31.1.10

Sabrina Affandi #002


Melody and music


Lebih kurang jam 4.00 petang
Aku terpaksa di-induce. dalam erti kata lain - 'masuk air ubat untuk gesa sakit bersalin'. Maknanya, sakit aku akan ditambah-tambah. Selepas induce, memang aku rasa sakit aku ditambah-tambah pun. Sekali cek, bukaan baru 7cm. Aku dah ulang alik ke tandas banyak kali dah. Asyik nak terkucil je.

Suara-suara raungan yang datang dari labour room lain betul betul menakutkan aku. Ada yang bunyi macam kerbau kena potong leher. Ada yang meraung-raung macam hospital tu dia ada share sekali. Aku mati-mati ingat orang bukan Melayu yang meraung-raung tu (base on apa yang orang beritahu aku. takda kena mengena dengan racism), rupa-rupanya bila sekali aku dengar-

"Aaaaaghhhhh..aaaaaaaa!!!! aaaaaghhh Astafirullahalazim!!!!"

Lah melayu rupanya yang menjerit tu. Lagi lah aku takut. Agaknya sekejap lagi aku pun macam tu lah agaknya.

Jam 7.00 petang
Bukaan aku still 7cm jugak. Contraction aku semakin tinggi. Bacaan CTG Sabrina masih stabil. Tapi dia tak engage lagi. Siap dah buang air besar dalam perut aku. Memang betul-betul taknak keluar lagi. Syok sangat duduk dalam alam rahim agaknya. Sekali selepas doktor cek bukaan rahim aku, dia beritahu aku yang aku tak boleh tunggu lama lagi. Mereka khuatir kalau Sabrina lemas.

Aku terpaksa di bedah.

Masa tu air mata aku dah mencurah-curah dah. Aku pandang muka fandi, aku rasa macam tu kali terakhir aku pandang muka suami aku. Muka lelaki yang aku cinta sepenuh hati. Katil aku ditolak menuju ke dewan bedah. Fandi teman aku sampai pintu masuk je. Sesampai di muka pintu jururawat cakap

"Dah nak masuk dewan bedah dah. Salam suami,"

Fandi salam cium aku. Yang aku reti, menangis je. Aku takut. Aku tak pernah takut macam tu. Seumur hidup aku, itu lah saat yang paling menakutkan aku. Aku takut mati.

Takut sangat sangat sangat. (dalam cubaan untuk mengekspresi ketakutan)

Dalam Dewan Bedah, aku tengok ramai orang tunggu aku. Semua pakai baju hijau tutup muka kecuali seorang sahaja daripada mereka berbaju maroon. Aku kira yang berbaju maroon tu adalah seorang pakar bius sebab dia yang sibuk tanda tanda belakang badan aku. Semua berlaku dengan pantas. Aku tak dapat nak cerita sangat step by step apa yang aku lalu.

Selepas bius epidural disuntik, sakit contraction mula memudar. Oh ya, epidural tidak sakit seperti yang orang pernah beritahu aku. Dengan syarat, pakar bius adalah betul betul pakar. Dan aku bernasib baik pakar bius aku berjaya melakukannya dengan baik.

Separuh dari badan aku, pinggang ke bawah dah mati. Aku pun dah tak mampu nak menangis lagi. Takut memang takut. Tapi dah tak boleh nak nangis. Aku saksikan senyap-senyap pembedahan melalui refleksi yang aku nampak kat lampu bulat besar yang menyuluh progres membelah perut aku. Memang macam main masak-masak.



bersambung..




44 comments :

Weed and Bandages said...

cemas betui noe oii..

Benz said...

noe kalau menulis mesti sampai 'rasa' tu.. :)
congrates dapat baby sabrina..jaga diri elok2.

Cik Ecah said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!! scaryyy!!!!!!!!!

Z said...

laaa kau Caesarean rupanya. Ingatkan natural birth..hihi takpe yang penting semua sihat! Nak lagi nak lagi

Sue Anna Joe said...

