29.4.10

Sebelum 20 Januari 2010


Seingat aku, aku memang tak pernah cerita pengalaman kehamilan aku dari minggu pertama sampai lah ke minggu akhirnya. Dah nak masuk lapan bulan mengandung baru aku beritahu di blog.

Sebab berdasarkan rentetan yang biasa berlaku di awal kehamilan seperti keguguran atau kematian bayi di dalam perut misalnya, buat aku rasa nak bertangguh dulu untuk mewar-warkan hal kehamilan aku. Bukan tak excited. Tapi aku ni kan macam paranoid sikit. Even family aku tau aku mengandung pun selepas 3 bulan nak masuk 4 baru aku beritahu.

Hari pertama aku syak bahawa ada hidupan dalam perut aku ni ialah aku tak boleh nak bau asap rokok. Bila bau je aku rasa kembang tekak. Nak nak masa tu haid tak datang dah nak masuk seminggu. Aturan haid aku memang stabil. Tiap-tiap bulan akan datang ikut tarikh yang di duga - tak pun sehari sebelum - tak pun sehari selepas. Memang stabil. Jadi bila dah lambat seminggu aku rasa macam ada something wrong lah.

Aku ada lah juga mengadu-ngadu dengan kawan pejabat - 'apsal aku loya bau rokok ni?'

Seperti rakan tipikal yang lain, ejekan dan usikan mula menular. Mendorong aku nak pergi cek doktor hari tu jugak.

Bila jumpa doktor, aku ceritakan yang aku loya dan haid lambat seminggu doktor tu boleh gelak. Macam cibai. Dia siap cakap "Baru seminggu lambat. Jangan hampa ya. Cuba lagi," - Tanpa lakukan apa-apa ujian ke atas aku pun.

Aku tak tau muka aku macam mana time tu. Tebal sebab malu ke hampa ke bengang ke. Ye la aku tak de la mengharap sangat nak anak time tu. So ayat "Jangan hampa ya..cuba lagi.." macam nak tunjuk yang aku ni dah berbelas tahun kawin tapi tak dapat anak lagi.

Ini tak boleh jadi.

Petang tu aku ke farmasi beli pregnancy test, aku test sendiri. Dan hasilnya 2 bar! Masa tu aku tak tau nak klasifikasikan perasaan aku lansung. Suka ke. Duka ke. Or just a plain Vanilla. Bila aku beritahu Fandi, dia pun tak ada tunjuk reaksi meloncat beruk ke, terjun katil ke mahupun buat senaman kardiovaskular kerana terlalu happy. So aku rasa...it's just a plain Vanilla lah.

Lepas tu aku jalani kehidupan macam biasa. Aku berhenti tabiat-tabiat yang buruk dan tak senonoh. Walau pun perasaan sayang kat hidupan dalam perut aku ni belum wujud lagi. Just aku rasa tanggungjawab aku sebagai manusia nak lindungi dia tu memang semakin menebal since aku tahu dia dah wujud.

Orang pertama selepas fandi tahu yang aku hamil ialah Nurul. Ala hot mum tu. Aku rasa dia macam teruja bila dapat tahu seorang lagi kawan dia akan rasa apa yang dia pernah rasa. Kelompok kedua ialah kawan pejabat. Sejak diorang gasak dok usik, so memang diorang keep on tanya samada aku dah beli pregnancy test ke belum. Dan orang ke tiga ialah Pjoe. Dan orang keempat ialah SueAnna. Lepas tu kelima keenam ketujuh dan seterusnya ialah orang-orang yang terdekat - dan orang yang dok tegur kenapa aku dah macam belon gas. Dan semua semakin tahu bila aku upload gambar percutian aku ke Sarawak- dengan perut buncit boncot sebegitu.

Fandi pernah cakap yang walaupun semasa mengandung aku gemok, muka kusam, tapi aku lovely. Dulu time couple ada jugak dia suarakan betapa dia risau kalau perangai banyak kerenah dan hangin kus-kus macam aku ni akan menjadi bala berganda ketika mengandung. Tapi bagusnya tak lansung!

Masa mengandung dia buat salah apa pun aku boleh rilek. Boleh senyum. Boleh manja. Dan aku memang tidak ada masalah nak mengamuk ke apa. I'm a happy pregger lah konon time tu. Dengan siapa pun aku OK je. Tidak lah seperti tipikal orang mengandung yang selalu moody je. Ini boleh jadi petua jugak. Bagi kamu yang sedang hamil, elakkan dari perangai marah-marah dan bermuka masam. Tak elok untuk keadaan sekeliling lagi pun. Banyakkan senyuman, happy, aku rasa nanti anak pun ceria je kot. Kot la. Ni petua je.

Cuma aku jadi kuat menangis kot. Tengok iklan sedih sedih pun aku menangis. Macam faktap je aku rasa. Macam lembik.

