14.3.10

Subjek yang aku terima melalui email, yang aku rasa menarik, yang aku rasa nak kongsi.

Ni aku jumpa dalam blog someone yg xpuas hati utk satu interview.
Org ni bakal grad dlm AI. Aku saje letakkan kat sini utk kita
renung-renungkan bersama.....

Baik. Aku rasa seperti mau bunuh orang.

Pernah baca posting aku tentang abang panda yg drive lexus?

Alkisahnya, aku ke pejabatnya, untuk interview kerja. Bersiap sekadarnya dengan sepasang baju
kurung, memakai sedikit lipstick warna pink. Pendek kata sesimple yang mungkin.

Yang penting adalah portfolio. Dimana portfolio inilah senarai sistem yg pernah aku bangunkan. Tak banyak, tetapi cukup untuk meyakinkan aku punya kemahiran php.

Sampai saja dipejabatnya, aku dapati ada 8 candidates yg tgh tunggu turn. Dan aku punya turn. Dan aku tak nampak abang panda itu.

Sempat aku berbual dengan candidates yg lain. Semua pun apply post junior programmer. Dan hati aku agak senang bila candidates yg lain nampaknya sumanya fresh graduates tanpa portfolio. Bermakna aku punya sedikit kelebihan kerana yang lain belum pernah bangunkan sebarang sistem.

Aku pun masuk untuk sesi temuduga. Dua orang interviewer adalah perempuan, dalam awal 30-an. Dua orang lagi lelaki. Mereka membelek2 resume aku dengan muka yg agak kurang berminat. Yang menghairankan, mereka langsung tidak membelek portfolio aku.

Dan, inilah saat yang tiba2 membuatkan aku berang. Apabila salah seorang interviewer berkata kepada aku..

“Sory ye dik. Kami tau adik ni bwk portfolio sendiri. Tapi company ini lebih prefer org yg slim, presentable. Why not u kurangkan berat badan n try again,” Sambil tersenyum sumbing.

Kepada Nurul Fatheha Zainal Alam, a.k.a interviewer yang tidak beradab. Saya tahu anda baca blog saya. Jadi sila baca dengan teliti.

Sebab kenapa orang Melayu tidak maju adalah kerana wujud golongan berfikiran jumud seperti anda. Sejak bila programmer perlu secantik miss world? Adakah anda cuma mahu programmer yang tidak menutup kepala, dengan rambut perang seperti bulu beruk terkena clorox, dengan berpakaian skirt pendek menampakkan betis besar tiang letrik dan berbaju ketat menampakkan
perut boyot seperti anda? Atau programmer yang mengenakan mekap tebal seperti mak nyah, memantis kening senipis mungkin dan cuma tahu pakai visual basic?

Maaf, jika bahasa aku biadap.

Tetapi terima kasih kepada abang panda a.k.a Encik Fawwaz kerana menjanjikan aku post junior programmer sebaik sahaja aku grad, keesokan harinya setelah aku tinggalkan portfolio aku kepadanya. Tetapi Encik Fawwaz, saya tidak mahu bekerja di syarikat anda dengan manusia yang tidak tahu adab. Dan tolonglah update staf anda dengan current programming language. Sesungguhnya untuk bersaing dengan company lain, simpanlah VB yg sudah berhabuk itu.

Noktah. Itu prinsip saya. Maafkan saya. Saya tidak mahu bekerja di sebuah software house yang stafnya berpakaian seperti pelayan kelab malam. Saya harap Encik Fawwaz tidak tersinggung. Anggaplah ini satu teguran, untuk memastikan kejayaan yang diraih adalah dengan keberkatanNya.


and bawah ni ialah reply drpd salah seorang interviewer yg baca blog org ni...

