Sunday, 15 November 2009

Rentetan Dari Senario Itu

Aku pernah kenal dengan seorang lelaki, Azmi (bukan nama sebenar). Seorang suami kepada seorang perempuan, Aini (pun bukan nama sebenar) yang juga aku kenal. Peliknya Azmi ini sampai aku ingin ceritakan ialah, dia ni, jenis lelaki yang tak boleh tengok perempuan mengandung.

Maksud aku, tak selera nak tengok perempuan mengandung.

Siapa yang pernah mengandung, atau pernah ada isteri mengandung ni mungkin faham kenapa lah. Bagi yang tak tahu lansung, begini;

Perempuan mengandung akan mengalami perubahan hormon secara mendadak. Lebih dari yang pernah kamu jangkakan. Bukan setakat berat badan meningkat dan perut membuncit bulat, tapi macam-macam lagi. Ketiak akan berubah menjadi gelap/hitam. Begitu juga kulit di bahagian leher. Dan kalau ada yang lebih tak bernasib baik, kemaluan kamu juga akan berubah menjadi kehitaman, perut, dan kulit di sekitar payudara. Dan, hello stretch markS! Lagi nasib tak baik, wajah ditumbuhi jerawat besar-besar. Muka sembab dan hidung kembang (tapi yang ni aku tak pasti sebab hormon atau sebab pertambahan berat badan.

Maternity skin care bukan sesuatu yang mudah. Dan bukan sesuatu yang murah. Perempuan mengandung tak suka pun keadaan ni semua. Walau puas dipujuk oleh orang sekeliling bahawa hitam-hitam tu semua akan hilang selepas bersalin, tapi, dia tetap berusaha menyental dengan spa salt, krim lulur, body scrub atau apa-apa sahajalah yang difikir relevan.

Berbalik kepada Azmi tadi, semasa Aini mengandung anak pertama, seleranya terhadap Aini itu pun tumpul. Malang bagi Aini bila dia mengalami perubahan hormon yang dahsyat. Bukan Aini taknak melawa. Masalahnya dia dah cuba macam-macam. Kosmetik, plastik, semua tak menjadi. Muka tetap sembab. Berjerawat macam kawah bulan.

Dan demi memuaskan nafsu jantannya, Azmi cari 'makan di luar'.

Aku tahu. Tapi aku diamkan sahaja. Sebab tak nak masuk campur hal rumahtangga orang.

Lepas Aini melahirkan, Azmi pulang ke pangkuan isteri dan anak barunya. Bahagia semula. Selepas pantang, Aini cantik semula. Selera Azmi, kembali semula.

Masa berlalu, Aini mengandung lagi.

Seperti sebelumnya, kerana perubahan hormon dan fizikal yang berlaku ke atas Aini, Azmi 'cari makan diluar' lagi. Kali ini perbuatan sialnya terkantoi di KLCC bila Azmi dan teman wanita gelapnya terserempak dengan adik Aini yang turut membeli belah di tempat yang sama.

Seperti biasa, perang meletus. Hebat. Aku perhatikan dari luar. Memang takde rupa nak reda. Hari-hari bertekak. Pun aku senyapkan sahaja. Bayangkan seorang perempuan yang sedang sarat mengandung - mengandungkan anak seorang lelaki yang tidak ada selera terhadapnya lagi - mengandungkan anak seorang suami yang hari-hari layan perempuan lain di malam hari.

Anak di dalam kandungan tak tahu apa-apa. Demi kasih seorang ibu, Aini kandungkan juga anak itu dengan penuh kesabaran - dengan penuh cabaran - air mata siang malam pagi petang.

Lepas Aini melahirkan, Azmi pulang ke pangkuan isteri dan anak barunya. Bahagia semula. Selepas pantang, Aini cantik semula. Selera Azmi, kembali semula. Mungkin Aini luhur dan tulus memaafkan Azmi. Demi anak-anak.

Masa terus berlalu, Aini mengandung lagi, anak ketiga. Dan seperti sebelum-sebelumnya, Azmi cari makan di luar lagi. Aku dah cukup dewasa ketika itu untuk lebih memahami hati seorang wanita dan ibu.

