6.1.10

Perkara Rawak #003 - Satu Geng Hot Babes

Sekadar gambar hiasan

Dalam sesuatu blog, aku lebih suka layan gambar daripada baca cerita yang panjang yang berjela-jela. Nak-nak kalau aku tak ada masa free sangat. Tapi kadang-kadang aku baca juga lah.

Point aku ialah, aku suka tengok satu geng hot babes yang aku kira masing-masing ada blog ni. Masing-masing hot - obviously - fashionista - dan macam ada attitude tersendiri. Aku memang suka tengok orang buat benda yang aku tak boleh buat - pakai skinny jeans - pakai kasut yang fancy-fancy - evening dress yang kiut dan seksi (ok kiut is gedik. sebenarnya cute) dan keberanian memotong rambut mengikut perubahan fesyen yang drastik.

Sorang macam antagonis sikit. Sorang macam blur-blur sikit. Sorang macam elegan. Sorang macam manja-manja - dan tidak kekampungan walau tidak berasal dari Selangor/KL. Best la senang cerita.

Bukan senang nak ada group of friends yang masing-masing gila fesyen. Paling kuat pun aku tengok dalam satu kelompok rakan sebaya Melayu masa kini, tak habis-habis dengan jeans dan top (tshirt) je kot. Dan tempat yang biasa di kunjungi pun tak berjaya menonjolkan lagi sfera hidup mereka dengan dunia fesyen sebenar seperti pusat-pusat karaoke dan mamak-mamak. Tapi Geng yang aku cakap ni, lain lah kan.

Tapi apsal aku beritahu kamu semua ni? Oh, inikan segmen Perkara Rawak.

Yeah. Tapi diorang hot babes la. Dan semua lebih tua dari aku. Kan aku cakap, orang yang lebih berusia dari umur kita ni memang adorable? Nak-nak benda yang diorang buat tu, kita tak boleh nak buat, buat masa ni.

Agak-agak boleh teka tak geng yang mana satu yang aku maksud kan?

27 comments :

NahWaL said...

noe nak tau!

Ladynoe™ said...

teka! teka!

chenta said...

woah siapakah?

selalu jumpa geng macam ni dalam twitter je hehehe..artis2 kita laa..

Ladynoe™ said...

chenta

artis? ok tak kuasa nak usha artis ok.

Chooyaya! said...

saper saper?

Z said...

shoplifters? tapi shoplifters 3 org and shuz baru 23 kot

tapi diorg mmg fashionable la no doubt, suka tengok Ami Schaheera

hananchiwi said...

her drugbuddy. kn?

erm said...

proudduck?

Knicher Sc. said...

rosnah mat aris?

Sue Anna Joe said...

i oso rasa geng shoplifters.

Dayana said...

SATC versi meleis ke?

chenta said...

hahaha..syok jugak taw kalau free2 takdak keja pi stalker dorang nye tweet nie wahahaha..rasa jadi macam michelle melodi kejap..^_^

Myth said...

saya suka cuci mata

xkisah la umur dia

wahahaha

Ladynoe™ said...

MYTH

aku pun tak kisah jugak sebenar-benarnya. hiheeuehieheiheu.

Diloz said...

yang hot ramai.tapi yang geng tak ramai.

the shoplifters en?

Ladynoe™ said...

DILOZ

pun boleh.

Ami Schaheera said...

kalau kira karakteristik kat atas tu, antagonis, blur, elegan, manja2 & tak kekampungan. macam ada 4 org je. mesti bukan shoplifters kan kan?

hehe, hi Noe. thanks for visiting my blog the other day :)

Mrs Zamzuri said...

geng2 yg selalu dgn designers handbags kah?

dila raden said...

kau cakap pasal aku, nani dengan pjoe kan? KAN?

kitorang memang stylo.

Anonymous said...

teringat cerita filem sex and the city.gorjes semua empat empat orang tu pada usia 40-an.haishhh thrill melampau nk rasa umoq 30-an.tak masuk umoq 40-an lagi kan.

ada pepatah kata,some's beautiful from start and some's evolve into beauty.

Azwa H

Ladynoe™ said...

AMI SCHAHEERA

thanks je ke? rantai, beg, kasut percuma takde ke?

thehehe


DILLA

Mana tau ni?

Anoneemus™ said...

Saya baru nk prasantan tp baru sedar rupa-rupanya saya tak pernah letak gambar sendiri di blog. Oh, tak cukup kriteria.

ElyaElmo said...

sgt styleee kannnnnn:)

Khairi said...

stendetlah gegirl suka fesyen kan.

:)

kks.com

OhTulipso! said...

saya pun rasa shoplifter.hik.

Weed and Bandages said...

klasik tadak, jadi msweed tak cukup korom. haha

misz beauty said...

best kalau 1 geng feshen2 gitew kan... beauty punye fwen xde lah stylo but we ols enjoy tiap2 kali hanging out with our theme... pegi jugak karok but once a while la... selalunye shoping, muvie, dan paling penting mesti ade topic event yg akan di buat... =) xsuke tgk bebudak kecik lepak (especially sg wang area nak2 dekat tangga monorail tu) dengan feshen macam harrrr.... ops... semak tol mata memandang.... erkkkk