-------------------------------------------------------------------------

Aa'ha said,
March 11, 2009 @ 12:42 am

What the hell do you mean by your redish wording? You just so fuckin rude!
Let me say this;
U tak lulus temuduga dengan kitaorg sebab kitaorang dah buat homework
pasal
you berdasarkan maklumat dlm resume yg u hantar seminggu sebelum interview
and we’all trackback ur blog.
we all rasa u ni islamic freak berdasarkan posting u dlm blog.
guess what? we all tak mahu org mcm u sebab u nanti bermasalah nak
accompany customer karaoke @ minum2. sebab u org kampung yg tak tau sosial
dan pakai tudung macam mak nenek!!
kalau u rasa nak keja dekat company besar u bettter jgn kolot sangat sebab
u’ll never make it dgn cara u ni.u perlu sedar u hidup tahun 2009 bukan
zaman nabi dulu!!
and thanx-a-lot sbb tak terima job ni becoz we all memang allergic dgn org
yg konon2 islamik mcm u.

apa kata u try mintak keja dengan masjid kat kampung you?? buat sistem
masjid ke?

chill……….

-------------------------------------------------------------------------

"Farshia Arissa said,

September 4, 2009 @ 3:39 am

I have no Hadith or quote from the Qur’an to support whatever I’m going to
say here, cause you see, I’m not Islamic.. but I am proud to be a Muslim.

To Miss A’ha, let me tell you something. Saya dibesarkan di US sehingga
umur saya 18 tahun, dan pulang ke Malaysia 6 tahun lepas. So as you can
expect, I have a Western upbringing. Bila balik ke Malaysia , I continue my
life here as a Muslim and a Malay as how I was taught when I was in US.

Here, I have seen so many Westerners-wanna-bes like you… and trust me,
eventhough you think you’re all hyped up with your hedonist life, you’re
nothing but a toy to your company. Do you really think you have all the
potential just because you have all the “qualifications” to entertain your
clients in clubs? Darling, you’re a just a cheap bait that allowed yourself
to be exploited in such a way. Btw, if you’re reading this, I hope you’re
able to comprehend me since I noticed most “sorority-like” chicas like you
in Malaysia just ACT like the whites, but speak funny English.

It’s crystal clear to me that you’re suffering from a major culture shock,
and you need serious help. Trust me, Malaysians, the Malays particularly,
look awful in skimpy outfits no matter how you tried to pull them off.
Nampak macam Philippine hookers. This is actually agreed by many. You can
try to bleach your skin, colour your hair etc, but in the end, you’re still
an Asian like all those people in tudung that you called mak nenek or
kampung.

You kata orang lain kolot? Hahaha that’s the funniest part, I shall say.
Judging from the way you reacted to this post, well honey, let’s admit it,
you pun sama kolot jugak. Whoever said people that wear tudung can’t make
it? Siapa still guna “becoz” lagi zaman 2009 ni? Are you still stuck in the
90’s? And ‘chill’?? You still use ‘chill’ too??

I juga bertudung and at the age of 24, I’m already an executive in a very
established insurance company in Malaysia . No one seems to have a problem
with the way I dress, and the fact that I wear baju kurung sometimes. Not
even the non-muslims. So kalau orang Islam sendiri yang menghina Islam yang
lain for carrying her duty as a Muslim, I suggest you cermin la diri tu and
do some serious deep thinking. Siapa yang kolot sebeanrnya?

I think you should come out from your own little world, open your mind a
tiny wee bit, and realized that there are other ways for people to succeed
in life rather than wearing slutty attires to entertain clients in
karaokes, clubbing, etc.. Newsflash, orang macam you memang biasa digunakan
oleh orang2 atasan company you untuk jadi umpan jaga client. They don’t see
your potential, they see what’s beneath your skirt. I’m not making this up.
I tau sebab I pun banyak client that own companies. Diorang CEO, so they
tell me stuff. I hope I gave you some insight of who you really are now.