Dan kali itu aku masuk campur.

Sampai aku bergaduh besar dengan Azmi. Segala caci maki semua aku keluarkan. Khas untuk Azmi dan teman wanitanya itu. Tapi tetap aku diamkan dari pengetahuan Aini. Aku taknak emosi Aini yang sedang mengandung tu terganggu lagi. Boleh meroyan kalau silap hari bulan.

Azmi cakap, aku terlalu hijau untuk menyibuk dalam hal hidup orang dewasa macam dia. Aku cakap, aku dah terlalu masak dengan perangai dia sejak umur aku 1 hari lagi. (okay tipu, sejak aku akil baligh lah senang)

Tapi,

Lepas Aini melahirkan, Azmi pulang ke pangkuan isteri dan anak barunya. Bahagia semula. Selepas pantang, Aini cantik semula. Selera Azmi, kembali semula. Perlahan-lahan Azmi berbuat baik dengan aku.

----------------------------------------------------------------

Rentetan dari senario itu, dulunya aku nekad akan sesuatu -

Aku taknak mengandung. Aku taknak anak. Lagipun aku tak berapa sukakan budak.

Aku takut. Aku paranoid.

Tak dapat bayangkan macam mana kalau Fandi duakan aku semasa aku mengandung. Tak pedulikan aku. Hilang di malam hari. Siang pun susah nak jumpa. Tinggallah aku terboyot-boyot membawa perut. Penuh emosi. Kacau bilau. Jiwa kacau.

Sumpah aku takut.

Tapi nasib orang tak semua sama. Dunia memang selalu tak adil. Sebab itu diciptakan nasib berbeza-beza.

Nasib aku agak baik bila aku rasa aku semakin di manja-manja dek Fandi bila aku membawa si 'dia' dalam badan aku ni. Ni hah si 'dia'

Si 'dia' - sekarang sudah 30 minggu di dalam sini.


Terima kasih Fandi sebab buat aku percaya yang tak semua lelaki macam si Azmi. Walau aku rasa aku super selekeh sepanjang tempoh nak cukup 9 bulan 10 hari ni. Terima kasih sebab tolong ringankan kerja rumah dan scrub badan aku hari-hari. Haha!

Dan untuk korang yang sedang membaca- ya aku sedang mengandung. Dah sarat macam tong dram dah sekarang ni. Doakan semuanya baik untuk aku dan kelahiran yang bakal terjadi dalam lebih kurang 9 minggu lagi.

Doakan Azmi berubah. Aku harap korang tak komen marah-marah kat Azmi sebab nasib korang selepas kawen, korang tak tau lagi.

OK, dah macam buat announcement kat perhimpunan sekolah hari Isnin dah ni. OK lah, bye!


P/S: apa pulak gelaran lepas ni? 'Perempuan dah tak Jomblo dah jadi mak orang'?

53 Testimonial(s):

tipikal said...

doakan moga slmt sumenye..

siggplus said...

congratulations!

er, bukan title jomblo sudah patut dibuang lepas saja kahwin ke

Amer. said...

Cis, saya seorang je ke baru tau kamu mengandung? Haha.

Diloz said...

Tahniah!
Beli gari tambat Fandy kat rumah.
Selamat..
=P

Puppet Koyak said...

huhu..
was a silent reader before this.
tapi, nak jugak wish.
Selamat! ;D
Congrats ya..;O

Sue Anna Joe said...

Hey Noe, akunya 3d scan lagi 2 minggu. Sib baik ko suh aku tepon wat appointment, kang termiss plak. Siyes tak sabar, lagi-lagi tgk ur scan ni.

All the best babe.

I jarang dengar orang kata pasal tengok pompuan mengandung tak best, most I heard, orang rasa lebih seksi adalah. Huhuhu.

Kalau boleh nak jumpa Noe before bersalin. Nak laga perut. Heehee.

