30.1.10

Sabrina Affandi #001


Sayang Sabrina..

Tiba-tiba rasa kekok nak ber-blog. Aku rasa macam aku sekarang adalah orang yang lain. Macam baru lepas bersalin kulit. Apsal ek? Oh - aku sekarang, mak orang.

Sebelum aku mula cerita, perkenalkan buah hati pengarang jantung aku dan Fandi - Sabrina. Sekarang, dia penghuni baru dalam hati aku. Betul lah orang cakap, walau kita jenis tak berapa minat dengan budak-budak, tapi bila dah jadi seorang emak ni, perasaan cinta kat anak sendiri tu akan lahir sendiri - bersama kelahiran dia ke muka bumi ni.

Bila aku fikirkan balik cara aku dan Fandi treat Sabrina - mandi kan dia - tidur peluk dia - main dengan dia - manja kan dia macam Sabrina tu kat dalam syurga dunia. Aku rasa aku nak memori semasa aku bayi seusia Sabrina. Aku nak memori, nak rasa balik, macam mana mak abah aku layan aku semasa aku masih bayi. Mesti indah gila. Aku rasa kalau semua kita dikurniakan memori semasa kita masih bayi, tak ada la istilah anak derhaka, agaknya.

20 Jan 2010 - 4:27 pagi
Aku terjaga dari tidur aku rasa seluar dalam aku basah. Waddehel aku tak tau. Ketuban ke? Kencing ke? Keputihan kronik ke. Aku kejut Fandi, aku suruh dia tengok-tengok kan - mata dia kuyu terus jadi buntang. Rasanya wajar kot untuk aku pergi ke hospital. Selepas berkemas, kami bergegas. Aku pesan dengan Fandi, jangan panik. Drive slow, yayang.

Sampai hospital Selayang, aku terus masuk bilik pemeriksaan. Doktor cakap, yang keluar tu bukan air ketuban. Air ketuban selalunya akan basah satu katil. Yang keluar tadi tu ialah 'pelekat yang menutupi rahim' - waddehel aku 'oh..' kan je lah. Tapi jalan dah buka 2cm. Bila aku dengar jalan dah buka tu aku rasa happy gila. 'Dah nak keluar dah anak aku ni!'

Aku kena tahan wad. Lepas masuk wad, jam 8.20 pagi aku ke toilet nak buang air kecil. Lepas bangun dari tempat duduk tandas tu, aku nampak ada darah. Lepas keluar toilet, aku pergi ke kaunter depan wad 5A tu, aku jumpa nurse, aku beritahu yang aku dah keluar 'tanda'.

Doktor datang ke katil aku buat pemeriksaan. Dia 'check' bukaan rahim aku. Siapa yang dah pernah beranak, mesti faham 'check' bukaan rahim tu macam mana. Muahahaha. Senaknya sampai ke dada wacakap lu...- dan time dia tengah check tu, air ketuban aku pecah. Tak sakit rupa-rupanya..

Lebih kurang 10.00 pagi
Aku dah ada dalam labour room. Kali terakhir di waktu ini aku diberitahu bukaan jalan rahim aku sudah 4 cm. Nurse tanya samada aku nak ubat pelali atau tidak - aku cakap taknak. Aku memang takut jarum. Biar aku tahan sakit ni sendiri. Fandi suruh aku ambil. Ye lah contraction 4cm tak sakit sangat. Kalau dah 7-8cm, sakitnya tahap menggelupur. Masa tu jangan harap aku nak dapat suntikan pelali lagi. Aku kekal jugak cakap taknak.

Dalam labour room takde jam. Jadi aku tak tahu cepatnya masa berlalu. Jam 2.30 petang bukaan jalan rahim aku dah 6cm. Tak sabar betul aku time tu. Lagi 4cm je! Contraction semakin kuat. Sekali datang ya rabbi macam organ-organ dalam badan kena perah. Aku tunggu bukaan demi bukaan sambil berbual-bual dengan Fandi. Bila haus dia suap air. Bila contraction datang dia genggam tangan aku kuat-kuat.

Aku dengar nurse berbual sesama sendiri - "budak ni tahan sakit" - Memang aku tahan sakit. Tapi itu apa yang dia nampak di luaran je. Dalaman aku, sebenarnya aku nak berguling-guling. Nak menggelupur. Nasib baik katil labour room tu kecik - muat-muat badan aku je. Kalau tak aku dah berguling-guling macam hindustan. Sakit contraction memang boleh jadi macam ikan menggelupur tak dapat air kalau kau tak kawal.