To the blog owner, trust me, you lose nothing for not working in a company
that failed to see the potential under your tudung. In fact, you have saved
yourself from self-humiliation. There’s a bigger world waiting for you out
there, so keep your chin up ya?

i pernah alami perkara yang sama. tapi yang bezanya, HR yang menginterview
i tu seorang perempuan yang bertudung. bila dahtunggu time untuk interview,
tak selak pon my resume or application form terus buat conclusion.. “well
kami mencari candidates yang boleh serve arak untuk visitors, customers and
suppliers.. and i think you’re not suitable for this position kerana
kamu…1. pakai tudung 2. beragama Islam” position yang ditawarkan adalah HR
Executive.. aper jadah HR exec kener serve arak and entertain customer????

aku sengih jer.. belum habis dia cakap i terus “potong” ayat dia (sebab tau
sure tak dapat) “as an experienced HR Executive, you shud know and identify
your candidates before you shortlisted.. and now u have wasting my time…
anyway, you nama jer Islam and pakai tudung, sila jaga adab ketika
bercakap..tolong cermin diri u tu dulu sebelom nak nasihat orang.. kalau
sekadar nak kerja and jadik balaci orang kafir.. itu tak berkat.. awak
boleh buang application and resume saya”

nak tahu company apa??? MEWAH OIL di Pulau Indah… at the end, Allah tu Maha
Adil.. after 5 years, i terima resume this ladies to apply a job at my
place to be my assistant…subhanaAllah

-------------------------------------------------------------------------

p/s: Terima kasih kerana baca sampai habis. Senyum.


56 comments :

Sue Anna Joe said...

Oooh aku ada terbaca ni, tapi part atas tu jek. Tak tau plak ada lagi kesinambungannya. Ahahaha.

Memang banyak je kot company macam ni sekarang. Hmmppfffth.

Atiqah Ahmad said...

saya pun penah experience pegi interview company macam ni..padahal company kecik baru nak establish..cuma ada 2 staff perempuan jer..

demand nak yang freehair la, pandai entertain client la, ape la..tak kerja pun takpe..buat sakit hati jer..

CONNIE said...

i managed to read sampai habis!Takde ape nak cakap, kecuali.. Subhanallah.NIce sharing :)

Nana Neriza said...

wahhh..kalau i terjumpa mizz aha tu...nak gak tanye bez tak layan customer high claz ni..ada rabe2 x..cam siot jer...ishh...

afiqsiddhartha said...

Penuh inspirasi. Thanks.

pengkritik.tegar said...

wow
saya suka cara dia berfikir dan cakap
I like it...
like it so much =)

If i have 'the way she thinks'

kertaskosong said...

Terima kasih kerana sudi berkongsi. Semoga ia boleh dijadikan pedoman.

Nadya ©™ said...

Dah baca sampai abess..
Macam ni la dunia sekarang..
Nauzubillah

nurul razak said...

thanks for sharing.. a delicious food for thought indeed~

hanimomo said...

Hi, ladynoe, I think it's a good thing that you share a post like this in your blog. I'm a Malay, Muslim journalist, working in the English newspaper and being in the media world exposed me to lotsa this fancy shmancy lifestyle, just like what has been stated above (even worse) But one thing I learnt here is, people RESPECT you and your stands when you yourself respect yourself and your stands.
My colleagues are cool people, and although they have total different lifestyle than mine, they do respect me and my values, which made them extra cool in my view. It is sad that most girls are lured with the socialising, hard core partying idea, and that you have to do all that to advance in the working field when actually, it is your ability and potential that count. People who cant get this point will bed their way up, but it will not last long.
I applaud you and this Farshia Arissa for having firm stand on what you are worth. Really, rezeki Tuhan ada di mana-mana. If you have the skills, and you are really good at it, anyone would hire you any given time.
No worries, just keep on perfecting your skills and give your middle finger to those who make you feel unworthy.

