengan kadar kecederaan yang tak teruk, selalunya aku cakap

"Padan muka"


Aku rimas budak menangis. Kalau anak buah aku melalak, aku biarkan. Kalau dia menangis tak berhenti aku heret dia masuk dalam bilik lepas tu aku cakap,

"Kau menangis dalam bilik. Lepas nangis baru kau keluar,"

Aku paling benci budak merengek.

Kalau aku marah anak-anak saudara, ayat aku sama macam aku marah orang dewasa. Kakak aku selalu bengang dengan aku sebab marah anak dia guna ayat kasar. Tapi aku peduli apa sebab abang-abang aku tak marah aku pun bila aku marah anak diorang guna ayat kasar.

Kalau kawan-kawan aku bawak anak, jangan harap aku nak dukung anak diorang. Dan aku annoyed dengan perangai sesetengah budak yang menunjuk permainan baru dia kat aku. Aku tak berminat pun.

Dan aku tak suka budak yang makan memilih.

Aku tak suka tengok kartun. Kalau anak-anak buah aku tengah layan CartoonNetwork, aku akan tukar rancangan. Tanpa bantahan.

TAPI, aku memang sayang semua anak buah aku. Aku ambil berat. Aku care. Aku bagi apa yang diorang nak time birthday. I pay for everything yang diorang mintak. Cuma sense untuk bermanja atau melebih-lebih sebab mereka adalah golongan kanak-kanak tu tak ada dalam diri aku.

Kadang-kadang aku ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri. Maksud aku..tentang apa yang aku akan jadi satu hari nanti.

Boleh ke aku jadi seorang ibu yang baik?



33 comments :

paris hilton said...

garangnya! tapi ibu yang garang tak semestinya tak boleh jadi ibu yang baik.

Qas Firdaus said...

noe,

aku pun begitu. aku tak friendly dengan budak2. bukan sengaja. tp aku tak reti nak tunjuk.

bile org cite dengan aku anak dorang reti itu ini. aku jadi mcm. sengih keras. tak tau nak komen ape! paling busuk. ohhhhh~ tu je aku mampu kasi komen.

♥♥relyza♥♥ said...

insyaALLAH noe..ko blh....
bila dah rasa sendiri masa mengandung...ko lalui sume proses tu...sume tu mungkin berubah...

acHap~ said...

hahaha. gle rock ko noe. aku syg anak buah aku jek, anak org len, aku humban luar tingkap.
wahahahahahaha~

H A N I said...

xperla noe, naluri keibuan akan dtg dgn semulajadi..jgn risau sgt k. =)

Jack-O said...

salam singgah.
kasar bkn bmksud xsyg
kasar bkn bmksud xpeduli
sometimes, kite syg tanpa tunjuk.
mungkin bkn dgn cara belaian.
tp mngkn melalui cara lain.
mak ayah aku jgk xpernah nk layan kerenah aku time kecik.
xpernah ade istilah pujuk2 ni.
tp aku hidup je smpi skrg.
tanpa ade masalah sosial apetah lg sbg spoil brat.

i second what hani said.
naluri keibuan akn dtg sendri lepas ada anak.
dun worry bout that.

NahWaL said...

ala noe, aku pon tak gheti nak mengacah2 budak ke apatah. aku reti mengacah bapak2 budak je. HA HA HA. lagu nak dodoikan ke apa ke haram sepatah aku tak tau .

tapi aku rasa kau leh jadi ibu yang baik sebab kau tegas. ibu memang kena tegas. sebab nanti budak2 manja sangat. ko tegas takpala, laki ko manjakan anak. hihi.

semua orang ada cara tersendiri. semua orang sayang anak n nak terbaik.

cakap macamla aku ada anak. AHAHAHHHA

Ladynoe™ said...

betul ke kalau dah mengandung naluri keibuan tu datang sendiri?

BETUL ke?

Knicher Sc. said...

teringat filem definitely maybe. bapak dia penuh sabar layan soalan anak perempuan dia...

Z-LA said...

noe dah jadi ibu ke ni?

eazy said...

garangnye kak =)
tapi takpe.
bak kata orang
bile kite dah bawak baby dlm perut kite 9 bulan
kite akan rasa macammane perasaan ibu laen.
gud luck kak!

Cikpid said...

btol kot...nnti naluri keibuan akan dtg sndiri

cnth: aku mmg x boleh org kacau aku tido..pantang btol..boleh mndtgkan marah..tp bila ade anak..die nangis2 mlm2..aku leh jek berjaga..bgn n x marah2..

Miss Odie Ajaa said...

prangai aku pn sbijik mcm kau. pastu sume org akan judge aku ni xde ati n prasaan n stu lg garang. tp org xtau hati kte kt dlm ni sbenanye mcm mane.. kn?

NahWaL said...

Tuhan dah ciptakan wanita untuk jadi ibu. insyaAllah ko akan jadi ibu yang baiklah.

