19.4.10

Sabrina dan Handy Manny Earth Day


Aku rasa, kebanyakkan daripada pembaca-pembaca blog aku semuanya cukup bijak untuk aku tafsirkan tentang Hari Bumi (Earth Day). Hari Bumi merupakan sambutan yang diadakan bermulanya pada musim bunga di setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Diasaskan oleh John McConell pada tahun 1969 dan kini di sambut dengan rasminya pada 22 April setiap tahun.

Kamu semua pun sedar hakikat yang Bumi semakin tua. Semakin dipersakitkan dengan sampah, dengan penarahan hutan segala. Banyak iklan-iklan mengenai pencemaran yang mneyeramkan sampai buat aku terfikir, macam mana lah satu hari nanti, kalau Bumi semakin tenat - di saat Sabrina sedang galak nak membesar. Aku terbayang Sabrina pergi sekolah jalan kaki di sekeliling timbunan sampah. Lepas tu sampai sekolah muka dah berdebu hitam sebab dek asap yang menyesakkan.

Dengan harapan nak menjadi salah seorang emak yang bertauliah, aku pun tidak lah terkecuali dari melakukan perkara-perkara yang menjurus ke arah mesra alam.Pelbagai langkah kecil yang aku telah praktikkan demi untuk menyediakan sebuah Bumi yang sihat untuk Sabrina diami kelak.

Sebenarnya ibu bapa harus memainkan peranan yang penting demi untuk menyediakan sebuah habitat yang sihat untuk anak-anak kita nanti seperti;

1) Bawa anak-anak beriadah di tepi pantai. Sambil tu kamu boleh ajak anak kutip sampah sekali. Beritahu mereka tentang musibah yang datang daripada sampah sampah berkenaan sekiranya dibiarkan tidak terlupus dan tidak dikitar semula. Aku cakap macam ni sebab aku pernah jumpa orang buang diaper kat pantai perkelahan, OK. Sungguh tak bermoral. Nak susukan anak bukan main titikberatkan kebersihan lah, kesihatan lah segala. Sekali tahi anak sendiri buang sepah-sepah.

2) Praktikkan pemakaian Cloth Diaper pada hari hari tertentu atau hari hari oleh ibu yang menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Macam Sabrina, memang aku pakaikan Cloth Diaper setiap hujung minggu. Jadi secara teknikalnya Sabrina dah jimatkan 8-10 pengeluaran sampah yang datang dari disposable diaper setiap minggu.


3) Sesiapa yang biasa membeli belah pada hujung minggu, mesti tau yang kebanyakkan market tak sediakan Shopping bag. Jadi, amalkan penggunaan Shopping bag! Lagi pun rasa macam lebih bergaya bila bawak Shopping bag.

4) Ajar anak jimatkan penggunaan tenaga eletrik dan air sedari dalam rumah lagi. Ajar diri jadi contoh yang baik, supaya bila dia dah besar, dia tahu tentang penggunaan tenaga eletrik dan air yang betul. Ajar anak kamu tutup air semasa memberus gigi untuk mengajar mereka tentang penjimatan air.

5) Seterusnya, kamu boleh didik anak tentang keseronokkan mengitar semula sampah di rumah. Buatkan 3 bekas sampah yang berlainan yang terdiri daripada aluminium, kaca dan kertas dan ceritakan pada mereka tentang nilai yang dapat kita manfaatkan hasil dari program kitar semula secara kecil-kecilan itu. Bagi anak yang dah pandai 'menulis' tu, ajar supaya mereka manfaatkan kedua-dua belah muka kertas supaya serba sedikit kita dapat membendung aktivit penebangan pokok dan pen'terbangan' duit poket sebab asyik nak beli kertas untuk diconteng.

6) Sesekali, ajak anak kamu berjalan atau berbasikal dari destinasi ke destinasi yang tertentu untuk mengurangkan pencemaran yang datang dari kenderaan yang kita guna sehari-harian.

7) Cara yang seterusnya yang paling aku suka ialah, bina satu taman mini di balkoni rumah. Walau aku bukan lah minah bunga, tapi aku suka tanam bunga. Aku suka kehijauan. Nak nak bila duduk rumah tak jejak tanah ni, menanam bunga dan pokok kecil memang cukup menyeronokkan lah.

Nak tanam pokok tak boleh, so tanam la pokok kecil. Kalau tak pandai tanam, beli saja pun boleh. Then jaga la macam anak sendiri.

Sebut tentang taman mini, apa kata kalau kita bersama anak-anak sambut Earth Day pada 22 April 2010 ini bersama Handy Many di http://www.playhousedisney-asia.com/earthday.


Yang tak ada anak tapi masih keanak-anakan pun boleh ikut sambut bersama dengan memeriahkan pertandingan mencipta taman mini di laman web tadi. Untuk join contest ni amat lah mudah, masuk je http://www.playhousedisney-asia.com/earthday, then klik pada Mini Manny Garden Contest. Ajak dan ajar anak kamu cipta Mini Garden-nya sendiri untuk memenangi hadiah yang comel dan menggembirakan.



So para hot mommies sekalian, let's encourage our kid to join the competition. Klik http://www.playhousedisney-asia.com/earthday untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Bumi!
Happy Earth Day! Kalau bukan kita yang menyediakan habitat yang sihat untuk anak kita kelak, siapa lagi?
-->
p/s: Ajak anak kamu semua belajar lebih banyak lagi tentang Earth Day dengan menonton Playhouse Disney di Astro Channel 613 pada 22 April 2010 ini bermula 9am sehingga 2 pm.





9 comments :

Ejamaria said...

oh... 613 mmg channel febret anak2... 22 april - khamis... anak2 sekolah la...

NURUL said...

sabrina makin tembam dan bulat comel

Sue Anna Joe said...

Noe beli berapa banyak ya CD? Sehari berapa pakai?

Ingat mau try juga.

p/s: Advertorial tu, ehem ehem. Paris Paris. Hahahaha.

H A N I said...

bulat mata sabrina tgk website tu ek..pandainyer :)

angkasa said...

Noe,

Table mat kita sama la. Bwahahaha.

(ok, comment yg takde point)

Anyway, comel sungguh buntut Sabrina pakai CD! *ahem*

Fandi Tamyes said...

bila nak tambah pokok2 kat balkoni lagi ni? misi menghutankan balkoni. batu2 dah ada dah, macam tepi sungai hah.

ok lepas ni, misi seterusnya, bawak sabrina pegi taman pulak. kutip sampah.

Fandi Tamyes

Farah Rosni said...

kami 3beradik semua pakai lampin kain. kecuali kalau berjalan jauh mungkin akan pakai disposal.

Aku A-Z-Z-U said...

my god, sy pun penah jumpa diaper di tepi pantai. sungguh bangang org yg membuang diaper tersebut okkk.. and yes, sy pun bercadang nak beli CD for my coming baby! selain dpt mengurangkan penggunaan lampin pakai buang, CD cantik ape.

p/s: sabrina sgt2 montel...sbb menyusu badan ke? ;*

alkapon said...

td aku nak tanye knp pki CD? knp tanye 1 hari nak pki berapa n ape yg best sgt dgn cd ajaib tu org asik tanye je..

skang aku dah check blk n baru aku phm cd tu ape.