1.12.09

Di saat aku sedar yang aku ni ada Split Identity, agaknya.

Aku selalu mengeluh pasal bos. Bos itu lah, bos ini lah. Bos cerewet, bos banyak kerenah, bos menyusahkan, bos pilih kasih, bos kejam, bos keji, bos bangang, bos takde belas kasihan, bos tak relevan.

Tapi bila-bila pikir balik, kalau lah satu hari nanti aku jadi bos; apakah boleh aku jadi seorang bos yang tidak seperti aku keluhkan selalu?

Kalau diberi peluang untuk menjadi pemimpin atau lead sesuatu projek, aku ialah seorang yang tegas, OK. Sebab aku nak benda yang puaskan hati aku. For every single thing. From A to Z. Aku tak suka anak-anak buah aku mengular time buat kerja SEDANGKAN sekarang ni sebagai orang bawahan kalau ada peluang baekkkk skek aku pun mengular.

Ingat senang ke designer nak ada peluang mengular?

Ni aku tulis blog semasa waktu pejabat ni kira consider mengular lah ni.

Aku jadi sakit hati kalau orang tak patuhi rule yang sudah sedia ada. Sakit hati kalau orang bawahan aku tak tepati deadline misalnya. Sedangkan sekarang, selamba je kot aku langgar deadline dengan beralaskan pelbagai sebab.

Mak aku cakap, aku tak boleh jadi orang atasan. Aku terlalu straight. Garang macam abah aku. Berkemungkinan semua anak buah aku tak suka aku nanti. Kasi la aku lead apa-apa pun, ketua rumah, ketua projek, ketua pasukan bola, ketua kelas. Name it. Kalau kau buat silap tapi aku tak marah tu bermakna aku sedang berusaha keras untuk menjaga silaturahim sesama rakan lah tu.

Kalau kamu jadi ketua tapi kamu push so hard not to be so 'KETUA' pun akan ada masalah di kemudian hari. Kalau kamu jadi orang bawahan tapi belagak macam ketua pun lagi lah banyak masalah.

Hakikatnya, bukan senang nak jadi orang atasan. Nak selarikan perangai aku sebagai orang bawahan dan sebagai orang atasan pun tak senang. Bermakna, kalau kamu kenal aku sebagai kuli, kamu memang boleh berkawan baik dengan aku lah.

Macam split identity.

Sebab tu kadang-kadang bila kau percaya sangat akan kredibiliti kepimpinan seseorang tu sebab kau dah lama kenal dia kononnya, kau jangan sangka bila dia pegang title 'ketua', dia boleh treat kau the same way bila kau tengah berkolaborasi dengan dia dalam sesuatu hal.

Macam aku cakap, split identity. Time lepak-lepak ok je boleh carut-carut. Time kerja, kau silap sikit kau yang kena carut.

Pikir pikir balik, pernah ke korang pikir macam ni time korang komplain pasal bos korang, pasal perdana menteri, pasal tuhan atau mana-mana ketua lah.

Aku baru hari ni nak terpikir. Tapi tak rancang apa-apa pun untuk sebarang perubahan.

Kita manusia. Kita mahluk lemah. Lagi prefer untuk kekal beranggapan salah.

=)


14 comments :

J u l i a 。.゜✿ said...

macam ju pun.. hmm camtu lah.
pekerja ju ada 42 orang. setiap hari nak kena monitor dorang buat kerja. time business hours memang ju strict gila, muka like singa.. takut betul dorang bila ju keluar dari ofis tu. hihihi.

tapi bila malam.. siap boleh gi huha huha tengok movie..

ju pun ada split identity lah hihi =D

Anonymous said...

i don't disagree!

Aidi-Safuan said...

hehee...pandangan orang atas dan orang bawah kan laen.

mohd fauzan said...

salam
aku jrg ter pk nk jd ketua,
tp cikgu o lecturer yg d sygi student
bygkn besnye if dorg bg bunga ke adiah tym ari guru
tp ak pn jht, xdtg klas, xwt kje,
cgu pn xske
leh ke ak jd cgu yg d sygi?
owh tidak

Mr.Clive said...

bergantung.tapi disebalik ketegasan,kene ade gak 'lembut' skit.xleh 'keras' all the way. :D

emma songall said...

kadang-kadang terasa split personality itu ada bagi setiap individu.

Weed and Bandages said...

noe, nak pinjam dulu ka? i boleh bagi pinjam dulu sebab banyak buku tak baca lagi, yang latest semua tu take time la nampaknya.

kalau nak pinjam dulu bagitau ok.

Ashraf Fareeq said...

split identiti pun manusia juga.
batman pun split identiti, peter parker juga.
haha.

cik fiza said...

bukan senang nk jadi leader.. lebih-lebih lagi dalam usia yang muda and perempuan lak tu... byk cabaran yang perlu dihadapi.. i am facing this situation for past 5 months.. keje ngan jabatan kerajaan lebih rumit kalo jd boss muda sbb dorg suma dh tua2... sebaya mak ayah kita... tp x suma org dapat peluang mcm ni... cuma kena jd strong sket la... ada masa bagi tali pada staf.. ada masa tali tu perlu ditarik supaya staf tak terlalu dimanja dan jadi x berdikari... tapi satu je... bila berada diatas perlu juga tgk org dibawah supaya kita tak hanyut dgn dunia sendiri dan jd org yg pentingkan diri....

9w2ayn said...

salam.. macam mana ek nak follow blog ladynoe ni? kalu saya nak link kan ke blog saya boleh??

L said...

kadang2 terasa diri ini ade split identity. heh. tapi kadang2 orang salah ertikan sebagai hipokrit.
-___-

Nani Allen said...

pernah. sebab cita cita aku nak ada title prof.dr. masalahnya, boleh ke aku?

Hana said...

Selalu gak pk cam tu. Sbb tu dah set in mind mmg tak mo jadi bos. Jadi, oleh yg demikian, aku akan resign cepat2 untuk jadi housewife. Jadi bos pada anak2 takpe. :D yeke?

Gerakan said...

Kalau sakit hati dengan bos, baca kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.