24.4.10

Tips Mencari Pengasuh Anak

pau goreng

Abang Bob ialah abang aku. Dia seorang guru Sains dan Matematik cum Cikgu Disiplin di sebuah sekolah rendah di Damansara.

Mak selalu samakan aku dengan dia. Mak cakap kami sama degil. Sama muka. Sama kuat merajuk. Sama keras hati. Sama panas baran. Sama mulut jahat. Dulu masa aku mengandung, mak aku cakap aku dan Abang Bob dah macam kembar sepasang dah. Sama saiz.

Dia berkahwin sejak umur aku 17 tahun. Umur aku 23 tahun baru dia dikurniakan anak setelah usaha macam-macam. Abang bob menatang Alia macam minyak yang penuh. Segala hal dia jadi cerewet. Dari perkara besar sampai ke pekara kecil.

Dia selalu galakkan aku, daripada hantar Sabrina ke Nursery, baiklah aku cari pengasuh. Alasannya;

1) Anak kita akan mendapat lebih tumpuan
2) Anak kita membesar dalam suasana di dalam rumah
3) Tahap kesihatan lebih terjamin - nak nak musim H1N1 sekarang ni.

Abang bob pesan lagi, sebelum membuat keputusan untuk menghantar anak ke pengasuh, ada beberapa perkara yang perlu kita titiberatkan;

1) Keadaan Rumah
Rumah pengasuh mesti kemas. Mesti bersih. Tak kisah lah pangsapuri ke, teres ke atau banglo. Suami aku cakap orang yang menjadi pengasuh ni selalunya orang berpendapatan rendah. Jadi rumah memang agak tidak menyenangkan mata kita melihatnya. Tapi, bagi aku, kaya atau miskin, kebersihan rumah tu penting. Kekemasan dan kebersihan rumah tak payah nak tunggu jadi kaya. Dan aku percaya orang berpendapatan tinggi pun boleh jadi pengasuh sebab bayi ni memang adorable - bila anak semua dah besar kita akan rindu saat membelai seorang bayi. Masa tu la teringin nak ada baby angkat di rumah, memandangkan nak bercucu macam lambat je lagi.

2) Cara Sambutan
Kalau orang (pengasuh) betul-betul suka bayi, bila kita masuk je rumah dia, dia akan greet anak kita. Dia akan cuit-cuit. Akan dukung. Akan agah. Bukan tengooook je. Dari cara sambutan pengasuh tu terhadap anak kita pada pertama kali jumpa, kita boleh tahu samada dia mencari duit dengan menjaga bayi - atau - menjaga bayi sambil mencari duit.

3) Baca Senyuman
Aku percaya kita semua boleh baca senyuman seseorang tu ikhlas atau tak.

4) Soalan Menyusahkan
Tanya soalan menyusahkan dia walaupun sebenarnya kita taknak menyusahkan dia pun - contoh - "Sabtu Ahad kalau saya dan suami ada kerja luar, boleh jaga tak?" Kalau dia jawab macam beraaaat je - maka tak payah lah.

5) Nak kerja senang
Kalau boleh, biarkan pengasuh tu bercakap lebih dari kamu. Sampai lah dia mula bertanya tentang anak kita. Antara soalan yang menggambarkan dia bukan lah pengasuh yang tak berapa nak baik ialah - "Anak awak ni meragam tak?" atau "Dia ni menangis selalu tak?"

6) Anak Sendiri
Seelok-eloknya cari pengasuh yang anak dia dah besar-besar belaka. Dan anak dia pun sukakan bayi. Jangan hantar anak kamu ke rumah pengasuh yang ada anak kecil yang baya baya anak kita juga. Lebih baik hantar nursery kalau pengasuh tu ada anak kecil macam tu.

7) Tengok anak dia
Ini bonus. Kalau anak dia ada semasa lawatan kali pertama kita ke rumah dia, kamu boleh lihat sendiri anak dia. Kalau kita sampai tu, anak dia salam kita ke tidak. Sopan ke tidak. Kalau kamu seorang cikgu, kamu boleh periksa gosokan pakaian seragam dia. Atau apa-apa lagi ciri-ciri yang kamu nak anak dia ada lah.

