3.6.10

Enjoy macam mana yang kau nak?

KAWEN AWAL HIDUP TAK ENJOY. Fuck la.

Ingat orang yang kawen ni semua hidup menderita ke? Aku gila enjoy hidup berkahwin. Hari-hari aku boleh jumpa orang yang aku sayang. Belek diorang. Peluk diorang. Be there. Be here. Jalan-jalan. Melancong bersama. Lihat dunia. Kalau kau suka pegi scuba diving, takkan once ada pasangan hidup tak boleh pegi scuba lagi dah?

Ada anak, ada suami - benda yang paling enjoy dalam hidup aku so far.

Ada boyfriend, check in hotel, beromen - itu kau panggil enjoy?

Aku dah start enjoy dengan hidup zaman aku sejak aku 13 tahun. Seriously korang taknak tahu aku siapa time tu. Rebel. Bengis. Haruk. Vandal. Keluar malam? Mak abah tak kasi. Aku harung kan sahaja. Abah pernah nak rodok perut aku dengan buluh tajam sebab aku nak keluar pergi enjoy dengan kawan-kawan. Tapi aku harung kan saja. Abah kejar, aku lari. Tak balik rumah sampai seminggu. Lepak Bukit Bintang pakai baju sama berulang kali. Mak menangis? Dah banyak kali.

Banyak lagi tentang kebodohan yang tak dapat atau malu untuk aku ceritakan. Aku kadang-kadang kat sini aku bagi nasihat bukan sebab aku ni baik, malaikat, suci murni. Cuma aku taknak korang punya hidup wasted macam yang pernah aku lalu. Tapi bila aku keluar ayat-ayat unsur nasihat kau cakap aku guna tiket nasihat untuk provoke orang. Bangang. Aku memang menulis base on pengalaman. Bukan suka-suka aku nak merapu meraban kalau aku tak rasa sendiri. Bukan aku saja-saja nak observe hidup orang yang aku tak kenal lansung pun. Semua base pengalaman hidup aku sendiri.

Bila aku cakap jangan begitu jangan begini - kau balas

"Noe..kau tak pernah lalu semua ni..kau tak faham.."

Hotak kau la. Aku pernah lalu benda yang lebih menyakitkan dari kau dah lalu. Setakat boyfriend main kayu tiga tu apa la sangat. Takkan semua hal aku nak cerita. Aku kan mulia. Haha. Ok gurau. Sambung balik;

Damn I was so stupid.

Aku hidup macam tu sampai umur aku 20 tahun.

Again, I was so stupid.

Aku rasa zaman tu aku enjoy gila. Enjoy kepala hotak aku macam tu. Enjoy dengan dosa.

Sebab aku bangang dulu. Aku pernah jadi mahluk yang tukang buat kerosakan di muka bumi.

OK mungkin kau lepas masuk universiti hidup kau bermula kan. Since masa kau sekolah, kau hidup penuh hipokrit depan mak bapak. Mak bapak tak kasi keluar rumah malam-malam, kau ikut tapi kenapa lepas kau masuk universiti kau gila berubah? haruk? OK la keluar malam is not the issue lah, tapi keluar malam buat kerja tak elok tu yang aku maksudkan.

Aku berubah lepas aku fikir yang aku ni memang ditakdirkan tuhan untuk hidup wasted, sekali aku dapat masuk poly. Aku syukur sangat. Aku dapat 2A je masa SPM dulu tapi aku dapat jugak sambung belaja. Aku bersyukur gila. Aku insaf. Manusia macam aku pun tuhan nak kasi peluang lagi. Tu baru masuk poly. Aku dah syukur sangat dah.

Aku cabut semua tindik yang beratur kat telinga, bibir segala. Aku nak jadi manusia. OK tipu. Sebenarnya kat poli tak dibenarkan tindik banyak-banyak dan tindik di bibir lah. Maksud aku aku bukak sebab aku nak belajar ikut peraturan la. Taknak buat hal lagi kononnya.

