16.3.10

Dunia Keibuan

mucuk la gunung payung~

Minggu depan genap 2 bulan aku jadi seorang emak. Dalam 'dunia' keibuan.

Jadi ibu adalah fenomena paling mencabar - dan membahagiakan kalau aku hayati betul-betul. Kerja rumah terkecah-kecah aku buat. Dengan nak susukan Sabrina lagi, nak masak untuk suami balik makan malam lagi. Nak masak untuk diri sendiri di waktu tengahari lagi. Nak kemas itu ini dan sana sini. Kerja sebagai suri rumah tangga tidak lah sesusah mana. Bagi aku lah, ianya hanya kerja yang kau tak payah belajar pun sebab semua benda tu kau akan tahu sendiri. Tapi, semuanya adalah tentang kebijakan seorang wanita dengan pengurusan masa - di mana aku percaya, tak ramai orang yang terlalu berjaya dengan hal pengurusan masa ni.

Jadi, kalau masa pun semacam nak berlumba dengan kita, semua kerja dirasakan susah.

Teringat masa pengalaman aku belajar Add Math dulu. Rumit. Susah. Tapi bila dapat settlekan satu-satu, puas ya amat.

Aku percaya manusia berevolusi. Berdasarkan pengalaman aku dengan orang sekeliling dulu dan sekarang. Dulu time bujang, kaki curi lembu. Sekarang dah tua, dah jadi bapak orang, suara dia la yang selalu berkumandang melaung kan azan. Dulu time belum kawen, gila suka memaki sana-sini. Bila dah kawen, dah ada anak, takut benar nak kutuk sembarangan sebab takut kena dekat anak sendiri.

Dunia ibu buat aku faham yang aku mesti tingkatkan kesabaran. Kalau dulu aku cuba ajar diri sendiri supaya jangan beremosi sangat - sekarang aku mesti pujuk diri agar jangan pikir lansung tentang perkara remeh yang boleh menganggu tanggungjawab aku dalam rumah dan tempat kerja.

Seronoknya jadi ibu ni bila aku jalan jalan nak beli barang Sabrina, bila ibu sesama ibu berselisih, mesti nak berbalas senyum. Kebanyakkannya lah. Aku yang susah nak senyum dengan orang asing pun jadi mudahhhh je nak senyum. Sama-sama kongsi pendapat. Mesti nak menjengah di dalam stroller masing-masing. Dan tanya "Boy ke Girl?"

Manis OK.

Bahagianya menjadi ibu ni, bila aku terkejar sana mengemas, terkejar sini memasak, bila Sabrina merengek nak susu, bila aku luangkan masa susukan Sabrina, aku rasa macammm hidup aku dah lengkap bila mata aku dan Sabrina bertentangan. Bila dia kenyang, dia sengih sengih, aku rasa macam bahagia yang semacam.

Lebih bahagia dari mula-mula aku kenal dengan abah dia, I tell you.

Apa pun, minggu depan dunia keibuan aku akan berubah bila cuti bersalin aku dah tamat. Rasa macam tak puas cuti 60 hari. Rasa macam tak puas melayan Sabrina di siang hari. OK, rasa macam nak resign, OK. Tapi, memandangkan gaji suami aku setakat sebulan RM1 juta je, aku pun tak berani la berhenti. Tunggu gaji Fandi mencecah RM2 juta baru aku senang hati nak berhenti kerja dan membesarkan anak di depan mata sehari hari.

Sebelum aku berhenti menulis sebab nak main Pet Society, aku ingin sarankan kepada semua pembaca aku agar ke sini. .

Tolong lah sign petition tersebut agar cuti bersalin rakyat Malaysia akan dipanjangkan dari 60 hari ke 90 hari. Yang anak dara, anak bujang pun, korang boleh sign jugak. Jangan nanti bila dah ada anak, korang menyesal tak sign benda ni hari ni. Especially Nani Mulutjahatadasaka.



p/s: dan terima kasih Nurul si Hot Ibu sebab forward kat aku pasal pertition ni.