Saat kehamilan adalah waktu keemasan untuk aku makan tanpa rasa berdosa ke atas tubuh badan sendiri. Raya cuti seminggu aku gain 9kg! Setiap kali buat check up, doktor mesti membebel. Sampai saat doktor tak kasi aku makan nasik. Dia suruh aku makan sayur je.

Aku dah la time tak mengandung asyik skip lunch. So takkan time mengandung aku nak skip jugak. Nasik putih, telur itik masak lemak, ikan kembong goreng cicah belacan, sambal peria, kerabu pegaga - peh.

Malam - kfc - Mc Donalds - chicken golden blue (ke bleu?) kat restoren kapal kampung baru - kenny rogers - atau nasik lauk kampung macam biasa. pun peh. Sampai kan bulan puasa pun naik 5kilo!

Total kenaikan ialah 36 kg.

Selamba.

Pun aku rasa mengandung ialah saat yang separa syurga.

Kaki bengkak, suami tolong buat kerja rumah. Malam-malam sebelum tidur aku akan tunggu anak aku tendang dulu. Atau berenang-renang di dalam perut. Baru aku boleh pejam mata. Itu pun tak lena. Nak dekat 5 kali aku bangun nak terkencing.

Sampai lah saat aku berjalan macam penguin. Saat betis pun dah berlaga sesama sendiri. Terboyot-boyot aku bawak perut. Damn letih. Berat. Perut aku pun besar macam ada kembar duduk kat dalam tu. Semua jumpa aku terkejut dengan perubahan besar yang besar aku.

Tapi aku peduli apa.

Masa tu perasaan tanggungjawab untuk menjaga kandungan semakin menebal. Perasaan sayang tu belum ada sepenuhnya. Untuk pastikan perkembangan anak dalam kandungan aku makan 4 jenis supplement;

• HPA - Hb - Untuk memastikan tekanan darah aku stabil - hasilnya memang tekanan darah aku stabil lah.
• HPA - Rossele - Untuk membantu masalah kulit bayi - hasilnya memang kulit anak aku bersih. Takdak menggelupas, takdak ruam - paling kuat pun kalau musim panas, kulit dia jadi merah.
• HPA - Spirulina - Membantu perkembangan tulang dan segala-galanya lah - hasilnya, belum masuk 2 bulan lagi Sabrina dah boleh tegak kaki bila didirikan dan belum masuk 3 bulan lagi leher dia dah tegap. Mak aku cakap benda tu jarang jarang berlaku ke atas kebanyakkan bayi. Aku baca babycentre.com pun keupayaan yang Sabrina ada tu memang rare lah. Lagi satu Spirulina ni elakkan rasa letih melampau time mengandung juga lah.
• HPA - Mega3 - Untuk membantu perkembangan otak bayi - hasilnya tak boleh nak cerita. Mak mana tak puji anak kan. Nanti meluat pulak orang baca asyik dok puji anak comel cerdik la bagai.

Tapi oleh kerana aku ni memang pesimis punya bangsa, aku taknak lah happy awal-awal. Aku just berusaha je. Yang tentukan Allah jugak. Makan supplement satu lori kalau Allah tentukan 'tidak' maka, tidak lah jadinya.

Lagi satu, saat aku tau aku mengandung, everything yang aku buat aku dedicate kat anak dalam kandungan. Even duit yang aku dapat pun aku simpan untuk dia. Duit-duit yang dapat dari hasil freelance, terus aku tabungkan. Kalau ada lebih, aku buat beli barang-barang keperluan dia. Baju mengandung aku tak ambik kisah sangat sebab aku memang tak beli baju mengandung lansung. Aku ada maternity pants sehelai. Itu pun aku pakai sekejap sebab makin perut aku besar, seluar tu makin singkat sebab getah pinggang dia duk kat dada. Singkat dah macam Charlie Chaplin dah rupa aku. Cuma tak pakai topi je.

Yang aku beli selepas tu hanyalah seluar getah, dan baju baju yang kembang kat perut serta baju yang bersaiz jumbo. Senang boleh pakai di kemudian hari selepas mengandung kononnya.

Bila orang tengok keadaan aku mengandung yang besar macam lori balak tu, semua cakap takut nak mengandung. Takut gemok macam aku. Tapi seriously, jangan tengok apa yang aku dah jadi. Tapi pandang la apa yang aku dapat selepas tu.

Sampai aku rasa - one day kalau Fandi tinggalkan aku - tinggalkan lah. Aku dah ada Sabrina. Aku rasa she's more than enough.

:D

Kepada ibu-ibu mengandung, all the best!



32 comments :

angkasa said...