Aku belajar elok-elok. Tak main-main macam sekolah dulu. Kawan-kawan pergi gig, aku duk rumah diam-diam. Aku berhenti susahkan mak abah. Aku pohon maaf, aku rapat balik dengan mak abah. Aku tinggalkan teman lelaki aku yang menjahanamkan aku. Aku jumpa lelaki yang betul betul jaga aku.

Aku dah start hidup haruk since aku 13 tahun dan retire on 20. Dan selepas tu aku jumpa orang yang betul betul menggembirakan aku, berkahwin, beranak, bagi aku ini adalah permulaan hidup enjoy aku.

Yup yup, sekarang ni, aku lebih happy dengan kawan-kawan yang sama-sama turut matang. Bila aku terbukak cerita serba sedikit tentang 'aku yang dulu' semua bantai tak percaya.

Bila aku tengok manusia di sekeliling aku yang baik baik belaka DULU, menjalani hidup yang lebih kurang sama macam aku yang DULU, dan cakap - enjoy dulu, kawin muda tak enjoy -

buat aku teringin nak tanya, ENJOY MACAM MANA YANG KAU NAK?

Mengaku je la kau culture shock - atau tak ada duit nak kawen - atau tak jumpa calon yang sesuai lagi.

Kan senang.

------------------------------------------------------
•nukilan ni bukan blog response kepada nukilan Hanis Zalika.
•HAHAHA aku tidaklah sampai menjadi BOHSIA. Sial siapa yang bertanya cenggitu kat formspring tu? Takpe aku maafkan. Hahaha! Kelaka.


45 comments :

Qas Firdaus said...

ada org cakap yg sibuk nak kawen awal ni. GATAL.

ada org cakap yang sibuk nak kawen awal ni. NANTI MENYESAL.

Ah goblok la. Buat kering tekak je cakap ngan orang goblok.

ojamoja said...

in the end, semua bergantung kepada jodoh dan takdir.

enjoy or tak enjoy?

bergantung kepada tuan punya badan, idok nye?

semua orang perceive enjoy and happiness in different ways.

apa yang enjoy utk org lain tak semestinya enjoy untuk kita.kan?

Legasi Piston Pecah said...

ok lah jugak kan?ko ada pengalaman hidup..berubah dari zaman enjoy gila tu kepada yang lebih baik...

yang tak mau dengar tuh biar aje.dia nak pilih jalan hidup begitu,biar tanggung sendiri..mungkin nak rasa pengalaman hidup.cuma sanggup atau tak dan sempat berubah.

Sarah Abd Rahim said...

Noeeeee! I feel you! Aku setuju ngan kau seratus peratus. Kau pun tau aku dulu camne kan? Aku pun party dari 13-22. Lepas tu cukuplah. Dapat diploma trus sedar diri aku ni sapa. Kesian ngan mak bapak cos tak abis² menyusahkan diorg. Alhamdulillah dia berdua dah insaf. Kan? Haha.. Biorlah diorang tu. Kalau orang dah bagi nasihat then dia tak nak dengar tu lantak la. Yang penting kau dah cuba. Full-stop.

the perfect fit soulgasm said...

kawan saya bakal berkahwin sabtu ni.
umur dia baru 21 tahun
hidup dia pun lebih kurang macam sis jugak.
dia pernah nasihat saya suruh carik teman hidup cepat2 sebab saya suka hidup single
alasan saya, saya dah biasa hidup independent (sebenarnya hati saya kering bukan saya homo)

saya pon suka pakai alasan nak enjoy dulu, nak kumpul duit byk2
kiranya nak 'settle down' benda no.10 dalam to do list sebelum umur 30.

ni maknanya sama ke macam sis kata dalam end of entry?

cujen said...

kawen awal la best. leh enjoy ngan suami. nak check in hotel pun takde nak risau2... kan? kan? aku nk kawen bln 11. yay! nak hire noe jd fotographer buleh??

fynn jamal said...

kenapa macam tiba2 rasa ada bunyi semboyan lepas tu rasa nak marching beramai2.

setuju noe.
tak kisahlah apa org kata,
kita makin indah sejak jadi halal untuk sang suami, kan?

