22.4.10

Gemuk Bukan Sumpahan


Salah satu perkara yang susah untuk dilakukan oleh kebanyakan perempuan di muka bumi ni ialah menjadi seorang yang gemuk - dan gembira.

Kalau pun memang diri dah termotivasi dengan pelbagai input-input positif dan logik, sekali orang panggil dan hina dengan panggilan 'gemuk' - mood terus jatuh merundum ke bumi yang paling bawah sekali macam tak pernah ada esok baginya.

Apa-apa perkara baik berkenaan dengan wanita/lelaki gemuk, selalu di-TAPI kan.
π
"Shima tu pandai buat kerja, pandai masak, kerja kat pejabat pun awesome, communication skill dia tip top, kulit putih TAPI tu laaaa...dia gemuk,"

"Daniel memang charming, pandai ambil hati perempuan, disukai ramai WALAUPUN dia gemuk,"

Sebenarnya kecantikkan adalah satu perkara subjektif yang telah di set kan di dalam kepala melalui saluran media. Melalui televisyen. Melalui majalah dan melalui apa sahaja. Imej-imej yang di paparkan kononnya lebih sedap mata memandang sekiranya model yang di tampilkan berbadan kurus dan ramping. Dan berbuah dada yang besar sebagai bonus.

Kecantikkan juga telah dipersyaratkan dengan faktor ketinggian, ukuran pinggang dan pinggul serta warna kulit. Tapi yang utamanya ukuran saiz badan lah. Oleh yang demikian, maka ramai lah perempuan atau lelaki yang kebanyakkan cantik dan hensem, berhidung mancung dan berkulit cerah masih berperasaan rendah diri yang kekal.

Bagi aku semua orang di lahirkan cantik kalau perangai pun senonoh.

Selalunya, kalau pun ada kenalan yang kecantikan tip top, tapi perangai tak munasabah, macam-macam lah alasan yang akan kita berikan untuk menafikan kecantikan dia.

Kegemukan adalah malapetaka kalau sebelum ini kamu bukan lah tergolong dari golongan yang gemuk. Kalau memang kamu gemuk sejak kecil, kamu mungkin dah termotivasi sejak awal. Berlainan dengan orang yang pernah kurus sekejap, lepas tu gemuk balik kerana faktor pemakanan yang buas seperti haiwan. Hati akan mudah terasa bila kenalan lama ajukan pertanyaan bodoh tanpa niat bodoh iaitu

"kenapa kau gemuk sekarang?"

Sampai sekarang aku fikir - apa kejadah jawapan yang paling mustajab untuk soalan tu?

Selain dari mengkecilkan hati, soalan tu juga merupakan killer untuk mood bagi jam jam berikutnya.

Walaubagaimanapun, seperti yang aku cakap, gemuk bukan lah sumpahan. Sampai sekarang aku tak faham kenapa orang jadikan gemuk itu sebagai bahan ejekan. Sedangkan yang ejek tu memang lah kurus tapi hidung kembang macam cawan. Dan bertelinga capang serta berjerawat mengalahkan kotoran di lantai rumah terbengkalai.

Ramai lelaki (atau perempuan) yang aku jumpa yang menetapkan ciri ciri saiz badan sebagai kriteria utama untuk calon teman sedangkan perut sendiri mempunya potensi yang maha tinggi untuk ditimpa malapetaka yang sama seperti kebanyakkan toyol.

Dan yang paling memeranjatkan mereka cenderung untuk menghina orang yang berbadan gemuk berbanding orang yang kurus tapi muka tak berapa nak manis sedangkan si gemuk itu, kalau kurus, akan menjadi 7 kali ganda lebih jelita dan hensem dari si kurus - dan si kurus itu, kurus pun tak manis - gemuk apatah lagi.

Aku teringin nak tahu kalau si kurus di ejek sama macam si gemuk - adakah perasaannya sama?

