15.1.10

Seram 5 hari

Aku selalu pandang sebelah mata je dengan coklat ni sebab packaging dia tak menarik. Sekali beli - rasa - umak ai ketagih!

Wtf? 5 hari lagi?

Aku pernah terbaca yang kalau ada sejarah keturunan yang lahir lambat ni, memang akan menurun juga. Aku tak ingat pulak kat mana aku pernah terbaca benda-benda macam tu. Kadang-kadang sambil tunggu turn jumpa doktor pun aku baca je segala majalah yang ada dekat tepi-tepi seat tu.

So aku kurang peduli sangat lah bila jumpa sesetengah orang yang cakap mengandung anak sulung ni selalunya awal seminggu dua lahirnya. Sekejap aku jumpa orang lain cakap benda yang reverse pulak. Aku ni lagi 5 hari. Kurang dari seminggu. Anak aku ni takut nak menghadap dunia luar agaknya. Nak-nak selalu dengar mak dan abah dia berbual tentang teknik nak mendidik nanti.

Fandi kekal dengan teori dia - "Nangis pujuk, nangis pujuk, nangis pujuk,"
Aku kekal dengan cara sendiri - "Nangis rotan, degil rotan, banyak songeh - rotan,"

Secara logiknya aku memang agak seram lah nak menunggu saat melahirkan. Aku mungkin dah bersedia nak menghadap sakit bersalin. Sebab aku percaya benda tu semua sedikit sebanyak boleh dikontrol oleh otak. Lagi pun sakit tu sakit yang datang dari badan sendiri. Sakit natural. Yang aku seramkan sangat bila gunting, pisau, jarum jadi pengantara antara aku dan rasa sakit yang ditambah-tambah kelak.

Sumpah, takut.

Ada yang tak takut sampai boleh choose untuk c-sec (pembedahan) which is, aku tak nak lansung pun. Sebab aku tahu potensi badan aku untuk mengecut balik kepada yang aku inginkan adalah lemah. Jadi kalau boleh normal, normal la. Aku nak bengkung-bengkung. Aku nak cerut perut dan peha aku. Aku takut perut aku jadi macam permukaan muffin yang macam aku tengok kat IKEA ahad aritu. Aku cakap ni bukan bermakna semua perempuan lepas bersalin akan jadi tak best. Cuma aku yang terlalu concern - sebab macam aku cakap, aku tahu potensi badan aku sendiri.

Bagi aku, normal is better. Ramai perempuan yang tak pernah beranak normal lansung pun, memberi dakwaan yang bukan-bukan terhadap saiz vagina perempuan yang beranak normal. Even ada sesetengah kenalan lelaki yang sudah bergelar suami/bapa di mana isteri mereka bersalin melalui pembedahan, pun memberi dakwaan yang sama.

Tapi aku terfikir jugalah, apa perempuan-perempuan tadi lesbian ke apa boleh belek vagina perempuan lain sampai boleh tahu saiz lubang. Atau yang lelaki tu....berapa banyak pulak vagina ibu lepas bersalin normal yang dia dah kelebek? - "Hakikatnya semua benda ada solution, bai," (baca nada rempit).

Apa-apa pun kaedah atau cara semulajadi mesti akan selalu menang dalam segala aspek. Sebab tu aku teringin nak menjalani semua progress hidup ni secara normal lah. Nak-nak kalau masuk bab bersalin ni. Itu pun kalau dapat lah. Kalau tiba-tiba aku kena belah-belah perut jugak, aku tak boleh nak buat apa. Redha je.

Hari ni last aku datang pejabat. Lepas ni aku lek-lek je kat umah tunggu saat melahirkan. Cuti, yo. Bukan senang nak cuti panjang macam ni. Aku kawen dulu pun cuti 3 hari je. Gila tak enjoy. Nasib baik boleh jugak menghasilkan zuriat dalam tempoh cuti yang maha pendek untuk pengantin kebiasaannya. Macam komen Anna Joe - "Noe ni bunting pelamin." Oh yeah.

OK lah akhir kata, seram aku tak reda pun sampai sekarang. Terpikir-pikir je dah ni. Siapa yang rasa kita kawan - dan ada pernah bagi number phone kat aku - tunggu je lah SMS berita baik dari aku. Lepas terima SMS tu, kalau nak respon, respon dengan SMS jugak yeeee....sebab aku ni memang jenis malaih nak angkat phone..(walau sebenarnya aku hargai sikap prihatin yang korang ada)...hehehe


P/S: OK aku rasa blog Perempuan Jomblo ni dah macam dah too much info untuk bacaan kanak-kanak bawah umur. Get ready la. Lepas ni banyak lagi benda-benda merepek yang aku akan dedahkan sampai korang takut nak jadi dewasa. Haha.