Memang macam novel.
Dum dum dum....

nama saya aslina said...

bedah ehh? jarang aku dengar cerita pasal pengalaman orang bersalin bedah2 ni...sebab kebanyakkan yang aku tau semua natural...

sambung la...sambung laa...nak tau lagi....

anna ladycherrie said...

mendebarkan...

Anoneemus™ said...

Makin sesak nafas la baca episod 2 ni..takleh bayang episod seterusnya camne.nk kena ada tank oksigen kat sebelah kut.

Myth said...

hoh...sexy la pas ni ada c-mark

pekerja kilang plastik said...

dokumentari ne..
mmg cemas. mcm saw 6.

Leen said...

scary giler....

AuRorA DiAnA said...

alaaa...bersambung lg...xsabo nk bc nex entry nih

H A N I said...

comel giler aksi baby sabrina n ayahnyer =)

NaD said...

takut lahhhhh! aku baru sembang2 ngan mak aku tadi pasal kena bedah ni.

Ok, aku sabar tunggu sambungan yg seterusnya. Tapi jangan lama2 sangat.

Kakakdegil said...

Kes kita cam sama..
Dah contraction, dah bukak n baby dah berak..

Tapi kes saya fully bius. Sangat sedih plak rasa..
Tapi bukan injek kat belakang.. pakai gas jer

Aper pun, alhamdulillah semua selamat kan
Sabrina pun kiuttt sangat
Pipi gedebe.. :D

haruko said...

uisyy..sakitnye...stau aku epidural mmg gila sakit. tulang blakang dia main.. neway..itu lah pengorbanan seorang ibu. congratz kak noe!

Myra said...

C-section rupanya. awww i rs cm nk give u a hug sbb mesti takut, lagi2 first time mother. *hug jugak, tak kira*

well done! ;)

zainalalieff said...

ya Allah! Tak suka betul baca 'bersambung'. :(

KhairulAqmal said...

:)))) tahniah kak noe. :)))))))

entah knpa sy yg rs gmbra.

nurul nadia said...

like ur writing and already link ur blog in my page...

sHarEna said...

kene c sect jugak ek? mcm my SIL gak laa. kite pn ade chance kene c sect sbb high BP..klu blh xnk tp klu dh terpaksa, wut to do? pasrah jelah

mYpRecious said...

Tahniah new mom.. Sabrina adelah sgt comel..

Cepat sambung cite, kite pulak yg saspen bace neh..

Anonymous said...

penah tgk vid cmne pmpuan tu kna c-sect..tujuh lapis kulit kena ptong..x pnh ada pengalaman pun leh trase ngilu kt perut..cpt la smbung..nak tau kisah seterusnya

Rudy said...

Tahniah!! saya dah lama tak sampai ke sini, alih2 dah ada baby!

Selamat datang ke alam baru. Your life as you know it have changed forever... Welcome to the Sleepless Night Club!!

jas imran said...

scaryyy.....
apapun yang penting mak n anak dah selamat..
alhamdulillah...

lina rahim said...

rasa nak nangis je..ishhy, i nak beranak takut, tp kalo tak beranak takde anak..ape2 hal pun, mesti tempuh jgk pengalaman tu..

lotikus disarimankan said...

mencemaskan
tapi
noe n fandi couple yang sangat sweet

Anonymous said...

Pergh, ko nampak doc bukak perut ko? scary gile!!!

Mase aku dulu, doc mmg tak kasik can langsung aku nak tengok. Aku tak nampak lampu pun.
Aku cume rasa org godek-godek perut aku. Rasa geli2, rasa metal-metal bergerak2.

jas imran said...

scaryyy.....
apapun yang penting mak n anak dah selamat..
alhamdulillah...

susudalambotol said...

kesian ko noe, sakit dua2 ko rasa.

Hannah Johary said...

Cerita belum habis, tapi dah nangis-nangis baca ni.

