21.12.09

Dulu aku selalu tipu umur

Semasa aku tingkatan 3, kalau melepak, aku akan cakap umur aku 18 tahun dengan orang-orang yang bertanya. Orang percaya. Sebab aku tinggi. Abang-abang dan kakak-kakak selepak time tu macam tak malu je nak bawak aku pergi jalan-jalan sana sinun.

Walau diorang panggil aku 'deknoe', still tak menjadi penghalang untuk aku belagak dewasa sebab itu memang nickname aku dari rumah. Sebab aku anak bungsu.

Semasa aku tingkatan 5, aku akan cakap umur aku 20 tahun dengan orang-orang yang bertanya. Orang percaya sebab aku tinggi. Dan masa tu pun badan aku dah 'membesar' sikit. Aku tak kisah tak dapat duit raya. Asalkan aku rasa aku dah dewasa.

Bila umur aku betul-betul 20 tahun, aku semakin tak sabar nak jejak ke umur 23 tahun. Aku nak tahu apa akan jadi dengan umur 23 tahun aku. Aku akan cakap umur aku 23 dengan orang-orang yang bertanya. Rasa best bila tak jadi budak lagi. Sebab aku memang jenis tak berapa suka bergaul dengan orang yang macam budak-budak sangat. Orang yang ada minat kebudakkan pun aku tak berapa nak gemar untuk dibuat kawan lepak. Nanti diorang cute-cute, aku pulak sesat nampak macam matang sangat. Sebab aku tak pernah jadi manusia cute pun. Walau kadang-kadang aku enjoy melayan aspek-aspek cute ni kan - especially Pink. It's not about them. It's about me.

Tanya la kawan-kawan yang pernah rapat dengan aku. Aku tak pernah terjerit-jerit dalam dorm main pillow fight sambil beraksi pelik yang layak dipanggil gedik. Atau bercita-cita menukar nama aku kepada bunyi yang lebih chicky seperti Noenoe, Dada, Fafa, Riri. Walhal benda tu mungkin seronok untuk dinikmati, cuma aku sendiri yang tak nak jadi macam tu.

Bila umur aku dah 23 tahun, aku berhenti tipu umur lagi. Aku rasa umur 23 tu umur yang best. Aku nak tahu sangat apa akan jadi dengan hidup aku - aku ketemu bahagia aku yang pasti - aku jadi tunang orang. Masa aku 23 tahun, aku tak sabar nak jejak umur 25 tahun. Aku nak tahu apa jadi dengan hidup aku semasa aku 25 tahun - dan sekarang aku macam dah dapat agak. Aku akan jadi seorang ibu pada umur 25 tahun - insyaAllah.

Sekarang umur aku baru 24 tahun, aku gila tak sabar nak jejak umur 30 tahun. Bagi aku perempuan glows pada umur 30 tahun. Masa tu aku jangka, seorang perempuan dah lengkap sebagai seorang perempuan. Wanita. Dah dewasa beb. Dah boleh pelekeh perangai orang yang berumur bawah dari 30 tahun berbekalkan pengalaman yang ada. Yes pengalaman. Masa tu kalau kau nak diet pun senang sebab hormon tumbesaran (apa jadah sains ntah tapi aku pernah baca) kurang aktif pada umur 30 tahun - kecualilah kau redha meneruskan hidup sebagai makcik-makcik boyot.

Aku tak takut tua. Aku tak pernah rasa resah bila setiap tahun umur aku bertambah. Bagi aku, orang bodoh je yang jadikan umur sebagai point nak mengutuk.

"Anak dara tua,"

"Tak sedar dah tua"

Dalam tak sedar, semua orang pandang orang yang macam tu, pathetic.

Oh ya, apa lah yang akan jadi dengan hidup aku pada umur 30 tahun? Aku dah terbayang 2 anak - (atau lebih) - gaji sedap-sedap. On the way nak beli rumah. Dan seorang suami yang berumur 34 tahun dan buncit dan gemuk dan masih lagi seorang yang penyayang. Yeah!

Oh ya lagi satu, Selamat Hari Ulangtahun ke-30 Ms Weed. Best nye hang.

p/s: lepas 30, aku tak sabar nak jadi 35 tahun pulak.