Tapi - macam yang aku cakap tadi - oleh kerana kecantikan yang subjektif ini telah diobjektifkan dengan saiz dan ukuran - dan kebanyakkan perempuan memang tak pernah berjaya menjadi si gemuk yang gembira - maka tak ada cara lain lagi dah. Kena jugak kurang kan lemak dan kapasiti badan ni.

OK si gemuk sekelian, gemuk bukan sumpahan. So kalau ada orang kurus muka tak seberapa atau orang yang sedang baru putus cinta atau mengalami tekanan perasaan kutuk kau gemok, better kau jangan layan. Dan - siapa nak lumba berdiet dengan aku? Aku dah ada 2 orang competitor dah ni.


p/s: Siapa rasa Gemuk itu Sumpahan?



28 comments :

mrsDudE said...

hai noe, saya pun sama.. orang dok tanya, dah berisi ye sekarang ni.. haih.. tak reti nak jawab apa dah.. mmg soalan tu mood killer la walaupun sedaya upaya taknak amek pot pun dengan soalan tu..
eh tapi kan, husband saya kurus orangnya, and dia cukup terasa kalau orang tanya kenapa dia kurus, sebab dia mahu gemuk, tapi makan la banyak mana pun, tak gemuk2.. saya pun terasa gak bila orang kata dia kurus, sebab macam saya tak bagi dia makan je cara orang tu tanya..
tu la manusia kan, gemuk salah, kurus pun salah.. susah~ to me, gemuk atau kurus, yang penting sihat..

nasniany said...

noe,terase r isu kegemokkan neh..
dah ler diet xbjayer lg neh...

Ladynoe™ said...

nasniany = awak terasa sebab awak rasa gemuk itu sumpahan! gothca!

Miss Canabiss said...

babe,
orang kurus pun kena hina teruk jugak mcm kes gemuk.makan hati jugak klau kene kutuk kurus/tulang.
in conclusion, org yg suka kutuk tubuh badan org lain tu mmg xde hobi.u better ignore them.

MY said...

sgt setuju dengan statement lelaki yg duk komen perempuan g***k tapi perut sendiri x sedar dah besar cm baper bulan pregnant. I was chubby once and my bro used to call me with that name - g***k. Even My tau dia buat lawak.. tapi melekat la jugak smpi skang.

p/s- My ada sent e-mail.. dpt?

nazrin zaidi said...

pesaing nombor tiga lapor masuk.

satu bulan target dalam sepuluh kilo turun dah boleh kira sukses.

mari bunuh lemak-lemak!!

Benz said...

cara melantak buat jadi sumpahan. aku pun membesar bagai johan ni. mungkin takdelah sampai gemok obes tapi mmg beza lah size masa zaman muda2 dgn sekarang.
konon2 nak diet, tp semangat tak kuat mcm ko lah noe. mana boleh x makan nasik! sadis.. -.-"

iniakid said...

saya rasa orang gemuk pun kalau boleh taknak atau memang taknak jadi gemuk,sape yang nak jadi gemuk kecualilah kalau orang tu adalah ahli sumo contohnya.

kalaulah setiap orang gemuk tu adalah jutawan rasanya memang tak menang tanganlah keep slim , banyak plak pusat langsing badan tumbuh kat dunia nih.

everything comes naturally.gemuk pun salah satu alam semulajadi gak.means kita tak mintak , tapi dia datang dengan pelbagai cara berbeza tanpa kita sedar eh eh aku dah gemuk

ainfazrin said...

aku sorang je gemuk dalam family. sumpahan kot? hahaha. mak ayah, adik beradik, uncle seme medium size.

sejak lahir dengan berat 3.9kg, sampai skang aku mcm susah nak susut. dah tu dengan problem hormon bagai. tapi tu, Hanis Zalikha lahir 4kg, skang selim melim je. maybe aku mmg 'sakit' la kot.

