26.5.10

Tentang Air. Semuanya Tentang Air


Semenjak rajin menghadiri ke majlis-majlis ilmu ni kan, aku rajin jugalah catat point-point yang berguna untuk aku kongsi bersama. Dan dalam banyak-banyak point yang berguna tu semua, aku paling bersemangat nak kongsi tentang air. Tapi, sebenarnya aku tak tahu macam mana nak terangkan kepada kamu semua dengan lebih terperinci mengenainya. Yang sampaikan tentang AIR ni pun seorang penceramah hebat bernama Dr. Wan Hassan. Anak kelahiran Kelantan. Aku suka dia sebab dia punya talk berisi dan kelakar. Aku bukan pakar bercakap sangat pun. Apatah lagi nak menerangkan sesuatu dalam bentuk tulisan dengan cara yang berkesan.

Tapi aku cuba jugalah, ya.

Mungkin ramai dah tahu tentang air ni kan. Mungkin ramai dah praktikkan pun. Tapi aku tau, memang ada orang tak ambil pusing sangat tentang air. Ni aku nak cerita tentang air mineral tu tau. Bukan teh tarik mahupun sirap laici.

Ok go

  1. Minum Air seawal sebaik sahaja bangun tidur di waktu pagi. Air MESTILAH suam - di dahulukan dengan salawat nabi atau kalau taknak salawat, terpulang lah. Haba mampu menggembangkan bahagian-bahagian tertentu di dalam badan. Air suam di waktu pagi mampu menyediakan peti suara, usus, saluran peranakan, saliran darah dan 'penguin' kaum lelaki. Maka ini lah jawapan untuk menternak 'penguin' supaya ianya sihat dan kuat.
  2. Minum 2 gelas air sebelum memulakan sarapan pagi. Sarapan sangat penting untuk kesihatan dan usus. MESTI sarapan sebelum jam 10 pagi untuk 'mengejutkan' usus supaya ia bekerja lah. Dan sarapan MESTI lah sarapan ringan seperti OAT misalnya. Aku cadangkan makan OAT, tabur kismis secukup rasa dan campur susu low fat. Aku dah amalkan makan sarapan macam tu sejak selepas pantang, alhamdulillah, aku kenyang sampai ke tengahari. Kalau tak suka oat, boleh cuba Kellog's K atau Salad. Buang tabiat nasik lemak, mihun goreng dan nasik kerabu atau apa apa sahajalah yang berat. Kesian perut.
  3. Minum sekurang kurangnya 3 teguk air setiap 30 minit.
  4. Sebelum sampai waktu makan tengahari, pastikan kamu dah habis minum sekurng-kurangnya 4 gelas air.
  5. Periksa warna air kencing. Kalau kuning, selepas kencing minum air satu gelas besar. Minum air bersih lah ya.
  6. Periksa kesihatan usus. Kalau pagi-pagi, selepas minum air, dalam masa 1 jam, tak rasa nak berak, maknanya usus kamu ada masalah. Sila lah pergi buat detox untuk buang toksin. Bagi yang nak tahu kenapa kau tak makan sebulan tapi berat badan masih sebegitu rupa, atau dah makan Mcdonald satu lori tapi badan pun sebegitu rupa, itu maknanya badan kau banyak toksin. Sila lah buat detox buang toksin. Selepas buat detox, sila minum banyak air untuk singkirkan toksin dengan cepat.
  7. Selepas bersenam di gim atau berjogging, minum 2 gelas air. Barulah kalori yang terbakar di dalam badan boleh tersingkir melalui air kencing.
  8. Sebelum masuk sauna minum 2 gelas air dan selepas sauna, lagi segelas.
  9. Minum air untuk maintain kegebuan/kebersihan kulit.
  10. Minum air untuk menjaga suara
  11. Minum air untuk menjaga organ dalaman badan
  12. Minum air untuk memberi tenaga. Penting untuk orang yang hamil. Ehem.
  13. Minum air untuk mengelakkan mengantuk.
  14. Minum air dengan CARA YANG PERLAHAN untuk mengelakkan jantung jadi tertekan. Lebih kurang macam tu la ayat Dr. Wan Hassan tu. Aku faham maksud dia. Sebab kadang-kadang aku minum laju-laju, senak jugak dada.
  15. Selepas minum air manis seperti teh tarik, teh o, kopi o tarik, milo tabur, sprite, pepsi dan sebagainya, cover balik dengan 1 atau 2 gelas air.
  16. Pastikan kamu sudah pun habis minum SEKURANG-KURANGNYA 3000ml air sebelum jam 8 malam. Kalau lebih, lagi bagus. Rujuk warna air kencing kamu. Kalau perlu 4000ml, tak salah pun. Tapi mesti habiskan sebelum 8 malam.
  17. Oh. Dilarang pula minum 3000ml sekali gus pada jam 7 malam.
  18. Selepas 8 malam, minum 1 gelas air sahaja. Seelok-eloknya, selepas sudah makan malam (dalam jam 6 -8 pm) dan satu gelas setengah sebelum masuk tidur.
  19. Jangan mengumpat, mencarut, mengata, mengutuk di depan air. AIR ADALAH BENDA HIDUP. Ia dengar, rakam dan transfer balik. Jadi tak hairan lah kenapa sesetengah perangai buruk kita warisi dari turun temurun. Ini aku rujuk kepada perangai buruk aku sendiri. Perkara ni aku baru tahu. Aku rasa fakta ni menarik. Wajar kongsi.
  20. Merujuk kepada fakta di atas, baru lah aku faham fenomena penggunaan air yassin dan holy water. Ia dengar, rakam dan transfer balik. So peminum memang akan terkena effect-nya.
  21. Modal sebenar mesin air Bio-Aura hanyalah RM78. Mereka gunakan psikologi manusia yang tak suka minum air, cerita kan tentang kebaikan mesin tu, pancing dengan harga RM2000. Dah beli RM2000 mesti la nak minum air selalu kan. Padahal yang meningkatkan sistem tubuh hanyalah air yang boleh didapati di tempat lain selain mesin tersebut. Ini pun wajar kongsi.
Mungkin ada yang aku dah tertinggal kot. Tapi itu je lah yang aku ingat setakat ni. Aku harap kita sama-sama manfaatkan kebaikan air.

