14.12.09

Setakat RM300, tak payah berkira sangat lah.

Keluhan demi keluhan aku dengan di merata-rata sumber. Surat Khabar, Radio, malah dari mulut lelaki yang aku kenal sendiri. Rata-rata mengeluh bila duit mas kahwin dinaikkan dari RM80 ke RM300. Suami aku siap cakap, nasib baik kahwin awal, kalau tak dia pun kena bayar RM300.

Aku tak pasti samada dia hanya melawak atau turut sama mengeluh, man, it's only RM300. Bukan RM3000.

Apa sangat lah yang membebankan. Kalau boleh kumpul duit hantaran sampai RM7 - 8 riban, come on, cuma tambah RM220 je.

Aku tak pasti bahawa perasaan tak puas hati aku ni didorong oleh emosi sebagai seorang wanita dan isteri yang sedang mengandung atau hanya sebagai seorang wanita semata-mata. Aku selalu sangka yang kaum Adam ni adalah seorang yang bervisi tinggi. Berpandangan jauh ke depan.

Memang.

Tapi, aku rasa bila bab nak berpandangan jauh ke depan tentang apa yang perempuan yang bakal dia kahwini tu hadapi selepas berkahwin dengan dia, memang tak ramai lelaki yang berjaya. Contohnya bila dah mengandung macam aku ni. Yang dah sarat nak berjalan pun rasa macam liat gila. Badan panas, tidur tak selesa, sesak nafas, kena jumpa doktor itu ini. Kena makan vitamin yang belum tentu si suami nak biaya setiap bulan. Terpaksa ketepikan paranoia terhadap kegemukan dan obesiti. Terpaksa menghadap muka kusam setiap hari di dalam cermin walau pakai bedak tebal sekati kat muka.

Kalau nasib tak baik macam sesetengah perempuan, dah sarat mengandung pun masih kena masak kat rumah untuk suami akibat berkahwin dengan lelaki kolot yang menganggap tugas di rumah adalah WAJIB bagi seorang isteri - walau si isteri turut bekerja dari 9am to 6 pm di pejabat untuk menampung kehidupan dan menolong meringankan beban suami.

Itu belum lagi nak cerita tentang sakit nak bersalin.

Aku bukan seksis dan aku tak pernah seksis. Tapi aku marah - untuk lelaki yang mengeluh sangat mas kahwin naik dari RM80 ke RM300

Jangan berkira sangat, bang.

56 comments :

Cik Norfa said...

sape kate lelaki je..akak sy siap "tanya ko lahir kat mane? KL eh..ceh, murahla mas kawen kau..apesal la kau tak lahir kat selangor...? nasib baik la zaman akak mas kawen tak tinggi.."

betul kata kak noe ni...duit hantaran ribu riban leh carik ye tak? (tapi ade jugak yang menggila nak carik)...

nice blog..baru pes time singgah. (sengeh sket)

annon said...

bagi mas kawin RM300 je. hantaran baru la abt RM7-8k. tu je la pun sekali kat hantaran tu kot yg dia nak belikan parfum ke, barang kemas ke. dah kawin nanti tak tau la dpt ke tak barang2 tu semua. RM300 tu pun sekali je nak kasi pun..then bini tu nak pakai sampai mati..tu pun nak berkira.

J u l i a 。.゜✿ said...

noe.. ju paling benci lelaki yang "berkira" kalau bab kawen.

Ladynoe™ said...

ANNON

dah kawin nanti tak tau la dpt ke tak barang2 tu semua.

memang. setuju.

yantie said...

setuju! apsal la nak berkira sangat..benda lain boleh beli (contoh:handphone)pakai branded nak bergaya punya pasal bila bab mas kahwin naik sket je dah kate kesian pada lelaki yang tak berkemampuan..kalau tak mampu tak yah kawen..mm

durian! said...

noe, kalau bab ekonomi ni aku tak tau la nak sokong sape noe. tapi kalau pikir, kita kadang-kadang sanggup nak beli kopi harga rm10, padahal dekat sesetengah kampung nun, ada orang kerja 3, 4 hari baru dapat rm10. so, mungkin ada sesetengah orang mengeluh dengan relevan noe.

Love Balqish said...