21 comments :

.Huda Luna♥™ said...

sudah sign dah noe =)


promote kat facebook sama dah jugak

Kiub Rubik said...

ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku.

H A N I said...

sgt cute sabrina pakai spek tu :D

Helmi Razali said...

Sabrina sangat retro! Rasa macam nak culik, then cubit pipi dia, then pulang balik.

Soalan: tak stress ke lepas semenjak jadi ibu? Ke macamana? Sebab kitorang belajar, depression is significantly high lepas bersalin. Ke tak berapa betul?

NURUL said...

yeah saya sgt sokong pendapat kamu noe. dulu saya pun tiada naluari keibuan. susah senyum. ak bape gemar kanak-kanak.

tp bila dah mengandung, bersaling bertarung nyawa dan ada anak sendiri outomatik segalanya berubah.

pi mana2 shopping complex ke garden ke nmpk jer org tolak stroller mesti nak jenguk baby dlm stroller tu.

saya suka keadaan ini. skrg saya sukakan kanak2 comel ini.

Weed and Bandages said...

Orang utara cakap, 'SAbrina kena peghosah!' hahaha..

Ladynoe™ said...

Helmi = depression selepas bersalin tu memang kajian yang betul. Sebab tu wujudnya gila meroyan segala. Tapi tak berlaku ke atas semua orang. Pokok pangkalnya pada kita yang nak kena kontrol perasaan dan situasi. Kot-kot jumpa perkara yang membelit emosi, elak-elakkan dari terus fikirkannya. InsyaAllah semua selamat.

NURUL = hahaah tu la kan? macam eksaited bila dengar kawan2 lain dapat anak baru. Nak gi lawat. Jalan-jalan pun sibuk jeling kat baby lain.

MISSWEED = pengosah tu apaa?

isabelle said...

motherhood is amazing. it changes us to someone we tot we'd never be.
welcome to the club!
hows the milk production? so far so good?

Ladynoe™ said...

isabelle = yup. so far so great!

Cik Ketam said...

wah !
Sabrina semestinya comel .
rindu nak borak dengan dia .
^_^

~Dr.CiNta~ said...

beznye jadi mummy, i cn't wait nak jdi mummy jugak ^^ err, tpi tak kwen lagi laa~

baybe foxx said...

sabrina sgt comeeeellll... gigit boleh?? heh.

bestnya dah ada anak sendiri kan, sigh, am trying to have one but it's ssssssoooooo hard...

anyway, all the best in your motherhood world! =)

SoFiA.opY said...

eeeei sabrina comel giler sesangat!
macam mommy mommy cool ;)

Anonymous said...

noe, ade fb?

Aku A-Z-Z-U said...

alahai..comelnya sabrina dgn cekak kepala putih tu, haha. rasa nak cium! puan noe, sy pun dah sign petition, 60hari cuti bersalin is too short, sy tak sempat nak kuruskan badan balik kang, hehe ;P

Ayyman Rahim said...

Hehe lawak je sebab dulu baca ur blog dari tak kahwin lagi, ni dah ada anak dah. How time flies kan? Btw photo yang pakai shades besar tu comel gila.

Miss Myzah said...

Dekat Kelantan dah buat cuti bersalin 90 hari (untuk kakitangan di bawah kerajaan negeri), Itu pon kalau tak salah la.Memang patot dan perlu ibu dapat cuti 90 hari!

kunang-kunang said...

akak punye post impresive ar...kasi bukak sikit mate2 orang yg xberapa nak celik tu..

NaniRostam said...

Habehlah Sabrina....kena tinggal dengan ibu...sapa jaga dia ek?

Lea Shmea said...

awww sabrina sgt comeyyy!! hey good luck in your next stage of motherhood, aka working mommy. it'll be a bit tough at first, but i'm sure u can do it. :)

take care & eat well!

PixiePwincess said...

comel dan sangat menggeramkan plisssss