Atau kamu ada lagi fakta tentang air yang kamu nak tambah dan kongsi bersama?







52 comments :

susudalambotol said...

thank u. aku adalah orang yang paling pemalas minum air suam.

NURUL said...

bagaimana nak kawal diri dr minum air sejuk? aku suka yg sejuk berbanding suam. tp aku cuba praktikkan info yg ko beri ni noe.

Cik Pah said...

good info noe, cik pah skang amal minum air dgn lemon.. siang dan malam

Ladynoe™ said...

HIDD = lepas ni rajin kan la. OK?

NURUL = erm..tak pasti la nurul sebab benda tu effect dia jangka masa panjang. So memang orang susah nak buang habit tu sebab kesan dia tak nampak lagi kan. Kalau boleh perlahan-lahan kurangkan la eh.

Ladynoe™ said...

CIK PAH = wah dengan lemon? Ada apa=apa petua nak di kongsi?

KayNisa said...

minum air masak memang bagus, if badan kurang air otak boleh rosak kerana suhu badan akan meningkat, sebab tu kadang2 kita boleh jadi agak lampi (lambat pikap) if terkurang air. jika kurang air dalam badan, kencing mmg akan jadi warna kuning serta darah kita juga akan jadi pekat, ini mmg tak elok. jika darah pekat maka kurang oksigen yg ditransfer, bila krg oksigen, maka kurang lah oksigen smpai kt otak, sebab tulah boleh jadi mengantuk dan brain damage tu.

rosesrosz said...

wah..banyak yg sy tak tahu.
thanks noe

abah dan mak haqq said...

thanks mama sabrina.. :))

Khaleeqa Idrus said...

Thanks sister. I just knew that water is also a living-thing. Scientifically, it's not. Religiously, it is. Memang jarang minum air suam hari-hari :)

Legasi Piston Pecah said...

maka konklusinya kita perlulah minum air secukupnya...

banyak betul kene minum air masak ye..buat itu kene minum buat ini kene minum...sebelum nie tak taw pon..

dan yang pastinya adalah air masak suam..bukan air sejuk..kan kan kan?

Qas Firdaus said...

noe, aku balik umah mak metua aku. sarsi pun bancuh pakai air biasa. takdo ais takde air sejuk dalam peti umah dia. tak bagus kata nya.


p/s : ko highlite point yg last tu. aku suke. hahahahahahaha

Cik Puan Awe said...

thanks for sharing noe. sejak lepas kawen aku jadi malas minum air putih. terikut2 suami yg suke air manis peti sejuk. skrg dah insaf balik mahu minum air putih banyak2.

rosealley said...

thanks noe, tau minum air tu bagus, tapi penerangan noe ni lagi2 detail, tq:)

mangosteenskin said...

hai noe...

