22.6.10

Dua Hala

Aku kira, aku ni memang pemaaf. Tapi sesuatu benda tu, aku susah nak lupa.

Well. Macam yang kau pernah baca dalam blog aku sebelum-sebelum ni, dalam situasi tu, memang boleh membuatkan aku menangis sebab aku sedih lah kan. Tapi seperti lazimnya, selepas tu aku ignore je perasaan tu sebab aku rasa yang suka ke tak suka tu hak individu.

Tapi kau kena ingat la kan, once kau dah kutuk orang dan declare yang kau tak suka kat seseorang tu, bermakna kau telah membenarkan fenomena yang berbalas balik yang akan menimpa diri kau.

So senang cerita, kalau kau rasa sakit hati diperkatakan oleh orang lain, apa kata kau ingat balik, benda-benda tak elok yang kau dah buat kat orang yang kutuk kau tu. Sebab tu, aku, bila tau kau tak suka aku, aku boleh berdepan dengan kau, boleh bercakap dengan kau, boleh bertindak balas dengan kau. Sebab aku faham, aku dengan kau tak sama. Kalau kau tak suka aku, OK fine aku terima buruk aku di hati dan mata kau. Tapi jangan la expect yang aku akan suka kau jugak kan.

Mungkin kau sensitif. Gurauan aku kasar. Mungkin kau protokol. Aku tidak. Faham tak? Kadang-kadang perkara-perkara kecik ni yang menyebabkan 2 pihak tak boleh nak saling menerima. Perkara remeh. Tapi bila kau tau aku pulak kutuk kau, kau masam muka dengan aku. Tapi nak buat macam mana kan, dah itu cara kau- dimana aku tak kisah pun. Aku nak pujuk nak mintak maaf pun.....aku dah tertau yang kau memang tak suka aku sejak aku tak pernah kutuk kau lagi. Nak buat apa kan? Aku pun ada ego jugak.

Be in my shoes la wey. Apa perasaan kau bila orang yang nampak baik dengan kau, bertepuk tampar, berbual, bergurau, sekali rupa-rupanya tak suka kat kau. Dan selama ni dia pretend je bergelak ketawa dengan kau. Rasa macam orang bodoh kot. Mau tak berdendam. So..wak u gih u gek bek lah

Pernah dengar peribahasa, jolok sarang tebuan, dapat sengat, terjah kandang kambing, kena tanduk?

Maknanya, buat hal dengan blogger (iaitu aku), cerita kau, masuk la dalam blog aku.

Tak pernah dengar kan peribahasa tu? Sebab aku baru reka.

p/s: Seri. satu sama. Or..i don't give a damn.

32 comments :

Huda Luna said...

haha peribahasa yg noe buat memang bagus
meluat tgk skrg ni perangai mcm2 manusia
kalau depan muka sekoq2 sebat bontot

klu ade button like, dah lamaaa like post ni!

Reyn Ai Otsuka said...

suka peribahasa yg baru direka itu ;)

♥ lyana said...

That's so true. They don't ever try to be in our shoes but menyalak lebih-lebih sana dan sini. Kita yang diam, kita lah yang dituduh melawan. Padahal dia yang sentap, tiada siapa mahu layan 'ke'loser'an' dia. That's how it's going.

and babe.. I'm totally agree wit you. When u did somethin'.. just be prepare to get somethin' too.

hoyeh..!

