22.10.09

Suroh-get

Suami aku cakap, aku ni cepat terperngaruh dengan filem-filem Hollywood yang baru ditonton. Dari dulu sampai sekarang, ada je benda yang aku harap aku akan jadi macam dalam filem tu.

Yang paling aku teringin ialah jadi macam Jumper. Fuh gila heaven kalau aku jadi one of the Jumpers. Hidup tak payah rushing nak ke sana sini. Tak payah nak stress hidup kumpul duit beli kereta. Tak payah nak menghadap kesesakan lalu lintas. Dan untuk orang yang lebih suka tengok muka sendiri daripada tengok muka orang lain macam aku ni, aku tak payah rasa beban sangat nak bersiap-siap jumpa client dan kenduri-kendara rumah saudara.

Aku teringin nak jadi Isabella Swan dalam filem pontianak seksi Twilight. Bukan sebab aku nak sangat bercium dan main panjat-panjat pokok dengan Edward Cullen. Tapi aku nak jadi seorang blogger yang berkawan dengan pontianak kacak sambil bercerita tentang rutin aku sepanjang hidup dengannya di dalam blog. Confirm dapat hit tinggi mengalahkan Redmummy. Jadi aku tak payah kerja berat-berat lagi. Aku boleh duduk rumah dan lihat anak aku membesar di depan mata aku sendiri. Mungkin nama blog aku ketika itu ialah Siri Bercakap Dengan Pontianak. Atau Perempuan Misteri.

Pengaruh paling baru, ialah pengaruh dari filem Surrogates. Mengisahkan kehidupan manusia yang menggunakan robot pengganti untuk menjalani rutin harian mereka. Aku boleh muncul sebagai siapa sahaja yang aku mahu padahal aku yang sebenar, sedang duduk terkangkang pakai baju kelawar di dalam bilik di atas katil kawalan. Layan hidup di sebalik badan dan wajah yang fake. Dan kehidupan yang fake. Tak pernah-pernah pergi clubbing, pergi clubbing. Di hari yang lain, aku boleh jadi seorang lelaki yang kacak untuk memikat gadis comel dan seksi tanpa menukar diri aku yang sebenar menjadi seorang pengkid.

Walau pada hakikatnya kita boleh memuaskan imaginasi fizikal diri yang dikehendaki dengan menggunakan robot pengganti tu, pokoknya aku mahukan surrogate sebab hujung minggu ni, Sabtu Ahad aku kena datang kerja sebab ada raptai untuk event Isnin depan.

Tenaga aku dah tak banyak tau tak!?


8 comments :

Anonymous said...

I already nang u and click ur nuff ads (Celcom).Kindly nang me too:

http://innit.nuffnang.com/view.php?id=138366

http://innit.nuffnang.com/view.php?id=137774

Bani Boroi said...

dan kalau pontianak tu single lagi,mesti ada blog
"pontianak jomblo", blog tentang anatomi badan pontianak

Ladynoe™ said...

BANI BOROI

bwahahah tepat sekali.

Chooyaya! said...

Hehe. Ada geng berangan pulak.. Tak kira pulak kalau aku tengah berangan2 senyum tepi pokok sambil kuis2 daun guna kaki, budget edward cullen datang nak dokong aku yg gemuk ni panjat pokok tu. jom tgk full moon hujung tahun ni kalo berani.

aZeeMaH said...

hahahha...kelakor la noe ni

(suka baca blog ni utk hilangkan rasa tertekan....hohohoho)


salam ziarah!

NIMI said...

ahahhaha BANI BOROI ngek ngok..
<3

darkprince said...

suruh robot pergi get what i want :D

Suroh-Get NICE :D

KayNisa said...

haha, ramai gak yang suke berangan nak jadi macam watak dalam movie yek..me tooo. tak sabar nak tunggu new moon keluar..