4.3.10

Kasihan, Warna


Di satu waktu pagi yang dah nak masuk tengahari

"Aku ingatkan mak, aku nak cat dinding rumah baru tu dengan warna merah lah,"

"Wah merah tak panas ke?" jawab mak aku.

Tiba-tiba masuk suatu suara yang tak diundang di dalam perbualan

"Merah warna Syaitan"

"Ha? tak pernah dengar pun?"

"Iya, merah memang warna Syaitan."

"Hadis pernah menceritakan Nabi Muhammad pakai jubah warna merah,"

"Iya merah warna Syaitan,"

Dalam hati, "Mampus kau lah bodoh,"

Kasihan warna. Selalu disalah ertikan.

Merah warna Syaitan. Jangan cat rumah warna merah. Ok cat lah warna kuning? Baru bright. Kasi naik semangat. Eh, kuning warna bomoh-bomoh. Warna kain bungkus kemenyan. Warna pulut kuning. Warna tahi cirit. OK kalau macam tu mari guna warna hijau. Sejuk dan damai sikit. Eh hijau kan warna darah hantu orang putih. Warna kahak batuk kronik. Warna PAS. Cait!

Ok, kalau macam tu, warna biru ok tak? Rasa-rasanya biru pun tenang dan mendamaikan. Salah. Biru warna lucah dan ghairah. Eh apa pasal pulak? Ya, CD Blue. Ah, habis tu? Nak warna apa? Ungu? Pink? Comel sangat pulak. Yikes! Comel ke? Gedik tau ungu dan Pink.

Aih, semua warna tak kena, OK lah, hitam lah senang! Hei jangan, Hitam warna kejahatan. Warna kesuraman. Habis tu, Kaabah kan warna hitam?

Senyap.

Warna selalu di butakan.

Orang berkulit kuning dikatakan putih. Orang berkulit coklat gelap dikatakan Hitam.

Kasihan, warna. Kasihan, mereka.




28 comments :

Ejamaria said...

tak pe nak cat kaler merah, tapi jgn la seluruh umah, buat la 1 bhgian dinding je, match kan dgn color cream ke, peach ke... ok ape... nnt nak jamu mata kita jugak kan?

haruko said...

HAHA! melayu melayu memang begitu kak. otak sempit. ntah hape hape.

saya.L-A-N-N said...

Apa ada hal dengan warna sekali pun. Warna tu ada simbol. Aduhai.

Cik Ecah said...

hahaha kesudahan dia tak payah cat la :P

Aishah Rahim said...

melayu kita selalu pilih kaler selamat. CREAM.

ntah, aisha tak arif soal kaler. :)

p/s : noe, selalunya blog ni tak ada word verification masa nak komen. kan?

thefrogprincess said...

setahu sy kitab ckp kuning ialah warna kegemaran syaitan..but it doesnt mean that kita tk bleh guna pn..tk ada la bila cat kuning rumah d penuhi syaitan..hahahha

si buta warna said...

terlampau taksub dgn sesuatu perkara. sampai benda remeh pun dikait-kait kan!

ainee cumi2 said...

eee ainee suka entri ni.
best!
ha a kan kesian warna..
k.noe dah sihat??

anna ladycherrie said...

jangan salahkan bangsa.tu kan sikap masing2 bangsa pulak yg salah.abis kita melayu yg xbuat ni cemana.

sikap masing masing.

ala noe.cat je :P

Helmi Razali said...

Yeah! Lady noe masih berbisa.

Sudahnya cak kaler apa? Aku sokong kaler pink! Comel dan gedik. Then esoknya terus pindah rumah.

Anonymous said...

"Ungu? Pink?"
"Yikes! Comel ke?"
"Gedik tau ungu dan pink."

Oh ye.
Warna selalu dibutakan.

Kasihan, warna. Kasihan, mereka.

Sham B. said...

Actually mmg byk hadis yg menerangkan merah sebagai warna syaitan. And kau better check balik kesahihan hadis yg mengatakan Nabi pakai warna merah, sbb warna itu antara warna larangan bagi lelaki (red and clothings dyed in the colour of saffron). Nabi s.a.w dalam banyak hadis sahih melarang keras lelaki memakai warna merah (riwayat Bukhari), sampaikan tidak menjawab salam seorang lelaki yg berpakaian serba maerah (riwayat Termizi). Warna yg gemar dipakai nabi ialah putih, dan baginda juga dilihat memakai warna hitam dan hijau (diriwayatkan oleh Ibn Abbas, Bukhari dan juga Termizi).