Ingat, bila kita buat keputusan nak hantar anak ke pengasuh, bermakna kita nak anak kita di layan dengan penuh kasih sayang macam anak atau saudara dia (pengasuh) sendiri. Kalau kamu tak kisah sangat tentang kriteria yang aku senaraikan tadi, atau cerewet sangat dan susah serta malas dah nak cari betul betul berkenan di hati, yang lebih baik lah hantar ke nursery sahaja.


sayang 'pau goreng' ini terlalu banyak.

Selepas aku luahkan kegusaran hati dalam nukilan aku sebelum ni, aku memang luangkan masa hampir satu hari depan komputer di pejabat mencari contact pengasuh. Suami aku pun gasak lah bertanya sana sini. Bertanya dengan orang dekat-dekat rumah. Bertanya dengan kawan pejabat.

Pencarian kami membawa kami ke pengasuh pertama yang aku reject sebab dia ada anak kecil berumur 5 bulan. Pengasuh kedua pun aku reject sebab keadaan rumah dia yang tak berapa nak elok, lepas tu keep on tanya sama ada Sabrina kuat meragam ke tak. Dan bila aku masuk rumah dia, mak dia suruh anak dia salam aku dia boleh taknak salam! Dia kata dia nak tunggu kakak dia salam dulu baru dia nak salam. Aku rasa aku macam kena kejutan budaya time tu.

Macam payah pulak nak cari pengasuh yang betul betul berkenan di hati. Yang aku percaya bagus, jauh di Bukit Jelutung pulak. Sementara ni Sabrina, mak mertua aku je lah yang jaga.

Pilihan terkahir - nursery jugaklah jawabnya nanti.

Ada sesiapa nak kongsi tips mencari nursery pulak?






20 comments:

~ SueHarriz ~ said...

hai dear. blog hopping. I hntr baby i pd babysitter.
we all panggil dia Opah, and she insisted on dat. dia nk my baby panggil dia OPAH. bagi I, dia the best babysitter so far. dia sayang my baby cm anak sendiri. ape yg u list down on dis post, leh dikatakan sumenye sama la cam dia.
First time dia nampak Harriz (my baby), dia dukung, dia cium bagai. Then dia xda tnya langsung Harriz meragam ke ape ke. Dia just nak I htr baju2 Harriz n tinggalkan kat umah dia, dia xmo I htr baju hari2 sbb dia nak basuh sendiri. Sama la dgn botol susu, n keperluan lain. dia nak sumenye ada kat umah dia separately. Anak dia plg bongsu dh form 4. Anak dia tu sgt attached dgn Harriz, gi skola pun asyik cter psal harriz. mmg syok a dpt babysitter yg okay kan. I just nak share je kat sini. pjg giler komen. Hehhee.

Ladynoe™ said...

hye sueharriz, untung betul awak dapat babysitter yang macam tu! yup lagi satu, kalau nak tau dia baik ke tak, botol, baju semua dia tolong basuh kan. kan?

Liana Ezzana said...

aish jauh pulak.
kalau tak boleh main ngan pau goreng!

Ladynoe™ said...

liana ezzana = tu lah! kenapa lah kita berjauhan! aduhai..please dong!

ninaneno said...

hmm... tengok baby sitter anak buah saye pun ada ciri2 macam yang ladynoe list tuh...

dan skang hasilnye anak buah saye tu da pun umo 2 tahun... dan sangat pantang nampak pengasuhnye datang umah untuk deal barang2 direct selling time weekend (my sister in law adalah part timer amik tempahan barang2 direct selling bila weekend)

siap mengada2 nak ikut baby sitter dia balik umah... lagipun dia lelaki n anak2 baby sitter pun semua lelaki... dorang suka main fight-fight skang...haha...

walaupun baby sitter dier jaga budak2 kecik lain jugak, tapi nampaknye baby sitter sangat sayangkan anak buah saye tuh...