"Sampai aku rasa - one day kalau Fandi tinggalkan aku - tinggalkan lah. Aku dah ada Sabrina. Aku rasa she's more than enough."

hoh. i pun pernah terpikir gitu, boleh tak! i mean, about my suami lah, bukan Fandi ye? heh. tapi tak mintak lah kan.

tembun said...

noe gile sempoi hang ni.
hahaha chup,berat asal u brp sbnrnye sbb cam naik mendadak kan?
neway tahniah sbb dapat anak yg comel..

Ladynoe™ said...

ANGKASA = tu ah kan!? I cakap camtu fandi cebik je. ahahah!

TEMBUN = 68kilo. Kira sendiri lepas niak 36kg.

Ejamaria said...

pernah terbaca - suami ibarat daki di badan, bila2 masa bole berpisah... tapi ibu dan anak ibarat kulit di badan tak boleh dipisahkan ;)

tembun said...

woowootwoot..
:)
orait2..
mesti nurse yg wat cek up asik bebel

abah haqq / mak haqq said...

tapi lepas bersalin tu nampak noe dah susut skit..
aku nih dah ramai dah tegur makin naik..
so kene la kuruskan skit..
bukan kurus melampau pun kan.. :P

tapi mmg betol time pregnant jangan selalu sedih..
abah haqq selalu manjakan,hepikan aku time pregnant dulu..
dia tak suka aku merajok masam muka..

hasilnya mmg haqq digelar mat senyom..
sbb dia mmg suka senyom..
huhuhuh..

p/s : meh sini sabrina..aunty nak gomol skit..pipi mungil.. :))

-mak haqq

fynn jamal said...

"Jangan hampa ya..cuba lagi.."

dah biasa.
dan bukan nak kata apa.
ada doktor hati kering.
cakap ayat2 yang derang dapat dari textbook, macam takde makna apa.

siap macam nak gitau life dia miserable ada anak, lagi susah, baik tak payah. i lagi untung.

pergh.
terima kasih banyak la org2 mcm ni.

eiyra'z said...

betul tu noe..kalau suami nak tinggalkan kita nanti biarlah..sebab masa tu kita dah ada segalanya..anak,kerjaya,dan harta sendiri..

rosesrosz said...

comel utk dua2 pic di atas..

:-)

mimi said...

salam noe:)
i'm ur silent reader...follow dari misi 5 april mase i kawen sampailah nih dah pregnant..
mmg taktau nak cakap camne kan perasaan bile tau pregnant..doktor lak cam xcaye je bile i kater mual2..then die kate biaselah baru2 kawen lambat datang period..jgn excited raser pregnant lak...huhuhuhu
Noe..nak tanyer supplement tu u beli sendiri kat farmasi or nanti mase check up doc bagi?

NURUL said...

ko rindu tak perut ko yg comel tu noe? w/pun aku skrg dlm fasa mengecilkan badan selepas berpantang dan w/pun org kata aku gemuk aku tak peduli kata2 derang.

sbb aku ada raina evaqairina peneman paling setia.

so proses megandung tu sebenarnya moment plg best pd aku. dan aku percaya itu adalah moment yg ko rasa best juga kan noe?

kim salam dgn sabrina :)

Sue Anna Joe said...

Siot je ayat last ko Noe. Waahahha.

Wah aku orang keempat. Okay terharu. Yelah seronok dapat kongsi sama-sama masa tgh preggy. Rindu juga time tu.

Nanti kita bawak Sabrina n Luqman tuk playdate okay? Aku nak mamah pipi Sabrina.

Aku rasa sekarang semua budak cepat progress la Noe, maybe sebab all the available supplement. Mak aku pun keluarkan ayat, jarang budak besar ni boleh dot dot dot... Haha. Mana tak nya, baby sekarang keluar je perut dah bukak mata, dulu berhari-hari la jugak baru nak buka mata.

Tapi Luqman gelak masih belum keluar bunyi, dia gelak je, tapi silent gelak. Mulut terngang-nganga. Geram dengar Sabrina gelak. Kongsilah video dia duk gelak sini, boleh apa embed dari facebook.

Aku berat dah makin turun, tak dapat nak maintain. Frust betul. Tapi perut masih agak buncit, dah jadi macam jeli. Hahaha.

So ko bila nak mengandung lagi beb?

Anoneemus™ said...

It's chicken cordon bleu.kut.

Poyo ah doktor tu,Noe. Gila antiklimaks. nasib baik Noe cekal.

Seronok baca entri ni. Eh lantak ah bulat mcm belon pun, boleh slim balik.
Kirim peluk cium pada Sabrina.mmuah!

Anoneemus™ said...

Eh, lupa nak tanya..HPA tu jenama supplement ke?

LJ said...

Teruja siot baca entri ni!

Ladynoe™ said...

MIMI = supplement tu noe amik sendiri ikut nasihat orang pegawai perubatan HPA tu.

NURUL = aku tak rindu! sebab perut aku tak comel lansung! perut aku besar gila! Tapi memang momment mengandung tu best.

