14.1.10

Self-Marketing Bagi Sesetengah Perempuan Yang Tak Berapa Nak Cantik Sangat


Aku jarang nak claim yang seseorang perempuan tu tak lawa atau no-eyes-see lah sebab kadang-kadang kita kena lebih berpijak di atas dunia yang nyata. Semua orang ada tarikan fizikal yang tersendiri. Nak-nak perempuan.

Tapi once bila aku start cakap "tak cantik" atau "kurang ada rupa" - bermakna aku memang betul-betul maksudkannya lah. Bermakna memang aku ketepikan badan yang mungkin dirasakan mantap, seksi dengan aset-aset yang tertentu. Aku fokuskan kat muka je. Bermakna memang muka kau out lah. Itu bagi aku lah.

Aku dengan Encik Azmi selalu berbual mengenai isu-isu yang sarat melanda senario masyarakat terkini. Dia memang seorang inteligent bastard. Kau kena kawan dengan dia sekurang-kurangnya setahun untuk clarify mana satu kata-kata dia ialah fact mana satu fake. Atau joke bangang.

Dia akan duduk di depan meja aku sambil membaca suratkhabar Harian Metro dan mengulas apa sahaja jenis topik yang dirasakan bagus untuk diulas. Untuk dibawa berbual. Dan salah satu pendapat dia yang aku nak relate-kan dengan nukilan aku hari ini ialah;

"Perempuan yang tak berupa sangat ni memang suka push diri mereka too hard dalam kegiatan seksual. Because they got nothing physically. Jadi bila dapat peluang yang diberikan oleh lelaki-lelaki penipu ranjang satu malam, dia akan memberikan the most greatest effort untuk di label "wanita yang hebat di ranjang"

OK aku tak kisah lah tentang kehebatan sesiapa pun dalam hal ranjang panjang manjang ni segala - mungkin aku bukan seorang yang TERLALU open-minded untuk mencanangkan cerita-cerita macam tu tanpa sebab-sebab tertentu - tapi, aku rasa topik "hebat di ranjang" ni aku rasa macam tak perlu dibicarakan lansung pun. Nak-nak kalau tujuan kau bercerita adalah untuk membanggakan diri semata-mata. Nak-nak kalau kau seorang perempuan. Nak-nak kalau kau perempuan yang kurang ada rupa.

- sebab aku secara automatik akan teringat iklan KOPI JANDA, KOPI JANTAN, dengan visual katil patah atau wajah Kazaruddin yang menunjukkan tanda bagus (thumbs-up) serta testimonial murahan yang mencatatkan kehebatan mereka selepas mencuba produk-produk tertentu.

Yang sekali gus akan buat aku rasa nak label yang self-marketing kau tu murah gila.

Macam, rupa tak ada, V****A dijaja.

kan dah kasar bahasa aku.




13 comments :

ateeka amer said...

serius kasar kak. but that's the truth.

takde apa nak dikomen lagi. semua dah clear as written (;

aj. said...

tak penting dan tak perlu tahu ...

aj. said...

but great point thou ...

KayNisa said...

two thumbs up noe..

fynn jamal said...

cara lain:

main games / application / quiz:
1) apa posisi kamu di ranjang.
2) sehangat mana ciuman kamu.
3) sentuhan kamu yang mana yang mencengkam jejaka.

dan publish di wall fesbuk.

masalahnya muka dia stok innocent dan berpahala.

Ladynoe™ said...

hahahah fynn!
that is exactly what happen amongst them!

Rubah Terbang said...

yap..aku setuju apa kamu taip..

ntah ape2 je buat bisnes pesen tu..

guna name yg tk de nilai langsung

Amirul Rezza said...

Ada blogger gempal mana entah label dirinya: Cute Polite Attractive.

Ni kes blogger la ni.

hydé.ben.basiran. said...

Naseb baek Maria Ozawa ada rupa.

mohd fauzan said...

dz coment xd kaetn pn dgn topik
tp salute cz tgk ko nye due lg 6ari
tp stil leh mnulis
thumbs up
smoga dpt ank yg bek

phish said...

mmg terbaek nieee...

GEREK ITU ALIA... said...

2thumbs up for you! best

Weed and Bandages said...

belum lagi dapat application games yang keranjangan di facebook. lagu tu pun ada ka.. ayoyoyo