10.2.10

Sabrina Affandi #003


Gambaran refleksi memang tak berapa jelas. Tapi aku nampak permukaan perut aku daripada bersih warna kulit terhiris sedikit demi sedikit. Dikoyakkan lalu berdarah. Macam-macam warna aku nampak. Coklat, merah, kuning dan akhirnya Pakar Bius itu berkata;

"Puan, sekarang kami akan keluarkan baby puan ya. Puan akan rasa sedikit senak tapi tak menyakitkan," Aku mengangguk.

Selepas itu orang yang sama juga mara ke bahagian atas perut aku dan walau aku tak berapa pasti apa yang mereka sedang lakukan, tapi aku rasa dia sedang berusaha menekan bahagian atas perut aku untuk keluar kan Sabrina. Memang senak, tapi tak menyakitkan.

Tepat 8.20 malam
Aku dengar suara di mana aku tahu itu suara anak aku. Aku tergelak sebab bunyi macam Donald Duck. Air mata aku mengalir. Shit dah jadi mak dah aku. Lepas tu kerja menjahit perut bermula. Pakar bius tu memang rajin update progress kerja diorang. Sampai lah dia tanya,

"Puan kerja?" Aku angguk
"Kat mana ya?"
"KWSP,"
"Eh kalau nak buat pengeluaran dari akaun pertama sebelum umur 55 boleh tak?" tanya doktor bedah pulak.
"Erm...boleh kot. Tapi kena ada sebab kukuh la kot. Eh entah. Saya bukan kerja bahagian pengeluaran. Jadi tak berapa tau sangat sebab baru je kerja situ,"
"Oh awak bekerja sebagai apa?" Pakar Bius pulak tanya.
"Saya designer,"
"Ohh...designer...,"
"Apa?" tanya doktor bedah.
"Designer," Pakar bius tolong jawab.
"Oh..designer...,"

Mereka terus berbual mengenai KWSP. Aku - layan diri. Selepas siap membersihkan Sabrina, salah seorang staff nurse tunjukkan Sabrina di sisi aku. Aku disuruh cium kedua-dua belah pipi Sabrina. Wangi bau dia.Selepas dimaklumkan bahawa pembedahan aku berjaya, aku dimasukkan ke wad semula. Badan aku mengigil macam baru lepas keluar dari peti sejuk walau dah 5 lapis warm blanket diselimutkan di badan aku.

Time tu aku sorang. Fandi takde. Sabrina takde. Aku termenung panjang. Damn..aku nak sangat bersalin normal, takut sangat caeser, sekali 2 bijik Tuhan kasi aku rasa. Sakit nak bersalin normal, dengan takut pengalaman nak dibedah. Dalam seberapa ketika aku rasa macam hidup aku kosong sekejap..

Tak lama lepas tu suami aku muncul. Lapang dada aku. Dia pandang aku senyum. Aku tak tau maksud senyuman dia pun. Samada senyum sebab bersyukur semuanya dah selamat. Atau senyum sebab lawak tengok keadaan aku dengan rambut mengerbang cam pontianak masuk bandar. Aku redha je lah walau apa pun sebabnya.

Aku dibenarkan balik pada hari kedua aku di wad. Dengarnya keadaan aku semua OK. Sabrina OK, aku pun OK. So balik. Dan sekarang, aku sedang menghabiskan waktu pantang dengan Sabrina di rumah mak aku.

Hari ke 7
Aku dah boleh bergerak macam biasa. Cuma mindsetnya ialah 'perut aku ada luka bedah'. Jadi pergerakkan aku sedikit berhati-hati. Ngeri luka tu tetap ada. Tipu la kalau aku cakap tak ada. Aku tak pasti samada bersin, batuk dan meneran di jamban akan menyebabkan luka bedah itu akan terburai adalah satu mitos atau hakikat sebab aku takde masalah pun dengan 3 perlakuan tu sepanjang saat ini.

Hari ini (ke 21)
Aku berpantang tidak lah seketat mana. Tak bertungku sebab malas dan tak sempat. Tak pakai pilis sebab aku tak suka bau busuk. Cuma aku rajinkan makan ubat-ubat yang diberi dan cekik saja apa yang mak aku hidangkan. Aku banyakkan minum. Air suam, horlick, milo, susu, soya (tapi semuanya tidak sejuk- tapi Sabtu lepas, aku baru je curik-curik minum Coke. Tabley tahan woo) dan lauk aku pun aku suruh mak aku buat berkuah. Penting untuk seorang ibu yang nak menyusu-badan-kan anaknya menjaga kandungan cecair di dalam badan. Jadi aku ketepikan ramuan makanan berpantang yang kering kontang tak masuk akal tradisi mak nenek moyang aku. Jadi mak aku pun masak la sup lobak putih lah, sup ayam lah, ayam bakar awesome, dan ikan panggang meletop. Aku makan beras perang untuk membantu mengurangkan berat badan sebab beras perang kurang kanji dan gula. Dan oh ya, berbengkung seperti biasa dengan harapan perut ala-ala muffin dapat dicegah. Siapa yang tahu, aku adalah mangsa nafsu makan semasa mengandung sampai obesiti. Jenuhlah nak turunkan berat badan kepada yang asal.

