26.10.09

Tak jadi nak post

Tadi aku dah tulis panjang dah. Macam-macam aku luah. Tapi aku save draft je. Aku rasa nak pos. Tapi nanti macam aku nak ramai orang tahu problem aku pulak.

Aku tengah fikirkan banyak hal. Hal yang dah terjadi. Hal yang bakal jadi. Dan hal yang aku sengaja tokok tambah di dalam imaginasi di mana aku tak pasti akan terjadi ke tak.

Aku tak pasti kalau apakah wajar kalau blog aku jadi platform tempat aku cerita hal peribadi aku. Masalah tentang keluarga misalnya. Apa pendapat korang?

Dan apa pendapat kamu semua kalau kamu berhadapan dengan adik beradik (kakak atau abang) yang tak sudah-sudah iri hati kan kamu?


34 comments :

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

cerita dalam blog..lebih kurang macam tulis atas kertas..bg orang lain baca..nanti banyak plak spekulasi..huhu

lebih baik buat rilek2 je...citer dekat Tuhan..:D

tp entah la...huhu...

Tun Jusoh said...

"Dan apa pendapat kamu semua kalau kamu berhadapan dengan adik beradik (kakak atau abang) yang tak sudah-sudah iri hati kan kamu"

- air dicenchang takkan putus...

tak salah kot cite hal peribadi kita kat orang...jangan sampai mengaibkan diri sendiri dah leeeww...

nm said...

cerita kat blog dah serupa macam membuka pekung didada. simpan je kat dalam hati tak pun mintak pandangan suami untuk senangkan hati.

takkan tu pun tak tahu kot.

Ladynoe™ said...

NM

tau. tapi kalau orang yang dah banyak sangat fikir, dia tak dapat fikir sesuatu perkara yang lebih spesifik.

sebab tu aku mintak pendapat.

takkan itu pun tak tahu?

MK said...

If you feel by letting it out is worth the consequences, just go for it :)

"Dan apa pendapat kamu semua kalau kamu berhadapan dengan adik beradik (kakak atau abang) yang tak sudah-sudah iri hati kan kamu?"

Er, serius saya tak tahu nak buat apa. Sebab saya sangat sayangkan kakak2 saya. (Sorry pendapat tak membantu T_T)

Mrs Zamzuri said...

buat derk... lama2 nnt derang penat la tu.

d i d a said...

Hi Noe,
Saya baru2 ni je baca pmpuan jomblo. Tu pun pas baca misi5april.

saya slalu wat cmni. kalo tensen and ada nk luah apa2, saya tulis je apa yg sy rs then save draft. kdg2 bila dh let go tru menulis (menaip) kita akn rs lega sket. biar 2-3 hari Insyallah ok la pastu. Mslh mmg x smua dpt setel. Yg penting kena redha dan sabar je la. Adik beradik mmg x semua sama. Mcm2 prangai. kdg2 ada yg nmpk very close tp dlm hati siapa tahu kan. Hehe.
Aiseh dah pnjg sgt ni. Sowi noe.
:)

dila raden said...

aku rasa yang paling elok sekali ialah kau buat blog lain, sebagai anon

aku terbayang best-nya jadi macam magenta

itu pendapat aku

Ladynoe™ said...

Terima kasih DIDA.

=")

sora-ao said...

hmm..klu publish, maybe bleh gain wise thought from others. tu pun klu wise la, which rasenye .025% je kot probability nye.

klu simpan je, i tau mesti u sesak nafas nnti sbb i pn camtu gak..klu luah lebih tenang, tapi nnti sakit plak kepala nak kena tapis ayat dan guna nama yang bukan nama sebenar..

klu save as draft je..klu i lah kan, cam xde effect sangat pun.

but i'm not in ur shoes. maknanya my opinion ni pun tak sampai .025% wise nye

Ladynoe™ said...

DILA

hohoho best. mcm piahzadora.

tentang dhila... said...

noe..aku rs leh kalo kite nk tulis kat blog tp jgn detail sgt takut nnt org lain yg baca akan salah anggap. ape pun gaduh adik beradik ni lagi sakit dr gaduh dgn kwn...

rosesrosz said...

salam noe.

x salah lau tak keterlaluan..

btw, tc urself
:)

Hantu Ulam said...

aku rs ok je,
tp xyah r gune nama sebenar..
n citer ko tu kias2 la..

biar ape org nk kate..sbb org tu x alami ape yg kite alami..at least, beban hati,kepala,jiwa n raga semua dpt di luahkan...

pastu, juz amik pendapat yg +ve je..-ve lak abaikan jerr...ehehe

itu kalo aku la..
terpulang r pd ko nk wat cmner..

nway all da best to make right decision!

Hanafedora said...