Tak sabar tunggu sambungan. :)

P/S: Memang panjang cerita pengalaman bersalin, kan. I took 6 hours nak cramp-kan cerita A-Z in one entry. Gila panjang.

Sari said...

muka sabrina macam anak patung kat header ni.tapi sabrina lagi comel :)

missaussie said...

we plan, Allah plan,and still Allah is the best planner. kan?

memang kagum dengan ibu-ibu yang melahirkan, tak kira la normal or c-sect, sebab seksanya menanggung sakit, Tuhan je yang tau.

sebab tu kadang-kadang rasa pelik dengan ibu yang dah ada pengalaman melahirkan, dah rasa seksa jiwa raga, tapi masih takde unsur keinsafan dan masih nak melawan ibu dia sendiri.

apapun noe, serius ah kagum sebab anda sangat bertabah even rasa sakit dua2 jenis. saya deliver normal, merasa sakit time tu je la, tu pun rasa macam sangat terseksa dan memberi keinsafan maksima.

semoga menghadapi tempoh berpantang dengan jayanya. congrats sebab dah berjaya jadi seorang ibu yang gagah!

Maya said...

Sambung... jangan tak sambung... iklan banyak betul lah

Mommy Stephanie Liah And Daddy Remy Rizal said...

babe,congratulations!welcome on board :)

xeea said...

apasal ntah aku beriya2 nangis baca entri ni. menitik2 air mata. haha

cepat sambung, noe. cepatt.

ketiak said...

tsk tsk tsk KASIHAN

Aku A-Z-Z-U said...

tahniah again noe sbb semuanya dah selamat. bila tgk gambar hubby kau pegang sabrina, aku pun rasa tak sabar2 nak bersalin ni :)

menangis aku baca kisah kau salam tangan suami sebelum masuk operation room, kalau aku lah ditempat kau, aku pun dah kasi banjir hospital tu dgn airmata aku. syabas sbb kau tabah! and alhamdulillah sebab semuanya dah selesai dgn baik :)

durian! said...

noe, siot lah kau letak gambar mcm tu. jeles tau tak.

anyway congratslah dapat baby. comel pulak tuh. cis!

p/s. pendi, budak tu kecik lagi, tak payah la main geletek2 pakai janggut.

chenta said...

OMG noe..=( jantung saya dubdabdubdab baca entry ni..tau x perempuan jomblo kena block kt ofis saya.block terus,bukan block during ofis hour je.memang tensen sangat2.ni saya baca kat oldtown,pakai henpon yg kecik tapi tak kisahlah janji boleh baca.

Noe,tahniah sangat2 and bersyukurlah anda selamat n

mai said...

ye memang sakit bius cucuk tulang belakang tu kalau bukan pakar. Rasa sedih dan geram bila teringat masa nak operate dulu pompuan tu cucuk belakang 2-3 kali utk bius tapi tak berjaya sampai kite nangis teresak2 pon dia buatdek je, Last2 dia terpaksa bius yang sedut tu, bagi kite pengsan sepenuhnya.. Oh tak dapat bayangkan kalau kena sekali lagi (Perhatian, ni bukan pengalaman bersalin)

tubelawak said...

salam akak ladynoe.. saya link akak ladynoe kat blog saya.. ehehehe.. bodek sikit..

http://tubelawak.blogspot.com/2010/01/burung-murai-versi-mengamuk.html

Fandi Tamyes said...

kepada durian,

aku bukan geletek anak aku pakai janggut la. aku berbisik nak turunkan ilmu pembentukan plastesin ni kat dia seblom kau dapat anak ni.

hahaha.. jaga2 weh..bapak berbisik, anak mesti cerdik!

peribahasa baru.

fandi tamyes

Ejamaria said...

dasat cerita... detail tuh... sian org2 yg blum ade anak sure ngeri... lepas ni wat entry nikmat bila dah ade anak yek... bagi org lain berkobar2 nak anak gak...