Ween said...

nursery is actually a good option too. kakak saya opt for smart reader, and I could say that their services are great. pernah pergi tgk the nursery and the staff. nursery bersih, and staff pun very baby-friendly. good surrounding for the baby development.

btw, from my own observation, baby yg dijaga oleh nursery biasanya friendly sbb dah terbiasa dgn environment nursery yg ramai org. baby yg dijaga pengasuh normally end up berkepit dgn their mom / pengasuh, bila dibawa ke mana2 event. just my very point of view, hee.

semoga berjumpa dgn pengasuh / nursery yg terbaik utk sabrina. good luck kak ladynoe :)

Yong Zahura said...

Dah lama jadi silent reader, saja nak berkongsi..

Sebenarnya baby sitter dan nursery ada kebaikan dan kelemahannya.. Baguslah adik banyak buat research sebelum buat keputusan.

Akak pernah alami, pengasuh bagi notis tak sampai 24 jam untuk taknak jaga anak akak without reason.. Sedih.. Tapi Alhamdulillah, ada hikmahnya..

Pengasuh baru tu siap ajar mengaji, menulis, mewarna.. Dah macam Taska plak.. Hehe.. Anak yang umur setahun 4 bulan tu dah pandai cakap 'acih..' (terima kasih). Kalau buat salah, cakap "owie.." Betullah apa Noe cakap tu, perangai pengasuh akan terserap pada anak kita indirectly sebenarnya...

Hantar nursery pun bagus, budak-budak pandai bersosial, tak takut dengan orang..

Akak doakan semua yang terbaik untuk Noe dan Sabrina, ok?

Sorry, terpanjang pulak cerita..

sai said...
This comment has been removed by the author.
sHarEna said...

tips utk pilih nursery atr yg paling penting, baby x dicampur dgn kanak2 yg dh 2-4 tahun. pastu bb x bape ramai sbb bb perlukan perhatian yg lebih (max 3-4). pengasuh kene ramai. klu sikit sgt takot x terlayan anak kite. kebersihan of course la kene tgk.

hrp dpt membantu! alhamdulillah Naurah masih dpt tido lena waktu malam. means siang kt nursery dia byk berjaga & bermain. kite kene alert dgn keadaan anak kite. klu behavior dia masih normal mcm mase kite jaga, means dia ok. Insyallah :) perubahan yg baik jg bagos, jgn yg buruk :p

NURUL said...

ohhh tips anta anak ke rumah baby sitter semua tu benar belaka. alhamdulilah babysitter raina wat masa ni ok. hrp ok sampai bila2.

tips anta nursery kalu bole anta nursery yg asingkan kelompk baby dan budak yg sudah besar sikit.

^wirda^ said...

noe,
bukit jelutong kat mana?
sbb aku dok area nih.

skrg anak hantar kat nursery, jauh sket la dari umah. dulu penah antar kat bbsitter, tp bb sitter tu slamber jaga anak aku acuh tak acuh je..aku ckp takmo buai, dia buai jugak..pastu bising2 kata anak aku meragam la itu la ini la..(dh nama pun baby kan, tak normal la kalo bb tu senyapppp je kan?) pastu satu ari, aku pi amik anak aku, dok dlm buai jugak siap ngan ada puting sapeeee tah dlm buai tu jugak..hangin aku. dan itu lah last day kat bb sitter. dan aku pun terpaksa cari nursery.

Kriteria nursery aku.
1) nursery tu bahagi2 kan bilik. bilik 1 utk baby2 yg takleh bergerak, bilik 2 utk bb yg dh start crawling n jalan, bilik 3 utk 2 thn kebwah. budak2 3 thn keatas di tingkat bawah saja.

2) dorang cuma amik 5 baby saja utk satu bilik.. so bila bb tu dh start jln/crawl, dia pindah masuk bilik lain. means, ada satu kosong bilik 1 tadi. begitu lah seterusnya.

3) pastikan tiada buaian. buaian mmg dilarang dinursery, tp cuba check, sbb dorang nih kadang2 ada yg letak juga.