If u feel u want to let it out I would say. Go for it. Maybe an experience person may help u out. If not atleast u know there is somebody in the same boat as u. it may ease u down a lil bit.

And for me, I think that every -ve things can be manipulate I to +ve things. After all life must go on. Shit happens. And always look at the bright side. Ur lucky u have somebody like ur husband to be by ur side. Unlike others that I know.

Semua berbalik kepada tuhan. u mengadu, u look at the bright side, u nangis, u solat, n u doa banyak2 Pada Allah moga diberi ketenangan dan keberkatan dlm hidup. And make it as a peace of mind that every disturbance around u While u r reaching ur success is not worth it. :)

darkprince said...

its your blog , you can write anything you want :) , dun limit yourself

xxxxxxxx said...

skadar mnyumbang statistik, point-wise...much hav been said. some goes by quantity, others by quality. anyhoe here's my take: 1 ksalahan/aib org kite tutop kt dunie, Allah 'cut' 10 'scenes' kite kt akhirat. askin' for opinion tho, is anuther story...yg penting bhemah. blog mybe kite pnye tp kite sape pnye?

Ladynoe™ said...

HANAFEDORA & XXXXXXX

terima kasih. your advices work on me.

=')

zAkiAH @ Mek said...

Ala Dik Nor, relax dan tenangkan fikiran...masalah takan datang kat kiter klu kita tak cari kan? yang penting bersabar jer...lagipun kiter takde sesaper kat dunia yang sama DNA dengan kiter klu tak diorang kan..lelama diorang akan paham kiter...air dicincang takan putus...cewah..

Ladynoe™ said...

ZAKIAH

hoh? macam mana kau boleh ada kat sini?

NahWaL said...

noe,

aku pon selalu hadapi benda sama.

tapi kadang2 rasa macam malas layan sebab dia darah daging kita dan aku rasa mcam buang masa nak layan lebeh2 sebab dia pon banyak berjasa, yela kan kakak aku. cis pecah tembelang

kalau aku pakai baju baru ke apa ke, ada je nak komen. ada je nak kondem. kalau aku bergamba ke apa, gedikla apala. kalau dia bergamba, dia pakai baju baru wah kemain "cantek tak cantek tak? ee cantekla"

malas aku layan.

leh jadi gile.

sabar je la noe, doa banyak2 pada Tuhan. kau nak beranak dah, aku doakan semua selamat. bukan fizikal je, tapi emosi juga

HazirahMahadzir said...

Noe,
tulis blog itu bagus utk luahan perasaan.
boleh jugak diwujudkan satu blog private utk kepuasan meluah perasaan dgn cara memblog ok?
kalau mahu mintak pendapat,tulis saja..yg mana mahu bantu,bantu..yg mana tidak mahu,boleh tekan pangkah di hujung skrin kan? :)

psl adik beradik iri hati tu,selagi boleh senyap kita senyap..adik beradik kan,bergaduh bertekak pun masih saling berpaut!
kuat ya?
:)

fynn jamal said...

kita perlu luah.
cara?
terpulang.

tapi yang terbaik adalah pakai bahasa bukan hari2. biarlah org hendak teka2. biarlah org nak rasa.

ikut fynn, blog cara terbaik utk cakap habis2. sbb kita dah matang. tak perlu nak slotok brenwosh apejadah. itu semua zaman sekolah. bila tulis, kita baca balik. fikir balik.

tapi satu je. jgn terlalu terus dan telus. biasalah. sebaris ayat akan memberi makna lain2 bagi lain2 org.

noe takde masalah dalam menulis. selama ini pun, noe tak de pun nama2kan sesiapa secara spesifik. (kecuali abang teksi) haahaha.

kita perlu luah. nak2 hal keluarga. sbb kita tau, esok lusa kita akan ok juga. hari ini cuma hendak bikin hati lega. itu saja.

:)

fynn jamal said...

kita perlu luah.
cara?
terpulang.

tapi yang terbaik adalah pakai bahasa bukan hari2. biarlah org hendak teka2. biarlah org nak rasa.

ikut fynn, blog cara terbaik utk cakap habis2. sbb kita dah matang. tak perlu nak slotok brenwosh apejadah. itu semua zaman sekolah. bila tulis, kita baca balik. fikir balik.

tapi satu je. jgn terlalu terus dan telus. biasalah. sebaris ayat akan memberi makna lain2 bagi lain2 org.

noe takde masalah dalam menulis. selama ini pun, noe tak de pun nama2kan sesiapa secara spesifik. (kecuali abang teksi) haahaha.

kita perlu luah. nak2 hal keluarga. sbb kita tau, esok lusa kita akan ok juga. hari ini cuma hendak bikin hati lega. itu saja.