Kan?? setuju sangat!! siap jadi berita tuh!! RM300 je kot!! kat pahang ni, RM22.50 je.. nak beli apa ngan RM22.50?? nak beli loket rantai pun tak tentu lepas. padahal RM22.50 tu la yg nak simpan smpi tua as kenangan!! Mas kawen tu je la yg konfirm2 pihak family or pengantin lelaki tak boleh usik.. Ces... emo sih!!

Ladynoe™ said...

DURIAN,

aku rasa kalau kerja 3-4 hari baru dapat RM10 baik tak payah kawen kot.

haha.

zip your mouth said...

setakat rm300 tu ape la salahnya. yang pelik ade jugak perempuan telefon kat radio komplen mas kawin 300 tu mahal. helo perempuan diradio..mas kawin itu ntuk kamu juga.

Chopie said...

kelakar la. kwn lelaki sy post this issue kt status fb dia dan mmg kami yg perempuan lwn habis-habisan. yg lelaki duk sibuk ckp susah nak cari duit and duit gaji pula kena bagi kat family n tampung hidup sendiri.

kelakar, sbb perempuan pun kena tampung hidup family sendiri juga sblm kawin. diri sendiri pn.

Intan Noorazlina said...

huh.. RM 300 je kot... bukan RM3 juta... kecoh la.. apasal nak berkira sbb nak kawin... takyah kawin le kalau gitu... ish, pa la... bukan nak iduo sehari kot dgn pasangan tu.. seumur hidup RM300... ok la tu... kalau RM3K sekalipun ok laaaaa...

^wirda^ said...

btol tu..tak payah mengeluh kalo setakat rm300.
ustaz aku ckp dulu.. patutnya mas kawin lah yg kena jadi riban2..bukan hantaran..sbb mas kawin adalah harga diri kita tu.. tp memandangkan mas kawin itu kena dari hasil titik peluh lelaki itu (bukan pinjam PA&MA atau bank), so sbb tu lah dorang letak rendah, sbb nk menggalakkan org mendirikan masjid.
so kaum adam, sedar lah, setakat RM300 tu, apalah sgt berbanding ngan segala tanggungjawab dan pengorbanan yg si isteri akan buat demi suami dia. jadi JGN MENGELUH LG. (i dulu mintak 1500 mas kawin, ikutkan nk 7000 je..hahhahha)

icedcham said...

nice blog.. suka baca :)

anyway, saya seorang lelaki dan saya menyokong penuh bahawa RM300 sangat patut dan tak susah untuk dicari. lagipun, mas kahwin tu hak wanita. RM80 apalah yang dapat skrg ni kalau untuk barang berharga. setakat memory card henpon tu dapat la 2 keping kot, tu pun yg 4 gig.

biolatanpadawai said...

set bersalin pun paling murah RM330.

Anonymous said...

OK je rm300 tu. tapi kawan aku kawen, pak mentua dia mintak rm12k. nak buat besar2an, barang mahal katanya. last sekali dengan jahatnya, dia mengandungkan je bakal bini dia tu. kawen tak berkenduri. kawen eksiden. dah 3 bulan dalam perut. tak sampai 5 tahun dah bercerai sekarang. dengan nama Allah, ini buksn aku bohong, ini kisah benar. yang penting akad nikah tu. kalau dah suka sama suka biar je la. nak serba berdiri la. serba duduk la. serba menonggeng la. entah hapa2. bukan semua orang bernasib baik. kalau mampu, apa salahnya. boleh la. tak payah la emosi. babai.

Budak Pemalas said...

mas kawen tu kan 'harga' kita. tu jelah yg kite dpt pun nnt bukannye hantaran. sbb tu sesetengah negeri takde istilah wang hantaran, mas kawen trus ribu riban tp tak pasti lak dpt kat si perempuan atau keluarga.

tp serius, setakat rm300 tu nape nk berkire? kalo btul nk kat pompuan tu, tu la harga yg perlu dibayar utk halalkn hubungan.

Guten Tag said...

saya bersetuju, setakat RM 300 jer. apalah sangat. yang penting kita dapat apa yang kita nak. dah peraturannya sebegitu.

dulu,ketika bercinta, bukan main. sanggup berkorban apa saja. ini baru mas kahwin dah banyak bising2.

hai ya.

