7.12.09

Senah si Mahluk Mistik




Minggu lepas aku, suami aku, anak-anak buah aku dan mak aku menonton wayang. Memang aku tonton New Moon pun. Tapi jangan panggil mak aku dan suami aku retard, OK. Diorang bukan peminat Twilight pun.

Aku dan anak buah aku je yang minat. So panggil kami retard. Kami tak kisah.

Well aku memang peminat filem yang berunsurkan vampire (bukan Pontianak) sejak dari dulu sebenarnya. Dari Interview with the Vampire – lakonan Brad Pitt yang cool juga tak makan darah manusia, beralih ke Underworld kisah cinta Werewolf dengan Vampire sampai lah ke Twilight Saga ni. Macam sesetengah orang, yang minatkan filem zombie misalnya yang aku anggap klise gila – plot sama dari dulu, virus, jadi zombie, lari-lari, cari penawar, cured- habis. Bagi aku BORING. Aku cakap, BAGI AKU.

Dari Dawn of the Dead sampailah ke Resident Evil. Cuma aku terpaksa mengaku yang plot I Am Legend agak menyentuh hati. Itu pun sebab ada soundtrack Bob Marley dan scene Will Smith terpaksa bunuh anjing sendiri (Samantha) sebab dah ter-infected.

Sedih, siak.

Berbalik pada kesukaan aku terhadap filem yang berunsurkan Vampire ni . Bagi aku New Moon
kali ini, selain rasa cair dengan Edward Cullen (bukan Robert Pattinson), aku rasa plot New Moon kali ni agak caca merba berbanding Twilight. Dan aku rasa perasaan kau akan lebih rasa kasihan akan Jacob Black dari sikap selfish Edward.

Tapi it’s just a movie. Siapa peduli?

Seperti biasa, suami aku akan mencebik selepas habis tayangan. Mak aku dengan muka blur tak faham apa-apa. Anak-anak buah aku beraksi seperti remaja perempuan normal lain yang obses kan Edward dan Twilight. Dan aku pura-pura cool depan suami sebab aku tahu aku akan diejek bertalu-talu kalau aku beriya-iya macam zaman bujang dulu.

Tapi ini bukan point sebenar aku.

Semalam aku duduk berbual dengan Mak aku. Bercerita tentang kejadian mistik yang pernah berlaku di sepanjang hidup dia dan aku lah.

Mak aku buka cerita tentang kawan baik dia, Senah (memang nama sebenar) yang suatu ketika dahulu mati dibunuh ketika mengandung oleh suami sendiri. Mak aku cakap, Senah ni bukan calang-calang lawa orangnya. Bapa Arab. Mak Jawa. Bukan Jawa tak mancung. Tapi Jawa yang cantik juga.

Hasilnya Senah memang jadi kegilaan kampung.


Mungkin beginilah rupa Senah seperti yang digambarkan.

Tapi Senah bukan orang kaya. Dia orang susah. Daif sangat. Nak bersalin pakaian hari-hari pun tak mampu. Kesimpulannya Senah tak pakai alat solek. Cukup sahaja umur, Senah bekerja sebagai pembantu bidan kampung. Gaji sebulan RM20. Dalam pada itu Senah berkenalan dengan Dolah (bukan nama sebenar). Dolah bukan lelaki bujang. Tapi dah kahwin. Senah nak jadi isteri nombor dua Dolah. Fikirnya, Dolah mampu beristeri dua, bermakna dia mampu tanggung aku sekeluarga nanti – fikir Senah pada mulanya.

Malangnya Dolah ni panas baran.

Jauh di kediaman mereka di hujung kampung ceruk entah mana entah, Senah dan Dolah bertengkar. Bergaduh besar. Senah mengandung 5 bulan ketika itu. Dolah bantai Senah macam Chuck Norris bantai musuh-musuhnya. Tak nak mengalah sikit pun. Sampai lah karate nya hinggap ke tengkuk Senah. Patah lalu mati.