:)

i am visitor said...

normally, untuk kes adik beradik yang iri hati ini, saya cuba pekakkan telinga dan butakan mata. saya akan buat hal saya dorang buat hal dorang. tapi kita lihat pada kes-kes tertentu, sekiranya mereka iri hati untuk kebaikan diri dan keluarga memang tak salah tapi kalau kes iri hati dengan menjatuhkan kita. terlbih dahulu, kita kena jaga bontot kita dulu. pastikan setiap pergerakan kita itu berhati-hati supaya tiada ruang untuk mereka mengungkit.

tapi the best part is, bersemuka dan luahkan apa yang tidak puashati dengan mereka. pastikan kepala dan pemikiran kena okay kerana pada kebiasannya part bersemuka dan luahan hati ini kalau ada yang tersilap pasti akan bergaduh.

seperti meraik rambut dalam tepung; tepung jangan berselerak dan rambut jangan putus.

at the end of the day, mereka still lagik a part of darah daging kita. air takkan putus.

just my 2 cents.

^wirda^ said...

hye ladynoe..uhmm kat mana penah jumpa ek..FP kot..

oh slalunye kalo ada prob, kita nk luah, tp mcm sy pun suka tulis err kalo dulu2 kat kertas, skrg draft kat blog lah,akan rasa release.. then baca balik..then lama2 akan buang/delete..depend la kalo nk dgr pendapat org len, post je la.kalo takmo org len tawu, juz draft..hehe

staepler said...

ada orang menggunakan tulisan dan penulisan sebagai salah satu dari terapi jiwa....
banyak penulis yang baik menulis berdasarkan gejolak kehidupan mereka..selain dari menjadi famous..ongkos pun masuk...misalnya karya Laila Majnun..Tenggelamnya Kapal Van Der Vijck..
tak salah bagi saya kalau itu dapat melegakan perasaan kamu...lagipun kamu tentu tahu apa yang patut kamu tulis dan apa yang patut kamu tapis...

hajaribrohim said...

luahkan saje noe. jgn fikir ape org lain nak kata. berblog saja. tentang semua. kalau kau sedih, kawan2 pun tumpang sedih.kalau kau gembira, kawan2 pun sama tersenyum. kalau kau gusar, kawan2 cuba muntahkan kata2 magis, nasihat, buat kau rasa disayangi. kan nyaman tu~

<3 u!

Ladynoe™ said...

HAJAR

tapi....tak semua pembaca aku tergolong daripada kawan-kawan.

syahidahariff said...

its a good way to express ur feelings..
xsalah rasanye kalo nak tulis ape yang kite rasa..
asalkan xmengaibkan mana2 pihak..
berbalik pada masalah tu, boleh tulis cuma perlu ade batasnya.
hal-hal macam ni ade baiknya jugak sbb mungkin leh bagi pengajaran kat orang lain kot2 diorang ade buat benda mcm tu kat adik beradik diorang and akan sedar. y not kan?

alfina said...

"Dan apa pendapat kamu semua kalau kamu berhadapan dengan adik beradik (kakak atau abang) yang tak sudah-sudah iri hati kan kamu?"

Mungkin iri hati adik beradik tak kemana. tapi itu mungkin sahaja. Bila ada 'situasi' yang memerlukan unity, adik beradik kan tolong menolong. regardless of perasaan iri hati. I guess blood is thicker than water.

p/s: I feel that, If you feel like you need to blog about stuff like you mentioned, just go for it. People will never stop judging, regardless.

hajaribrohim said...

alah biarlah org lain pun. xkesah la sapa2 baca. kalau dorang mual, watpe dorang baca. ye x? do wat u love. u love to write, then, write. asal kau senang hati, itu dah cukup kan. jgn runsing2. gambate! hehe

pencopet said...

sharing is caring. everyone think differently. tepuk dada tanya iman.. kalau rasa selesa, why not.

LJ said...

ahhh. xpayah la share dgn orang lain. apatah lagi hal2 keluarga. sensitif. bukan kau sorang yg jadi mangsa dengki mendengki. ramai lg kat luar sana tu..termasuk aku.

aku tidak nampak di mana faedahnya berkongsi hal keluarga dgn org asing apatah lagi dlm blog. tidak samakah maksudnya dengan kau tgh cakap belakang? ok2. bunyi mcm teruk kan noe? tapi, percayalah - hal keluarga baik disimpan. luah saja pada tuhan yg boleh bg hati kita tenang. klu kau luah pada manusia, percayalah sama ada sikit atau byk, mereka akan judge ikut apa yg kau tulis. adilkah? sedangkan saudara kau tak kenal pun pembaca kau siapa.

hal kau dgn dia ialah antara kau dgn dia. aku sedar bukan senang nak deal dgn manusia dengki begitu - tapi, maruah keluarga juga kena jaga. TETAP kena JAGA. jgn bg org lain hidu busuknya mcm mana.

okay. sekian....