FaNaQiLa said...

tula noe. rm300 pun org laki nk kira'n? ntah pape. pnt lelah bini layan laki + mengandung + sakit nk beranak diorg xkira. sume bnda bini gak yg wat, org laki jarang nk tlg. padahal bini keje 8.30 am - 6.30 pm (ni masa bkrja sy). kalo xdisuruh, xdpujuk rayu. pe pun diorg xnk wat. hmm...ntahla.

Mr.Clive said...

bang!headshot.

mohd fauzan said...

salam..
ak pn ok je dgn mas kwen rm300
lgpn stelah brcrita dgn bpk ak
bnd 2 leh mgangkat mrtbat prmpuan
xd r nt in case crai ke pmpuan 2 xleh mnx mutaah murh2
d hrge sket

tp xsme org sme lvel eknomi n iman
xckup duet nk kwen n iman xd
mksiat brlku
no gud, aitceh

al razy said...

sepatut patutnya yang perlu dipersoalkan ialah wang hantaran yang dah semakin melampau, bukannya mas kahwin. sekarang wang hantaran kalau takde 10 ribu tak yah mimpila nk kahwin. Kat luar bandar hantarannya lagi mahal skarang ni berbanding yang kat bandar . Bukan isteri yg mintak, tapi family yg lebih2. katanya anak ada spm , kerja kerajaan kenala letak 10 ribu.
dan selalunya makcik2 ni akan berlumba lumba sesama jiran sapa hantaran paling tinggi. tak caya? pergi kat felda2

Aku A-Z-Z-U said...

kelakar bila dengar sesetengah kaum lelaki (perempuan pun ada) berkeluh-kesah pasal mas kahwin naik sampai RM300 ni...saya dgn suami bernikah di Teluk Intan perak, dan awal2 ayah saya dah minta mas kahwin sebanyak RM500 dari pihak lelaki. kata ayah bukannya apa, mas kahwin di Perak mmg tak meminta sebanyak tu, tp memandangkan nilai sara hidup sekarang meningkat, tak salah kiranya memberi mas kahwin lebih sedikit kepada orang perempuan..dan alhamdulillah keluarga suami juga bersetuju. di kampung saya, mas kahwin sehingga RM1,500 pun pernah saya dengar..setakat RM300 apalah sangat kan? nak kahwin anak dara org bukan main beria-ia, nak keluar belanja RM300 utk mas kahwin anak dara org bukan main liat lagi...kalau RM300 pun bersungut, macam mana nak tanggung sara hidup anak dara orang sampai bila2? entah apa-apa mentaliti sesetengah kaum lelaki sekarang (stressed pada perkataan "SESETENGAH").

Tijah said...

ntah! mmg tak patut kalu suami berkira takat 300 tu. kalu kita nak buat calculation, kira2 blk jerih beranak, keje tolong suami, buat keje2 rumah...sumer tu lagi tak ternilai kan?

Mohd Izwan Ismail said...

syarat mas kahwin = jangan sampai membebankan pihak lelaki.. rm300 tak beban pun... takkan pernah membebankan pun...

yang selama ni membebankan adalah hantaran..apa point maskahwin seringgit tapi hantaran beratus ratus ribu? sebenarnya adalah lebih baik keluarga yang tentukan mas kahwin... tapi sebab jabatan agama negeri take over dan tetapkan standard ni pasal ada la tu kaki2 yang letak nilai yang tak masuk akal tu hehehe...sebenarnya kalau katakanlah rezeki korang nak kawen nanti nak letak nilai mas kahwin seribu pun letak la... tapi adakah ada satu kepastian bahawa wang hantaran tu takkan membebankan? orang tak amek port sangat pun pasal maskahwin ni... rilek je... takpayah sampai nak bertelagah2...

tapi takpe... korang rilek je le... orang2 melayu kita ni memang cepat melatah... sama la keadaannya macam minyak dulu naik mencanak2 terus jadi 2.70.. mahu tak panik seketika.. bagi aku, kenaikan ni pun patut secara berhikmah la.. orang kita takkan dapat tahan punya benda2 drastik ni..

justmy2cents though...

Anonymous said...

sekarang ni ramai kawin kerana GAH. bak kata ''If you are talking about cakes, flowers, wedding dress..you are talking about your wedding and not the marriage.''

