4.4.10

Kau dan Aku

Semasa dalam pantang di rumah mak aku sebelum ni, aku gasak layan cerita Halimah Jongang setiap malam Rabu. Anak buah aku cakap aku tak ada taste. Dia buat mimik muka jijik bila tau aku layan cerita tu. Aku diam je. Dah tak ada cerita apa nak tengok.

Tiba-tiba satu hari tu, aku ternampak anak buah yang sama, tengah terkejar-kejar ambil remote control Astro sebab nak tengok cerita Kau dan Aku.

Sejak itu, sampai sekarang aku hina dia.


muntah




15 comments :

faiz y. said...

kau dan aku??
bosan arh citer tue..
pelakon mcm tak pndai belakon jer.. kayu giler. poyo jer lebih citer tuh.. halimah jongang lagi best. heheh ;))

Liana Ezzana said...

Cakap kat dia, hanya orang takde taste je kenal orang takde taste..hahahah

Afeeqa Hazwani said...

OH tidak. Kau dan Aku? dengar lagu dia dah loya. tengok iklan, muntah. tengok cite tu?? *&^@^#%(@^^%@#%

azyan azilah said...

memang muntah. ada sekali tu pelakon 'kau dan aku' ni dtg shah alam. konon promosi. buat sesak prg nk beli brg je. pergh,jengkel tol. dah la kayu gile berlakon.

mmg maaf la nk tgk kat tv kan.

nur hidayah isa said...

haha memang patut hina die..cite ni tak bez langsung..plakon nye tak pandai blakon..cite pon mcm dalam studio je..budak2 layan ar cite ni...hahaha..halimah jongang is better..

Lina Rahim said...

pernah tengok Kau Dan Aku sekali aje.lepas tu tak tengok lagi dah. Tak memberi kesan. Biasalah, percaturan dunia wang.

Ainee Cumi said...

ingatkan anak sedara k.noe nak tgk AF

kalsom said...

abg ipar aku kate kau dan aku + hotel mania tu himpunan artis AF pencen..hahaha,,addoii la.sian.

Arjuna Qaseh said...

agak2 aktiviti orang dalam pantang memang menghafal semua cerita di kaca tv koyt kan?
sebab akak saya pon macam tuh jugak.macam dah boleh keje sebagai peng-intisari rancangan pulak.

p/s:rosak pembendaharaan aku!

Aku A-Z-Z-U said...

hish...ade gak org nak layan citer ni ye? at least halimah jongang ade plot yg baik. kisah kau dan aku ni macam nak ala high school musical, tp tak jadi. dah la suara cik mila tersangatlah annoying (maaf ye mila, ini pengakuan ikhlas).

cLoud9 said...

tgok jugak 1st episode sb dah iklan beria2 sgt.skali muntah darah trus haku. 10min terus tuka tgok CSI yg berulang2 lagik bes.hakhakhak

Yanie said...

Betul. Kau dan aku. Sangat muntah. Tak tau sebab apa.

oni said...

rasa macam nak lempang sekor2 pun ada walaupun terserempak time iklan

Sari said...

*tekan butang 'like'

c little yღyღ said...

layan halimah jongang lebih baek dari layan citer yang ptot lontar di dalam tong sampah ni ..kau dan aku ??!brrr~ tolong la yarr..