5.11.09

Penyelesaian kepada masalah lepas.

Betul juga, kadang-kadang kesibukan rutin boleh menjadi tiket untuk aku dapatkan kelegaan daripada masalah peribadi secara percuma. Terima kasih lah weh sebab dok bagi pendapat tentang dilema aku sebelum ni. Ada yang cakap luahkan je lah. Ada cakap baik simpan je lah.

Sebenarnya aku rasa tak tahan nak luah. Sebab sampah-sampah yang membusuk dalam kepala aku ni aku dah simpan lama sangat. Aku dah cakap sebelum-sebelum ni. Kalau aku kecik hati dengan kawan atau saudara, memang aku jarang nak luah depan-depan. Selagi aku sabar aku sabar. Aku prefer-kan silent treatment.

Sebab bila ingat balik zaman-zaman baran aku, aku rasa masa tu aku macam monster. Macam hantu yang nak mengamuk sana sini. Tak cool lansung. Hari Raya baru-baru ni, kat R&R, aku baru tengking sorang fat chinese lady dari Singapore. Siapa suruh tinggi suara dekat mak aku. Dah lah tinggi-tinggi suara, cakap-cakap sambil jari tunjuk-tunjuk kat muka mak aku. Mak aku dah lah rendah je orangnya. Figure pun nampak lemah. Hormat la sikit kat orang tua. Terkontang kanting aku tengok mak aku time tu kena sembur dengan minah tu. Akak aku pun tengok je. Suami aku nak tahan-tahan aku. Kepala hotak la. Itu kan mak aku. Pantang betul aku tengok orang tindas mak (atau abah) aku. Pantang betul.

Penyudahnya akak aku cakap "kau ni tak cun lansung la buat camtu, jerit-jerit macam hantu,"

Masa tu aku rasa macam, fak nye. Ok dah malas nak cakap panjang-panjang.

Dalam pada keinginan untuk aku meluah tu, aku sibuk kat pejabat, aku sibuk kat rumah, ada je hal yang mendatang. Sebab tu aku lama tak update blog.

Sebenarnya (lagi), semakin banyak umur aku meningkat, aku rasa aku dah ada serba sedikit kebolehan memendam rasa daripada menjaja cerita. Walaupun aku tahu kebolehan aku ni akan menyebabkan tahap kesihatan aku terganggu satu hari nanti, tapi aku persetankan sahaja sebab aku boleh cooldown sendiri. Kira aku mampu jugalah nak divert masalah aku ke medium hiburan yang lain seperti di kedai-kedai game, redbox, PS2, laman gambar kucing atau layan lawak lucah kawan-kawan di pejabat.

Nak adukan pada suami? Bukan apa, walau aku ni perempuan yang dah bersuami, tapi aku tak anggap dia sebagai seorang yang terlampau layak untuk aku ceritakan masalah-masalah keluarga aku. Apa pulak tanggapan dia terhadap keluarga aku nanti. Mana lah tau kalau satu hari nanti dia sindir-sindir aku tentang keluarga aku dengan menggunakan cerita yang aku cerita kat dia. Aku jugak yang sakit hati.

Ye la. keluarga tetap keluarga. Aku tetap LEBIH gembira berkumpul dengan keluarga sendiri daripada keluarga suami. Sebab keluarga aku lagi besar. Lagi meriah dengan anak-anak buah. Kadang-kadang benda busuk yang jadi, aku telan je.

Aku anak bungsu beb. Akak sulung aku dah umur 44 tahun dah. Dah baya-baya mak korang aku rasa. So hidup aku ni dibesarkan sambil menonton senario orang yang dah berumur tua-tua bangka. Dah masak dah. Aku tak pernah rasa remaja bersama adik beradik. Gap umur jauh gila. Sebab tu masing-masing bergaya macam orang muda kot. Sebab adik bungsu dia (aku) sebaya dengan anak sulung kawan-kawan diorang. Kot.

So jangan marah kalau aku tau umur mak kamu 40an, dan aku panggil dia 'akak'. Bukan makcik.

Kadang-kadang aku terfikir akan nasihat-nasihat di dalam komen nukilan sebelum ni tentang "adukan pada tuhan". Aku bukan nak menolak kewujudan tuhan, tapi aku ni manusia biasa. Kalau aku bercerita, aku nak orang layan cerita dengan aku. Aku nak layan berbual. Tuhan nak berbual dengan aku?(ok aku ubah lah ayat ni untuk kesejahteraan sejagat. sorry geng). Solution-nya sama macam aku pendam rasa je.

Nak cerita kat kawan? Aku sendiri bina benteng antara aku dan kawan-kawan kot. Sebab separuh kes boleh cerita. Separuh lagi tak boleh. Lain lah. Pemikiran orang dah kawen dengan yang belum ni lain. Aku dah masuk hidup fasa ke-3. Mana mungkin orang di fasa ke 2 faham masalah aku.