Arneta

iryani said...

setuju mas kahwin naik 300. actually tu hadiah pertama suami utk isteri. tak payah lah berkira. kalau hantaran beribu2 buleh kumpul, 300 je takkan tak boleh..even my self pun my mum ask more than negeri tetapkan sbb dia kata kalau tak takleh nak beli apa2 or something yg boleh jadikan kenangan..

Dayu said...

kalau mas kawin rm 300 pun dah bising mcm 3 ribu
nampak sgt lah tak sedia lagi nak kawin.. kalau 300 pun kecoh, bleh ke sediakan 8-10 ribu..

Ieja RizaLiza said...

sangat setuju dengan kamu ..

Fandi Tamyes said...

RM300 tu ok sebenar nye.

kalau nak taruk RM3000 pon ok.

asalkan pihak perempuan faham dan tak membebankan sampai mintak duit hantaran sampai beribu2 ribu ringgit.

kita bukan nak jual beli pompuan. kita nak kawen.

duit hantaran tu yg sebenarnya membebankan pihak lelaki.

aku nak buat surat cadangan la kat jabatan agama suh haramkan duit hantaran yang sampai beribu2 ni.

sesungguhnya, tanya la lelaki mana2 pon, yang sangat membebankan sebenarnya duit hantaran!

fandi tamyes

Ladynoe™ said...

Fandi Tamyes

ingat nak buat birthday party ke?

Anonymous said...

kalau bg al quran instead, cam mana?boleh ke lepas dari membayar rm300?

Anonymous said...

aku cadangkan kita tanya bakal pngantin lelaki brapa dia mampu sediakan.contohnya dia snggup 9k..pastu org prmpuan ni decide la nak camne contoh 8k hantaran 1k mas kawin

setakat 300 tu sikit je..btul la cakp korang isu sekarng ni hntarn yg bribu-rubu tu baukn pasl mas kawin sgt kan..kan lady noe (from awin)

Anonymous said...

my hubby bg rm555 ngan al quran. dia sndr yg nak bg.pihak perempuan tak minta pun..dia kate rm80 dah tak berapa ade value dh skg nih...lgpun saya setuju sgt ngan cara kedah yang sekalikan hantaran ngan mas kahwin like my friend yang mas kahwinnya rm8ribu.takde hantaran pun...hidp dia senang and happy jer...

Bonnie said...

Mcm ni je la, if ur bf/tunang dh start mengomel kata mahar RM300 ni mcm mahal gila, I think u can already tell the real character of the man you're about to marry.

Mengomel pasal wang hantaran tu takpe, sbb wang hantaran ni tak perlu pun. Exhanging gifts pun x perlu sebenarnya

Tapi, wanita yg baik tak pernah letak harga utk kesucian diri dia, sbb kalaupun ada harga, dah tentu takde sapa pun yg mampu nk bayar.

Sekian :)

p/s: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah. Yang mana dtg dulu?

Weed and Bandages said...

mas kawin orang utara mahal. ada yang lagi mahal.


tapi ms weed kawin jugak. ok ja. hehe

annestasia said...

salam..
tunang aku nsib baik la jenis kpala otak terbuka tak mcm lelaki2 yang dem tak guna otak tentang isu ni..walau kat pahang rm22.50 je tp bagi aku kat mane negeri pun, mahar adalah penghargaan terindah dari suami buat isteri...jadi tak usah berkira..
"kalau betul cintakan sesorang, nyawa pun sanggup kite serahkan...inikan pulak 300.." (*tu yg tunang aku kate hehe....)

orang tua berdarah sakti said...

akum..

org tua melintas....

baru siap buat blog snediri..tak susah rupanya haha. harap ada anak yg boleh amik manfaat.

ini ada kes lain sebenarnya. sbb tuh dijadikan isu. walhal perkara biasa shj.

org laki skrng pikirnya, udah mas kahwin 300, hantaran bagaimana pula. kesian pck mikirkan hal nih. anak muda terbeban dgn hantaran.. bukan mas kahwin.. kenapa perlu hebatkan kenduri.. simple tapi penuh makna..kan lagi berkat

herm..sepatutnya si lelaki bakal suami fikir mcm mana nak isikan hati istri dgn ilmu Allah dan bertanggungjawab dgn keluarga. si istri pula perlu fikir, mcm na nak bertanggung jawab jaga kebajikan suami tecinta..

zaman pakcik murah, tp apa yg pck dpt sngt mahal harganya (jika dinilai dgn wang)..

salam

Aidil said...