Ada gak rasa mcm kena sumpahan tapi aku rasa kan noe, bila aku gemuk ni, aku jadi lebih bersyukur. bukan lah ckp org kurus ni seme alpa (ceh, alpa tu) tapi aku jadi appreciate kejadian Tuhan la. mungkin kalo aku menggila nak kurus dulu, sekarang ni aku pun akan pandang yang gemuk seme buruk.

tapi sedih lah, sebab banyak sgt insiden jadi berkaitan saiz aku ni. siap kena cemuh masa interview kerja. sedara mara jgn cakap lah. sumpah aku rasa nak kelar badan, buang lemak.

sekarang ni aku cuma nakkan berat badan yang sesuai untuk aku sebab kalo aku tak susutkan sikit, aku akan ada lagi banyak problem berkaitan hormon/menses/pregancy (kalo boleh la) nanti..tapi aku tetap nak maintain berisi. biar hati dan jiwa aku pun 'terisi' sama. kira 'sumpahan' yang baik jugaklah gemuk ni pun bg aku sebab aku banyak belajar kenal diri untuk jadi manusia yang sebenarnya manusia. :)

Sue Anna Joe said...

Sebenarnya kita yang jadi sensitif, macam orang kulit hitam, kadang-kadang takda apa pon, tapi diorang yang keluar statement yang racists. So love you for who you are and the rest will follow.

Tapi, aku akan kecik hati jugak bila orang cakap aku kurus, keding, atau benda seremeh "eh kenapa makin kecik je tengok ni". Serious, aku sangat down bila orang tegur akan kekurusan aku.

Gemuk atau kurus, yang penting kita ada orang untuk saling sayang menyayangi. :)

Kasut Tumit Tinggi said...

Aku syak gemuk itu memang sumpahan. Dulu aku kurus tapi tatau kenape makcik² aku kata yang aku ni ade potensi utk gemuk mcm kak long aku.

Nah.. bila aku mula bekerja, berat aku naik dan naik dan terus naik tanpa berhenti.

abah haqq / mak haqq said...

jom start berdiet :))

terompah puaka said...

kawan aku... lelaki la...
die ckap ~~ die lbih suka kalau awek beliau chubby2... x ske yg kurus2 sgt... so... mmg tepat... saiz tu amat lah subjective... sume de pilihan msg2.. ye tak???

^wirda^ said...

noe, ko ok lg org tanya gitu.. aku tau dorang tanye ape..
"eh pregnant lg ke??"
rasa2nya kalo letak telur kat hati aku ni mmg konfem hangus..terbakarrr beb..
maka dgn itu aku dah start berdiet ringan2 dr seminggu lalu.. Jom lumba! hahah

aim aku: flatkan perut yg muncit...akibat lepas branak..:((

Fandi Tamyes said...

alaa.. takde gemuknya awak tuuu...

comel jeee laaa.. nak nak time2 tgh masak tuu..lagi comelll...

Fandi Tamyes

Deew and Bandages said...

dalam setiap class ada simbol shape dan 'pangkah'


'body image' then pangkah.

:D

crazy_labelle said...

mmg la gemuk xsemestinya xcantik...

tp masalahnye org gemuk xsuke menghias diri... asik pakai baggy clothes, rmbut/tudung serabai, xde keyakinan diri etc...

so, mcm mane org lain nak kate kite lawa kalo kite sendiri pon rase kite hodoh..

mun said...

crazy labelle,

cmne pulak, kalau orang gemuk tu pakai cntik2 sket. lepas tu sure ada suara yang kata,

'ei asal pakai cmtu, pakai ketat2 lemak bersepah2! xsedar diri ke dah la gemuk"

manusia ni tak pnh puas hati dengan apa yg dia nmpk. so in conclusion, xyah la nk ejek2 ni, masing-masing ada kelebihan n kekurangannya. kan :)

nabirakashogi said...