Manusia Oren said...

company yg aku kerja skang own by chinese, dan ramai non-muslim. ada 4 org je muslim kat situ. dulu org lain semua hormat pasal halal haram. but sorg dua tak amik berat pasal halal haram, org lain pon dah tak hormat. i really kesal and plan utk keluar dari company tu.

company2 mcm ni tak patut wujud kat malaysia ni. ramai orang buat bisnes mcm ni. tak perlu masuk club, minum or karaoke pon boleh dpt projek besar. apa kolotnya nak pakai skirt sampai mcm tak pakai apa dan minum utk jaga client. client minum, biarkan. kita minum air biasa. jangan nak gadaikan agama untuk duit. duit tu tak ke mana. tak berkat pon duit haram. i got so many offer utk projek atau pun advertise kat blog. tp bila part terpaksa korbankan agama, aku tolak dgn baik and semua client cakap "its ok if its isu berkaitan agama. we respect u". Biar tak makan janji apa yg kita makan tu halal.

btw, boleh bg nama company IT tu? supaya aku tak terapply kat situ?

Ryehanna said...

LOVE this entry!

Thanks for sharing!

mmg ada diskriminasi mcm ni. alhamdulillah tempat aku ok.

Myra said...

i suka post ni. being away for so long i hanya dengar2 cerita dari distant people camana org2 kt negara sendiri turned out. agak sedih la.

i cant help myself nak jugak point out its such a weak arguement "ni zaman 2009, bukan zaman nabi" dia ingat zaman nabi takde arak ke. alahai


Tahniah kpd LadyNoe.

Berusaha n tawaqal!! said...
This comment has been removed by the author.
azLina z. said...

Sanggup jual maruah diri semata-mata untuk berjaya ? Hishhh, nauzubillah.

Berjaya di dunia tak membawa erti di akhirat.

Btw, is there such a thing as islamic freak ? Pftt. -__-"

Berusaha n tawaqal!! said...
This comment has been removed by the author.
Berusaha n tawaqal!! said...

subhanAllah..tak sangka ingatkan dpt tengok di drama2 and tv sahaja..tak sangka bnde camni btul2 brlaku in fact di Malaysia..
memang betul kata Farisha and kak noe,sad to say those people diorang tak sedar,in fact diaorg lagi kolot because the way they live is exactly macam apa yang berlaku zaman jahiliyah dulu as in zaman nabi apa yang dicakapkan mereka..
and apa yang berlaku pada orang yang melampaui batas ini,,nauzubillah.Allah murka dan turunkan bala..dan ramai yang nisa rasa perlu tahu sejarah2,di mana mereka perlu tahu zaman dimana Islam dipersada dunia,pada zaman itula segala inventions dan creation berlaku..and setelah itu creations and inventions org2 islam inila yang ditiru oleh orang2 barat yang sekarang diambil oleh mereka2 konon mereka yang invent..
inshaAllah..sampai suatu masa nanti..islam akan berada di persada dunia,dan baru orang2 ini akan tahu kolot or tak kolotnya islam itu..
for everyone,islam itu addin,merangkumi seluruh hidup..jika hilang agama,hilangla segalanya..apakah objektif creation kita di bumi ini..banyak yang perlu difikirkan..moga2 mereka ni tak terlambat untuk kembali ke pangkal jalan..
Saya tinggal di France ni.and alhamdullilah..masih berbaju kurung dan bertudung..in fact sangat2 berbangga dengan pakaian sejati Islam ini..di caci or dicemuh..in fact tak pernah..tapi Alhamdullilah..dipuji dan dibangga2 lagi oleh rakan2 France di sini..
sometimes orang2 camni,will have to come here and learn more..usah dibanga2 budaya luar sdgkan budaya2 ini tak pernah pun dibangga2 oleh orang2 barat di sini..
sedih kerana Islam di barat makin menyala2..tapi di timur in fact Malaysia sendiri makin pudar..moga2 kita tak tergolong dalam golongan2 lalai ini..nauzubillah..dapat dilihat skrg tanda2 kecil kiamat..difikir2 balik..sempatkah kita???
teruja untuk share utube link psl creation islam..sila tengok..http://www.youtube.com/watch?v=KRkO3hgHRP4
(maaf untuk bahasa campur2 nisa,living in France payah nak berbahasa melayu juga English)

LANN said...