J u l i a 。.゜✿ said...

noe..
ju tengok kat facebook, noe preggy sangat cantik okek ! perut bulat comel je. =D
bestnya hubby tolong scrub kan.
hubby ju jauh. sobs.

pasal pigmentation kat leher semua tu, ju tak berapa nak risau sangat noe..
paling takut if kena skin tags ! ishhh.. =(

setakat ni ok lagiiii. muka pun takda jerawat. alhamdulillah.

noe take care ! si dia sangat comel =) bibir muncung tuuuu

H A N I said...

yeap2!! btul kater Sue Anne Joe, org kater time pregnant la org ppuan nampak seksi, but dunno seksi tang maner..heheh..bruntung noe ada husband cam Fandi..9 weeks x lamer maner, jaga diri k.. =)

UnWantedStorryteller said...

tahniah noe

:)

UnWantedStorryteller said...
This post has been removed by the author.
aMaryLLiXe said...

hello noe,
recently jek start baca blog u. n like it.
tahniah for the baby..sooo cute..

Mas Mohd Yunus said...

aku dah lama baca blog ko. tp kali ni baru letak komen. sgt happy dengan berita ini.

sue anna joe,
ladynoe,
juliahoneyshake,
hidd,
er sapa lagi..

semua blogger-blogger ni pakat ramai-ramai ke nak mengandung? hahaha..alhamdulillah.syukur Maha Suci Allah.

nadiah norzemi said...

LadyNeo,

Congratulation!
Bertuah the incoming baby dapat you sebagai ibu :)

cujen said...

tahniah sis!!

nadiah norzemi said...

LadyNeo,

Congratulation!
Bertuah the incoming baby dapat you sebagai ibu :)

Fatehah A. said...

selamat menjadi ibu =)
tahniah ladynoe

n u r i d r i n said...

semoga semuanya selamat kak noe.
:)

doff said...

tahniah. semoga semuanya selamat. semoga dapat baby comel dan sihat.

LIZ; said...

congrats!
semoga baik2 semuanya :)

Ladynoe™ said...

Anna = itu kata kita. Kata orang macam Azmi tu kita tak tau. Aku pernah jumpa lelaki yang claim semua perempuan yang berat lebih 55kg tu gemuk dan hodoh.

haha. perut aku besar lah anna. kang terbalik kebelakang kau kang.

JULIA = mana ada cantik. macam tong dram tau. suami jauh, tapi preparation tip top. noe tak prepare bilik untuk anak pun lagi.

MAS MOHD YUNUS = ha memang kitorang pakat-pakat ni. heheh

TO ALL ABOVE = tengkiu tengkiu!

the rock said...

aah
sme llaki mmg xsme
congrat ye
smoga dpt anak yg cmel cm maknye n undrstanding cm dedinye
n ak doakn
ank ko bek,lwa n sngkn idop ko
congrat

Natasha said...

congrats...

for the baby

and

for having the wonderful husband :)

bukan senang nak dpt hubby baik :)

hans said...

lelaki macam tu sebenarnya xkira isteri dia mengandung ker tak memang jenis gila perempuan tu
xpernah cukup dgn satu

Mr.Clive said...

jaga baby baik2 bila dah 'keluar' karang and good luck.

p.s. btol,bukan sume laki same kot.hoho...laki tetap manusia,so ade perangai masing2.huhu

Helmi Razali said...

hehe, nanti anak noe boleh kawan dengan anak anna. :)

Weed and Bandages said...

gelaran maintain.. jgn ubah.. hahaa.. apa ada pada gelaran.. hehe

Anonymous said...

Congrats Noe!

jas imran said...

haiyaaa... noe dah nak meletup ke? asal aku baru tau nih? anyway, tahniah bakal mummy n daddy...

orang kata alam mengandung nih penuh dengan kebahagiaan.. betul tak? tp smpi sekarang masih 'takut'...

insyaAllah coming soon...

tak sangka noe dah carry baby dalam perut tu. letak la gambar mak buyung skali... takkan gambar si dia je... mesti ramai yang nak tengok kan? hehe...

tahniah..tahniah...

hatim a.r said...

baru terniat nk komen kt sini hehe.patutla dh lame x updet dh pregnant ropenye.CONGRATZ!!!!!besar tanggungjawab tu,ape pown i doakan u+anak+suami+rumahtangga selamat aman sejahtera hepi bahagia.amin

eiyra'z said...

congrats noe...suami akan lebih sygkan kita jika kita ikhlas mengandungkan zuriat dorg..noe,ko beruntung dpt suami baik mcm Fandi..kita sgt beruntung.. :)

HidupItuManis said...

congratz dan semoga selamat bersalin, selamat jaga baby, selamat jadi ibu dan semuanye selamat la.