33 comments :

~*irjune*~ said...

btul tu...yang penting kene enjoy dengan setiap umur yang kita ada tu. tak payah nak sorok umo. ada org umo muda tapi matang...dan ada org yang umo dah lanjut tapi perangai mengalahkan budak2 tadika. satu lagi kalau kes sorok umo...apsal la malu sgt nak bg tau umo yang btul. umo ngan akal dan kehidupan kene seimbang. kalau tak seimbang tu la yg jadi manusia gedik tak tentu hala.

ateeka amer said...

aku tak payah tipu umur, cakap aku lagi tua. diorang memang pandang aku tua. atau matured? mungkin.

FaNaQiLa said...

hmm...ko matang dan suka tua. aku xtakut tua tp aku suka kalo aku dpt sentiasa berumur 15 thn. huhu...smlm aku baru genap 24 thn dan aku rasa mgkin sbb aku lahir hujung tahun, aku ni xubah cam kanak2. kurang matured. tp pemikiran aku jauh. ngehehe..

headbart said...

Aku suke falsafah ko.
Aku bangga jadi tua.
Sebab dgn menjadi tua, orang akan pandang ko.
Aku tak suka org tua yg berpakaian dan lagak macam remaja belasan.
Aku salute org yg bukan saje matang umur, tapi gak kaya budi bahasa dan pengalaman. Yang penting act mesti macam org matang. Jgn nak umur je tua, prangai remaja.

nurayunni said...

nk umor meningkat tp nk nmpk mude...
xpe ker???

Ladynoe™ said...

Nurayunni

Tak perlu pun. Tapi kalau nak, make sure dalam umur nak meningkat tu, kumpul duit banyak sikit. So boleh beli produk anti kedut nanti.

hehe.

maya_listriks said...

ermm tul tu....org leh respex kt..kan kan..

durian! said...

best ye kau dapat kawin dengan laki muda. hehe

Anonymous said...

seriously, umur 30 memang seperti itu. boleh perlekeh budak2 bawah sbb memang ada banyak pengalaman. hahaha

-ceri

Ladynoe™ said...

DURIAN

kawan kau tu memang macam budak-budak. tak dapat action figure, panjang la muncung dia.

Aziel Azhar said...

"Bagi aku perempuan glows pada umur 30 tahun"

That is so true....aku tak faham kenapa orang (perempuan) susah hati umur nak masuk 30. Maybe sebab kebanyakannya dah terlambat nak kembalikan badan ke saiz ideal kut.. Duhhh..salah sendiri, jangan salahkan umur...

For me, I can't wait to be 30!And yes, nanti boleh melekeh-lekehkan org yg bawah 30, lepas tu org pun baru tau "Laaa, kau 30 dah ke rupenye? "..:p

Rahsia said...

bila nak bersalin pulak ni? aku nak tengok juga muka dia ikut muka kau ke, fendi ke..(lame gila komen)

Ladynoe™ said...

RAHSIA

berdasarkan 3d ultrasound, org ramai ckp macam muka fendi.

heee~

minatgiler said...

erm.. umur aku 26, tapi ramai ingat aku muda maybe sbb badan kecik.. bosan.. orang selalu pandang rendah aku rasa.. cuma skarang, perut tengah boyot baru orang tak panggil adik lagi.. hem..

Ladynoe™ said...

MINATGILER

asalkan kamu tak berperangai macam budak 16 tahun, sudah.

aHLing said...

blaja dlm klas, zaman primitif, org berumur dihormati, dletak paling atas, sbb ilmu dan pngalaman yg ada.
mcm org asia jgk.
tp skrg, org berumur dh jd liabiliti, mkin tua, mkin xada nilai. mcm kereta pulak.
ni pmbawakan dr barat, dh diserapkn kt asia la ni.
hehe

NaniRostam said...

Kalau dulu bila umur akak 19 tahun banyak orang kata akak macam umur 25 tahun....

Dan bila umur akak 35 tahun, banyak orang kata umur akak macam 25 tahun...

so ikut kajian sains teori akak sendiri, orang yang cepat nampak matang itu selalunya awet muda...hehehe

Noe cadang bagi nama anak Nur...apa?