Diharapkan boleh disebarkan nama company tuh. gua takmau apply kat company tu gak..

tyqe said...

benda ni mengingatkan aku tentang something yg aku post dlm satu forum internet. aku yg mula kopipes dr blog akak tu...

aku tak sangka aku jumpa balik tulisan ni. sebab tulisan kaler purple tu mcm aku yg tulis 2 tahun lepas..

aku tak sangka org akan forward entri blog akak tu yg aku jumpa ni...

thanks for sharing this. :)

Helmi Razali said...

aku dah reblog entry ni. Akan menulis respond, tapi nanti la dulu. Sekarang tengah breakfast cekodok.

Apa2 pun, thanks for sharing Noe! :)

bellmz said...

masyaAllah..ade jgk company cmni ye..haih..xtaw nk ckp..gsau gak pas grad bln 7 ni cmne..sye pn bdak sc comp..mind tellin me the name of da company?

to blog owner..i'm copying this post juz to share with my frens..i will credit it to u..hope u dun mind..if u mind i will delete it ASAP after u said so :)

pekerja kilang plastik said...
This comment has been removed by the author.
pekerja kilang plastik said...

MEWAH OIL?
owhh gua pernah pergi temuduga disana, dan di tolak sebab gua mintak gaji melampau-lampau.
sebab gua charge lebih, jalan nk pergi kilang tu mcm lahanat. penuh dgn lobang-lobang.

si buta warna said...

thanks 4 sharing!

Puan Suraya said...

aha.. pernah gak dapat interview kat mewah oil tu. tp tak g sbb jauh sangat.. Tq noe for the entry..

Lina Rahim said...

hm..kalau pasal ni,jiran nenek saya (masih muda) tak dapat kerja sebab pakai tudung. banyak kali dia pergi interview, masih tak dapt kerja, dgn alasan yang sama spt di entry ini. kemudian, dia buka tudung pergi interview, dapat kerja, dipinang oleh seorang lelaki kemudian berkahwin. sekarang apa khabar dia? dia menderita dengan rumahtangganya, sebab suami dia jahat, belum termasuk hutang2 lagi, penyakit kemurungan, etc. kami sekeluarga terfikir, kalau dia masih pakai tudung, macam ini ke hidup dia?

ARC™ said...

1 cte pengajaran yg sgt bagus dikongsi kak! Baguslah akak xkeje kat situ

pengalaman saye yang keje kat hotel, ada 1 colleague ni die apply reception postition kat another hotel, which requires her to be a non-tudung worker.
and she said: Alah akak tak kisah, akak memang dah berniat nak bukak pun tudung ni

and I said (dalam hati): Bapak kau!

Ejamaria said...

kesiannyer miss Aa'ha tu... malang sungguh hidup dia... takde sesapa nak bantu sedarkan dia ker???... hahaha lantak kau la... kau sendiri pilih hidup camtu... suke2 hina agama sendiri... bagi penumbuk sedas kat mulut die...

haziQah said...

programmer pun kna serve arak ke n g karaoke sume tu..adoyai..ingat kn keje ngadap pc je..parah ni..

knpe la blogspot masih tiada button 'like' mcm fb..kalu x leh click like *wink*

Weed and Bandages said...

iahh..macam macam!