42 comments :

Aku A-Z-Z-U said...

Noe, siapa tak takut nak bersalin kan? :) aku nak bersalin dlm bulan 7 ni pun aku dah cuak dah skang ni..aku ade dengar org kate, kalau baby pompan, selalunya awal seminggu...sementara kalau baby laki plak, lewat seminggu..ape2 pun Noe, hang on. u can do it!

p/s: aritu mase di Ikea, suami i kata ternampak Fandi, i tanye Fandi mana? Siapa Fandi? Suami i bilang Fandi suaminya Pompan Jomblo. Oooo..! (tringin nak tgk kau dgn perut besar tu) ;)

Ladynoe™ said...

wah, IKEA ahad aritu memang ramai.

tutup mulut said...

inspiration dan ter-inspired :D

NahWaL said...

Noe, nanti ko nak kasi anak ko nama apa? HEHE.

Siti Nornadiah said...

scary gila kot!!

fuhfuhfuh~

ainee cumi2 said...

takpe tambah ilmu..hehehheh!

takutnya gunting jarum segala tu..kalau tak gunting tak leh ke k.noe?

ainee cumi2 said...

ehh btw jgn lupa suruh a.fandi rakam detik detik k.noe cakap, "u!u!i rasa dia nak keluarlah"..
sure kelakar..heheheh!

Nona said...

depend pada orang rasa sakit bersalin nie..ada rasa sakit..ada yang tak..tapi pada i..bila u pk tak sakit..maka tak sakit lah jadinya..bila u dah rasa sakit nak bersalin tu..gunting pun u takkan rasa..jahit tu apatah lagi..sebab bb dah keluar..nak jait ke..apa ke..dah tak rasa apa lansung..i suggest u bersalin normal..pengalaman tu yang penting..adios..selamat bersalin..:)

QuTaQ said...

noe,

aku pilih normal.
tapi anak aku ngadap langit waktu nak keluar. dah nampak rambut pun.

tak boleh nak forsep. terus c-sec. anything can happen. doa banyak2 ok.

c-sec pun boleh bengkung. tapi bukan kat tempat jahit. 8)

ujee said...

Hi...for me..anak 1st ke anak 2nd ke sama je...awal 2weeks...doc ckp mungkin i ni xtif....tp x tentu juga...yg penting u berdoa segalanya selamat & berjalan lancar...
doa supaya :-
- senang nak beranak...
- doc & nurse bg service baik punye
- nak gi hosp. tiada halangan such as jem, sesat etc

So..semoga dipermudahkan segalanya...amin...

youramirah said...

noe,saya doakan noe selamat melahirkan.saya teruja sgt bila dpt tau saing2 saya kawen aritu (saya nikah jun) dh pregnant.btw, saya xleh preg lg sbb ada cyst kt dua2 ovari.sedih sgt.btw,noe take care ye!

fynn jamal said...

noe tulung la masukkan mak dalam yu punya sms list, nok.

bestnyeeeeeeeeeee~~

^wirda^ said...

selamat teran noe!!! hahaha
selamat pakai bengkung..selama nyusu bb..
haa semua ni doa aku moga2 ko branak normal..;)

susudalambotol said...
This comment has been removed by the author.
susudalambotol said...

kalau baby girl, dia memang lambat keluar sebab ada Dr kata baby girl dia kurang "semangat" nak push out.

baby boy, dengan sendirinya dia meronta-ronta nak keluar.

kau kena kuat, noe. kazen aku lahir baby girl memang lambat sebab dia duduk je dekat pintu rahim tu taknak keluar.

apa-apa pun, lain orang, lain nasibnya. doa je semoga kau dipermudahkan untuk bersalin.

good luck, noe. tak sakit pun :)

Anonymous said...

good luck lady noe...insyaAllah semua selamat....pray for u...diana

headbart said...

u'll do okay inshaAllah.
Aku terpaksa branak caesar masa baby 31wks. Sbb bleeding like hell. Labor pain 9 jam je, tapi selama 4 jam, 2mins interval tuh yg takleh tahan. Masuk drip ventolin pun contraction takmo stop. Skali caesar, aikkk, tak saket pun... Suka la aku!

After 2 hours lepas operation, anak aku still kat nICU, saket post-operation pun pelan-pelan dtg. Hadoi!!!! 2days aku telantar.
Sape la kata caesar tuh tak saket mmg lah dogol! Caesar sangat susah nak jaga. Normal delivery 3 hari V-part ko dah tak saket. C-Sect, sampai 6 bulan baru saket kat potong tuh baru betul2 ilang.

Gud luck! Doa banyak2. Jgn lupa lepas branak, once ko dah leh bangun kena terus mandi wiladah. Satu benda yg org Melayu kita selalu lupa.

Myth said...

We wish u a very happy delivering and we'll wait.