Ainee Cumi said...

yeah! kawin awal memang syiok. Tak sabar nak rasa macam apa yang k.noe rasa. NEXT YEAR BABY! NEXT YEAR!

Kadang-kadang tension betul orang yang asyik persoalkan betul ke nak kawin tahun depan, tak syiok lah, nak enjoi dengan hiduplah semua. Ape hal kan? Boleh je enjoi dengan sang suami. LAGILAH BEST! Halal, takdelah dosa bertimbun. Then dieowang akan pertikaikan tanggungjawap. Kena jaga anak lah suamilah. Lepas tu aini terkelu macam ehh tanggungjawab?? Apa tu? Ok malas nak layan, terus diam. Ahahahahah!

Padahal tanggungjawab kat Allah tu lagi besar. Baik cakap tak nak jadi manusia terus sebab susah buat benda semua ada dosa ada pahala.

kutak jinggong said...

Orang yang kawen awal akan kata kawen awal lagi best.Halal! Orang yang tak kawen2 lagi akan kata kawen awal tak best. Komitmen tinggi! Aku? Tak kawen lagi at the age of 28 yrs. Reason? Coz jodoh blum sampai and aku nak abiskan masters aku dulu. Tak nak mencuri masa laki and anak aku nanti untuk kepentingan sendiri. Chill beb...

Alia said...

Tapi saya mmg tak der duit nak kawen lagi :(

Crap lah, I'm 26 and I'm still fricking broke (and unmarried). Nanti jadi andartu?

OH NOES!

Lina Rahim said...

kawin pun enjoy la..penat2 drive balik kampung, check in hotel, tak payah tunduk2 muka..kawin best lah

Mommy Stephanie Liah And Daddy Remy Rizal said...

hahahah bodoh sial yang cakap macam tu kat u,meh suh dia inspect life aku.kasi gempak enjoy kawen muda macam mana.mari2 serbu blog n facebook aku.noe,jgn peduli mulut sundel shock culture tu.ingat kawen muda terus tperok kat dapor ke?sial

Fandi Tamyes said...

zaman skang orang kawen awal la. baru trendy.

outdated sungguh orang yg buat statement 'kawen awal tak enjoy' tu..

enjoy sangat ke bergelumang maksiat?

ahli sihir cyber said...

http://www.youtube.com/watch?v=xLIlqnrgK-I

Sue Anna Joe said...

Noe. Aku bukak nak baca entri BF ko kata tu. Sekali baca ni. Takut I. You ni garanglah.

Aku dulu enjoy, sekarang lagi enjoy. Kahwin itu nikmat yang tak terhingga.

"ARE YOU ENJOYS!!!???"

Hahahaha.

Ladynoe™ said...

no matter what, dont ever cakap yang KAWEN AWAL TAK ENJOY

husnazainal said...

noe...ingat tak ko kena terajang ngan abg ko sb balik lambat..???
huhuhuh...rindu zaman melepak mamak ngan ko..

Ladynoe™ said...

HUSNA

HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHARAMMM!!! ingat sial! AHAHAHAHAAHHA!

ninaneno said...

sekarang aku memang tengah cari orang ajak kawen. haha. aku serius orang cakap aku memain.

aku dah la takde mak ayah skang. abang aku pun dah ade family nak tanggung family dia. sumpah aku sunyi beb lepas aku terkejut mak ayah aku meninggal mengejut.

aku rasa kawen awal ni not bad at all. kawan2 aku pun kawen awal. benefit dia bleh elak zina. macam ko cakap lah. hari2 bleh tengok orang yang ko sayang. siap bleh peluk bagai. aku yang tertinggal sikit ni pun kene impak tengok kawan2 kawen awal. ajak kuar, masing2 nak angkut laki ngan anak. sumpah aku jeles.

