4.5.10

Antara Tepak Siri dan Salji (ii)

Dulu aku pernah buat satu nukilan tentang Antara Tepak Sirih dan Salji ke apa tah. Dah lama entri tu sebelum aku tunang lagi. Aku pun malas nak selongkar arkib sendiri.

Sebenarnya dulu aku dah beriya-iya isik borang sana sini, nak ambil MUET untuk lanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Ramai pelajar Politeknik tak tahu yang selepas tamat diploma, kita boleh sambung belajar ke luar negara selama 2 tahun setengah untuk ambil degree dan seterusnya master. Tapi dengan syarat CGPA kamu mesti 3.5 ke atas lah.

Aku memang confirm boleh dapat sebab budak yang satu kos dengan aku, yang sambung ke UK pun berapa ketul je. Mak aku, Angah aku, abang-abang aku, semua dah berangan-angan dah. Adik bungsu dia sambung belajar ke luar negara. Aku punya berangan tak fikir lagi.

Aku memang teruja sangat-sangat sebab aku rasa ini memang peluang keemasan. Untuk aku luaskan mata kepala, luaskan pengalaman, majukan skil berbahasa Inggeris aku, naikkan taraf hidup dan bermacam-macam lagi lah.

Bila aku suarakan keinginan aku kepada Fandi - dia bantai tarik muncung panjang 2 kilometer.

Senyap.

Tiada sebarang tindak balas.

Aku ajak dia ikut sekali, kawin buat kecil kecil je. Nikah, lepas tu terus fly ke sana. Tak payah kenduri-kenduri sanding semua.

Muncung dia tambah lagi 1 kilometer.

Satu benda yang kamu mesti tahu (ok takde la MESTI. Maksud aku kalau nak ambil tahu lah), aku ni memang jenis pentingkan orang yang tersayang dulu dari semua benda. Dari kawan, dari duit, dari kepentingan sendiri. Dari kerjaya. Kalau dapat gaji tiap tiap bulan, aku akan fikir aku nak belikan apa untuk orang tersayang aku ni. Kemudian baru untuk diri sendiri. OK sekarang anak yang paling utama. Bye bye Fandi. Hehe.

So, aku tak pergi.

Lama juga lah aku bergaduh dengan Fandi. Ungkit-mengungkit. Sikit punya hal pun aku akan bangkitkan betapa aku sanggup korbankan cita-cita aku demi dia. Dia cakap aku tak ikhlas. Tapi ikhlas tak ikhlas, pokoknya aku memang dah korbankan impian aku demi dia.

Lambat laun aku sedar mungkin tu semua ada hikmahnya. Tuhan bermain dengan muslihat yang tersendiri untuk aku.

Sekarang ni pun aku layan mata je tengok blog kawan sejak kecil aku yang sedang melanjutkan pelajaran di UK bersama suami yang setia menemani.

Satu hari nanti aku nak sambung belajar jugak. Tunggu Sabrina besar sikit. Tapi di Malaysia je lah. Malas nak fikir jauh jauh.

Kang dari 2 meter, jadi 5 meter muncung si Fandi kang.




14 comments :

Cik Beb said...

oooo baru aku tau yang selepas tamat dip. (politeknik), boleh sambung belajar kat oversea..ahai. rugi xtau dulu..

tq noe for the info (w'pon dah lepas)

:(

jfook said...

Thanks for sharing. Nanged.

nama saya FiQa said...

wuhhh. cmne ek nk smbung toh ?
apakah prosedur yg perlu di buat ?
cmne leh xtau nih ?

for me dh terlepas la.
mne tau adik leh lpas.

hehehe. tq akak.

=)

ejaMaria said...

senasib la kita noe... cam akak, husband suruh gi blaja lagi, tapi klu dah dia nak tambah stok anak selang 3 thn, ape hal? lg pun bukan bole harap sgt dia mendidiknya... bagi makan ok la...
jadi simpan dulu la cita2... planning nak gi blajar balik sblum umur 35 - itu pun klu dah comfirm takde anak kecik lg... hehehe

weirdogurl said...

huhu..baru tau dak poly leh wat cmtu...haha...da terlambat 5 tahun la pulak..(*_*)

walau pepun PJB dlm kenangan..

susudalambotol said...

bagus noe kau nak sambung belajar. aku serius dah malas sebab skrg ni pun aku rasa aku dah terlalu penat dan masa sgt limit.

mcm aku kerja gomen boleh apply kerja kat duta sebab aku post aku Personal Asisstant. tapi aku selalu fikir mak ayah aku. sedih weh.

kalau kau dok UK, aku chop nak stay umah kau kalau aku jalan-jalan kat sana. haha :p

si pari-pari said...

cmna prosedur nak smbng kak?
bleh gtaw x..
thanks for da info~

Neronite said...

ade byk U yg offer scholarship program samada ke abroad or dlm negara , but for sure balik phd contract as lect. can try >>>> http://assist.usm.my/ ..

NURUL M. said...

dulu ada suami,
suami 1st,sekarang sabrina ..
hehe..
comel.
dalam malaysia pun ok je lau nk continue study,tak pon buat secara e-universiti je ngn memana uni yang oversea.
ok jugak tuh..
tapi komitment kita lah mcam mana kan..

p/s:bilalah nk habis degree,teringin jugak nk master kat sana sementara belum kahwin..

Ainee Cumi said...

k.noe..amik je PJJ

CHEGU ALONG said...

moge2 tercapai cite2 nak sambung blaja ag..

Huda Ramlee said...

banyak nye yg saya tak tau..terasa rugi plak...

kalo tak merasa duk kat UK (ececeh)..tp xpe skang pun duk kat UK gak..Ulu Kelang hihihi..

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

alahai...
tak sangka daku ter'masuk' pulak dalam entry ko ni Faridah..thanks! :)

ada hikmahnya bila ko berkorban untuk suami tu.. ape yang ko hilang untuk masa masa lampau, harini, InsyaAllah Tuhan itu akan gantikan dengan sesuatu yang lebih manis untuk ko kemudian hari..
:)

all the best for everything, Faridah!

~ hugs!~

Aini Amir said...

alahaii..cerita kita sm la kak