Aku hormat pasal mas kahwin RM300 tu. noktah. takde bantahan.

Tapi aku rasa, ko tak perlu la highlight sangat tentang apa yg perempuan akan hadapi lepas kahwin dgn lelaki. points tu tak cool langsung. Cara ko tulis macam perempuan aje buat pengorbanan dan lelaki tak.. memang la apa yg kau nampak tu fizikal, tapi kau tak pikir lak, hal tanggungan lelaki suami) yg tak ternampak dari mata , seperti tanggung dosa wife yang tak tutup aurat, yang tak jaga budi bahasa dan percakapan. sama aje skrang ko dgn diorang. ko ngeluh pasal kehidupan lepas kawin. lelaki ngeluh pasal pengorbanan sebelum kawin. Deal with it!

jangan berkira sangat la beb tentang sesuatu yang memang dah azali kejadian, seperti ngandung2 ni.. dah kejadian Allah wanita yang mengandung. Kau patut syukur diizinkan Allah mengandung. Kat luar, berapa ramai yang hanya mampu bermimpi aje.

dan ko memang seksis

Ladynoe™ said...

AIDIL,

kalau aku berkira pasal mengandung, takde lah aku mengandung sekarang ni. dan tak pernah wujud pun isu perempuan membantah sebab suami kasi bini mengandung. Mengandung beb, susah2 pun dapat anak. Big asset.

aku highlight pasal apa yang perempuan hadapi tu untuk aku ajak lelaki yang berkira pasal mas kawen naik RM300 ni fikir sebelum nak mengeluh.

kau tak berkira, kau xpayah la bising.

tah papo.

Emila Yusof said...

Agreed. Bukannya 3000 atau 30000, cuma 300.

arganteng said...

mas kahwin 300...ok tak kesah

hantaran 10k?

cuba pihak perempuan kumpul 10k dulu....kalau boleh kumpul 10k...aku dengan rela hati kasik 10k

lepas kawin kita nak kickstart life...so foundation untuk kewangan kene ada

kalau setakat berhabis untuk kawin...lepas kawin menapak, complaint pulak tu x cukup duit

biasa la perempuan...main petik jer...petik la 20k...aku carik lain

Anonymous said...

interesting...nk komen gak la

for me, hantaran x penting. klu i use my own money, i x nk hantaran2 ni. buang duit jer beli benda2 tu semua. klu mas kawin, just nk al-quran or seangkatan. kenduri nk buat ringkas2 jer after nikah. pastu utk kengkawan n saudara, buat kat hotel or somewhere with nice food. pastu pakat ngan future hubby, g umrah sesamer pas kawin, mtk doa agar jodoh di pjgkan. tu jer. hehehe...klu use all my money la. klu pakai duit parent, kene ikut dorang la. klu x sori la...my wedding, my rules. ahaks.
ni pendapat i jer tau

keluh kesah resah berdarah said...

ak senyap je baca ntri ni. tapi lepas baca komen arganteng, ak rasa nk bersuara juga.

Ak kahwen dulu, ak manage to collect 11k. While husband ak, dapat kumpul 5k je. Selebihnya dea guna pa&ma punya loan.

lepas tu timbul la macam2 alasan. nak kata dea banyak keluar duit time dating, ak rasa, ak ckup bertolak ansur dalam segala benda. dating pun mkn gerai2 biasa je. ak shopping dea xpernah belanja pun. wayang pun sendiri2 baya. dating pakai kereta ak. dia pergi kerja naik motor.

ak tak tahulah korang lelaki ni belanja kan duit kemana. Salah satunya ak nmpak ROKOK la. Kerajaan dah naikkan cukai rokok tinggi pun korang still nak merokok. Bila duit kawen tak cukup, mengeluh sana sini.lepas tu ada hati nak cabar perempuan kumpul 10k. Piece of cake je la setakat bab2 nak kumpul duit tu.

