13.5.10

Perkara Rawak #012 - Cermin Mengejek

Dalam bilik emak di kampung, ada sebuah cermin besar berbingkai emas tergantung di dinding sejak 16 tahun lalu.

Aku benci cermin tu.

Setiap kali aku tengok diri aku dalam cermin tu aku akan nampak tersangat lah gemuk. Segala bahagian di badan akan menjadi ekstra besar sampai kadang-kadang bila lalu depan cermin tu, aku buat-buat tak pandang sedangkan memang resmi perempuan, pantang nampak cermin.

Tapi kalau cermin yang dalam baru berusia 3 tahun tinggal di dalam bilik aku, aku nampak macam sedikit kecik-macam-dah-tak-payah-strugle-diet lagi dah.

Mak cakap, jangan percaya sangat dengan cermin. Orang-orang tua cakap, cermin ni boleh mengejek. Ada cermin nampak kurus. Ada cermin nampak gemuk. Ada cermin nampak kemek. Ada cermin nampak lurus.

Persoalannya sekarang, antara 2 cermin yang ada dalam rumah aku tadi, mana satu cermin yang mengejek?


16 comments :

green apple said...

kalau ikut aku, tak kisah la cermin tu buat aku nampak gemuk ke kurus, janji cermin tu boleh nampakkan aku PUTIH.

Ladynoe™ said...

hahah!

diyadeary said...

Ibu saya cakap, kalau cermin yang tunjuk kita tak lawa, buruk, gemok, itu cermin yang bagus/betul.

ejaMaria said...

ade cermin cam ni eh?
takut ah...

mcjust.lol said...

cermin kat rumah aku petang kite nampak gemuk, malam nampak kurus pulak. eee... lagi la takleh percaya!!

khemy said...

mana ada cermin nampak putih..tu lighting la..tak caya cuba tukar lokasi cermin kat rumah...

Dark @ng3L said...

cermin yg nampak gemok tu lah yg mengejek kan???

M. Faiz Syahmi said...

aku tengok cermin mcm perasan aku makin hensem. dah tu, aku ni bukan hensem la ye.?

Ladynoe™ said...

M.Faiz Syahmi
Kemungkinan la. ahahah.

Myra said...

masa kt kolej, cermin kt dining hall is the worst buruk-inducing cermin in the world i tell you. everytime cuci tangan akan terpandang diri and semua orang punya complexion jadi depressing! segala eyebags and uneven skintone dia akan HIGHLIGHT like nobody's business
tak strategik langsung placement but what to do lol lol

omg those were the days

ARIXA XANDRIA said...

Cermin A + Cermin B = Awak.

Hehehe. Ok je. Tak gemuk pun.

gary said...

eh milah, kenapa gigi bapak bersepai?

eiyra'z said...

btol tu..kejap tgk cermin dalam bilik nampak kurus..kang jap agi tgk cermin kat ruang tamu eh???pesal lak nampak gemuk???terus tension..

mangosteenskin said...

satu pengampu satu bercakap benar. kita pulak cuma mahu dengar yang baik-baik saja. :)

peej said...

adik aku cakap. cermin ni bergantung cara kita lap. if lap atas ke bawah akan nampakkan kurus. if lap kiri kanan akan lebarkan kita. dia pernah kerja butik baju. so dorang kena lap atas bawah. so that bila orang try2 baju akan nampak kurus aje. ;p so sekarang aku meamng akan lap cermin umah semua begitu. konon nampak kurus la. padahalllll.

Siberkop said...

Saya ingin menilai dengan mengatakan bayi-bayi itu sememangnya comel.

Iklan utk dikomen: Malaysia! 10 hari sahaja lagi utk RETWEET dan menang 2 tiket terbang ke Medan, Indonesia dgn Firefly. Klik di sini http://blog.teratotech.com/?p=516