21.4.10

Pagi yang terang kini gelap semula


Semalam sebelum nak tidur, fikiran aku dah di hantui dengan imej imej paranoia yang menakutkan. Pagi hari ni tidak setenang sebelum sebelum ni. Masih lagi berkecamuk, antara sedih, gusar dan kecintaan yang terlampau-lampau terhadap Sabrina.

Pagi yang terang kini gelap semula.

Harapan yang dulu cerah kini di takutkan dengan seribu rasa risau. Risau sampai tahap aku nak bermadah di pagi pagi buta macam ni.

OK sebenarnya aku tengah risau seribu kali risau sebab mertua aku sudah menunjukkan tanda-tanda ketidaksanggupan lagi menjaga buah hati aku, Sabrina. Banyak alasan-alasan kecil ditimbulkan yang sekaligus berjaya mengkecilkan sekali hati aku.

Aku pun tak berdaya nak bangun seawal 4 pagi bersiap-siap dan hantar Sabrina ke Cheras sebelum ke pejabat demi untuk mengelak kesesakan lalu lintas. Lebih tak berdaya lagi nak meredah kesesakan yang lebih dahsyat di petang hari untuk menjemput anak aku di Cheras dan sampai ke rumah sendiri dalam jam 9-10 malam - dimana Sabrina pun dah tidur time tu.

Bila masa nak main dengan Sabrina?
Bila masa aku nak spent time tengok Sabrina meneroka dan belajar benda baru kalau dia dah tido.
Bila masa aku nak siapkan kerja-kerja sambilan?

Sekarang ni tiap tiap pagi aku bangun aku susukan Sabrina, air mata aku mesti bergenang. Bukan senang aku nak percayakan orang. Seminggu sebelum ni bayi 9 bulan mati tercekik fishball. Sebulan sebelum ni, bayi lelaki kritikal sebab kena goncang dengan pengasuh. Base on pengalaman keluarga dan adik-beradik aku, setakat ni, aku tak berani nak berhenti kerja.

Aku kena pujuk hati aku supaya bertawakal dan mohon kepada tuhan supaya diberi ketenangan.

Isnin ni Sabrina mesti dijaga oleh pengasuh atau mana-mana pusat jagaan.

Pembaca yang budiman : Kalau ada cadangan Pengasuh kanak-kanak yang baik dan baik dan baik atau pusat jagaan yang bagus dan bagus dan bagus - di sekitar DESA PETALING, SALAK SELATAN, SG. BESI, KUCHAI LAMA, BANGSAR atau mana-mana sekitar PUSAT BANDAR KUALA LUMPUR - tolong lah beritahu aku.

Aku mintak tolong ni.
=(

31 comments :

Cik Kmar said...

amik maid. malaysian, not indonesian. dtg time working hours je. mlm dia blk umah. amacam? tp msti amik org yg dipercayai. klo ada sdare mare tgh cari keje, lg bgus, offer dia keje ni. byr dia hrga best. ;-)

abah haqq / mak haqq said...

alahai..
semoga mama sabrina dapat jumpa orang yang sesuai ok..
good luck

eiyra'z said...

sayu dengar masalah ko noe...aku pun sama dengan ko ssh nak pcy org kalau bab jg ank kita ni..aku hntr umah org jg..alhamdulillah baik sgt dia jg...dlm bab ni kita kena rajin bertanya n mencari...ko try la survey,insyaAllah ada yg baik hati..aku lebih prefer rumah org dari nursery dgn syarat org tu xjg ramai budak..

NahWaL said...

noe, sepupu aku kata dekat bandar tasik permaisuri atau bandar tun razak banyak. masok dalam list tak? kalao ko nak nanti aku kasi number.

FaNaQiLa said...

aku jua merasai apa yg kau rasa terhadap Sabrina. aku merasa perasaan itu untuk Aisy.

pada awalnya mamaku sendiri yang jaga tetapi sekarang mamaku sakit. ada di hospital. terpaksa aku hantarkan Aisy dibawah jagaan kawan mamaku yang berdekatan rumah. dari jam 7 pgi smpi 8 mlm Aisy disana. 13 jam. aku sedih. masa yang terluang buat Aisy kurang dari 2 jam. balik keje perlu masak. cabaran ibu berkerjaya, beginila.

ape2 pun aku cadangkan, kalau ko ade kenal2 makcik2 yg da solo yakni ibu tunggal/janda. ko bertanyala tth kesanggupan mereka.