Dolah takut, dicurahnya cuka getah ke mulut Senah. Dolah buat laporan polis mengatakan Senah mati bunuh diri minum cuka getah. Polis Kampung zaman dahulu yang kebanyakkannya tak berapa nak bijak pun percaya lah bulat-bulat akan dakwa-dakwi si Dolah. Selepas itu Dolah lari membawa diri yang bersalah itu ke Melaka. Mak aku cakap, orang kampung tahu Senah dibunuh pun, sebab mereka dapati bahawa tengkuk Senah terkulai semasa mayatnya dimandikan.

Menariknya, mak aku cakap, seminggu selepas itu, Senah jadi Pontianak. Mak aku cakap kejadian ni memang berlaku. Pontianak Senah memang betul-betul bikin chaos dalam kampung. Setiap malam ada sahaja orang yang akan terserempak dengan Pontianak si Senah di tepi jalan, mengetuk tingkap, atas pokok mangga sebelah rumah, dan sebagainya lah. Adalah dalam sebulan dua Pontianak si Senah mengaruk. Sampai lah ada orang bijak pandai agama yang menangkapnya sekaligus mengembalikan keamanan kampung itu semula.

Aku mengangguk. Tak lama lepas tu mak aku berbunyi,

“Tapi Pontianak Melayu tak macam Pontianak dalam cerita yang kita tengok kelmarin. Siap ada keluarga. Siap jadi doktor. Pontianak kita tahu mengilai atas pokok dan kacau orang tepi jalan je,”

Aku tergelak.

“Lain bangsa, lain version, mak,”

“Ha’ah, Pontianak cina pulak tahu meloncat-loncat je,”

“Ha’ah Pontianak orang putih siap boleh bercinta lagi dengan manusia,” aku tambah lagi.

“Eh, Pontianak kita pun ada yang kahwin dengan manusia jugak. Tu cerita sundal bolong tu?”

Aku tersengeh.

Pokok pangkalnya benda mistik ni benda yang tak pasti. Orang manipulate di mana-mana sesuka hati. Dalam novel, dalam filem. Dalam cerita tipu. Seluas imaginasi. Dan baru-baru ni kawan sepejabat aku siap buat cerita yang pernah di kampung dia mati sebab di ROGOL pontianak. Aku tergelak macam benda tu satu joke yang terulung.

Mana ada Pontianak rogol manusia?

TAPI nama pun fantasy. Mahluk Mistik beb.

Cuma aku tak pasti sekarang ni, antara Vampire, Pontianak dengan Jiang Shi (Chinese Vampire), mana satu boleh jadi member baik antara satu sama lain?


P/S: Mus, twilight is gay, but gay is better than being single. Alone..sunyi sepi sendiri aku benci. Bwek!




18 comments :

Che Sue said...

sy tak tgk lagi muvee new moon..tapi dah abih baca buku dia..yap! mostly rasa kesian kat jacob black..stone buku dia..feeling~

farhana said...

kenapa nak komen gay ke retard ke ape ke (utk general) mende2 tu cuma cerita je. suke, tengok. tak suka, diam. senang kan? tkpayahla nak ckp retard la gay la hape la.. as simple as that. hargai kesusahan orang lain yang buat filem & fikir jalan cerita. itu pun sudah cukup.

Ladynoe™ said...

FARHANA,
people, they'll talk anything they like. And so do i.

Hanafedora said...

HAHAHA..I like the P/S part..It's funny..

Abang Ben said...

Rasa macam nak sewa DVD Twilight tu tapi bila pegang je DVD tu... *cringe*... so sampai sekarang tak tengok2.