^wirda^ said...

wuahh.mmg aku baca sampai habis..
haishh...mudah2an Allah bukakan lah pintu hati A'ah tu..isk isk..

jas imran said...

aa'ha yang mengong! suka suki je ckp org pakai tudung mcm mak nenek..
tapi takpa.. yg penting kami bahagia.. kat akhirat sok ko jawab la ye...
subahanallah... sedih bila orang Islam sendiri berperangai lagi teruk dari kapir..
dilema tul kan kalu nak kerja tp gini rupanya senario skg.. dah la duit gaji tu guna utk makan pakai etc.. bersambung sampai tujuh keturunan...

ah.. shaddap u aa'ha!! aku dapat imagine muka togeh dia tu dari cerita nih.. muka kompom buruk tu.. tu yg self esteem low sampai sangguh kondem orang lain..
(tumpang emo)

angkasa said...

wahahaha. macam gampang je reply miss aa'ha tu. lawaknye wujud manusia sebegini. harap-harap satu hari nanti Allah buka hati mereka ni, kasi sedar sikit.

thanks for sharing, noe. entry yg sungguh entertaining!

nurul nadia said...

last semester, my lecturer said: zaman sekarang ni kalau tak presentable or cantik rupa paras, susah nak dapat kerja..

isu ni ada di mana2..haish..susah la kalau x cantik..tapi sebenarnya jadi org cantik pon susah kan...

i suke sgt2 post ni..sebulan lagi i grad..x taw la camne nnt..

SoFiA.opY said...

yes,i heart this entry.
MEMBUKA MATA DAN MEMBUKA minda ;)

Thanks, Noe.Alhamdulillah kita semua tak berada di jalan ITU.

Salam ;)

TMUkmkd said...

miahahaha.. hebat beb!
tegas dengan pendirian :)
aku akan grad lagi....
beberapa bulan je lagi.

cindir-rela said...

woooo.....hodoh ke kak orang pakai tudung ni??

moga allah melindungi kite...amin

Moose said...

Lady noe,

I really like this post. Sedih bila mengenangkan di Malaysia, the so-called islamic country, allow such thing to happen. I used to study and work oversea. I wear tudung and my colleagues (read: mostly christian) do respect me and my values regardless. Whenever we went out for lunches or anywhere, they always make sure that the place serve vegetarian food or seafood or something that I can eat since I clearly said I don't eat non-halal (I explained what halal is to them) and consume alcohol.

It is sad sebab setengah orang sanggup gadaikan maruah sendiri dan agama just because they want to "blend" in and gain respect. Truth is, people will respect you more when you stand up by your values.

Sham B. said...

I always think perempuan yg lawa adalah yg beradab dan mempunyai harga diri yg tinggi. Tentu sekali dicerminkan melalui amal perbuatan dan pemakaian. Mungkin tak adil nak menghukum semua yg betudung/tidak bertudung.

Tapi company Melayu yg mengamalkan mcm ni mmg sekejap je boleh lingkup. Not just because tak berkat and membuat perkara yg dimurkai Allah. Tp sbb takde skill to buat kerja pun. Tak sangka di alaf ini pun ada lagi Melayu berfikiran begitu kolot spt Mizz Aha tu.

Cik Ecah said...

wow..

lucky is my name said...

nauzubillah min zalik...terkesima sekejap bila baca reply BODOH si aa'ahhaktuih..

semoga kita tak buta macam dia...amin.

Siti Sarah said...

I Love dis entry so much.

Subhanallah. Allah itu maha adil.
Thanks for sharing. :)

jan said...

brialliant and well said

Anonymous said...

benar, perempuan hamba paling ramai di neraka nanti. nauzubillah..

mfo said...

paling tak boleh blah sebab minah yang cakap tu pun sama-sama beragama Islam dan bertudung.

low class punya orang..kalau boleh bagitau je nama company tu. biar lingkup! bisnes laku sebab kena layan pegi minum? chit podahh

terima kasih kongsi cerita.

cLoud9 said...

haish..ade lagik ek company cmtu. xpenah agi dengar.

ape blog dia ladynoe?nk g jenguk gak.