memang aku agak enjoy life single. nampak je la macam enjoy. tapi dalam hati sape tau kan? yup. aku memang sokong gila kawen awal ni. cuma itu lah. aku belum ada jodoh lagi. ada bf, couple, semua is not my life.

selama aku kecik sampai sekarang, bidang apa aku amik tiba2 ramai je lelaki dan aku sorang je pompuan kat situ. i had enough dengan kawan2 lelaki. sebab tu tak suka langsung nak couple. rasa sama je macam kawan2. lagipun takde apape ikatan yang confirm, jangan mimpi nak handle hidup aku. lain la dah kawen. ada strong reason untuk aku tunduk hormat pada lelaki. kan?

cinta_north2south said...

salam. selama ni akak silent reader je. tapi kali ni akak nak komen. apa yg noe tulih ni pun sama dgn apa yg akak rasa.bila dah tua - rasa macam nyesal sangat apa ler yang aku buat muda2 dulu. kalau taim skul dulu aku blaja elok2, musti aku ada keja yg lebih ok...la ni bila dah tua, kawin, peknen, baru ada perasaan nak ada kehidupan yang lebih baik....

Anoneemus™ said...

Ada org tak matang lg, tu yg tak terfikir nk kawen.my cousins kawen muda lepas tu cerai berai tak reti pikul tanggungjawab.2nd marriage baru OK.

Ada org, mmg bukan jenis yang berkahwin. tp kalau cakap macam tu, konfem kena ceramah. so bagi alasan nak enjoy lagi.

Satu lagi reason, pengaruh media. Tengok dlm TV pasangan bercinta bukan main romantik.tapi kisah rumahtangga mesti bergaduh laki bini, dan suami cari lain.

Like you said, tak jumpa calon,takde duit pun guna alasan sama.tu yg jadi cliche.

Love Balqish said...

saya kawen lewat bukan sebab nak enjoy.. Tapi sebab jodoh baru sampai!! hehehehe.

K.I.T.A said...

Tak semestinya.Kawin awal,tak enjoy.Tak semestinya.Kawin lambat enjoy.Karut je sape yang percaya semua nie.Enjoy tetap enjoy kalo korang yang nak enjoy kan perkahwinan korang.

Deqnoe,bagi kita la.Baik nakal masa
kita muda remaja.Jangan bila dah tua baka,baru nak nakal. Deqnoe,kita paling sedih bila dengar cerita.Dulu,masa sekolah.Si polan nie baik,alim, pandai. Tapi,sekarang dah terbalik. Tapi,kita happy je dengar bila kawan-kawan yang dah berubah.

Cik Zoe said...

nak kawen tapi tak jumpa calon lagi.bila da jumpa yang sesuai,jodoh plak takde.

so, sendirian jerla dulu.

mun said...

orang yang kahwin awal sweet! macam senang je, bahagia dan ada orang yang sentiasa sokong kat belakang.

nak juga rasa kahwin awal, tapi macam tah la. haha tak pe2 jodoh tak sampai lagi.

husnazainal said...

hahahaha...bile ingat tragedi tuh...gelak sorg2 jek aku..
aku doakan ko hepi dengan kehidupan berumahtangga..
dan aku jugak akan menyusul di belakang ko..doakan aku..eh?

J Maiden said...

abang aku suka kalau adik dia kawen awal. Sumpahh aku nak. tapi duit takde, blaja tak habis lagi. cemane?

Faizal The Newscaster said...

salam noe (i'm among ur silent readers) - izinkan aku komen entri ni.

aku antara yang kawen awal juga. dan sumpah aku enjoys sangat-sangat! eh bukan...aku dan isteri enjoy sangat!

enjoy macamana yang lebih enjoy dari enjoy kahwin awal ek?

fiszah_pjo said...

KAWEN AWAL BEST..DA BERUMUR NNTI ANAK2 DA BESAR..YEAY,KWEN AWAL MMG BEST

susudalambotol said...

