29.3.10

Tendang, Goncang dan Buang


Permata emak yang semakin begermelapan (ni kali ke tiga aku guna caption ni. Lagi 2 ada kat dalam facebook)

Zaman sekarang ni, ada sesetengah orang buat anak sendiri macam lebih hina dari babi.

Aku letih bila baca surat khabar tentang lelaki yang tendang anak kekasih. Tentang bayi yang kritikal sebab kena goncang laju-laju. Tentang penemuan bayi yang menggigil kesejukan dalam semak. Aku terus terbayangkan Sabrina. Macam mana la kalau Sabrina yang aku selimut, peluk, dakap hari hari tu mengigil kesejukan seorang di dalam semak? Macam mana la anak yang aku tatang sangat-sangat tu kena sepak terajang dengan orang yang entah siapa-siapa entah?

Buat aku semakin ngeri nak hantar anak aku ke nursery atau pengasuh. Syukur bila mak abah mertua ringan hati nak menjaga..

Bila kementerian nak wujudkan satu organisasi/tempat selamat untuk mangkuk-mangkuk nak buang anak, aku rasa aku setuju. Walau jelasnya ada impak yang negatif di dalam idea itu, tapi aku rasa, baiklah ianya terlaksana sebelum lebih ramai lagi bayi yang kerap ditemui di tepi sungai, semak dan jamban sekolah agama.

Play safe, bebeh. Play safe kalau dah tak tahan sangat.



Anyway, weekend yang lepas adalah weekend yang paling menyeronokkan bagi aku. Kira macam weekend pertama aku luangkan masa dengan kawan-kawan yang dah berjaya menjadi ibu.

Seronok.

Tidak lah aku kekok bila bercakap tentang anak.




Sabrina kini sudah 2 bulan lebih. Semakin bersinar-sinar cahayanya. Semakin seronok aku kelebek dia. Dan alhamdulillah semakin sihat dengan fully breastfeed. Bila kawan-kawan tengok gambar aku time mengandung yang sangat gemuk, ramai yang macam takut nak mengandung. Takut gemuk macam aku.

Dulu aku pun macam tu. Tapi bila dah mengandung, aku rasa seronok gila. And yes, mood aku time mengandung happy sahaja. Jadi, aku berpendapat, mood marah-marah ketika mengandung bukan lah wabak yang melanda SEMUA wanita. Dah happy, aku pun mengketedarah sampai obesiti. Hasilnya; seorang bayi yang comel dan montel dan lovely, OK.

Akhir kata, kalau ada yang mengandung tapi belum bernikah sedang membaca blog aku ni, aku rasa jangan lah korang buang anak tu kalau ya pun korang benci dengan bapak anak tu. Sebelum kasi biawak makan anak kamu, aku cadangkan kamu pergi ke mana-mana kebun, cari biawak, lepas tu hulur jari suruh biawak tu kunyah. Kalau agak-agak rasa tak sakit, baru kau boleh buang anak kau kat mana-mana kau suka. Kalau sakit, kau cuba celup kepala dalam lubang jamban selama 5 minit. Agak-agak tak lemas, baru kau pilih option lubang jamban pulak. Atau pun cuba bermalam time hujan-hujan kat dalam semak. Agak-agak kalau selesa, baru boleh dump je anak kau kat situ.

Babi pun sayang anak beb. Aku tak tipu, babi pun sayang anak.



P/s: OK babi kasar sangat. Kucing lah baru cute. Kucing pun sayang anak beb. Aku tak tipu, kucing pun sayang anak.





27 comments :

ilif said...

eeee geramnya rasa nk gigit-gigit pipi dia yg gebu lagi mulus itu

abah haqq / mak haqq said...

hye mama sabrina..
aku nih silent reader..
nih nak kongsi sama nih..

bila kite sendiri dah merasai pregnant..
perangai gerogos akan hilang bila menatap permata hati yg semakin bergemerlapan tu kan..

bila ada berita ttg baby kene buang...
automatik terus ingat anak kat umah..

betapa indahnya dianugerahkan perasaan seorang ibu kan..
kem salam sabrina montel tu yep..

-mak haqq

zteesyahmi said...

hi noe. sy silent follower yu. seronok rase sbb kie sme2 jadi ibu pd baby girl yg cute! cuma ur sabrina lg muda dr my Malikha... ;)
be my fren oso?? ... n salam perkenalan..

