1.1.10

Mimpi Yang Paling Dibenci


Sebenarnya, aku masih lagi termimpi-mimpikan Net.

Walau dah nak dekat setahun aku kehilangan dia buat selama-lamanya.

- dan aku rasa, aku benci mimpikan Net. Setiap kali aku terbangun selepas mimpikan dia, aku menangis macam baru semalam Net mati. Aku menangis sampai aku tak ingat aku ada suami, aku akan ada anak. Dulu semasa Net mula-mula mati, aku blogkan kisah kesedihan aku terhadap pemergian Net, ramai yang cuba comfort kan aku bahawa, once bila aku dah ada kehidupan di fasa baru, dah bersuami, aku mesti lupakan kesedihan tu.

Tapi ternyata - aku bukan kau dan kau bukan aku. Manusia berbeza. Emosi lain-lain.

Selalunya bila aku mimpikan Net, aku tak boleh nak sentuh dia. Aku mimpi aku akan nampak dia tidur atas katil bujang aku lah, aku mimpi dia panjat naik atas dada aku macam yang selalu dia buat. Tapi aku tak boleh sentuh dia. Asal aku nak pegang, nak rangkul, aku akan terjaga. Dan yang paling aku benci - aku tak boleh nak kawal mimpi aku. Aku tak boleh nak kawal supaya aku takkan terjaga walau aku tak boleh sentuh Net. Aku nak tengok dia lama sikit.

Lama sikit.

Aku harap aku takkan pernah lupakan Net sampai bila-bila. Sampai mati. Sampai di dunia kehidupan lepas mati pun, aku harap aku takkan lupa dia dan terus berharap aku jumpa Net balik 'di sana'.

Siapa yang faham dengan perasaan aku ni, mungkin faham lah. Siapa yang jenis tak berapa nak kisah sangat, aku tahu, macam-macam kamu akan judge aku.

Aku tak kisah pun.


29 comments :

Ieja RizaLiza said...

ouhh ... sya sgt memahami perasaan kamu ... kucing saya belum mati tapi pernah hilang 2 minggu ... tiap2 pagi and malam sya mesti round keliling kawasan rumah dgn harapan jumpa dia. Once dia balik, sya menangis semahunya sebab gembira ... kekdg bila dia luka2 lepas gaduh pun sya boleh menangis mcm mati laki ... aish ...

anna ladycherrie said...

noe..serius touching.aku selalu rindu kat kucing aku n rasa mcm dia dtg cari aku jauh2 lari just to find me.jalan jauh2 dr jb ke kl utk cari org yg dia sayang.aku rasa Tiger rindu aku.

afiqsiddhartha said...

ladynoe.saya terlebih faham apa yang anda rasa. Sampai sekarang satu family tak boleh terima apa yang dah berlaku dekat juno saya. Sampai mati kami akan ingat. Jangan pendam.

mohd fauzan said...

salam
b strong ye cik noe
bce pos ko yg dlu psl bju 2 sad gle
tp there owez sunshine after d rain
dun sad2

kudat said...

aku pun sangat faham perasaan ko cik noe. alhamdullilah, sekarang aku dah ada 13 ekor kucing. 4 jenis gebu. sekor mcm net.

renyrino said...

aku paham.paham sangat.

Imn said...

Barangkali ini adalah sebahagian daripada perasaan perempuan mengandung .
Baca ayat kursi , 3 kul dengan al fatihah sebelum tidur .
Lepastu Basuh kaki dengan ambik wudhuk . Insyallah berkesan .
Sila tabahkan hati ya .

NahWaL said...

kehilangan kucing yang rapat sangat sedeh. Aku dulu bela kucing sejak form 3. masa tu umur 12. kucing aku mati masa umur aku 23. 11 tahun jugaklah.

Nama dia Jack, mati kerana FIV. sedeh teramat, satu keluarga menangis dan seminggu aku tak henti2 nanges. asal sebut nama Jack aku leleh2 macam hilang keluarga.