SUEANNA = tu ah! budak sekarang dah maju lebih. mak aku pun ada cite pasal bukak mata punya hal tu. advance masing-masing. okay playdate!

macam mana berat kau makin menurun ek? tak makan ka? berat aku selow sgt turun. Sebulan sekilo ja. dem betui.

ANONEEMUS = tapi yang kat Restoren kapal tu Noe baca menu dia tulis GOLDEN instead of cordon.

HPA tu jenama supplement.

misz beauty said...

comel je sis time preggy.... hui...;-)

dah tau dah afta diz kalau preggy akan makan sume supplement yg sis makan tuh.... thank u for the info.... ;-)

Lina Rahim said...

thanks sbb share ur supplement. at least dpt dijadikan panduan.

Lina Rahim said...

thanks sbb share ur supplement. at least dpt dijadikan panduan.

isabelle said...

anak2 mmg memberi kekuatan luar biasa yg kita rasa kita x pernah miliki. miracle kan?

susudalambotol said...

Tapi perut kau memang besar, Noe. kalau orang tak tau mmg igt anak kembar. mesti kau jenis kulit tebal.

wardah said...

Tq noe..part yg 'dedicate kan semua yg noe buat untuk anak tu' saya suka..sebab suami pun selalu pesan gitu..

peluk cium utk sabrina..comel gile

tutup mulut said...

suka tgk sabrina. comel n ceria sangat muka dia! thank u for the tips..bolehla amalkan..tapi tahun depan. huhuhuuhu

Aishah Rahim said...

aku rasa, aku akan ikut jejak langkah kau noe. aku naik 3kg dalam masa 1 bulan. sampai doktor boleh tanya aku;

"awak tak takut ke anak awak meninggal lagi?"

kau rasa, aku patut tampar tak doktor tu?

Ladynoe™ said...

AISYAH = betul betul kata galakan kasar tu. takpe, nanti diet balik ok!

Deba said...

1. haha.doktor skang banyak yg bodo.bile kite pegi cakap nak tau ngandung ke tak..dia leh cakap

" awak dah wat pregnancy test kan..ha dah betol la tu.nak test hape lagi "

sungguh bangang doctor pempuan klinik idzham taman melawati.


2. spirulina tu mmg terbukti sgt berkesan.anakku pon kuat sangat angkat kepala waktu 2-3 bulan.huhu


3. perot besar ke gemuk ke waktu mengandung sebenarnya subjektif.tp yang penting adalah untuk org sekeliling tak terlampau bagi2 komen yg 'bullshit'.

" eh besaaaarrrnyaaaa perot awak"
( buat kite rase macam ade anak kembar 10 dalam perot)

"eh kecikknyaaaa perot awak "
( eh sorang kata besar sorang kata kecik.sah kita yang tak normal)

"eh gemoknyeee mengandung ni.naik betul badan kan"
( err...dah la mmg gemok.betambah2 gemok dikatanya kita.damn!)

semua komen2 ni bole membuatkan perasaan ibu2 mengandung terguris dan sensitif tau takk?? take note sket.komen2 kasar tu tolong simpan dlm hati.takyah luahkan...tol tak.


nota kaki : hanya doktor yang boleh komen pasal berat badan...baru kita tak bape nak terasa :p

just my 2 cents.

Huda Ramlee said...
This comment has been removed by the author.
Huda Ramlee said...

ske tengok ibu mengandung, ade seri..seri pengantin pun tak mcm tu..

dan, teringin bwk nyawa itu dlm perut ni...

Ainee Cumi said...

wahh nanti aini dah kawin then preggy leh amik petua kak noe ni..
harap sabrina menjadi anak yang patuh dan taat kepada parents dia..amin!=))))

jas imran said...

thanks for all the pregnancy+motherhood stori mori LAdyNoe! teruja seyh nak melangkah ke alam tu :D

pernah suatu hari my colleague ada ckp lebih kurang cmnih..
"eh, aku dulu ada kawan body macam kau...tp bila dia pregnant terus nampak gemuk, serabai, buruk... bla bla bla..." (diiringi dengan gelak jahanam)
aku terpikir apa motip dia cakap macam tu kat aku. Ke saja nak bagi aku moral down? nak jatuhkan semangat aku utk pegnen?... ntah la...

apapun kena ceria selalu kan? lantak pi la apa org lain nk kata.
but really... your stories boleh jadikan Chicken Soup For The Motherhood Soul... :D

keep telling!

izzahazfar said...

terbaca psal suplement tu..ok ye kak...zah nak try..mana tahu..usaha utk anak juga...

*sdg preggy anak kedua..selalu juga baca entry akak...best!

Aleiz said...

nak tau brand suplement ape elok dimakan ibu mengandung? yg mcm spirulina tu..nk try, tp tatau brand ape ok..