Dong, Dia & Azra said...

saya cadangkan hantar ke orang lagi baik dari nursery. cari mereka yang dah pernah melahirkan kerana hanya yang sebegitu akan faham betapa precious-nyer cahaya mata kita itu. Kat nursery, biasanya hanya budak lepasan sekolah yang dipertanggungjawabkan menjaga anak. apa lah yang mereka tahu kan. skil boleh di ajar, rasa sayang pada baby mungkin ada tapi adalah ianya cukup mendalam supaya baby kita dapat di jaga dengan teliti.

MY said...

My ader jumpa satu.. tue pun sebab ari tue pergi tmn member bw kakak ipar dier g melawat anak dier kat nursery during lunch hour.. area pantai dlm.. masuk list x? huhu.. pada my, nampak cm convincing (from my eyes lah)..

Ladynoe™ said...

mai, bagi contact number.

NahWaL said...

aku dah letak kat fb ko noe

aishah_conteng_je said...

ada taska di vista angkasa, kerinchi. kat stesyen putra universiti.

Farah said...

alahai sayunye denga keluhan noe..macam saya dulu nasib jugak dapat bbsitter hasil bertanya secara random kat kawasan rumah..memang tak sampai hati nak hanta bb ke nursery time tu sebab kecik sgt lg..alhamdulillah bbsitter ok..area kota damansara..rasenye tak masuk dlm senarai kan.

ain said...

dulu kawan aku pernah antar anak dia kat satu makcik ni, then kwn aku dah pindah. ni no tepon 03-41083422 ko try la.

eRaY said...

noe, kg baru masuk x..?? if ko minat aku leh carikan through bb sitter anak aku.

MY said...

InsyaAllah my try tanya .. will update ngan sis soon..

fynn jamal said...

noe,
komen fynn mmg tak membangung.
tapi wallah, fynn harap sabrina terpelihara seindahnya.
insyaAllah.

entah bila malaysia nak paksa setiap bangunan syarikat ada at least satu nursery.

amin

NURUL said...

noe...
aku dulu lps abis pantang yg jaga raina tok wan n tok ecek dia. dua ari sekali aku berulang alik dr shah alam ke banting.

kdg2 terus dr tmpt keja aku kelana jaya ke banting. hari2 aku nangis. sbb masa tu aku tak percaya nak anta nursery atau rumah org. sbb aku fikir baby aku kecik lg kepala lembik lg. aku risau.

lepas tu sampai satu tahap tok encek raina tak dpt jaga lagi sbb cucu dia yg dia jaga makin lasak. dia risau kalu muka raina kena cakau ke apa ke sbb cucu dia lasak sgt. kebetulan tok wan raina hnya jaga sbelah mlm sbb pagi tok wan raina keja. bila tok wan rana keja belah pagi dia akan anta di rumah tok encek (mak saudara aku)

so dlm keadaan terpaksa aku terpaksa cari org utk jaga raina. aku dgn sekeras2 hati tak mahu anta nursery. sbb kat nursery charges mahal, budak2 ramai. so aku jaga org yg jaga.

alhamdulilah jiran aku sanggup jaga. tp kalu ada yg aku tak puas ati aku ckp direct je. contoh bab pampers. aku displinkan diri tukar pampers setiap 3,4 jam sekali.

mcm tu jugak yg aku ajar babysitter raina. aku minta dia tukar pampaers ikut time.

w/pun hari2 aku tempuh jln jem. aku sampai umah pun selalu dekat2 kul 8 tapi aku akan pastikan w/pun setengah jam atau satu jam untuk luangkan masa bermain dgn raina dan sesi pembelajaran buku,sesi menyanyi ABC,123 and sebagainya. sbb aku tahu kalu aku biarkan jer utamakan kepenatan nanti anak tak rapat dgn kita.

so suggiestion aku ko anta umah org. tanya jiran2 ko kalu sanggup dr anta nursery. itu pendapat aku.
aku hrp ko sabar melalui dugaan ini ok noe.

zulaikha said...

dekat bangsar, area kawasan quarters ktm. nak x? orang tu duduk bawah rumah saye je.

khemy said...

how about you hire a maid and stay together with you MIL? and then weekends you angkut maid balik rumah you sekali buat keje skit and monday hantar Sabrina and the maid rumah MIL? at least she can also help your mil with house chores. ok tak idea tu?

headbart said...