Weed and Bandages said...

perangai sama macam Mr B!

sebab tu dia tamau anak.

at least hang nak anak noe oii.. hang akan ok punya.

:D

mak sedare said...

mak aku ckp
'anak org je ko nak lempang, nnt anak ko sendiri nak jentik pun sayang'


ye kot.

ko dah ngndung ke? hohoho

mak sedare said...

mak aku ckp
'anak org je ko nak lempang, nnt anak ko sendiri nak jentik pun sayang'


ye kot.

ko dah ngndung ke? hohoho

IMCurtain said...

Hello all,

We would like to invite you to promote your blog on our blogosphere. It has similar functions as Innit and Digg. Totally free!

(Click on the 'Tutorial' button if you're not sure how to do it)

Join now: Malaysian Blogger [Blogger's Meeting Point]

Malaysia Boleh!

Bani Boroi said...

wau kau macam akak aku.hasilnya anak- anak dia aku tak pernah dengar melalak kalau jatuh ke, tak dapat kfc ke.

tapi maybe la hati kau jadi lembut sikit bila dah dapat anak nanti.maybe

messithara said...

aku pun x bp suke bdk2..
x bp ske nk layan diorg..
aku siap pesan kat kwn2 time aku kawen "kids a not allowed...!!!"

hehehheeee..

fynn jamal said...

*senyum je*

eleh.
hahaha

Myra said...

rsnya perasaan annoyance tu ada masa budak tu kecik je, once dia sampai umur yg faham situasi kan tak perlu risau lagi?

namanya tough love kot :D

cindir-rela said...

kakak saye kate mase kite dah jadi ibu nanti barulah kite tau macam mane perasaannye bile orang layan anak kite kasar2, tak suke anak kite lagi2 dari darah daging sendiri...

kite tak dapat bayang benda yang belum jadi...:)

nur-al-AIN said...

mmg semak dgr budak kecik menangis.. hihi.. tapi best je layan diorg merepek2.. yang baru pandai nk ckp tu best layan..

Anonymous said...

Aku x pernah ade rase utk b'mesre dgn bdak², mgken sbb aku jge cpat boring dgn soalan merapu ingin b'manje diorang, tp skang sme berubah ble aku ade anak sndiri..
one day you know wether you can mingle with them or not..
i know becouse it has happen 2 me..

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

sense of motherly tu akan datang sendiri..
u'll realised it..
banyak2kan doa masa pregnant ni tau supaya anak yang keluar tu jadi sempurna sifatnya dan baik tingkah lakunya..

eceh..macam i pena pregnant plak!
hehe..

take care faridah!

cik farahana said...

NALURI KEIBUAN ITU SEMULAJADI-jgn bimbang-
skrg noe mungkin cuma tamau jadikan budak2 itu anakMANJA PENYET ..

oleh itu,nnt noe mungkin akan didik anak noe dgn cara paling tegas dgn kasih syg..inshaAllah

Toad McFroggy said...

insyaallah kamu akan jadi ibu yang baik. Cuma kne kawal sikit sikap xsuka kamu tu, takut2 ape yang kamu x suka tu yang akan ade pada waris kamu nanti.. anak org mmg kita suke2 marah anak sendiri nanti sayang nak marah.. pape pun wish u always good luck!

Anonymous said...

kalau ibu tak tau la aku, sebelum jadik bapak semua budak aku tak suka sama la macam noe, tapi lepas ada anak sendiri pon aku suka anak aku sorang je budak lain tak boleh blah jugak

-loca corleone-

apis said...

betul ke kalau dah mengandung naluri keibuan tu datang sendiri?

BETUL ke?

aku kata :

kalo ko belai-belai perut ko tu.. ada lah tu.. etc's lain akan datang kemudian..

tapi betul, feel dia lain kalo marah budak cara orang besar..

warghhh.. makan payudara.. eh.. makan budak.. kahkahkah

pisey itu aku said...

ashu!

aha.
panggilan baru untuk saya dari nephew tersayang.

ha.
missing the 'maksu adek' call.

My_Aqeelah said...

aku pun dulu macam tu, mana reti nak main dengan budak2. tambahan pulak aku anak bongsu, takde adik...so mmg kureng sikit dgn kanak2. rasa nak lempang aje tambahan kalo budak yg ngade, kurang ajor, merengek etc.
kadang aku tgk member yg dh kawin tgk budak kecik lalu lalang diaorg mesti cakap " ala ala comelnye etc...etc." aku rase pelik amendalah diaorg ni takde benda lain nk cakap ke? takde comel mana pun budak tu.
sampai ke saat akhir kehamilan aku takde lagi perasaan "ala2 comelnye baby", sampailah aku dapat pegang anak aku (till she is born).now aku dah ade anak sendiri, automatik aku jadik macam diaorang. pendek kata bila tengok anak orang teringat anak sendiri. don't worry beb...lambat laun perasaan keibuan tu akan bertunas bila ko dah ade anak sendiri.

Anonymous said...

Aku suka layan adik aku sendiri jer. Comel gile.