Fandi Tamyes said...

oh isteri ku,

kejam nye kamu doakan aku seorang yang buncit dan gemuk. doakan la yg elok2 sket. hemsem ke. gaji besar ke. dah jadi millionaire ke.


fandi tamyes

Myra said...

To be honest, i've never thought of age as anything. banyak kali je pernah dipanggil puan, banyak kali juga org ingat 12 tahun. ...dressing ke? lol

very enlightening post. and apa aHLing ckp tu betul, org barat siap dah prepare nnt tua nak duduk retirement home yg mana mcm accept bila dah tua tu liabiliti kpd masyarakat. i dont like it tp itulah yg terjadi.

growth hormone tu penting utk tumbesaran LadyNoe, sebab dia guna lebih byk energy therefore lagi tinggi metabolism. as we age, metabolism makin rendah dengan ketiadaan growth hormone - therefore cepat gemuk. growth di sini bermaksud penukaran sel lama kpd sel baru (kulit, tulang etc) as opposed to horizontal growth :)

Ladynoe™ said...

MYRA

org barat siap dah prepare nnt tua nak duduk retirement home yg mana mcm accept bila dah tua tu liabiliti kpd masyarakat. i dont like it tp itulah yg terjadi.

-that's what i thought. Tak sabar nak tua ok. Nak retire. Tak sabar nak tau apa achievement hidup. got it?

OK dan aku silap bab growth hormone. =P terima kasih sebab betulkan fact tu. Bagus betul ada pembaca doktor ni.

thank you again.

Ladynoe™ said...

FANDI TAMYES

Gemok la comel. Macam abah-abah.
=) senang anak nak pijak2 atas perut.

Myra said...

LadyNoe,

duduk n chill di rumah reaping hasil2 achievement ketika muda mmg best! at least i hope it will be lol. i meant i dont like the Barat idea of accepting tua = liabiliti. looking fwd to look back what we did in the past sounds really nice hihihi

insyaAllah graduate June 2010 ni LadyNoe. risau...tp excited! aaa tak blh nk decide lol

take care ya Mama Noe ;)

Sue Anna Joe said...

Jangan jeles, I akan sampai umur 30 awal dari you. Haha. Insya-Allah.

Soon babe. Soon. Jeng jeng jeng. :)

Ladynoe™ said...

SUE ANNA JOE

best la hang. eksen la tu.

NIMI said...

so TRUE!
aini pon selalu fikir on this age aini nak achieve apa n apa..
kira mcm selalu nak letak goals larr dalam hidup..bila dah achieve rasa beshh gila then letak goal baru..
eeee kenapalah k.noe ni banyak sgt kasi inspirasi to people like me?

ahhahhaha jahat doakan abg fandi boncit!

l e e said...

ade ke org amik nama dada sebagai nama cute?

agak lucah disitu. ngahaha~

Ladynoe™ said...

NIMI

ahah. semoga berjaya.

Ladynoe™ said...

Lee

Mungkin ada. hehehe.

MJ said...

cuba tgk deskripsi kat header, ada silap kat perkataan bagun, sepatutnya bangun.

Ladynoe™ said...

MJ

terima kasih. aku tak perasan betul.

DaHLia said...

wooo....baru tau..lepas 30thun, hormon dah stop ek?? means kena menten slimmer before 30...huhu...ade masa setahun lg je ni...

thanks for the info ya

rowena ridzuan said...

Betul,ini mungkin cliche, tapi serius apa yang kau tulis macam apa yang aku rasa selama ni. Dan kau berjaya sampaikan dengan lebih baik.

Dan, aku tak akan rasa annoyed kalau orang bahasakan diri aku "kakak".

Cuma, aku annoyed, budak-budak yang lebih muda, yang bangga dengan usia muda dorang, macam nak tunjuk budget dorang bergetah ke ape..Lepas tu point out remark-remark keji, "weh, kalau aku usia kau dah lama aku kahwin," macam impliedly nak cakap kawan se-opis yang lebih tua tu andartu ke ape..

Ladynoe™ said...

rowena ridzuan

kita serupa.