:)

my dad pernah cakap, kalau orang buat tapai, mood kena bagus, baru tapai manis. Kalau marah2, tapai akan jadi masam. mungkin konsep yang sama jugalah kan?

http://www.life-enthusiast.com/twilight/research_emoto.htm

lia lousy said...

ok, before ni i silent reader. tapi ari ni, tak boleh tahan nak komen sebab...................
no.19 buat i berespon mcm " ha??? biar betul. la patot la. betul jugak ehh "
hahahahha.
info yg unsangkarable. patot lah
nenek suh ckp " ha, cakap nak pandai, cantik, baik, rajin etc " tiap kali suruh minum air zamzam yg dia bwk balik dr makkah.
yeah..logik..

;p

mangosteenskin said...

ohya ladynoe, lupa nak bagitau, link td tu bukan pegi blog saya. itu adalah info pasal kajian dr.emoto tentang molekul air.

Nore said...

Noe,

thanks for sharing.

pasal minum air dgn lemon memang bagus utk burn calories. sy ade baca somewhere; lagi bagus waktu pagi minum air masak then squeeze lemon + a few drops olive oil. olive oil bagus utk absorb cholestrol

Pija said...

thank you for sharing. best baca pasal air. lagi lagi tips yang berguna dari majlis ilmu yang hadiri. love ur blog :) *love love*

lolita.quarantasei said...

drink alkaline water dgn tambah perahan lemon, or lime.

girlfriday said...

Hi Noe! Pasal bio-aura tu tak tahan... Aku pun agak skeptikal ngan bio-aura tu, tapi layankan aje. Tapi still baguslaa ada bio-aura sbb takyah masak air masak banyak2, jadi nak minum air putih pon tak berkira. Hehe.

Fakta tentang air, dari pengalaman:

1. Bleh sekelip mata menyedarkan orang yg takleh bergerak - ni kena kat ayah aku haritu, kitorg takde idea langsung what went wrong, macam lumpuh. Cuma mata je bleh kelip2 tapi badan sumer takleh gerak. Terus panggil ambulans hantar spital, bila nurse masukkan air, sminit kemudian terus okkkkk. Rupenye dehidrate.

2. Merawat denggi - ni aku tak berapa paham cemana air merawat denggi. Sbb takde ubat untuk denggi. Cuma kalo masuk spital, nurse cuma masukkan air je, lama2 denggi pon sembuh. Sungguh ajaib ni...

3. Water flushes fat out - diet yg paling berkesan untuk aku yg sampai hilang 10kg dulu adalah ngan cara konsisten minum 2liter air setiap hari haha.

Sekian noe! Memang miracle benda hidup ini!

Zaini said...

nice info.

especially perihal detoksin.

tapi kenapa penguin?

XD tak boleh tahan.

Adila Ady said...

bio aura 78rm...?
haha,baru tahu..macam rugi plak beli mahal.padahal minum je la air masak biasa.

kelopakdamai said...

untuk point 19 kalau tak salah Rasulullah memang melarang bercakap tak senonoh ketika minum.hembus air jugak kalau tak salah adalah makruh.
Mgkn struktur air mudah berubah.
Struktur air paling baik adalah air zamzam.Setakat ni tiada mesin yang mampu menghasilkan air zamzam yang kandungan oksigen dan pH nya optimum.

oni said...

hal2 bangun pagi sebelum gosok gigi kena minum air suam dulu dgn selawat aku dah istiqamah sejak sepuluh tahun lalu sbb meniru kakak aku. aku tiru sbb tgk die kulit cantik. bila dah beramal baru rasa byk efek dia.

kerja2 belia yg aku buat dulu yg banyak kena bagi talk dan handle kursus byk dibantu hal minum air pagi2 ni. suara jelas dan ton sedap. hari akhir kursus2 yg biasanya wajib acara karok mmg buat aku champion hasil petua ni. anuar zain pun bangga bila aku dpt nyanyi lagu2 dia dgn baik.

dua ibu jari ke atas utk noe atas maklumat berguna utk kwn2. terbaik!

hayati said...

hi noe,
psl living things ni, penah tgk x ada 1 eksperimen yang orang jepun bt kt nasik?