Diorang macam keluarga bukan

AchiQue said...

aku pernah mimpi kucing-kucing aku yang kene buang dengan nenek aku semuanya balik rumah. bangun tido aku rasa macam nak terburai air mata aku. i'm still mad at her sbb buang kucing kesayangan aku when i'm not at home.

kena buang memang tak sama dengan mati. tapi kehilangan tetap kehilangan...

betty said...

Pn Ladynoe.Suddenly u give me inspiration to write about pets around me :D Thank you.
p/s: Mata Net cantik

F I F A said...

sangat memahami keadaan anda. dulu pernah ada kucing. rapat sangat. teman tidur. teman study. teman dengar luah perasaan kite.

tapi tetiba dia hilang. cari2 tak jumpa. sedih sangat time tu. sampai masuk bilek air pn boleh nangis sebab teringatkan dia. mandikan dia. pastu bila stress dia tak de, pn boleh nangis sampai mata bengkak.

huhu. saya rindu kucing saya.

♥miszluna™ said...

huda paham ape yg noe rasa...

kucen huda hilang since 2003 pn smp skrg msih huda tbayang2 kdg2

ayie said...

rilek noe....
mimpi ni ada tiga

>dari Allah....
>dari syaitan
>dari psikologi...

byk2 bersabar.........

sppy new year...

~pendekgemukbertompok.~ said...

kucing memang terasa ibarat part of family kadang2;)

xoxo
pja

Kakakdegil said...

Aku paham perasaan ni
Sebab aku pun pernah mengalami
Sampai sekarang .. dah setahun lebih si koko meninggal..
Tgk gambar pun masih boleh menanges lagi

Orang bleh cakap apa pun, perasaan masing masing.
Mana boleh sama..

kuzud™ said...

anggaplah Net datang melawat nko, dia pon rindu kot. Tak perlu rasenye berusaha utk melupakan, sebaliknye appreciate jer kerna bukan sume org senang2 dpt mimpi bjumpe pet kesayangan. kalo la aku ditempat nko, mesti rase mcm Net pnye soul blegar somewhere around...hihi, meh, joke jer jgn mare.

Lelaki Bulat said...

Kucing ni ada kedudukan istimewa dalam hidup kita.Saya pernah alamai hal sama.Cuma yang berbeza,mak saya paksa saya untuk buang kucing tu.

Nak buat macamana.Apa-apa pun,mak saya yang utama.Tapi,hati berkaca-kaca juga masa tu.

Jaga diri selalu.Kucing itu akan terus di tempat yang lebih baik di sana.

anna said...

i understand how you feel. coz i have 2 cats. & one of them is my fav, i have her since she was a kitten, so i dunno how it will be like if i were to lose her one day. sedangkan kalau dia main sembunyi dan bila panggil nama dia tak keluar, aku dah panik apelagi kalau satu hari dia tak de langsung. haiz.

ateeka amer said...

aku faham perasaan kau. masa aku gi study, kucing aku hilang camtuh jek. entah mati dilanggar, mati kena bunuh, aku tak tau. sadis. kalau mati, aku jumpa bangkai, at least tak terkilan sangat, ni hilang camtuh jek. mak aku cakap lepas aku pergi dia langsung tak selera makan. aku baru tau yg haiwan pun ada perasaan rindu. betul, sampai mati aku akan ingat dia. takde pengganti.

cHoCOLaTe said...

aku pon ader kucing dulu.kucing siam.comel n sangat mendengar kata.nama dier bulat.dier suke tdo kat kaki aku.kalo dier nampak aku tdo memane dier mesti nak tdo ngan aku.aku indu dier.btol.x ramai orng paham pasaan kita kat kucing kita.i miss bulat so much..wuw~

cHoCOLaTe said...

oh yer,bulat da mati awal tahun ni sebab kene langgar time dier tdo..~

Cik Ketam said...

huh...
net memang xboleh lupa...
sangat2 disayangi...
isk...

anisizatyA.J said...

my housemate sgt faham ur feelings. we lost 3 cats dlm mse 2 hr sbb infection something and bila time nak balik rumah je my housemate akan feel this feeling. hmm dlu mse hilang kucing first mmg saya nangis gila jugak. but then dah ok. hm, tkpelah, we should appreciate what we still have kan? :)

Anonymous said...

i pernah baca kat blog seseorg yg kalau binatang peliharaan yg kita sayang mati nanti kat akhirat dia akan cari kita balik http://tini-rahim.blogspot.com/2009/09/saya-suka-update-belog.html

ederq said...

paham sgt2. i miss my ofy too :(

Tini Rahim said...

