8.1.10

Perkara Rawak #004 - Saudara-saudaraku..

Bila aku baca twitter dari harian metro hari ni, muka aku jadi macam kebas kebas. Aku tak pasti kalau ada orang yang serupa aku. Tapi efek muka kebas-kebas ni selalunya terjadi bila aku rasa malu yang teramat sangat. Orang lain tak boleh nampak. Nak-nak aku ni bukan kategori wanita berkulit putih - so istilah blushing tu memang susah nak dikesan lah.

"3 gereja di bakar, polis tingkat kawalan seluruh negara." - berita selanjutnya di sini.
Aku sesungguhnya faham akan sensetiviti sebegini. Tapi - tolongla jangan berkelakuan macam sampah masyarakat yang bakal menimbulkan huru-hara sesama agama. Marah memang boleh lah marah. Tapi berarak melaung sampai nak dekat seminggu ni ape ke halnya? Korang takde anak bini nak di - take care ke? Tak de kerja lain ke?

Banyaknye free time korang?

Allah tahu keikhlasan hati korang dalam mempertahankan agama dan namanya. Tapi..

(Surah al-Baqarah, ayat 205). Firman Allah lagi yang bermaksud: "Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas, ayat 77).

Nak jadi macam orang IndoN (with capital N) ke?

p/s: layan sketch nak re-deco umah. phew!

24 comments :

hajaribrohim said...

Melayu Noe :)

si kurus said...

itu yg mereka xphm. gaya cmni lg menmpkkn islam ni cm terrorist pulak. cmne kte nk buktikn kt non-muslim kte bukan kalo berita2 cm gini asek keluar.

Ladynoe™ said...

memalukan la. aku malu la mcm gini. nanti lagi la orang cakap orang islam ni terrorist. padahal yang buat tahik macam tu seketul dua umat je.

Shikhin Ishak said...

seriously i pun fikir sama macam u.kalau ada satu2 issue tu sampai panjang tak settle2.tengok berita pun naik meluat.

Weed and Bandages said...

yang enjin ilang takmo diheboh2kan, runtuh bangunan sana sini buat dek saja.

benda2 yang menyempitkan mentaliti memang digembar gemburkan.


malaysia memang lagu tu

peah @ peps said...

kdg kdg tak faham kan...buang masa satu hal...ni mcm kes...nak tunjuk sape hebat...

kutak jinggong said...

kebodohan mereka sangat terserlah... pergi masjid sembahyang jemaah ke, zikir ke lagi bagus dari melalak xtentu pasal... diam-diam sudahlah... Allah SWT tahu apa yang terbaik tuk kita..

Fikri said...

ishk, kalau berlarutan macam nih, memang tak tau arr ape nak jadi. takut dowh.

KayNisa said...

Gereja yang dibakar tu adalah milik Protestant. Protestant amat menentang penggunaan kalimah Allah dan mereka juga tidak sehaluan dengan Catholic. Jadi benarkah orang Islam yang membakar???

P/S: tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi =)

pekerja kilang plastik said...

dorang tahu tersurat tapi x tahu tersirat.

menegak kan agama dalam jalan yang benar. (tersurat)

jgn melakukan kerosakan di bumi. (tersirat)



ok gua dah mula pening mana betul tersurat ataw tersirat ni.

hazadirwana said...

Dulu time sekolah cikgu selalu cakap negara kita ni aman damai.Negara2 lain pn tak boleh nak hidup berbilang bangsa macam kita.Tapi satu hari nanti mesti ada yang dengki dengan negara kita.Betullah cakap cikgu saya tu..

Lee said...

Tumpang komen ye,

aku selalu anggap Malaysians are a passive lot. Sebab terima je apa2 yg imposed upon us. Petrol mahal, kereta tempatan mahal, gesaan untuk percaya media mainstream, gesaan jangan percaya bloggers etc..

tapi bila aktif, camni plak jadinya..
seriously... ada otak ke tak depa ni..??

apa plak lepas ni? suicide bombers?

unblog said...

adakah kejadian itu adalah satu komplotan oleh org2 kafir ini untuk mencerminkan Islam itu ganas?

hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui...sama2 kita berdoa supaya perkara ini reda

PKU said...

Kalau diingatkan, sape agak2nya mastermind Hindraf, Reformasi pe sume nih eh..? zaman skang makin pandai merusuh.. akibat parti berlogo 'eye of horus' or mata dajal laa kot..

Anonymous said...

semalam diorang dok berarak sepanjang jalan ampang elok lepas semayang jumaat..sume macam nak tunjuk islam sejati..makcik2 yang bertudung labuh pun ramai jugak..entahlah, bila agama lain ckp islam radikal, kita marah..tapi tindakan mereka sendiri yang buat persepsi orang lain jadi mcm tu

a z r e e n a said...

Kak Noe.

Malam tadi ada diskusi dengan kawan kawan pasal mende ni. muslim and non muslim. open forum kat facebook.

saya ada copy paste kat blog saya. harap baca. thanks.

*saya tak menyokong mana2 pihak. cuma kami luahkan pendapat masing2.

http://sunshineyism.blogspot.com

sheera said...

eitt!! like my post. view oke

si buta warna said...

fikir sblm buat! aisyhh~

isabelle said...

typical betul la diorg nih.
anyway, take it ez, noe.
jgn emo2 sgt..kang baby kuar, berkerut dahi dia. hehe

deusXmachina® said...

sgguh memalukan mereka ini
semoga Allah swt mengampunkan dosa2 mereka

erk888.blogspot.com
dizisgude.blogspot.com

susudalambotol said...

noe,

hari ahad lepas kau ada pergi ikea ke?

Ladynoe™ said...

SUSUDALAMBOTOI

Rasa macam ada. hehehe
=D

karupudin masaha said...

apa nak jadik isu pun aku x faham la orang melayu malaysia ni, tapi aku x aspect mahathir pon fikir macam tu gak.

Anonymous said...

rakyat mlsia rasis !
kbnyakaannya melayu..
tapi xsemua..
saya pun melayu..