Penyudahnya.

Pendam saja, lah, labuuuuu.
Esok lusa sejuk lah tuuuuu.

OK actually sekarang aku dah sejuk pun. Ok nak sambung buat kerja.
=D

All the signs were there for me to see,
If I cry out with fear I'll feel more afraid,
So beat the sense back into me,
Cos you are like forbidden fruit out of my reach
And I forgot what I had sometimes

But if everyone has there shot and moves on
and you can't get out the way
well it's you wonder will save

wonder- by Embrace

Kalau nak lirik penuh dia, pergi godek sendiri.

Sekali lagi, terima kasih untuk semua pendapat sebelum ini. =)



13 comments :

lotikus disarimankan said...

sama la kita..mmg cukup pantang kalo orang buat mcm gitu kat mak ngan ayah..kalo aaku ada akak mcm tuh,dh lama kena pelengkung ngan aku...hehehhehehe...silent reader

saya.L-A-N-N said...

Sometimes.

U know, I know
I know, U know.
(apa yg kita tahu, org lain tahu. cth: harga petrol naik)

I dunno, U know.
U dunno, I know.
(ada cerita sendiri yg tak patut utk org lain tahu)

U dunno, I dunno.
(benda yg kite sume taknampak, tapi dibuat oleh org berkuasa)

:)
cheers!

AuRorA DiAnA said...

sis same je dengan aku, pantang orang lain tengking mak bapak aku, kalau aku di tempat sis masa tu pun, aku tak teragak2 tengking balik...

peh..panas betol...

cina tipu mak aku pasal harga baiki telefon pun aku dah naik darah.

xxxxxxxx said...
This comment has been removed by the author.
xxxxxxxx said...

ever heard God works in mysterious ways? gotta give Him more credits, heck give Him all the credit in the world! without Him we won't be here to begin with! verbal communication isn't the only way to connect...unless you expect the dialog to be littered with all sort of cussings, i guess you're better off seeking other companion which of course inferior on so many levels.

Weed and Bandages said...

hurrmmmm...kadang kadang tak semua masalah keluarga boleh crita ke somi.. tapi lama lama TERcerita juga..

:)

SUHANA said...

Kalu aku pun benggang gak kalu der owg hentam mak kiter..saper lg nak backup mak kiter kan kalu bukan anaknya sndiri..!!

Anonymous said...

slm,aku the rock
skdr nk ckp je
ak pn naif tol bab agama ni
tp ak rse statement
adukan pda tuhan sme dgn mmndam rse 2 cm xbpe bes je
adukan kt tuhan is really somtg
pde ak xgne org lyn if prob kte x slesai
yg pntg ati kte epi n prob stel

pnh skli
prent ak cm gdo
ak nk cte kt mbe
tp mghmpakn
ak g msjid,nges2 n ok
DIA tw pe yg kte nk
n if ykin,stkt prob kte
aym je DIA nk tlg stelkn

tp ak lg jhil
mnx btolkn if silap ye
~wink

Ladynoe™ said...

salam, the rock,

adukan dengan tuhan sama macam pendam rasa -

tuhan kan maha mengetahui. walau apa pun yang aku pendam.

itupun dah dikira mengadu. Maksud aku mengadu tanpa bercakap.

susah betul aku nak explen benda ni.
harap kau faham. Aku bukan cakap mengadu kat tuhan tu NOTHING.

ok?

Nina said...

"Tuhan nak berbual dengan aku? Hell no. "

Salan kak, maybe you should rephrase this sentence, sbb takut ada readers yang akan baca and amik maksud too literally, boleh rosak iman ni kak.

Jaga diri :)

Love Balqish said...

noe... awk tak kenal sy, sy pun tak kenal awk.. tp sy suke baca apa yg awak tulis. awak adalah awak dalam blog. tapi sy tak boleh jadi saya dalam blog.. nape?? mmm... sebab keje kot!

sy pun baru kawen. betul, sometime if citer kat husband pun wat sakit hati gak kan?? kita nak carut, marah org yg carut mak kita, somi tak kasik... takkan nak anggukkan je... so noe, if u boleh carut kat pompuan ciner tu balik, carut je. kalu tak hajat tak lepas. pas tu sendiri sakit hati...

Love Balqish said...

noe... awk tak kenal sy, sy pun tak kenal awk.. tp sy suke baca apa yg awak tulis. awak adalah awak dalam blog. tapi sy tak boleh jadi saya dalam blog.. nape?? mmm... sebab keje kot!

sy pun baru kawen. betul, sometime if citer kat husband pun wat sakit hati gak kan?? kita nak carut, marah org yg carut mak kita, somi tak kasik... takkan nak anggukkan je... so noe, if u boleh carut kat pompuan ciner tu balik, carut je. kalu tak hajat tak lepas. pas tu sendiri sakit hati...

LJ said...

ohhh...dah rephrase? baru sy ada mood baca sampai habis. ;)