Aku setuju dgn statement hasben kau. Orang yang tak kenal kau, baca kat sini tiba-tiba kata kau bohsia, memang bangsat.

bye!

cik fiza said...

orang zaman paleolitik mane la yg bg statement cmtu ek??

tpulang masing2 laa... bila jodoh dh sampai insya Allah akan dipermudahkan segalanya..

enjoy tu sampai bila jek kekal... :)

eiyra'z said...

NOE..BETUL CKP KO..KAWEN AWAL SGT ENJOY...APA YG KO LALUI DULU SAMA DGN AKU...SUME DAH RASA...SKANG AKU LEBIH BAHAGIA DGN SUAMI DAN ANAK..KAWEN MUDA BG AKU HEAVEN OK...HEAVENNN...

syazana said...

Damn,tiba2 aku rasa tak sabar nak kahwin,sebab aku dah puas buat benda2 bodoh macam yang kau cakap.Dan sejujurnya tu semua merugikan,learn from mistakes..

-ilyannur- said...

aku teringin sangat nk kwen awal, waktu belum abes belajar dulu pun sibuk2 gak nak kwen, tapi apa nak buat, jodoh x jumpa lagi. tapi aku tetap rasa kwen muda memang enjoy!

Fakhrur Razi said...

alhamdulillah bgus la kau dpt berkahwin awal dan hidup bahagia smpai sekarang... thx for sharing too
lain orang lain rezekinya =)
pray for our best..

Siti Hajar Masri said...

akak,suka baca blog akak..kita tak setuju kahwin awal tak enjoy..kita kawin umo 18 dan sekarang umur 23 tahun..masih enjoy dengan husband & anak..lagi seronok bila dah kawin..nk buat apa pun sukati kita..betul tak kak???hehe~

Deew and Bandages said...

saya suka topik ini.

Liana Ezzana said...

kolot dia tu. dia ingat kawen je kene dok umah pakai kain batik. nak enjoy gi la clubbing ngan hasben..karoke ke..live band ke check in ke..dan pape je lah aktiviti yang orang culture shock rasa gempak sangat.

Huda Ramlee said...

setuju sangat-sangat..diorang tak rasa mcm mana feel kawen muda, sebab tu cakap tak enjoy..

saya pun kawen muda, abis poly keje 6 bulan pastu trus kawen..org ckp GATAL..

yang dok berkepit kehulu-hilir bercinta bertahun-tahun kuar siang malam laki bini pun kalah org tak cakap GATAL pula kan?

Hanis Zalikha said...

Tehehehehehe nak enjoy jugak, nak enjoy jugak!

*enjoy = kahwin awal. Heh.

abah dan mak haqq said...

bila dah ada jodoh..
anda yakin dengannya..
cukup segalanya..
kahwin la apa lagi..
walaupun dalam usia masih muda...

kalau kid keluar dengan abah dan haqq..
bila nampak pasangan lebih muda dari kami sambil menolak stroller..
perghhhh,cemburu gila..
sebab tak kahwin muda dulu..
huhuhu.. :P

nuridrin said...

baca baca baca.
bila dah habis baca nak cakap.
kak noe, thank you.
enjoy baca dan sikit-sikit ada kesedaran.
:)
semoga terus enjoy dengan kehidupan akan datang.

mOLLie said...

kawen awal lah best!! =)

nur yasmin ramlan said...

omg, saya sokong 100% apa yang kak noe ckp tu
'Mengaku je la kau culture shock - atau tak ada duit nak kawen - atau tak jumpa calon yang sesuai lagi.'

Rosie Flowerie said...

awal ke ko kawen? aku rasa ok ok je..cuma tang anak tu awal la kot..tkper rezeki..
a'a aku pon start enjoy2 awal and pas abes uni je aku benti terus menjadi pekeja kilang yg tegar..
lately hati rasa nk buat blk tp akal rasa xmo xnk saya penat!
erm bila la aku nk kawen ni..huhu sila doakan aku plz..hahaa