Asma said...

suka sangat peribahasa tu, hehe. :D

MY said...
This comment has been removed by the author.
Miss Rara said...

peribahasa,layann.. :)

J u l i a 。.゜✿ said...

peribahasa yang masuk dek akal.

noe jangan susahkan hati sangat dengan benda2 macam ni okeh.
orang macam yang noe kata tu, adalah talam. pandai bermuka2. depan baik, belakang like shitttt.
so lebih baik buang terus keluar dari hati. jangan anggap kawan lansung.

tika said...

ada je org tak tentu pasal ckp "aku tak suka kau" dpn2 lepas tu blah. Paling tak boleh blah bila ada pape hal dia dtg jumpa kita gak.

tolong lah. dia mmg tak suka kita, still nak jumpa2 lagi apa dia expect aku boleh terima cam bese je ke? mcm kita ni tkde ego. huih. sori, teremo.

dila raden said...

kau SELALU buat aku tertanya-tanya, siapa? siapa? SIAPAAA?!

crayon said...

mai ceq otai mulut tak kumoQ nak kutuk orang tu balik mai!! ahaha

NISA KHAIRI said...

Saya sedang hidup dgn manusia ini, sangat membencikan..rsa nak bunuh ja manusia tu..huh!

Legasi Piston Pecah said...

saya juga suka peribahasa tu...tak ada untungnya kan cari pasal dengan orang lain..ish,risau plak kene hentam kat sini nanti dengan blogger tu?blogger mana?ish...
--------------------------------
Kesenian Gula Getah

Ilhamny.com said...

errrr, kambing tanduk kerr..????
lembu/kerbau jek kot...hehehe

Ladynoe™ said...

habis. kambing buat apa kalau marah? ragut?

phia said...

noe, ni first time aku komen ni. selama ni dok baca je. tapi ni kira kena la dengan perihal aku.

orang mcm gini memang layak dapat glamour gaya mcm ni. ok, dah.

Drugbuddy said...

Nice.

kassim said...

erkkk tolong ler...

Raina Affan said...

biar je dia..bukan mudah puaskan hati orang..dia lebih ke tak, dia kentut tetap la baw busuk, takkan baw kasturi plak..tiap2 bulan dia sama gak mcm orang laen, pening kepala maw bayar bill hutang semua.. oxigen yang dia sedut untuk hidup sama lah dengan oxigen yang kita pun sedut, bukan ada tambahan H2OCo, walau dia best dari orang laen, tetap ler dia mamam nasik maximum pun 3 pinggan je, takkan boleh mamam sampai doblas pinggan..so just chill..

Lil^GriZzLe said...

peribahasa itu, terbaik! ;)

"buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, buat banyak kali." - geram dengan orang busuk macam tu.

ni yang macam nak start jadi nazi ni.

Scott Republic said...

Well camni la yang jadi kat aku skang...anyway skang seme merasa sebab keje diorang pun same hampeh ngan aku (padan muko nama tempat aku kuar lam paper banyak kali)..ada hati nak tegur orang...kalu tegur lek lok takpe arr...ni sound2 orang cam bagus sangat...nko tu saper nak sound aku cam sial...
Sori emo lak

ahli sihir cyber said...

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”
- (Hadis riwayat Abu Daud).

gadis comel said...

betui3x..

"wat u gih, u get bek"

Ladynoe™ said...

DILA RADEN = percayalah, tidak ada kena mengena dengan mana-mana blogger.

:: nia rashid :: said...

peribahasa...terbaekkkk!!!
two thumbs up!! *winks*

p/s: nak pinjam ltk kat twitter bole? huhu~

mcjust.lol said...

manusia hipokrit. ishh. depan nmpak baik rupa2nya cakap belakang.

Ladynoe™ said...

biasa lah tu. lumrah kot. tp macam aku cakap la. kau kutuk orang, jangan la marah sangat kalau orang kutuk kau balik.

siggplus said...

teringat cerita jangan main belakang

redriben said...
This comment has been removed by the author.
Sekilas said...

kira perang cyber la ni ek...

Ladynoe™ said...

Bukan perang cyber.

Nani Allen said...

noeeeee...aku dah tukar link blog. aku tak mau dah letak nama penuh aku sebagai url. rasa macam gila noob? hahah! so ni link baru aku http://mulutjahat.blogspot.com

haa baru lah kena!

husnazainal said...

org macam ni mmg bodoh...bodoh tak leh diajar..dah tua pon bodoh..