Dan aku susukan anak aku sekerap yang diperlukan memandangkan Sabrina memang budak kuat menyusu.

Sebut pasal hal penyusuan, memang betul lah penyusuan badan secara eksklusif ni dugaan dia - tebabow - hari demi hari aku pujuk diri aku supaya jangan lekas putus asa. Memandangkan aku dikelilingi oleh orang yang tak pernah breastfeed secara bersungguh, maka dugaannya memang tinggi. Nak-nak bila Sabrina kelihatan macam tak puas menyusu. Macam-macam suruhan aku dengar seperti;

"Beli lah susu kat kedai satu tinnnnnn..budak tak puas menyusu tuuuuu,"

"Bancuh lah Nestum ke..Growel ke dalam susu supaya dia kenyang dan nyenyak tidoooo,"

Aku senyap je. Almaklumla ibu baru macam aku, kalau banyak cakap kang, keluar lah buku sejarah pengalaman tok nek mereka. So diam je lah. Pesan aku kepada semua, breastfeed ni memang sangat-sangat baik. Tapi tiada paksaan. Kalau kau taknak susu-badan-kan anak kau, terpulang lah. Memang tiada paksaan. Tapi, jangan la paksa orang yang sedang berkeinginan besar nak susu-badan-kan anak untuk mengalah dan beralih ke susu formula, ya.

Takpe Sabrina, selagi boleh, mak akan susukan kamu segigih yang mungkin.

Bagi yang bakal menimang cahaya mata dan berkeinginan besar tapi berpengetahuan kecik untuk susukan anak secara eksklusif, agak-agak ada masalah, korang pergi je susuibu.com. dan kellymom.com. Memang banyak membantu.

Pengalaman melahirkan Sabrina buat aku insaf di tahap maksima. Saat tu aku mohon sangat-sangat walau aku tak dapat bersalin normal, aku harap c-sec pun mensucikan dosa-dosa lama aku seperti yang dijanjikan Allah SWT terhadap setiap wanita yang melahirkan anak.

InsyaAllah.

(Tamat Bab Pertama)


24 comments :

eRaY said...

noe, truskan semangat ko nk susukan sabrina exclusively yer...
baby mmg mcm slalu nanges mcm lapar, tp nope, bb x lapar pun...cube ko bayang bb dh lame dok wrapped dlm perut ko, nie suddenly die kuar ke alam fana, sure bb perlukan masa nk adjust tempat baru die...dunt worry, jgn ko terperdaya ngn pujuk rayu susu formula

nuraarin-life said...

Susu badan mmg sgt baik untuk kecerdasan otak serta menjalinkan ikatan yg kuat kita dgn bb.. Jadi Pn Noe kuatkan semangat utk susukan sabrina k..

Seronok baca pengalaman melahirkan anak (w/pun bkn normal) tetapi still a good experience..

Ladynoe™ said...

ERAY = terima kasih!

J u l i a 。.゜✿ said...

Noe.. ju pun takkan putus asa breastfeed my baby. memang panic bila tengok baby cam tak puas menyusu. mula lah dia buat aksi menggelupur tak tentu arah.
tapi ju suap juga. hihi.

noe.. ju makan ikan Cod masa berpantang. huwaa badan segar & rasa dia best.

sayang noe & sabrina !

^wirda^ said...

ya teruskan BF selagi ada..;)
perut bb tu kecik je..tak perlu push byk2 makanan..buah pinggang penat nk process..apa yg Allah beri itu mmg cukup utk bb..

yanie said...

jgn dgr ckp org. my sis pon susukan ank dye sendri smpi umur setahun. berjaya je. dan lagipon blh kurus ;)

Kakakdegil said...

Walaupun kene c-sect, still rasa indah jer time nampak baby tu kan?

Kes kita lebih kurang.. susu tak banyak
Cam kes saya, banyak minum milo. Satu hari sampai 4 mug milo tu. Tak cukup dgn tu, milo wafer ngn milo nugget pun belasah jugak
Kira satu hari tu, susu ngam ngam lah kut utk baby

Ada orang kata, pikirkan susu banyak.. nanti susu tu mengalir laju sket.. :D

Cuma, masalah utama sekarang adalah puting yang terluka..
Nyut nyut sampai kuar airmata..

durian! said...

wei pendi! apa tu atas perut sabrina? warna biru tu..plastesin kan! cis, kau dah mula melatih!

jas imran said...

pheeww... akhirnya abis gak episod dlm labour room...

chaiyok noe! keep 'BF'ing! :D
most of my frens' babies yg BF mmg sihat2 dan cumil2... sabrina will be one of them...