Bab makhluk halus ni yang nyata petunjuk dari Al-Quran dan sunnah je. Yang lain2 tu, imaginasi manusia termasuklah orang jadi hantu tu ;)

Weed and Bandages said...

ms weed tengok twilight agak lambat. dah tu tengok sekali ok, tengok kali kedua dvd buat perangai.


new moon tak tengok lagi. for me, kalau kita tau sesuatu cerita tu (at least dari trailer) atau info filem tu, of cos kita dah boleh agak dah cerita, kesan, efek dia lagu mana kan?

macam ms weed suka tengok LOTR, Harry Potter, tapi lakiku cakap tak suka sebab mengarut. Itu persepsi dia. Kalau dia tak mau tengok, pergi online kat computer la kan.. hehehe..


adik cakap new moon best gila. anak saudara lelaki cakap "awek sebelah masa jacob buka baju jerit-jerit, tak faham syafiq.." dia baru form 1.

hehehe.. bagi ms weed, ok la tu kalau ada yang orang tak suka, kita tak bekenan, orang nak kritik.. masing-masing punya pandangan lah kan..


p/s : dulu tak berani argue dengan lakiku, sekarang dah berani sikit. Sebab benda yang dia suka, kita tak suka, kita boleh tolerate. lama-lama dia akan faham.


p/s/s : ada satu kali tu, ms weed text kan ke dia "saya belajar untuk tolerate dan considerate dari sekolah". Terus dia diam. hahaha.. setengah orang perlu masa untuk sedar. kita sabar je la dik non.. (mengarut dah aku nih.lalok la katan..)

Ladynoe™ said...

MS WEED, setuju, orang tak suka orang kritik. memang bebas lah.

tp mcm pelik sikit konsep kritik itu bila contoh lah, ms weed suka minum milo,tp noe anti milo, then noe ckp, "semua peminum milo tu cacat"

tu kritik milo ke kritik peminum milo?

think about it.
=)

Rambo said...

Agak agak, orang melayu boleh nampak chinese vampire tak? Dan sebaliknya?

Ladynoe™ said...

RAMBO

ha tu lah, benda tu kadang2 jadi persoalan aku. Kenapa pontianak kita ni banyak sgt version dan kita x pernah pun nampak pontianak cina. Apatah lagi Vampires.

Cik Puan Huda said...

tengah membaca post seram ni bleh plak de budak pompuan mengekek kat atas jalan.rasa macam nak karate je tengkuk dia..

Rizal said...

nyesal plak aku baca entri ni, dah la aku sorang je jadi burung hantu ni... adoiyai..

btw, ada work baru . http://into-the-box.blogspot.com/

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

twilight best..new moon mmg sgt2 kasihan pada jacob..huk huk..

tapi lagu flightless bird adalah sgt2 layan!!!wuhuuu..dgr 100x pun xbosan.. :)
(padahal setiap kali dgr lagu tu fie tgh byg kan menari2 dgn edward..hohoho)

Cik Ketam said...

sepi sendiri aku benci...
erm...
semacamnya bunyi ayat tu agak2
ada apa dengan cinta mungkin...
^^

Cik Ketam said...

sebenarnya...
(dengan nada yg agak xmatang)
x puas tengok new moon 2 kali...
nak beli dvd lah dari 1st - 4th...
haha...

si gadis said...

i love new moon so much..!!
emm jap( love edward dr new moon)

apepun..siah dlm gmba tu x berape lawala..
cari gmnba lain dat match her..huhu

Aziel Azhar said...

"selain rasa cair dengan Edward Cullen (bukan Robert Pattinson)" - hahaha...suke statement ini, sebab aku juga begitu.

profwacko said...

Aku suka citer2 mistik macam vampire n warewolf nie. Zombie tak sangat mayb kerana kebanyakan movie zombie terjadik dari virus la, toksik la, radiation la.. so, element mistik tu takde.

Movie vampire2 nie mmg aku layan, interbiu with vampire, blade, underworld n terbaru nie twilligt. Tak kesah la gay ke, jambu ke, jiwang habis ke, janji vampire dia cool, wolf dia macho... yg penting actions. hehee

ps: my new addiction is TRUE BLOOD.

cheesy8 said...

lol! agak seram baca post ni mlm2...tp tibe2 buat aku tergelak riuh satu umah sampai hubby tak puas ati naper aku gelak sorang2...