8.11.09

Ya, kau memang cantik

Selamat malam,

Dah minum air collagen kau? Dah minum herbalife? Dah tepek kosmetik plastik yang fantastik itu ke muka kau? Program pelansingan untuk hari ini berjalan lancar?

Ya kau memang cantik. Mata kau besar, mata aku kecik je. Kulit kau putih, aku tak putih. Rambut kau ikal, rambut aku keras macam dawai. Semua orang cakap rambut aku tebal, keras, macam sabut kelapa. Kau ramping, aku godang. Takde pinggang. Punggung kau lentik, pinggul aku lebar. Flat. Orang selalu kutuk macam bun penyek.

Kau pandai bersolek, aku tidak. Aku tak boleh pakai lipstick, nanti bibir aku pecah-pecah. Kau cakap lembut-lembut, aku marah jerit-jerit. Kau ramai peminat kat pejabat. Hari-hari kena mengorat. Aku tidak. Aku ada suami aku sorang je.

Hidung kau mancung, hidung aku kembang. Tangan dan kaki aku berbulu, kulit kau mulus. Kau feminin, aku tak feminin. Tapak tangan aku kasar. Dulu selalu tolong abah aku buat kerja kebun. Aku tak pandai masak. Kau hebat di dapur. Kawan-kawan pejabat kau selalu puji-puji kau, kawan pejabat aku sorang pun tak pernah puji-puji aku. Aku tak mampu beli segala bala cream-cream tu semua.

Aku kan miskin. Kau kaya.

Jangan la asyik tanya orang antara kau dan aku siapa paling cantik. Malu la aku. Sebab aku tak cantik pun. Kau yang paling cantik. Paling sempurna. Macam merak kayangan. Idaman semua jantan. Aku tak pernah kisah pun pasal cantik ke tidak. Sumpah.

Ya, kau memang cantik.

Tapi,

Aku taknak jadi macam kau pun. You're totally NOT MY TASTE.

Dan,

Yang paling penting ialah, kau menopause dulu sebelum aku.

Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!


30 comments :

Weed and Bandages said...

ok ke dik?

fynn jamal said...

oh. tersangatlah faham.
biarkan aja.
dan telengkan kepala.
nampakkan ini kelakar.

Kiss And Good Night said...

ada jugaknya orang yang jenis suka membuat perbandingan macam nih yer.

Lyana Hisham said...

itulah manusia..tak penah bersyukur dengan diri sndri kan..asyik nak banding2

Ladynoe™ said...

MISS weed = Ok kak. =)

fyn jamal = =')

Anonymous said...

haha..dia nk attention ko x noe..senyumkan aja org camtu

anna ladycherrie

Anoneemus™ said...

Hihi..cool gila ending dia. u rawk girl! apa2 pun, sy masih rasa anda cantik.sekian.

NIMI said...

i <3

nazaworld said...

org camnie menurut psikologi yang aku belajar..die sedar u lg cntk dr die..tu yg die gler nk compare2 u dgn die..puji2 je melambung bg die sendiri terkedu..layankan ajo...

apis said...

faham faham..

biarkan saja..

tak mati pun tak cantek!! at least ko juga berkahwin kan!!

kotak.angkasa said...

bunyi je mcm hebat. tapi pada hakikatnya, dia mempunyai low self-esteem. kalau tak, kenapa sibuk-sibuk nak compare?

Helmi Razali said...

oh, paham-paham.
Lawak tapi sinis.
But you're above that.
So stay cantik, and stay sinis ok PuanNoe. :)

Dayu said...

eeeiii..
sape tu?? akak2 di opis yang annoying??
alah,,sperti biasa..abaikan aje

jas imran said...

haha...
annoying kan? biarlah spesies yang sebegitu dengan labu-labunya...

yang penting kita happyyyyyy!!!!

Hantu Ulam said...

I HATE COMPARISON!

setiap org ade kelebihan & kekurangan memasing..nmpak & x nmpak jer..

sekali lg di tegaskan,

I HATE COMPARISON!

Intan Noorazlina said...

dia nak suh org notice kot... tu yg sibuk tny perbandingan tu... kalau tak org tak nampak dia... kesian kan org gitu...huhuhuhu... biar je la dia dgn dunia perasan dia...

^wirda^ said...

huhu..ssh ada org mcm tu..

KayNisa said...

haish, ade ke org mcm tu..canti bukan dimata..tp dihati..hihi

Anonymous said...

Hebatnya rakan awak tu..

lucky is my name said...

ada makcik kerek yang menjadi kenalan? ugh...just ignore such species...kesian kat orang camtu...

Anonymous said...

milf kot tu

–•-•»(¯`·.¤ºo.§ñ¡þ€®.oº¤.·´¯)«•-•– said...

aku selalu ingin supaya aku dibutakan bila mula mengenal seseorang ... dengan itu aku dapat mengenal hatinya ... rupa itu tak kemana ..akhirnya akan pudar juga... aku suka orang yang menyenangkan hati bukan menyenangkan mata...

PAP said...

buat apa nak amik kesah pasal orang lain.
diorang tak penah pun nak amik kesah pasal kita.
diorang tau apa pasal diri kita?
aku hidup untuk hidup aku.
asalkan aku tak susah kan orang lain.dah cukup.

joegrimjow said...

herblaife?
wwawaaaah!!
like this

~agaga~ said...

aduyai. bwat tak tau sudah.

Chooyaya! said...

dasar perempuan hot yg dah nak monopos pendengki pada perempuan muda. kan kan?

ash_dziner said...

huhuhu...wat dek je noe org yg mcm ni. x ke mana pun, nikmat yg Allah bagi...sekelip mata boleh ditarik balik...ape nk riak pd brgn solek plastik tu...natural beauty tu yg plg cntk...noe without make up pun still cantik...jujur dr dlm ht akak...

Aku A-Z-Z-U said...

oh di ofis aku pun ada spesis ni jugak...sebbaik bukan aku bahan comparison dia, sbb aku pun lebih~kurang comot mat yeh, tp dia ni selalu tanya kat aku siapa lagi cantik, dia ke atau Cik A? aku jawab "entah" je, senang cerita. dan cukup senang juga menyakitkan hati dia untuk mintak pendapat aku lagi, nyiahaha :D

anne jay said...

hahaha... cam besh je entry ko noe... walaupun dah lambat sangat, aku tetap nak komen gak... kat opis aku ada sorang akak yg dah kawin, anak ramai k.. badan dia xde la gemuk pun.. tapi dia ttp x leh dengar kalau ada yg puji aku yg obes ni cantik... mula la dia buat pangai nak sakitkan ati dan badan aku.. pelik tol... penah aku cakap nak kuruskan badan, leh lak dia cakap .."alaa.. nanti ko cantik dari akak"... memula tersentap gak la aku dengar ayat dari org yg rapat ngan aku kat opis tu... tapi bila pk smula .. lantak laa... malas nak layan kerenah dia yg x tau nak bersyukur tu....

Cik Ketam said...

cantik?
ashu cantik,ok...
BAGI KITA lah...
kite nak jadik cam ashu kalau boleh...