22.12.09

Perkara Rawak #001 - Hebat di Ranjang

Di suatu petang yang indah. Selepas waktu pejabat. Sekumpulan akak-akak dan makcik pejabat kerajaan duduk berkumpul di meja salah seorang dari mereka - berkongsi sebungkus pisang goreng panas yang dibeli dengan harga RM3 - berbual sambil menunggu suami masing-masing jemput.

Dari topik tudung sampai ke topik saiz hidung, sampai ke topik anak-anak dan ke topik suami dan ke topik ranjang.

"Suami aku mengatakan yang aku hebat di ranjang, tau!" kata salah seorang daripada kakak-kakak tersebut.

"Ah suami kau. Semua perempuan dia nak cakap 'hebat'!," balas kakak yang lagi sorang.

"Apa maksud kau 'semua perempuan?" tanya kakak yang pertama tadi kepada kakak yang kedua - sambil memandang tepat ke mukanya.

Keadaan jadi senyap sunyi.

Bunyi meriah kunyahan tepung pisang goreng tadi pun tidak lagi didengari.

............

30 comments :

Dita Farid said...

Ooopsieee....Haha! This is funny :-D

Weed and Bandages said...

hahahahaa.. nice one

myheart said...

opsss..kantoiii...

mYpRecious said...

uppss.. mcm kantoi je.. keh keh.. =P

J u l i a 。.゜✿ said...

terbuka pekung
di dada sendiri.

so jangan jadi makcik2. =P

l e e said...

kelako~ ;3

Ayyman Rahim said...

Haha good one! Agak-agak ah nak cakap suami orang kan. Haha

Ladynoe™ said...

AYYMAN

sebenarnya moralnya di sini ialah, jangan cerita pasal hal ranjang lansung. jangan cerita diri sendiri hebat di ranjang atau apa-apa sahajalah yang berkaitan ranjang.

ateeka said...

btol tuh cik noe. that's my point. blame the first makcik. padan muka backfire. citer dalam kelambu pun nak canang pe kejadah.

mohd fauzan said...

salam
prkre cmni mmg trjd kt semi gov je ke swasta skli?
hihu
kantoi mkck
xdpt den nk nolong

Ladynoe™ said...

MOHD FAUZAN

tidak secara spesifikasinya.

siggplus said...

punca utama bnyk .3gp melayu di pasaran

Myth said...

mungkin kawan dia tu salah cakap...mean sapa-sapa yang kalau jadi bini dia, sure dia akan kata ppuan tu hebat..
(cuba menjadi positif hari ini)

'AQILAH said...

makcik tu dah terasa...

ML; Mohd Loqman said...

mcm dalam cite Atashinchi dia punya suasana kantoi nya.

W. Hidney said...

hahahaha kantoi

MK said...

lawak!! good one

hanis said...

OMG...

Anonymous said...

habis la suami kakak pertama kena interrogate nanti.

- Anas

cik elyse said...

even tips untuk tak mengandung tapi pancut dalam pun saya pernah dengar!

Rahsia said...

ni cerita betul ke ni??? HAHAHAHAHAHAHA

Forward Attack said...

habis posisi mana yang best? Yang anda suka?

DaHLia said...

sape suh nk show off..hahaha..mesti makcik ke2 tu xberniat begitu sbnrnya...

Ladynoe™ said...

MYTH

markah penuh ialah 10.
8 markah untuk anda.

Anonymous said...

X queasy me hehee ranjang tu maknanya apa ya? saya cuma tahu bola keranjang dan mata ranjang, but ranjang tu apa sebenarnya? thanks!

Myth said...

ladyNoe: 8 is banyak, dah dapat A dah~

oldwivestail said...

Cik Elyse, kalau pancut kat dalam tapi tak mengandung itu namanya main russian roulette.

Mungkin juga hubby dia low sperm count jadi kalau pancut berapa kali pun tak kan mengandung. Ye lah lelaki sekarang hisap rokok, diabetes..shissh.

Jangan dgr old wives tales. Kalau nak main tapi tak nak mengandung, lelaki kena pakai kondom atau perempuan ambil pil.

Mcm2 kaedah saintifik ada sekarang jadi tak perlu risau boleh main any time. Bukan mcm zaman dulu, selepas main perempuan selalu risau. Tapi main juga hehe...

Myth said...

hish..mintya2 xde remaja bwh umur kat sini

akulah drama queen... said...

whoopsie... adakah kantoi atau tersalah guna ayat... tapi btol owank cakap, menda2 cani takleh cakap dengan owank... tu kan rahsia suami isteri...

cik senah said...

hehe.. makcik yg hebat bercerita pasal hal dalam kain dia tue.. berdosa besaq sebenaqnya..

hang baguih teghamanapun.. itu cerita dalam bilik.. toksah lah dok canag kat kawan2.. ( awat la bengong sangat.. )

padan arr muka bila makcii ke 2 tue smash sedaih tang muka dia.. sure tarik muncung sedepa.. hahaha..


p/s : lepaih nie mesti makcik hat pertama tue serik nak cerita hal2 dalam bilik tidoq dia lagi dahhh ngan kawan2 dia... ;)