8.4.10

Bunyi Cengkerik


Sampai sekarang aku jadi ralat.

Tadi sewaktu pumping session di bilik sembahyang, 3 orang kawan sepejabat aku yang terdiri daripada kerani dan officer sedang berbual tentang hal-hal pergi ke Mekah dengan Umrah dan Haji. Mereka bualkan tentang keberkatan yang dijanjikan Allah kalau kita ke sana.

Aku dengar tanpa menyampuk apa pun. Sampai lah selesai aku pam susu, aku dengar akak kerani tu bercerita tentang seorang artis yang pernah ke Mekah menunaikan Umrah;

"Ustaz tu cakap kat saya, ada sorang artis tu pergi ke Mekah siap nak bermewah-mewah. Siap ada driver. Siap nak sewa hotel depan Mekah. Memang la dia kaya kan, tapi ustaz tu cakap, umrah yang sebegitu, memang tak berkat," ujar akak kerani tu dengan wajah bersungguh penuh dakwah.

Puan Officer yang lagi satu tu mengangguk penuh minat.

Tiba tiba aku menyampuk, "Eh tapi berkat tak berkat Umrah artis tu bukan Ustaz tu yang tentukan, kak. Tu kan kerja Allah,"

Puan Officer yang sama mengangguk macam setuju.

*Krik krik krik bunyi cengkerik.** Awkward**Krik krik krik bunyi cengkerik.*

Menyesal aku menyampuk!




5 comments :

Ai Iznie said...

haha.betul2.tu semua RAHSIA Allah S.W.T

Yanie said...

Hehehe... Setuju sama Noe! Tapi yang part awkward bunyi cengkerik tuh kelakar... Hehe

Nurul Harun said...

hahaha, boleh pulak encik cengkerik tu menyampuk ;p

LANN said...

Terdiammm

baybe foxx said...

tak yah nyesal with what u said, it's true anyway!