Jangan gatal pas baby kuar terus amik gambar and buat entry baru. Rehat dulu

missycha said...
This comment has been removed by the author.
missycha said...

hie noe!
semoga perjalanan kelahiran anak anda smooth and cemerlang!

=)take care!

H A N I said...

doa byk2 nk bsalin nnti k..smoga smuanya selamat..insyaAllah..

♥ EeiNz ♥ said...

depend la rasenye. cz mase i lahirkan anak i dlu, baby girl. due date yg i / doc kire adalah tepat.

sehari sebelum bersalin, i da start rs sakit so i bwkkan2 diri ni berjalan cz laluan bwh kite akan bukak so snag la jugak bb nk kuar nti.

mlmnye lak mmg kompom da nk bersalin cz mase i buang air kecil kuar darah sket. so, gi spital jek
da bukak 4 cm then trus masuk ke labour room.

tgu sat....pas tu kuar la baby ...hehheh..

anyway, gud luck noe !! ;)

KayNisa said...

gud luck! smoga noe n baby same2 sihat. itu yang paling utama =)

Aziel Azhar said...

5 hari lagi ya? Banyakkan doa dipermudahkan semuanya. Start visualising from now yang semuanya berjalan dengan lancar dan seperti yang diharapkan, dari perjalanan ke hospital, hinggalah pulang dari hospital nanti.

Btw, I cukup anti kalo orang lelaki/kaum suami/bapa yang mendakwa macam-macam tentang saiz v perempuan beranak normal, sebab patutnya dorg rasa bersalah sebab itu dorg punya angkara jugak, dah tu carilah penyelesaian bersama, jgn dok komen bukan-bukan je. Ouuchh..sorry-sorry, teremosi pulaks.

Selamat, Noe. I'll pray for you. ;)

siti norfatiha said...

Noe,
saya doakan semoga semuanya selamat..insyaAllah..

saya link blog Misi5April dgn blog wedding saya ya...

Anonymous said...

good luck!
insyallah semua berjalan lancar. saya akan masuk blog awak dn baca news terbaru.

FaizJB bru baca blog ini said...

kau rajin buat senam x masa bunting?
aku ada tgk kat TV, kalu rajin senam, x sakit sgt bersalinya
mudah je keluarnya..
smoga dpt anak yg kreatif mcm parentnya..
*sib baik lelaki x leh ngandung!

ketiak said...

Jgn kuar anak biawak sudah r

Ladynoe™ said...

KETIAK

terima kasih beb.

Cik Ecah said...

kak noe, nak nengok pic baby!!!!! (^_^) normal ke ceaserian(eh tul ke eja gini..)??

Aishah Rahim said...

kesian bila ada manusia macam ketiak ni.

Fandi Tamyes said...

harap2 ketiak ni tak pernah ada anak la. bahaya manusia macam ni kalau ada anak.

AuRorA DiAnA said...

kak noe, bile baby nak kuar ni?
xsabar nk tgk gambar..(kalo publish la) huhuhu

gud luck... =)

xeea said...

all the best!
:)

NaD said...

Noe, aku kenal kau melalui penulisan kau. Tapi kau tak kenal aku :)

Hari2 aku buka blog kau nak tahu kau dah bersalin ke belum.

Aku doakan kau dapat melalui proses bersalin dengan mudah dan Allah kurangkan sakit bersalin kau nanti. Take care!

NaD said...
This comment has been removed by the author.
biolatanpadawai said...

Babe, kalau aku kenal ketiak ni, aku cari dia aku bunuh je dia.

hajaribrohim said...

good luck mak!!! :)

Anonymous said...

Noe, dah beranak lom? Aku tunggu hari2 ni..tak sabar aku nak tgk Noe jr!

Myra said...

All the best LadyNoe,

insyaAllah kalau u deliver vaginally and dgn pain relief (eg epidural n others) masa gunting2 tu tak rasa :) ni so far what i have seen la.

if it's any comfort to u, ms rotation aritu ada seorang ibu muda (first time giving birth) tak sempat pun dpt epidural, no pain relief langsung and berjaya dpt a baby girl (and the husband menang the bet its a girl hahaha). she was brave i tell u, boleh senyum2 in between mengah2 sakit gila tu, salute aa.

at the risk of sounding too asian (haha), i fikir kalau mat saleh yg technology dependent boleh buat, apa lagi kita yg kaya dgn kepercayaan2 ni :)

i wish you and your loved ones the best :)

chenta said...

TAHNIAHHHH NOEE....:D

i got the good news in twitter.

cepat cepat cepat cepat mintak fandi updatekan perempuan jomblo.nak tengok pic baby!!!!

zinnia-lyana said...

kak noe, semoga semuanya selamat, baby dan mak baby sihat semua. =)