Aku slalu rasa orang yang dok cakap orang lain gemuk/kuruih tu tak baik. Haha sebab ee tak baik la nak cakap cakap orang rupa camana. Even if aku nak cakap pon (kwn2 dekat ajo la), aku akan berlapik kata "wei 'sehat' ang la ni". Dengan org lain tak la cakap.

Aku tak boleh kalo org komen2 aku kuruih. Aku tau aku ni kuruih gila. La ni 39kg. Kdg2 kalo salah gaya boleh nangeh and depressed dibuatnya haha. Aku ok ja kuruih, cuma bila org point out the fact that I am thin over and over again, aku jadi cam nak sepak org tu. Dah dah la kan. Nak cakap byk mana. Aku tau la aku kuruih.

So kesimpulannya kat sini, kuruih ka gemuk ka, jangan la dok kata apa2. As long as sehat sudah.

nab

Marissa said...
This comment has been removed by the author.
KayNisa said...

jom misi menurunkan berat badan!

saya nk turunkan berat kerana untuk kesihatan tulang belakang saya. untuk kesihatan diri, lagipun baru-baru ni ada keluar statement kegemukan menambah risiko breast cancer.

diana said...

hi noe,aku tension bile org tegur nape aku kurus sgt,selalu aku senyum pastu pandang org tu atas bawah :)

btw,aku anti org yg suke nak tegur2 fizikal org lain,tak kesah la kurus or gemuk,like perlu ke?? there's no need too..diam je dah la..

misz beauty said...

gemuk itu chomel... ehehehe...

thumbs up untuk sis noe...;-)

p/s* br taw sis ade banyak blog... ingat ade misi april jerk... so i keep diz blog on my list too..;-)

Nadila said...

Hahaha. Memang gemuk bukan sumpahan tapi hasil dari tabiat dan aktiviti hidup yang mungkin tak aktif.

Jangankan orang kurus sahaja yang suka tanya soalan bodoh, kenapa engkau gemuk? Orang yang sememangnye gemuk ibarat Adibah Nor pon pernah tanya soalan sebegitu kepada aku. Padahal berat badan aku ini aku rasa separuh dari berat badan beliau yang memang gemuk itu. Dan apa aku nak jawab? Eleh engkau gemuk aku tak sibuk pun nak tahu kenapa. Apahal plak sibuk nak tahu berat aku yang baru naik 4kg ni? **Ting**

mysterious_musafir said...

salam.

gemuk...

kurus...

yang penting sihat!

(sihat as if in boleh lari 2.4 km in less than 18 mins for girls, and less than 16 mins for guys)

ada je org yang berat badan lebih tapi boleh lari sepantas tu, and ada yang kurus tapi halfway da pancit. i've seen it! hehe

Faridah (013-6069595) said...

i love ur post bout gemuk bukan sumpahan..n really 1 energy meresap dlm badan aku....aku minta izin amik post ni dlm blog aku..yup...i motivasi to all womens outside.. i love to read about this..

http://premiumbeautifulcorset.blogspot.com/

yup...lets compete with me...the bigger loser but menten cun ...

salam kenalan

linalucx said...

slm..
saya pn pernah alami nya..
kne ejek..nk cari baju n seluar susah..
berabis byk duit..mcm2 pil mkn
satu pn xjln makin brtmbh da la
alhamdulillah dh jumpe produk berkesan..dulu 68 kg skng 55 kg
nak ta lebih lanjut msg me
jezlinux_lux@yahoo.com

Yellowishskin said...

Hai. Kurus pun dibenci jugak. Mereka mereka ni hanya nak cari manusia perfect ke apa? Benci betul bila cakap "rangka bergerak" , "papan kayu" , "ranting" or apa apa je yang memang menyakitkan hati. And then, diorang boleh gelak dekah dekaj depan kita. Kita memang force laugh je masa tu. Pastu tetibe senyap suasana tu. Even cikgu pun cakap kita ni fragile! Yes, cikgu. and satu class gelak. Ugh,