Mula-mula nak tinggalkan anak yang 24/7 bersama kita selama 2 bulan berpantang, memang amat sukar.
Amat,amat,amat sukar...
Perasaan nak berhenti kerja sangat kuat.
Anak aku nak masuk setahun, suami aku kerja di negeri lain, setiap kali dia balik 2 minggu skali, aku akan tanye dia, bila agaknya aku boleh berhenti kerja.

Jangan risau Noe, (mmg akan risau punya), ko doa banyak-banyak. Gi survey dan interview rumah2 babysitter atau nursery sebelum decide.

Bila ko dah jumpe yg ko agak rasa elok, setiap kali ko tinggalkan Sabrina dan ambik Sabrina, ko tanya sitter tuh semua soklan yg relevan seperti "adakah dia berak","dia isap susu banyak tak","dia meragam tak", "dia tido tak" dan segala.

Sebelum aku hantar anak ku ke nursery, banyak dah cadangan2 macam daily maid semua. Org ramai suggest daily maid, letak kat umah mak aku. Tapi sebab aku tak mampu, aku terpaksa la hantar jugak kat nursery, dan tawakal.

Kalau dalam sebulan tuuh ko agak2 tempat tuh tak bagus, ko tukar je tempat lain. Suh orang jaga anak kita nih sangat memerlukan ketabahan, kecekalan hati yg kuat.

ko tabah ya...

sHarEna said...

hari nie hari kedua hntr anak yg berumur 2 bln 4 hari ke nursery. ade org kate nursery x elok utk bb & better hntr rmh org. tp klu dh xde choice ape nk buat? semat dlm hati sbrg pkr baik or buruk semuanya atas izin Allah. so x kirelah hntr kt mane pn, selagi bkn kite si ibu yg jaga, risau itu tetap ade. tak gitu?

nk backup utk nursery sket. anak akn jd lebih berdikari, berdisiplin (ade jadual) & mudah bergaul dgn org. masok sekolah pn Insyallah dh x susah sbb dh biasa ramai kawan2 :))

They call me ary kerazee said...

Noe, brape bajet ko? Aku try tanya-tanya kengkawan aku kat area-area situ.

Aziziorama said...

Kak Noe, pada pendapat saya, Kak Noe cari yang 40-an. Ini base on pengalaman ibu saya. Dia dah jaga budak since saya kecil sampai saya ada adik umur 6 tahun sekarang. Saya 23 tahun. So, saya tahu bagaimana ibu saya jaga anak jagaan macam dia jaga saya dan adik-adik saya. Paling ramai dia jaga dalam satu masa ialah satu bayi dan dua budak bawah 5 tahun. Saya sarankan Kak Noe, cari orang yang dah ada banyak pengalaman. Insyallah, selamat dan sihat dia membesar.

NaniRostam said...

Ala budak busyuk, gemoq, montel ni bagi kak Nani jaga jer...

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

kak noe, mama hanis zalikha boleh jaga kan?hanis zalikah suka baby..mama dia pun da offer tu..try la kak noe..ber korban cikit utk sabrina.. :)

syarlee said...

http://www.bondamama.com/01/

Firdaus Prudential said...

Best nursery / taska area Kota Damansara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana

http://insuransprudential.wordpress.com/2010/05/16/best-nursery-taska-area-kota-damansara-mutiara-damansara-damansara-perdana/

boleh check di website saya..

based on me and my wife survey

admin@bl2l said...

if u're still looking for baby sitter area desa etaling, do give me a call ya.. 014-7139744

me_only_mye said...

salam zulaika..nk tumpang tnye..kt bangsar ni org tu name die ema ke?

me_only_mye said...

salam zulaikha..org ni name die ema ke

Riesha Sakri said...

Sy duk bangsar n nmpk ade org iklan babysitter area bangsar.ktm bangsar..x ok ke ema tu?

Riesha Sakri said...

Sy duk bangsar n nmpk ade org iklan babysitter area bangsar.ktm bangsar..x ok ke ema tu?