~(*v*)~ily~(^v^)~ said...

astaghfirullah!...bersama2 kita tingkatkan iman dan tabah menghadapi dugaan n cobaan.... :)

Aku A-Z-Z-U said...

kelakar betul org dgn mentaliti camni..kalau diminta layan client dgn arak, apa beza dgn jadi GRO? takyah lah berselindung balik nama programmer ke, executive ke..buat busuk nama jawatan tu je.

ni lah masalahnye bile melayu cuba nak berlagak matsalleh, tak sedar2 yg berapa kali bleach rambut, sapu foundation tebal2, takkan mengubah sikapnye yg suka makan belacan/budu/cencaluk dan nipple-nya yg still hitam :|

nuyuljana said...

subhanallah.

i do believe that

what goes around comes around.

:)

mang0range said...

masyaallah.
aku tak lah hebat dalam menakrif soal agama.
jauh sekali menutup aurat sendiri.
tapi.
hati aku masih belum buta macam interviewer terbabit.
Kesian.
Kalau dia kerja company besar,tapi otak sempit,so like pegi mati lah.haha

Farisian 9600 said...

Wah..aku suka la miss a'ah tu...bertambah la peluang aku nak masuk syurga nnti sbb sorg da confirm masuk neraka..chances aku cerah la ckit...tahniah miss a'ah..neraka memerlukan org2 seperti kamu!!!

knv said...

thanks for sharing this. i mintak nak copy paste yea? nanti i link you.
thanks.

cik indie said...

sad but true.

kebetulan, saya juga lalui perkara yang lebih kurang sama si tpt kerja. bos muslim yang mindanya dan keluarganya telah dijajah hampir 100% oleh barat.

pada suatu ketika, kami staf islam yg bertudung dipanggil sebab dia tak suka kami bertudung (waktu tu semua orang pakai tudung bawal, sbb instant hijab tak kuar lagi). kami kena lecture pasal dia tak suka kami bertudung that way, and tak suka tengok kami berbaju kurung. kami dilabel as orang kampung,makcik tua nak pergi pasar and so on.

kemudian, kami diajar mengikat tudung ala2 binda which i think not that practical sebab tak tau kena spent masa berapa lama nak bersiap pegi kerja sbb nak memintal2 selendang. tak tarmasuk kena tayangkan leher pulak dan tak menutup dada. bila ada staf yang argue cakap hsbd tak kasi pakai camtu, dia suruh pulak kami menderhaka dengan suami dengan menipu suami kami keluar rumah dengan tudung bawal, sampai ofis bukak dan buat stail yang dia suruh.

kemudian, yang terbaru, dia mengeluarkan statement kontroversi bila mengatakan 'walaupun anak2 saya tak sembahyang,tapi anak2 saya semua berjaya'.

sedih, bila ada muslim berfikiran jahil sebegini. sbb dia muslim, bukan non-muslim. :(

Royal Knight said...

i have experienced something similar though...

once upon a time, we arranged a factory visit to this XXXXXX factory. my lecturer tagged along. my lecturer (muslim, malay guy) then approached one of my colleague yg pkai kopiah and then said, "next time i dont want to see u wearing that thing (pointing at the kopiah)...u see...that is why org melayu like u all tak maju...u have to separate between agama and ur life"....

....and we were like...........
honestly, how do u respond to that kind of statement?

kalau dah guru pon macam ni.....

Izzy Does It said...

Finding this post is at the right time for me. Being a job hunter I really did consider this issue a few days ago--what if this company has my dream job and they say "If you remove it we will accept you."

I shall say to them--

"Ma'am, I decided to wear this scarf ten years ago. I haven't turn back and never will. Scarf is no more just a rule/regulation for me; it is my identity, a part of me.

Don't worry about me preaching you on what not to wear; I am open minded about your dress sense and you should be open minded about mine."

lolfyAnG said...

ak xde pngalamn p iterbiu lagi...
ble baca post ni bru tau psal alam krja yg sbnarnyer...=]