3.1.10

Skim Simpanan 1 Malaysia - kerana tidak ramai yang rajin menabung.

photo taken from -langitperempuan.com

Aku faham, ramai di kalangan kita yang menanggap caruman bulanan di KWSP merupakan satu beban di atas faktor-faktor yang tertentu seperti tanggungan hidup yang tinggi, keperluan diri yang semakin demanding dan sebagainya lah.

Aku pun pernah rasa benda yang sama. Dulu, aku pernah rasa nak beritahu bos di tempat kerja lama aku supaya kecualikan aku dan gaji aku dari caruman KWSP. Tapi aku tak buat pun. Aku senyapkan sahaja sebab aku rasa benda tu mustahil.

Sekarang, dia tak diam, bila aku semak wang terkumpul di dalam akaun KWSP aku hasil daripada caruman sejak aku bekerja sebagai kru McDonalds selepas SPM dulu, barulah aku sedar sedikit demi sedikit, yang aku perlukan simpanan sebegini untuk masa tua aku. Untuk aku nak beli rumah kelak atau macam-macam lagi lah.

Hari ini, KWSP memperkenalkan Skim Simpanan 1 Malaysia yang menyeru 2.5 juta rakyat Malaysia yang bekerja sendiri, tak makan gaji, tak ada orang ketiga yang boleh wujudkan akaun untuk caruman KWSP, pakcik petani, pakcik dan abang Nelayan, brader photographer, pemandu teksi, mak andam dan sesiapa sahajalah yang bekerja tanpa majikan, pergilah, mendaftar akaun untuk mencarum di KWSP demi masa depan yang lebih cerah daripada yang kamu sangkakan.

InsyaAllah.

Bagi aku, ini adalah satu peluang yang tak wajar dipersia-siakan memandangkan tidak ramai yang rajin nak menabung. Kalau yang rajin pun, bila cukup RM1500 mesti cepat-cepat pergi cucuk beli PS3.

Kan?Kan?

=D

Maklumat lanjut tentang Skim Simpanan 1 Malaysia.




8 comments :

Jiey said...

PSP pun tak lepas.

juliahoneyshakes said...

noe..

ju setuju ! ju setuju !

macam papa ju kan noe,
baru2 ni dia check dia punya kwsp.
mak aih. nearly one mil.

sebab lepas dia graduated from uitm,
dia terus kerja..
so caruman dia banyak.

kagum betul ju.
pendek kata, kwsp ni memang sangat2 lah untung & berguna.

zee said...

kenapa baru skrg nak buat? kenapa tak dari dulu. sbb sstgh manusia kalau ada duit yg banyak, mesti akan fikir membazir nak bayar kwsp tau.

Anonymous said...

knape bau skang nak bat? tak brape on target soklan tu.. soklan nyer knape bau skang denga ttg mende nie.. tak de promo yang gempak2 kot.. alasan yang zee bgi tu mungkin sebab2nyer.. ade duit bak pe nak tabong.. kasi joli lagi bgus.. mende nie dlu lgi da ade.. yg nie upgrade version.. namenyer self employed scheme.. aku tau pon sebab member aku join.. die bukak cc.. tu pon setahun tah bape kali jek die carum.. aku penah tanyer die.. bbaloi ke..? selambe jek die jawab skang nie tak... so aku bat2 paham jek la nie tuk ari tue die sok kot.. ble dah tak de sape2 nak bela die nnt. skali pk mmg tak bley blah.. da simpan ti umo 50 lebih bau bley kuo blik.. but bile dpk lebih darik 50 kali.. bgus gak.. dgn syarat2 yg ketat bley bat kite jdik disiplin secara pakse.. yang penting kite carom ikut 'baju' kite.. jgn ikot 'baju' noe skang.. (besar)hu.. huu...

Ladynoe™ said...

ZEE

kalau fikir BAYAR, mesti kau rasa membazir. Tapi kalau kau fikir SIMPAN, lepas tu fikir kau akan dpt pulangan semasa umur kau 50 tahun nanti, aku rasa membazir tu tak ada dalam kamus caruman KWSP kau kot.


ANONYMOUS

amboi kemain kau ckp baju aku besar ye. kau tunggu la Mei ni. kau tunggu. Anyway, hussin, kau boleh isi nama kau kat form komen bawah ni. Anonymous-anonymous ni komen kadang2 bagus, cuma tak nampak pro lah bro.

Anonymous said...

hussein..??? sape tue..? ensem ke die nie..?
ye laa.. len kali kalu komen aku letak name ngan ic skali.. sabrina ok..? semenjak mc da bape kali die golek2 romba dalam prut mak die..?

Love Balqish said...

membazir ke mencarum?? tak le.. tu bekalan untuk masa tua.. mana la tau kut2 boleh guna utk pegi mary france (gitu ke eja??) ke, yun nam ke... ye la. dah tua sok, hormon dah berubah. hehehe

Anonymous said...

bodoh, baru nak sedar ke, mmg btol la mahathir cakap org melayu sntiasa dlm dilema..tak sudah2 bg alasan,dah nak mampos baru nak sedar, orng lain dah lama idup senang kaya raya, peribumi merintih di tanah air sendiri..tapi mujurla sdar gak. baguslah. simpan le bnyk2,...p/s:aku memang pandai hahaha