Noe,
pernah tertanya tak roh haiwan akan pergi ke mana selepas diorang mati?

Agaknya ramai tak orang macam kita yang berkabung sebab kematian kucing? Ramai tak rasanya yang boleh faham mati kucing ni rasanya macam hilang satu ahli keluarga?


I would love to believe that God has made a place for them untuk tunggu kita nanti. Harap2 diorg boleh permudahkan jalan kita ke syurga, Insya Allah.

Saya kan, tak pernah serik nak bela kucing. Walau pun lepas sekor, sekor mati. Tak tau kenapa. Heh.

Aznyda said...

Noe, aku paham perasaan rindu tu.

Bila kucing aku mati, aku stop blogging. Sebab aku rasa half of my soul dah hilang.

Dan aku tak rasa nak ada kucing lain, sebab Molly tak boleh diganti.

*air mata dah bergenang tapi kena control sebab kat ofis*

Sha.Ree.Na said...

Salam,

I found my cat Zorro when he was a kitten, and he became one of our family ever since together with the rest of our cats.
Few years later, I left for oversea to pursue my studies, but before I left, I made sure that I told each cat to wait for me as I will come back.Few months before I was meant to come back for summer holiday, my mum told me that Zorro lose weight drastically and even the vet was not sure why.
The first day I came home, a fragile skinny zorro came to me weakly asking me to hug him...he left the house few hours later, never to be seen again. I take it that he was waiting for me to say goodbye...


I read an anonymous poem somewhere that said

'When an animal dies that has been especially close to someone here,
that pet goes to Rainbow Bridge.

There are meadows and hills for all of our special friends so they can run and play together'

This poem always cheers me up because whenever I think about my cats who have died, I'd like to think that they are somewhere up there looking after me.lol.

Stay strong, and always remember your priceless memory with Net.

Nur Hayanee said...

hye ladynoe,


salam takziah buat net yg mana hanee rasa noe dah anggap dier cam 'anak' rite? hanee dulu pon penah ada 'anak' juga tp jodoh we all tak lama,only last for 6 mths..

hanee sampai skang agak susah utk melupakan my baby 'jojo' yg passed away dlm keadaan mengerikan..dimana dier tercucuk fence neighbour tembus di bahagian perut n usus jojo terburai..

i discovered jojo at night around 8pm (21 april 2010) n emergencily called a doctor to save him n alhamdullilah jojo dapat dikeluarkan dr pole yg besar dan tajam... tp keesokannye the doctor asked us to bring jojo to UPM to do major surgery coz dier dah critical..

tp UPM cam lahanat skit,though jojo dah critical still dorang kata tak emergency...we waited for 2 hours utk doctor attend jojo n by the time doctor jumpe jojo dier dah pucat lesi n menangis kesakitan..

2 days jojo kuatkan diri utk survive tp pada 24 april 2010 at 7am doctor called me dat jojo dah passed away..time tu rasa sedeyh tak terkata,mogok taknak makan..mandi pon tak hingin..semua ada...

mmg beberapa hari masih terbayang-bayang jojo berlari-lari mengejar hanee n plastic dier suke main throw and fetch hanee simpan dlm almari jauh2 coz taknak rasa sebak dlm kembali..kalau tgk beyonce kat tv..teringat jojo ralik menengok beyonce menari-nari...

tp bile dipikirkan ada baiknye dier pergi dan tak sengsara..mungkin sekarang jojo n net happily running in heaven without pain..

sorryla panjang lebar,juz expressed kesedihan apabila pet kesayangan kite dah takde dan pet kita jugala sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keberkatan kehidupan seharian kita..:-)

haneefaze