Tak lama lepas tu tah jam berapa mak aku masuk ke labour room. Muka dia dah cebik-cebik nak menangis tengok aku. Aku kalau tengok muka mak aku macam tu, memang cepat-cepat aku cakap - "La nak nangis kenapa?" - terus mak aku senyum tahan air mata. Tapi hari tu aku rasa, sebenarnya aku pun nak nangis jugak tengok mak aku datang. Macam sedikit ironi. Dulu mak aku terbaring sakit nak lahirkan aku. Sekarang, mak aku duduk di sebelah aku sambil teman aku yang kesakitan nak menjadi seorang emak macam dia.

Sebak lak tiba-tiba..


bersambung..




27 comments :

LaLaLovy said...

comel nya baby sis..=)

isabelle said...

congrats. semoga sabrina menjadi qurratun ain buat semua.

eh, slmt meyusukan juga,i know u can do it to the max.

Syuhada said...

Kak Noe, taktau lah kenapa setiap kali baca blog pasal baru lepas melahirkan anak, Syu mesti menangis. Macam sebelum ni baca blog Kak Hidd. Terharu dgn semangat melahirkan anak.

Anyway, congratulations sis!

Mas Mohd Yunus said...

gila cool hahaha. cepat sambung noe.

pencinta dramatik sepi said...

excited ah baca experience kak noe nih
tak sabar tunggu sambungan!

NahWaL said...

Noe cepat sambung!

sabrina kecik2 dah pandai posing!

iYda Juhar said...

baby posing !! kiut !!!

Sue Anna Joe said...

Macam baca novel plak. :)
So sweet.

You're gonna be a great mom!

Imn said...

CET , nanti cepat cepat habiskann ! :)

Z said...

Noe cepat sambung Noe, tak sabar nak baca :)

LOL at nak berguling mcm hindustan..takleh blah

Diloz said...

ish,takut.
tapi tak sabar nak baca sambungan.

Myth said...

lelaki baca xpe kan?

Knicher Sc. said...

rasa macam nak cari gf lekas-lekas. menikah.

Candy Dandy said...

akak buat buku siri tentang akak la. heeee...

bareessence said...

subhanallah..sabrina sgt comel~ semoga menjadi ibu yg terbaik~

angkasa said...

pehh. tengah seronot membaca tiba-tiba bersambung lah pulak. i shall wait for Sabrina Affandi #002!

*tak sabar*

minatgiler said...

tahniah noe.. tak sabar nak baca sambungan.. aku due lagi seminggu neh.. adeh!!

nota kaki: baby ko sama nama ngan aku.. good choice! haha..

nadz_zura89 said...

she's so beautiful...
tahniah k.noe dpt lalui sume nye ngan slamat.

atulhani said...

tengah syok2 baca pengalaman noe.. tiba-tiba .. "bersambung" .. adehh.. btw, congrates noe..

Pja Alfiza said...

ah syahdunye. tetibe teringat mak kt kampung.

lagi seminggu je (kalau ikut EDD) i akn merasa pengalaman mcm noe pulak. emm..

khaiza said...

congrats noe..jgn lupa sambungan ye..hehehe..comel lah sabrina ni..

SoFiA.opY said...

ohhh suka giler cerita ini!!!

cayalah ladynoe!

Anonymous said...

Tahniah Noe....

Wendy said...

bergenang airmata aku baca entri nih..

~(*v*)~ily~(^v^)~ said...

alar...tgh syok bace bersambung pulak..

cute nyer sabrina.. ~(*v*)~

ilya syafeena said...

astaghfirullahalazim...
serious takut..huhu.
syukur alhamdulillah semua selamat :) congratulations.

LeeJoe said...

kak,
terima kasih sgt2 sbb sudi share pengalaman akak.
sy betul2 hargai sbb, sy scara jujur nya mmg takut gila nak bersalin kalau mengndung satu hari nnti, tak kira normal atau bedah.
fikirkan brsalin pun dah goyang.
x ley nak bayangkan ksakitan tu.

tp, bila akak critakan pngalaman akak, sy rasa agak berkeyakinan.

adus. nak nangis pun ada.

apapun, thanks. :']