Ada ulama' bagaimanapun mengatakan kalau merah bercampur warna lain tak ape. Tiada larangan bagi perempuan, tapi, larangan warna merah tetap disebut bile berkaitan dgn tilam dan qasiy (sejenis kain yg bersulamkan sutera).
Hadis yg sahih dari 5 narrator, tlg cek ya, khuatir kita menyebarkan informasi yg salah dan dosanya berlipat ganda.

Sekadar menegur, harap tak ambil hati.

Ladynoe™ said...

ejamaria= begitulah rancangnya.

haruko = wey aku melayu lah.

lann= ya

ecah=bosanlah putih je

aishah= takdak.awat?

thefrogprincess = owh tak pernah dengar dan baca.

sibutawarna = itu point aku. terima kasih sebab faham.

AINEE = sudah, ainee. =)

anna = tu lah kan.

helmi = pink memang comel. by the way, aku suka ungu lagi. 60% stuff aku warna ungu.

Anonymous = .....

ShamB = macam mana nak cek hadis sahih ke tidak? Sebab aku baca buku yang full kisah Nabi Muhammad. Nabi suka hitam dan hijau, correct. tapi dia ada jubah bewarna merah, itu yang aku baca lah.

tak ambil hati dengan teguran ilmiah.

terima kasih sham B.

Aishah Rahim said...

tulah pasal. sebelum ni kalau comment kat sini tak payah word verification. semalam dengan hari ni ada pulak. plus, selalunya noe akan accept dulu comment before publish. tapi semalam dia terus publish.

erk. macam tak penting. tapi saje je nak cakap.

Sham B. said...

Rasanya, kalau tak silap, baju merah yg Noe maksudkan itu adalah satu jubah yg asalnya "dyed with the colour of saffron" tapi dah jadi begitu pudar sampai tak nampak warna(merah) itu. Dalam hadis tu menceritakan bagaimana Nabi memakai jubah itu sebagai tanda rendah diri (humility) dan ulama berpendapat jika asalnya baju tu merah atau diwarnakan dgn zafran (saffron) maka dibolehkan pakai.

Hadis2 sahih yg dipersetujui kredibilitinya telah dibukukan iaitu yg diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ibnu Hibban, Ibnu Khuzaymh dan al-Mustadrak alaa as-sahihain.

Ada beberapa kitab yg diterima pakai sebagai mengandungi hadis2 sahih, antaranya fadza'il-amal, riyadus salihin dan kitab2 imam al-ghazali iaitu ihya ulumuddin, yg mengandungi tatacara kehidupan dan amalan2 latihan jiwa berlandaskan al-Quran dan sunnah. Kitab2 ni kita biasa nampak akt surau2 dan masjid pun. Selalunya juga satu hadis yg sahih akan diriwayatkan oleh beberapa periwayat yg berkredibiliti tinggi. Wallahu 'alam

Kalau berminat, boleh Google cara2 mengenali hadis sahih dan syarat2 yg menjadikan sesuati hadis itu sahih.

Cik Keju said...

master bedroom aku kaler merah. semua org kata warna ghairah. tp pada aku takde la ghairah mane pun. sbb bila match dengan bedset warna hitam, nmpk lebih elegant.

Weed and Bandages said...

tetap berpendapat, tak ada apa pada warna.

akal, iman yang penting.

:)

little miss curious said...

oh. baru minggu lepas ustaz saya mengatakan kuning warna kegemaran syaitan dan pink warna kegemaran rasulullah. kegemaran ngan maksud warna tak sama kan? jadi tak salah lah pakai warna ape pun.

Reen said...

aku x reti nk describe kaler2 neh.. hehe

noe, update sket pasal sabrina comel tuh.. rendu nk denga cite dia.. hehe

nurayunni said...

suke kaler pink :-))

Anonymous said...

HAHAHAHA Memang betol, semua orang ada pandangan lain terhadap warna..

faiz y. said...

kalau semua kaler tak boleh. susah arr mcmtue!! adoi!! hahaha

^wirda^ said...

hahaa... btoi..semua pun org nk komen..lantak dorang.. ikut hati dan cat saja warna warni..

Liana Ezzana said...

eleh..sejadah kat mesjid tu warna merah..takde hal ponnn..

artzli said...

nak nangis baca...sgt tepat apa yg diperkatakan..kesian warna kan...lagi2 tang berkulit coklat gelap tu..sob..sob..

Ayyman Rahim said...

I love this entry so much. Good job :)

Cik Ketam said...

mereka yang menyalahertikan maksud warna itu juga kasihan .

cik orenlili said...

haha. kak noe,

ni lah entry yg paling sempoi. tak tahan nak gelak. ehehe.

*thumbsup* untuk u.

kem salam sayang sama sabrina affandi yg comel tu. :)