22.12.09

Akak aku pernah cakap, EMOSI seorang perempuan berubah dari semasa ke semasa.

Mak aku seorang perempuan berhati tisu.

Kalau berbual tentang kegusaran terhadap anak-anaknya, mula lah nak mencebik-cebik. Mata merah berair. Aku selalu ejek

"Eley, itu pun nak nangis," lepas tu mak aku cover cun balik.

Kadang-kadang aku banyak tak faham benda yang ringkas. Kenapa menangis semasa bersalaman di Aidilfitri? Kenapa mak aku menangis lepas Fandi nikahi aku. Tengok Cerekarama TV3 pun mak aku boleh berair-air mata. Aku tak faham bagaimana emosi gembira itu boleh disusuli dengan air mata. Atau mak aku memang betul-betul sedih dan menangis. Atau apa-apa sahajalah.

Dulu, aku menangis kalau aku marah - tapi tak dapat nak lepas. Aku menangis kalau aku marah - tapi orang yang buat aku marah tu tak ada depan aku.

Pun, bukan senang aku nak menangis kerana benda-benda yang remeh. Bukan senang aku nak menangis sebab orang yang aku rasa tak penting dalam hidup aku. Aku pernah bercinta dengan beberapa lelaki - satu-satu lelaki yang buat aku menangis semasa break off dulu pun, Fandi sorang je.

Aku pernah menghadap banyak kematian tapi aku menangis untuk pemergian Abah dan Net je. Sampai akak aku pernah tanya

"Deknoe tak sayang atuk ke?" sebab aku tak menangis semasa atuk aku meninggal bulan April yang lepas - walau aku memang rapat dengan arwah atuk aku tu.

Sampai lah satu masa baru-baru ni aku menonton Iklan Satu Malaysia yang kisah satu pasangan orang India ni yang anak dia tiba-tiba pengsan dalam pelukan mak dia. Lepas tu dikejarkan ke Hospital dan doktor cakap anak dia perlukan darah jenis A negatif.

Shit, aku menangis, sial.

Akak aku pernah cakap, EMOSI seorang perempuan berubah dari semasa ke semasa. Remaja, Kahwin, Mengandung, bila dah jadi Ibu, dah tua - semua berubah-ubah.

Herm.

P/s: Iklan apa tu ek? Telekom Malaysia ya?


13 comments :

Anonymous said...

talkin bout emosi nie, YA! saye amat setuju.. pompuan nye perasaan sedu sedan tuh memang berubah2.. talkin bout menangis when kematian.. isk, i pon tak boleh menangis.. dari dulu.. tak kesah la nenek ke, pakcik ke, abang sedare ke atau yg rapat2 dgn kite ke.. airmate mmg tak nak keluar.. tataw ape yang tak kena. sampai my sis ckp i punye Hati, Hati batu.. hahaha

NIMI said...

ahahah!
aini pon perempuan bermata tisu r mcm tu tapi aini pandai kawal kalau dalam wayang..
tapi kalau depan TV sorang sorang memang sob sob r..hehheheh!

nemo amor said...

aku dl pun pyah sgt nk nangis...dl ms darjah 4 de cikgu aku pindah aku xnangis pun then de 1bdk kt aku ni xde perasaan...then ms darjah 5 kwn aku dr kecik pindah pun aku xnangis gak..then de ustazah aku ckp org cam aku ni tabah..hehe..biasanyer org lain yg nangis 2 xkan ingt pun kwn aku yg pindah 2..tp aku mmg selalu ingat kt kwn aku 2..haslinawati nama dia..bg aku airmata 2 b`harga sgt..aku xnak nangis 4 mrk yg xlayak..huhu..aku xnak nangis dpn org ramai...tp skrg hati aku mudah t`sentuh klu de org lain cpat2 aku sapu air mata..hehe..

sori noe aku m`yebok lg kt blog kau..

Rahsia said...

ah nampaknya kau tak perasan rahsia ni sebenarnya aku (nani la) hahahahaha nways aku skang tengok band of brothers pun nangis. tapi bila nangis buat2 menggeliat sambil tu kesat dengan bahu. cis nasib baik org x nampak.

aishah_conteng_je said...

kak,
baca pasal kamu nak breastfeed.
saya sangat sokong!
(i'm not married)
umi saya mak kepada 10 anak yang fully breastfeed at least 6 bulan dan sampai 2 tahun dan lebih. dan pernah dapat twin dua kali dan gigih jugak menyusu badan walaupun waktu 6 bulan dah terpaksa bagi makanan tambahan.
so kami semua adik beradik memang minum susu mak sampai penat kecik2 dulu. bayangkan umi saya tu zaman tu mana ada orang galakkan susu badan. tapi dia percaya dia boleh buat. dia perah dan simpan time dapat yang kembar.
hasilnya alhamdulillah. kami pandai2.hehe.
dan alhamdulillah jugak..tak senang nak demam atau berjangkit selesema ke ape. kira selalu sekolah full attendance la. akak sulung kami dah ada anak. dia pun bf full. walaupun tengah mengandung 2nd baby. dan yes,size umi dan kami semua kecik2. sangat ringan.
alhamdulillah umi kata petua taknak gemuk,susukan anak dan awet muda dan halang breast cancer.

so. you go kak!

sorry la out of topic. excited nak share pulak.

susudalambotol said...

emosi perempuan yang sedang mengandung lebih hebat penangannya. tak boleh nak diduga.

Imn said...

Kadang kadang ada orang yang terlalu sedih sampai tidak boleh menangis .
I think you're that type of person lah :)

missyana izzati said...

akak...
sy mmg setuju ngan pendapat akak..dulu masa nenek saya meninggal, saya pon x nangis. sy pon x tau kenapa saya x nangis padahal dalam hati sy ni, mmg sy sayang sangat kat dia..Pelik, kan?? tapi selepas itu, bila teringatkan dia, sy mesti nangis...

missyana izzati said...

akak...
sy mmg setuju ngan pendapat akak..dulu masa nenek saya meninggal, saya pon x nangis. sy pon x tau kenapa saya x nangis padahal dalam hati sy ni, mmg sy sayang sangat kat dia..Pelik, kan?? tapi selepas itu, bila teringatkan dia, sy mesti nangis...

missyana izzati said...

akak...
sy mmg setuju ngan pendapat akak..dulu masa nenek saya meninggal, saya pon x nangis. sy pon x tau kenapa saya x nangis padahal dalam hati sy ni, mmg sy sayang sangat kat dia..Pelik, kan?? tapi selepas itu, bila teringatkan dia, sy mesti nangis...

kareem said...

iklan gomen tuh

Zeelicious MeowMeow said...

Zee pernah nangis skali tengok babak sedih kartun doraemon...hmmm....
Ada benda sedih skit rasa sebak, ada yang patut menangis orang cakap tapi tiada apa2..hmmm...

memelayot! said...

Saya juga agak kerap menangis.Bukan hal apa-apa pun,kadang kala emosi kita memerlukan untuk kita menangis.

Itu lumrah dan sama seperti gembira,dan emosi lain.Itu sangat normal dan mungkin tanda kita juga makin tua juga.
:)