2.4.10

Kerana Nyamuk


Semenjak berkahwin, aku belajar tengok Raja Lawak. Walau orang cakap Raja Lawak musim ke-4 ni tak berapa nak seronok lawaknya, tapi aku layankan sahaja sebab aku rasa juri dan host mereka best.

Tapi hanya kerana seekor nyamuk, kita kehilangan salah seorang juri Raja Lawak Musim ke-4 yang aku rasa best. Walaupun mulut jahat tapi hati baik. Lebih baik dari orang yang berwajah syurga bertutur manja tapi berhati neraka.

Kali pertama aku rasa sedih kerana kematian selebriti Malaysia ialah dengan pulangnya Hani Mohsin ke rahmatullah. Kali ini kali kedua aku rasa kesedihan yang sama dengan perginya Din Beramboi menghadap tuhan.

Selepas ni dah tak ada lagi lawak kasar dari dia. Al-fatihah.

='(

UPDATE : One of my colleague email aku tweet dari Allahyarham Din Beramboi. Sedihnya.




4 comments :

MY said...

Al-Fatihah...

fairuza mohd nasir said...

tiada pengganti bagi idola seperti Pak Din...ada juga yang tak berapa gemar dengan style komik arwah Pak Din, tapi bagi aku he's one in a million, and Malaysia will miss the best and most spontaneous comedian kita pernah ada...

salam Takziah buat keluarga Pak Din,
al-fatihah...

hajaribrohim said...

last aku dengar suara dia pada Isnin pagi, sawancara kat ERA. dia jadi nasi lemak. :(

Syuhada said...

Syu menangis bila ada video tribute utk arwah. Meremang bulu roma. Sedih..