Reen said...

noe, selame neh silent reader.. xleh tahan nk gelak dengar ko cite pasal pontianak bru masuk bandar.. hahha:)

aku da nk bsalin kot bln 5 kang.. nnt bole mintak ape2 petua dri ko ehh?

aku suke gile tgk baby girl ko neh
pndai tgk kamera:P

angkasa said...

"Beli lah susu kat kedai satu tinnnnnn..budak tak puas menyusu tuuuuu,"

Selalu sangat dengar time pantang dulu.


"Bancuh lah Nestum ke..Growel ke dalam susu supaya dia kenyang dan nyenyak tidoooo,"

Kepala hangguk kasi Nestum kat baby kecik. Ingat perut baby macam orang besar ke?


Anyways, don't give up breastfeeding! Selagi ada niat dan usaha, insya Allah, Allah akan bantu. Can't wait to see the both of you! :D

tubelawak said...

wahh.. syok no ada baby..

azizah said...

LADY Noe

Sabar banyak2 waktu nak bf. ini semua dugaan. bila luka tu dah kering minta emak masakkan hati lembu berlada hitam dan sup ketam. isnyaallah banyak susu tu nanti. saya masih amalkan petua ini walaupun sekarang baby saya hampir setahun setengah dan baby saya still bf. kalau nak bagi susu formula boleh tp bukanlah sepenuhnya sebolehnya cubala selepas 2/3 bulan usia baby dan guna tin yang kecik untuk percubaan.
nestum tu jgnlah memang tak elok lansung untuk perut baby mcm baby sabrina.
walau bagaimanapun banyakkan sabar. kadang-kadang kita ingat baby tu tak puas dengan susu tp sebenarnya mungkin dia kembung atau tidak selesa atau sebenarnya dia nakkan perhatian ibu dia... minta didukung dipeluk atau dibelai

malyssa said...

noe, aku rasa, klu org ckp kat aku mcm tu, maunye aku mngamuk meroyan kejap kot..iskk aku ni pun tgh tggu hari, so aku harap2 xde la org nak ckp bende2 yang buat aku marah time aku pantang, kang x pasal2 je...

btw sanbrina sgt comel..mcm muka fandi..:)

perawan said...

alah,best kan..hepi kan..
dh jd mak dh..
'bunyi macam donald duck'..
haha.
ish..tp mse 'proses pengeluaran' tu mcm sakit je..
mcmne lg la rsenye kan..
nak2 yg ade prob wanita,
such as period pain thap gila takde igt..
klu yg pernah/ada kemungkinan/sedang mengalami penyakit endometriosis tu pulak mcmne eh kak?
(ish,da mcm sesi ceramah kesihatan lak)..

Anonymous said...

ingatkan comel sangat anak ko ni

nabirakashogi said...

Noe, congrats wei dapat anak. Ish ish syok nya dapat anak hhehehe aku suka budak2 kecik ni.

Anyway, kakak aku dulu breastfeed anak dia lama gak kot. Mula2 biasa la dia tak mampu nak kluaq lagi, lama2 nah sampai tak tersimpan la kira susu tu.

Aku tumpang hepi ang ngan Sue Anna dapat anak comei2 hhehhehe

nab.

chika said...

Kak Noe,
My husband cakap ; Baby akan stop sendiri menyusu ikut secukupnya yang dia nak. Kalau lepas minum sikit dia stop, dah la tu. Maknanya insyaallah dia dah cukup. Kalau dia menangis pon, bukan sebab dia lapar. Memang fitrah baby untuk menangis.

Malah baby tu sangat berterima kasih atas susu ibunya :)

nen said...

ya ya jgn lupa bagi gmbar close up baby menyusu ya.. dulu hubby yang hisap sekarang baby pula... heh tentu rasanya tak samakan..

sarah meay.snm said...

nak kasi anak puas minum susu kan kak, jgn bg dia isap kat puting, tapi kat bahagian hitam breast kita.

Saja nak kongsi sebab tengah dengar ceramah psl cr nak susu baby. Ngeeee!

aZeeMaH said...

tahniah noe!

harap2 niat noe seiring ngan usaha noe...

insyaallah berjaya...aminnn

sereez said...

go go chayok!

NuRuL AiNA said...

baru nak bagi semangat pasal bf nih.. sbb sama je untuk kite yang duduk dalam kelompok yang tidak bf secara bersungguh nih..

apa pun semangat harus kuat ye noe..

aku berbulu betul dgn anon kat atas tuh.. apahal la plak anak nak dikaitkan..heshh potong mood betul

Ladynoe™ said...

nurul Aina

orang gila memang macam tu. Orang tak kacau dia, dia sibuk nak kacau orang. Nasib baik gila. Sebab tu aku malas nak layan.

anyway, thank you sebab turut memberi semangat.
=)