NIMI said...

aini?
nama aini tu..harap harap tak dapat hubby macam azmi tu..

aini da agak da k.noe preggie..tengok!da nak meletop lg 9minggu br nak bagitau..
geget kang!

lelaki ke pompuan k.noe?

Hantu Ulam said...

tahniah..
moga u n baby sihat selalu!

nazjai said...

congrate lady noe....ceria2 selalu...

nazjai said...

congrate lady noe....ceria2 selalu...

Ladynoe™ said...

memang sebelum ni aku sorokkan dulu.

norMAzuan MUstafa said...

kim slm cik fendi.....haishhh sound so nice lahh cik noe....

Aku A-Z-Z-U said...

mmg kiut muka baby kau. congrats! org tgh sarat jgn emosi2, jaga diri baik2, jaga makan minum.. kebetulan plak time ni ramai juga kawan aku yg mengandung. hopefully aku pun org2 bertuah seperti kau dan kawan2 aku tu :)

safuan hakim said...

TAHNIAH!!!!!!!!!!!!!!!

kuzud said...

tahniah :3

zinnia-lyana said...

kak noe, congratz! =) semoga semuanya baik2 saja

aZeeMaH said...

tahniah noe!

smoga kehadiran dia mengeratkan lagi noe dan fandi

aminnnnn

staepler said...

Jangan biarkan perasaan larut dalam fikiran yang bukan2...bila datang rasa macam tu banyakkan membaca quran dan banyakkan zikir...Insyaallah Allah akan pelihara kamu dan keluarga kamu..

Fandi Tamyes said...

Dari Fandi Tamyes (suami noe),

Harap2 semua doa2 korang semua termakbul. terima kasih semua.

sihat sejahtera, selamat, bahagia selama2 nya utk aku, noe dan anak yg nak lahir ni.

rasa macam sangat terharu bila si isteri bagitau kat semua orang yang dia sangat menghargai suami dia.

dan rasa sangat bangga macam nak pecah hidung bila semua orang sangat positif dan memuji suami si tuan punye blog.

hahahahahahahahahahahahha..

bangga bangga..terima kasih semua!

wuhuu.

Fandi Tamyes

Ladynoe™ said...

eee. gediknyeee!
huhihihihuhihi

Dayu said...

membawa perut mmg bukan senang, lagi2 kalau dh sarat
dah la perut noe besar..*kita kecik je noe, sampai risau jadiknya*

bila memikirkan perihal suami waktu mengandung,mmg menyeramkan kalau dia buat hal..
alhamdullilah..nasib kita tidak begitu
kita ada suami yg paham susah payah jadik mak buyung ni

laki cikgu kimia said...

wah. tiba2 mak.

bellar0ssa said...

kak noe,congrate.moge selamat semuanya..amin~

susudalambotol said...

kalau ketiak hitam, leher dan perut hitam selalunya baby girl :)

Zeelicious MeowMeow said...

Hmmmm...
Zee ada baca one article lebih kurang about this..
And the article mention yang kemungkinan untuk suami stray out during pregnancy isteri tu ada..
Sebabnya bergantung kepada si suami tu atas alasan2 'bijak' dia..
So time pregnancy memang kena bagi extra2 attention to the husband la apatah lagi kalau tiba2 nampak perubahan yang ketaran..
Peringatan buat diri ini juga.. ;)

Zeelicious MeowMeow said...

Lupa plak...
Congrats Kak Noe!
Neway memang musim babies ye ni cuz bulan 10 hari tu Zee pun baru dapat anak buah.. :)

CONNIE said...

:)) congrates.

Anonymous said...

Ya agree wit susudalambotol,simptom I gatal2 kt leher,ketiak hitam-dpt baby girl.