Ejamaria said...

salam Mama Sabrina,

sbnarnye dah naik letih nak tulis psl benda2 ni, semakin diperkatakan semakin menjadi-jadi pulak isu buang bayi... tak tau la ape prasaan diorg tu semua masa pregnant sampai bole jadi mahkluk yg kejam cam tu... diorg bukan manusia kot, takde hati perasaan...

Ladynoe™ said...

hye ibu ibu semua. Nak kawan?

No hal lah. hehehe.

Ejamaria said...

ahh, lupe... sronok kan bile breastfeed baby, pas tu bile dia dah kenyang dia senyum kat kite, walau pun mata dia dah pejam nak tido... so cute...

Ladynoe™ said...

EJAMARIA = indeed! memang seronok sangat!

rosesrosz said...

comelnya sabrina!

NahWaL said...

anak kamu pandai posing betola noe. dari kecik pandai, mak pak photographer.

aku nak muntah tengok anak yang kena gongong anjing dalam front paper utusan minggu lepas. hina beb orang macam tu. orang melayu takot sangat sampai buang. orang puteh tak takot buat maksiat pon, anak dia dia letak elok2 depan umah orang ke, depan gereja ke.

Enchaoz said...

serius, betul.. agak2 tak lemas dalam lubang jamban tu, tapi kalau lemas, lagi baik.. xde la sempat nak buang baby tu.. da mati dulu..

abah haqq / mak haqq said...

seronok nye dapat fully bf..
sy dah tak bf kan haqq lagi..
tp sngat amat tumpang gembira sesiapa yg masih bf lagi..

chiayok mums..!!

♥naematulsaadahismail♥ said...

cantiknya sabrina.. 2bulan yang sihat
semoga terus montel dan sihat selalu :)

nuraarin-life said...

I sekali sekala komen..

Issue ini mmg buat kita rasa geram sgt2..w/pun saya single lagi tapi boleh rasa seronoknya menjadi seorang ibu..

p/s - thanks info mengenai kasut size 10, saya dah jumpa di Dios

H A N I said...

noe!!! pipi sabrina semakin labuh!!! =) sy suker + geram!

BeaN MorENo said...

lama xmasuk blog ni ngan blog ajid...hak3...

nj said...

salam perkenalan...
first time singgah...berkenan kan topik mengandung, bersalin dan anak ni...

9w2ayn said...

salam,
seronok baca penulisan ladynoe.. terbukak minda.. btw suami saya kirim salam kat suami ladynoe.. nama suami saya kojan..

jas imran said...

aku suka sangat baca cerita alam keibuan noe nih...
sabrina really change ur life kan noe? (chewah! macam dah kenal lama jek bunyik)
dulu selalu posting pasal risau sebab tak berapa ngam dengan budak...
skg mcm mama noe in the wonderland lak.. hehe
can't wait to experience that too.. :D

lotikus disarimankan said...

cute baby....cute mumy....

@renim said...

sile amek award kat blog saya...ngee~~~

NuRuL AiNA said...

chaiyok chaiyok fully bf sabrina :)

hoh saya penat dgn perangai manusia lebih2 lagi melayu sekarang.. iman makin nipis = kiamat makin dekat..

hmmm..

fynn jamal said...

noe, suruh kasi fynn ok.
:)

siapa takut gemuk pasal pregnant memang kejam. dengan anak pun berkira. takut sangat suami lari. kalau sudah cinta, muka jadi babi pun masih cinta.

marah sbb ada kawan sanggup skip makan b-complex. tanak gemuk. benci.

isabelle said...

heee..masa pregnant mmg syok mkn (melantak actually) sbb buleh blame the baby.
sib baik baby tu gebu (ur sabrina n my adam la). kalo sekali keluar, kurus kecik je..hah?! kantoiii mak nye yg mkn lebih :P

Weed and Bandages said...

mata pic 1st macam pakai kontek lens daaa.. haha

Liana Ezzana said...

Cute gila Sabrina!
*Pernah berangan untuk makan banyak time mengandung nanti sebab nak baby moq*

qiddas said...

aku rasa muscle tangan aku naik 4.2cm lepas angkat mika. dan juga berat badan turun 2kilo.

anyhoot, dude, can't wait for the photoshoot! banyak idea nie!

Aku A-Z-Z-U said...

huih, pipi sabrina! nyum nyum! ekeke