Sekarang ni, plan nak beli rumah pun ak yang nak kumpul duit. Husband ak? Still hidup dengan macam2 alasan. Nak seribu daya, xnak memang lah kau banyak dalih. barang rumah bulan-bulan pun laki ak jarang beli. Ak diam kan sahaja then ak beli sendiri.

dan betul cakap si jomblo ni, time ak mengandung dulu, ubat-ubat doktor, kos bersalin, semua ak yg sendiri keluar kan duit. lelaki? tau buat anak je. lepas tu suruh bini jangan mengeluh mcm tahu beban fizikal dan MENTAL yang bini tanggung. Ingat korang lelaki, korang nabi ke? Ak bukan mengeluh sebab fitrah yang ditentukan tuhan. Mengeluh bukan sbb mengandung, tp pasal bab2 ni la. Lelaki lepas tangan. Mengandung tak ada hal beb. Ak cool je. Setakat muntah2 setiap pagi tu, tak ada hal lah.

dah 5 tahun aku kahwin, bila timbul isu mas kahwin naik RM300 dan orang kecoh, dari kecoh pasal mas kawen, kecoh pulak pasal hantaran beribu mahal. Hantaran aku dulu RM7k. aku simpan separuh beli perabot-perabot rumah. bukan untuk aku seorang. Untuk satu keluarga. Dan yes, sampai sekarang semua perabot dan peralatan rumah aku yang beli.

korang nak kawen free, pergi kawen dengan minah keling. Aku dengar orang india kawen perempuan yang bagi hantaran.

Anonymous said...

Senang tak payah kawen, wat jer maksiat.. setel, eh, bukan org zaman skang dah camtu ker? lama2 kawen jadi benda takde makna....

Anonymous said...

Senang tak payah kawen, wat jer maksiat.. setel, eh, bukan org zaman skang dah camtu ker? lama2 kawen jadi benda takde makna....

Anonymous said...

kalau kasik al quran tapi tak di baca pun tak guna...sangat setuju baru 300 bukannya 3000..tu pun dah nak bising...jangan cepat gelabah benda ni bukan untuk bebankan atau senangkan mana pihak tapi untuk sama-sama berfikir....

capullet360 said...

nak murah, pegi la state lain.
kalau xnak sangat, danok boleh kawtim. apa la. 300 pun berkira, kalau sayang sangat, tapi berkira, ntah macam mana lepas kawin nnti.

pada brader semua yang nak kawin.
xde hal la 300 semua 2, hati ikhlas. sure xde pape. kalau berkira. teruna la sampai mati.

KayNisa said...

apelah sangat rm300 tu dengan pengorbanan sang isteri selepas menikah nanti..tak ternilai harganya

Ladynoe™ said...

ANONYMOUS - suka baca komen korang. tapi, kenapa 'anonymous'?

zaza said...

ko bukan tak suka aonymous ke?
hipokrit gile oh ko dah kawin rupenyer patutla gemok mulut gemok menjatuhkan kaum kau

Ladynoe™ said...

zaza

ek'eleh.

murah tu RM300 said...

Korang pompuan Melayu ni kena faham tentang mas kahwin untuk ijab qabul orang Arab. Ijab qabul tu kontrak jual beli pussy perempuan lah hehe.

Nasib baik perempuan Melayu dapat RM300 pakai sampai puas. Kalau macam kata "keluh kesah resah berdarah said..." kalau pompuan keling, diaorang kena bayar pada lelaki..

Tapi tu semua budaya yang macam2. Sape nak ikut Arab, lelaki bayar pompuan RM300 boleh. Sape nak ikut keling, pompuan bayar lelaki pun boleh.

Tenguk market atau value saham lah.

Nak beli kat luar tu chinese students sekali main pun, lelaki kena bayar RM150, jadi kalau RM300 main 3 kali seminggu kira murah lah..hahaha

Sebulan dah 12 kali.. itu belum pagi sekali dan malam sebelum tidur sekali.. haaissh

Diloz said...

biar berkira bab mas kawin,jangan berkira bab tanggungjawab.

keluh kesah resah berdarah,
siapa suruh kau kawin lelaki merokok?

biolatanpadawai said...

this is funny about zaza. dia kutuk mulut orang. tapi i tengok kat sini dia yang memaki kuat.

ederq said...

patot duit mas kawen lg byk dr duet hantaran :)
atau duet hantaran xpyh lgsg. convert ke duet mas kawen

Anonymous said...

Ya, mungkin karena itu