1 kali tu, diorg caci maki kt nasik tu, ckp kate2 buruk, n nasi tu busuk dgn cepat

n ada 1 kali tu, nasik tu diorg puji2, belai sume.. n nasik tu lmbt busuk.. sama jugaklah mcm pendidikan anak kan..

gud info lar nih..
*thumbs up*

budak _kecik said...

menarik..suke sume tips ni..tapi nk share tips 19 to 21..but i'll link everything to your blog ek:)

catatansulit said...

permission to link ye...nk share dgn rakan2 lain...

H A N S said...

waaahh!! thanks noe!! sgt2 berguna info tu =)

tutup mulut said...

noe,

first time aku ikut nasihat blogger. ehehhe! u make my day! hari ni minum air suam pagi2.

eiyra'z said...

tips no.12 tu mcm ad maksud jer..huhuuh...sgt berguna ok..aku ye ye je beli Bio Aura tu..sekali hampeh..tp mmg byk minum la pas tu..

snowqueen 921 said...

dear noe,
i'm ur silent reader. nk mohon untuk link kat member2... sangat interesting entri pasal air ni.. uhuhuh

Neronite said...

point last bio-aura paling cool...hehehe..syukur!!!..hahaha

Starry Eyed said...

Referring to point no 18, ada sbb tak nape malam tak digalakkan minum byk sgt air? rasa mcm penah dgr about this tp tak sure nape

fanadz said...

salam..thanks for sharing..tapi selalu haus malam2..kene minum jugak.huhu.

Nore said...

starry eyed..

yang saya penah baca kat magazine kalau minum air banyak2 before bedtime nanti jadi puffy eyes

*Idina* said...

thank you for the info!

point 19 memang menarik! ;)

Ayyman Rahim said...

Terima kasih, membantu jugak ni. Tapi masalahnya kan, bila nak minum air suam kan, selalu terbayangkan air sejuk berais ni. Hish.

akiss ferrero. said...

very good info ladynoe. aku dah lama baca blog ni, tp bila tang no.21 tu, aku gelak kuat2. ahahhaha.

thanks!!!

cujen said...

baru bertekad nak minum sekurang2 nya 8 gelas air sehari. lepas baca entry ni lagi la bersemangat. thanks for sharing!

My Ilham My Inspirations said...

salam... i just found your blog.. skang dgn gigih nyer cube menghabiskan pembacaan.menarik! All the best,dear!

Zety Zin said...

fakta yang menarik tentang air. thanks for the info.

oh. salam kenal dan salam ziarah :)

syida_spears said...

noe, tq for sharing. nk mintak permission copy kat notes fb yea. tq2..

hudadida said...

aa..btul lah..
sbb tu kite leh bace yasin petu minum dan bole rse kesannye..
erm..ade skali tu terbace artikel..
jenis2 air yg diorg tgk kt mikroskop..
air zam2 atom die bentuk macam kristal..bersinar2..

thx for sharing..=]

dark said...

Thanks for the info....tak pernah taw lak pasal AIR nie..

mintak kebenaran tuk dkongsi di blog ku n fb kuwh..=)

lilyickis said...

Too much of even very good thing can be bad jugak.

Pernah baca yang too much of water can cause loses sight. Sat nak cari balek dekat mana saya baca =)

lilyickis said...

http://bp1.blogger.com/_d4G08ia70RQ/SCO7HjtSzuI/AAAAAAAAAHc/Z4iO_vcfE2M/s1600-h/water.JPG

minum air memang elok but looks like theres certain amount of air je boleh diconsume.

tapi macam mana eh nak tao? hmm.

Ladynoe™ said...

yup lilyickis,

setiap orang ada had tertentu. u boleh rujuk kat side bar blog saya. Saya ada letak link untuk kita kira berapa jumlah air yg kita perlukan sehari.

aisyaLALALA said...

salam. lepas 8 mlm tu kalau kite minum lebih dr segelas air xpe ke?

Zuhaira said...

wow.. menariknya.. thanks share psl ni.. hehe seb baik jumpe info yg best ni..

nk mtk izin copy paste kt my blog boleh?

auji said...

ok cool! I suka ni. and I ada info lebih : http://aujiauji.blogspot.com/2011/02/water-is-life.html

:)

damha said...

saya suka minum air bertapis tanpa masak kerna ia mengandungi banyak oksigen...baik utk otak.....leh juga perahkan limau nipis sebiji n sedikit gula...utk pecahkan lemak dlm badan...

faz said...

terbaik!