4) tgk la kebersihan. keramahan..brapa ramai pengasuh dan lain2 mcm yg noe cari bb sitter tu jugak.

5)nursery aku, dia tak sediakan makanan utk anak umur dibawah 2thn, so aku sediakan lah sendiri. actually dorang takut anak kite elergi atau jadi pape la ngan makanan yg dorang masak. ye lah bawah 2 thn kan, peringkat test2 makanan lg..;) tp lepas 2 thn, kalo anak kite tu normal ngan semua makanan, then dorang bg la makanan nursery.

pape pun, nursery ke bbsitter ke mmg ada kekurang sket dari jaga sendiri kan.. cuma jgn terlebih pulak kekurangan dari kebaikan dia tu.. tu je.

Mummy_nad said...

cari lah elok2 noe..
nanti jadi cam aku
dah hantar br aku tau
BS 2 TAK BASUH BAJU, XMASAK MAKANAN BABY.. so tolong jaga jek!

tensi aku..nak tukar dah terlambat..baby dah sesuai dgn dia..sabau ajela!!

oni said...

kalau mak aku tak retired lagi dalam bidang jaga anak orang ni memang aku rekemen 5 bintang la anta kat mak aku. mak aku jaga budak memang steady. aku dulu pun kire steady la tolong die pasal aku dgn adik aku yg paling kecik so kitorang takde adik kecik yang nk disayang2. alumni budak2 die jaga dulu sampai skang sayang kat die even sume dah besar2.

eh lupe kalau mak aku tak retired lagi pun bukan dekat pun kalau ko nak anta, kat ipoh hahaha.....

Aku A-Z-Z-U said...

abang awak is a wise man, dan dia betul, betul dan betul! good luck dlm pencarian pengasuh yg baik utk pau goreng ye!

p/s: sy pun suka puan nani rostam tu. setiap kali baca blog dia, mesti sy berazam nak jadi sebagus (dan secantik) dia bila dah beranak ramai nnt (insyaAllah) :D

aHLing said...

hai, terperasan post kamu ni:

"Antara soalan yang menggambarkan dia BUKAN LAH pengasuh yang TAK BERAPA NAK BAIK ialah.."

bukan pengasuh tak baik = pengasuh baik la kn? hehe

idayumahadi said...

salam..tq bg tips ini..sy google then jumpa blog ini..sume tips ini sgt membantu..selepas sy compare kan dgn baby sitter anak sy,mmg sangat kontra..pendek kata, jadi bbysitter unt duit..terima kasih tips ini..sgt membantu!

zue_azfar said...

zue lg sedih...baby zue disisihkan, anak2 pengasuh x pernah lgsung nak pegang n main ngan baby zue....dieorg ckp anak zue ni cerewet, padahal bile weekend zue jg ok je xde mslh pun, mule2 x perasan skp dieorg tp bile dah dgr perli2an anak2 die, baru la zue sdr yg selama ni anak2 pengasuh 2 xprnh suke pun kat anak zue...bile ambil je baby zue tguk baby main sorg2 je..ksian sgt..
skrg ni ngah mnjalankan misi utk mncr baby sitter yg baru..

Ladynoe™ said...

ZUEAZFAR, sedihnya kalau macam tu kan. kalau noe mesti dah nangis dah masa tengok Sabrina main sorang sorang. huuu~

Semoga zue dapat cari pengasuh yang baik. Kalau susah sangat hantar nursery je zue. Kat sana ramai kawan.

zue_azfar said...

zue lps kena perli ngan anak2 pengasuh 2 balik je trus ngadu ngan my hubby nngis la dibuatnye..
rase sebak sgt hati ni..
itu la zue hntr baby kat baby sitter pun sbb ingat pengasuh jaga lebih bagus la dr nursery. tp sebaliknye plak..

shahida said...

hye ladynoe, thanks for sharing :) i tgh mencari pengasuh utk anak i umur 2 bulan.. i duduk kt bkt jelutong. pn nani rostam yg u paste link blog dia tu memang jaga baby ke? hope to hear from u soon, thanks!!